Anda di halaman 1dari 2

ABAD TERHADAP IBU BAPA

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Diantara adab anak terhadap ibu bapa ialah :-

1. Bercakap

dengan lemah lembut lagi mulia (nada suara lebih rendah dari ibu bapa).

2. Jangan meninggikan suara (marah) kepada keduanya.

3. Hendaklah mendoakan keduanya dengan keampunan pada setiap lepas solat (sama ada masih hidup atau yang telah meninggal dunia).

4. Mengucup diantara dua mata ibu.

5. Mengucup kedua kaki ibu.

6. Cium belakang tapak tangan bapa.

7. Jangan picit (tutup) hidung kita pada masa mengangkat akan keduanya kerana hendak buang air kecil atau besar pada masa

sakitnya.

8. Jangan memotong(pintas) cakap keduanya.

9. Jangan lebihkan isteri daripada keduanya.

10. Jangan menyakitkan hati (menyinggung perasaan) keduanya.

Doa kedua ibu bapa.

Ertinya :Ya Allah ampunilah dosaku dan kedua ibu bapaku dan kasihanilah keduanya sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil.

Anda mungkin juga menyukai