Anda di halaman 1dari 2

a) Apa yang diharapkan melalui praktikum ini.

Praktikum pengajaran di sekolah merupakan satu pengalaman baru bagi saya untuk 3 bulan akan datang. Kini saya telah hampir untuk menjadi seorang guru siswazah yang bertauliah dan terlatih. Melalui penyataan tersebut, saya akan menjalani praktikum KPLI daripda 26 Mei 2009 sehingga 17 Sepetember 2009. Melalui praktikum ini, satu pendedahan awal pengalaman pengajaran murid sekolah dapat dilalui oleh guru pelatih. Semua ini adalah berkaitan dengan pengalaman guru untuk manghadapi keadaan sebenar alam persekolahan. Sebelum ini guru pelatih telah menjalani latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) selama lebih kurang 5 bulan lamanya. Semua ini adalah berkaitan pembelajaran secara teoritikal tanpa amali dengan ilmu pedagogi dan psikologi pendidikan kanak-kanak. Semua ini juga termasuklah ilmu tentang strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah, pengurusan, kurikulum pendidikan dan sebagainya. Praktikum yang akan dijalani ini sebenarnya akan menterjemahkan segala dapatan tersebut secara sebenar dan konkrit mengikut situasi semasa di sekolah. Di sekolah, guru pelatih akan menggunakan teori yang dipelajari di IPGM dengan mengikut kesesuaian penggunaannya. Oleh itu, praktikum yang akan dijalani adalah satu instrumen praktik yang amat penting di dalam menjana perkembangan proses pembelajaran dan pembentukan guru yang mahir dan berpengetahuan luas dalam pengajarannya di sekolah kelak. Oleh yang demikian, sepanjang lebih kurang tiga bulan tempoh praktikal ini perkara yang paling utama sekali yang diharapkan, adalah guru pelatih dapat mempraktikkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di IPGM di sekolah. Ianya disusuli dengan latihan sebenar proses P&P di bilik darjah. Apa yang diharapkan, praktikum ini dapat membuka satu ruang pengetahuan yang bermakna kepada saya sebagai guru pelatih adalah bagi memantapkan lagi ilmu pendidikan, kemahiran, bakat, minat dan kaedah serta pendekatan sedia ada. Hal ini akan menjana pengetahuan yang baru. Sememangnya, sekolah adalah salah satu gedung ilmu yang mempunyai banyak perkara yang boleh dijadikan sumber rujukan. Ilmu yang akan diperolehi itu akan bermakna kepada guru pelatih dalam menjana perkembangan ke arah pembinaan guru yang cemerlang. Selain itu, perlaksanaan proses akademik dan kokurikulum di sekolah adalah begitu kompleks sekali sifatnya kerana menjalinkan semua unsur ilmu itu menjadi satu dan diterjemahkan kepada pembentukan insan yang sempurna. Semuanya dijalankan sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial (JERI+S). Ianya ditadbir dengan pengurusan sekolah yang melibatkan

sebahagian besar pihak guru itu sendiri dengan dibantu oleh sebahagian kecil sahaja pihak bukan guru. Justeru itu, praktikum yang akan dijalani nanti diharapkan akan dapat membantu saya mengetahuipengurusan di sekolah secara holistik. Hal ini akan dapat melatih saya kearah menguasai urus tadbir pengurusan sekolah yang sebenar. Ianya penting kepada guru pelatih kerana, guru akan terlibat sama secara langsung di dalam pengurusan sekolah apabila bertugas kelak. Pengurusan ini adalah perkara yang begitu rumit untuk dilaksanakan kerana melibatkan semua pihak dan kebanyakan hal. Kalau dilihat dari peringkat rendah sekali melibatkan tukang kebun, pengurusan kantin, pengkeranian dan operasi, pentadbiran, aktiviti kokurikulum sehinggalah ke peringkat lebih tinggi melibatkan perancangan jangka pendek/panjang sekolah adalah dilaksanakan sendiri oleh pihak sekolah. Ianya juga melibatkan proses melalui prosedur yang telah ditetapkan pihak kementerian kepada pengurusan sekolah. Semua itu, memerlukan kepada guru yang berpengetahuan dalam hal-hal pengurusan. Dengan itu, setelah berada dalam pengurusan sekolah selama tiga bulan ini diharapkan guru pelatih dapat mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan pengurusan aktiviti-aktiviti di sekolah selain daripada perlaksanaan proses P&P harian. Kesimpulannya, saya berharap melalui praktikum guru KPLI-SR untuk sesi kali ambilan januari 2009 ini, agar ianya akan dapat memberi kesan langsung kepada guru pelatih seperti saya, seperti apa yang telah diharapkan

Anda mungkin juga menyukai