Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI INTROSPEKTIF PERKEMBANGAN TAHAP KOPETENSI KECERDASAN EMOSI DIRI.

Cerpen yang menarik ini semestinya memerlukan kebolehan yang tinggi dalam menguruskan kepelbagaian konflik emosi yang dihadapi oleh setiap watak. Sekiranya saya berada dalam situasi atau konflik yang dihadapi oleh watak-watak dalam cerpen ini, pasti saya akan cuba menguruskan emosi ini dengan sebaik-baiknya. Jika saya berada di situasi Syuhada iaitu sebagai watak utama dalam cerpen ini, pasti berat beban yang perlu dipikul. Namun sebaik-baiknya ialah dengan mengikut cara dan langkah yang tepat. Ketika emosi marah melanda iaitu ketika Adam tidak mahu mendengar nasihatnya, saya akan bersabar dan berfikiran positif bahawa Adam akan berubah dan cepat insaf. Melalui cara ini, segala beban emosi tidak akan dirasai lagi. Perasaan bersalah yang dihadapi perlulah dibuang dan tidak lagi diingati. Perkara yang lepas, perlulah dibiarkan lepas dan yang akan datang perlulah dilalui dengan tabah. Jadikan semua yang lepas sebagai pengajaran. Emosi yang terlalu berharap juga akan saya buang kerana bermula dengan emosi berharap inilah nanti akan lahirnya satu emosi kekecewaan yang sangat perit untuk dirasa. Pada situasi Adam, saya benar-benar perlu yakin pada Allah s.w.t dan terus bersabar dengan segala dugaan yang telah dihadapi. Emosi marah yang dirasai akan saya lepasakan dengan banyakkan berzikir dan banyak mengingatiNYA. Perkara yang sedih tidak akan saya ratapi tetapi akan saya redha atas kehendak tuhan yang mencipta alam ini. Kekecewaan yang dihadapi akan saya gunakan kaedah sublimasi iaitu akan saya lakukan perkara yang lebih bermanfaat dan akan mendatangkan juga faedah kepada orang lain agar kekecewaan saya terubat. Sebagai Nenek yang banyak pengalaman, saya akan mengawal emosi marah saya dengan betul supaya Adam atau sesiapa sahaja tidak akan kecik hati. Oleh sebab itu, saya akan sentiasa berfikiran positif bagi mengawal emosi marah ini. Pengharapan saya yang tinggi kepad Adam untuk pulang pula akan saya tangguhkan hasrat itu atau redha dengan sikap Adam yang telah membawa diri serta redha dengan apa yang telah dan apa yang akan berlaku. Kesimpulannya, jika saya berada dalam situasi-situasi watak-watak dalam cerpen ini, saya pasti akan cuba mengurus emosi yang di hadapi dengan sebaik-baiknya supaya satu hari nanti diri saya tidak akan mendapat kesan negatif dari tindakan yang saya lakukan dahulu ketika menguruskan emosi. Dengan cara ini, satu hidup yang sihat, aman dan damai akan dapat dirasai dengan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai