Anda di halaman 1dari 1

Visual Research Methodology MGT 2113

Rumusan

Kami daripada pelajar kursus Diploma in Creative New Media dari Multimedia College Northern telah membuat kajian tentang sebuah restoran iaitu Restoran Rosmawar yang bertempat di No. 34, Jalan Chow Thye, Off Jalan Burmah Pulau Pinang. Kami dapati restoran ini mempunyai masalah dari segi kad perniagaan yang telah sedia ada di restoran mereka.Maka dengan itu, kami cuba membantu restoran tersebut dengan membuat rekaan yang baru untuk kad perniagaan Restoran Rosmawar. Maka dengan itu, kami telah membuat kajian dengan mengumpul seberapa banyak maklumat. Kami telah mengedarkan 30 keping borang soal selidik kepada 30 orang responden. Daripada hasil maklumat yang kami dapati kebanyankkan pelanggan pernah melihat kad perniagaan Restoran Rosmawar dan ada sesetengah juga tidak pernah melihat kad perniagaan tersebut. Mereka juga menyatakan bahawa mereka mendapat kad perniagaan itu dari kedai tersebut. Selain itu, ramai pelanggan juga mengatakan kad yang sedia ada tidak menarik. Ini berkemungkinan kad perniagaan tersebut tidak kena dengan citarasa mereka. Majoriti maklumat yang telah kami dapati daripada pihak pelanggan mengatakan bahawa kad perniagaan perlu diubahsuai ini berkemungkinan kad perniagaan yang sedia ada kurang mengikuti peredaran zaman sekarang. Dalam masa yang sama, ramai pelanggan mengatakan bahawa kad perniagaan tidak memerlukan rekabentuk yang berbeza kerana ia bertujuan untuk mengekalkan tema asal restoran tersebut. Selain itu, ramai pelanggan mengatakan maklumat dari kad perniagaan tersebut tidak berapa difamai . Ini membuatkan pelanggan akan berasa keliru. Jesteru itu, ramai pelanggan mengatakan bahawa maklumat pada kad perniagaan perlu ditambah bagi memudahkan pelanggan. Kesimpulannya, kami telah mendapatkan pelbagai jenis maklumat berkaitan dengan tentang kajian yang telah kami jalankan. Daripada maklumat yang telah kami kumpul, kami akan berusaha untuk membuat kad perniagaan yang terbaik untuk Restoran Rosmawar tersebut.