Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN

1.0 PENGENALAN Dunia telah mencatat sejarah apabila tokoh-tokoh matematik di seluruh dunia berjaya membangunkan teori-teori matematik yang berguna sehingga ke hari ini. Sumbangan tokoh matematik terdahulu ternyata telah memberi impak yang besar kepada dunia hari ini. Antara tokoh matematik yang telah berjasa ialah al Khawarizmi, Brahmagupta, Aryabhata, Al- Biruni, Thabit ibn Qurra dan banyak lagi. Tanpa mereka, matematik mungkin tidak akan berkembang dan aplikasi yang

memerlukan matematik dalam kehidupan seharian tidak mungkin dapat dijalankan. Maka, teori-teori matematik yang telah disumbangkan oleh tokoh-tokoh matematik dari pelbagai tamadun sangat berguna kepada kurikulum Matematik Malaysia dan kehidupan masyarakat Malaysia serta dunia.

Penulisan pada kali ini akan memfokuskan kepada sumbangan tokoh-tokoh matematik dari setiap tamadun iaitu tamadun Cina, tamadun India, tamadun Arab dan tamadun Eropah. Penulisan kali ini juga akan membincangkan mengenai impak sumbangan tokoh-tokoh tersebut terhadap kurikulum Matematik Malaysia dan kesannya kepada kehidupan masyarakat di dunia. Perbincangan kali ini berkisar mengenai

sumbangan tokoh Zu Chong Zhi dari tamadun Cina, Aryabhata dari tamadun India, Al-Khawarizmi dari tamadun Arab dan Leonardo Fibonacci dari tamadun Eropah.

2.0 Sumbangan Tokoh Matematik Dunia Dan Impaknya Terhadap Kurikulum Matematik Malaysia Dan Kehidupan Masyarakat

2.0 Sumbangan Tokoh Matematik Dunia Dan Impaknya Terhadap Kurikulum Matematik Malaysia Dan Kehidupan Masyarakat

c) Bincangkan sumbangan utama bagi salah seorang tokoh Matematik dari setiap tamadun Cina, India, Arab dan Eropah serta impaknya sumbangan tersebut kepada kurikulum

Matematik Malaysia. Perbincangan juga hendaklah merangkumi impak sumbangan tokoh-tokoh berkenaaan terhadap kehidupan masyarakat pada masa kini.

Matematik merupakan satu aspek yang unik pada pendapat manusia dan sejarah yang dilakar oleh matematik berbeza daripada sejarah yang lain. Pendapat dan teori dalam matematik masing-masing telah difikirkan oleh tokoh-tokoh matematik kita yang terdahulu. Seiring dengan peredaran masa, pembangunan Matematik Malaysia di dunia pada era globalisasi ini sudah mampu berdiri megah dengan pendidikan Matematik negara-negara maju. Bak kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Pada zaman globalisasi kini, kita dapat lihat bahawa hampir kesemua bidang keusahawanan manusia melibatkan matematik Sebagaimana yang kita ketahui, setiap tokoh dan ahli matematik yang hebat menambah hasil kajian yang sedia ada; dalam maksud kata lain membuat penambahbaikkan pada sesuatu kajian, teori dan hukum. Maka, kemajuan matematik yang kita capai pada masa kini sebenarnya merupakan sumbangan tokoh-tokoh matematik pada zaman dahulu. Tanpa mereka, kita tidak mungkin mengetahui teori-teori matematik yang kita guna pakai pada waktu ini. Maka, sumbangan tokoh-tokoh matematik terdahulu ternyata memberi impak yang sangat besar terhadap kurikulum Matematik Malaysia dan kehidupan masyarakat kita.

Sumbangan Tamadun Cina Salah seorang tokoh matematik yang terkenal dari tamadun Cina ialah Zu Chong Zhi ataupun dikenali sebagai Tsu Chu ng Chi. Beliau merupakan ahli matematik yang terkemuka semasa pemerintahan Dinasti Liu Sung. Ketaksuban tokoh tamadun Cina dengan nilai Pi ( )

mencapai tahap kemuncaknya apabila sampai kepada hasil penemuan ZU Chong Zhi berkaitan dengan nilai Pi ( ) pada tahun 430 hingga 501. )

Maka, sumbangan utama Zu Chong Zhi ialah penemuan nilai Pi (

dalam angka 7 digit. Melalui penelitian yang dilakukan oleh beliau berdasarkan kajian beliau terhadap nilai Pi tokoh matematik Lui Hui, beliau telah memperolehi nilai Pi sehingga 7 digit dan terletak di antara 3.1415926 dengan 3.1415927 serta memperolehi nilai Pi mirip dalam bentuk pecahan. Salah satu nilai Pi yang diperolehnya sama dengan Archimedean iaitu 22/7. Beliau menganggap nilai tersebut kurang tepat dan mengatakan bahawa nilai 355/113 sebagai nilai yang tepat. Kesimpulannya beliau menganggap nilai 355/113 sebagai nilai yang hampir tepat dan nilai 22/7 sebagai nilai kasar. Jika seseorang mendakwa bahawa hasil kerja beliau dipengaruhi oleh pengaruh barat, mereka boleh menerangkan ketepatan nilai Pi Zu Chong Zhi sehinggalah abad ke 15 apabila nilai penyangka dan penyebut nilai Archimedian ditolak daripada nilai Ptolemy iaitu 377/120. Walaubagaimanapun, kajian berkaitan nilai Pi yang telah dijalankan oleh beliau dan anaknya merupakan hasil kajian luar biasa pada tamadun itu dan sentiasa diingati.

Daripada sudut lain, kita dapat lihat sumbangan Zu Chong Zhi secara jelas dalam kurikulum Matematik Malaysia dari segi penggunaan nilai Pi ( beliau. Pi telah diserap masukkan sebagai salah satu topik

dalam kurikulum matematik menengah atas Malaysia. Hal ini kerana nilai Pi yang telah dicipta oleh Zu Chong Zhi iaitu 22/7 telah diguna pakai sehingga sekarang dan sangat penting dalam menentukan isi padu, luas bulatan dan pengiraan yang melibatkan penggunaan Pi. Apabila kita menyemak buku teks Matematik Tingkatan 4 dan 5, simbol Pi ( 5 )

terdapat dalam mana-mana muka surat di dalam buku teks tersebut. Maka, Pi sangat penting untuk pendidikan menengah terutamanya menengah atas. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggunakan unsur sejarah dalam matematik (penerapan unsur sejarah dalam Matematik). Hal ini bermaksud sejarah penemuan nilai Pi yang diterokai oleh Zu Chong Zhi dan tokoh Cina sebelumnya diterap masuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSM selaras dengan objektif KBSM untuk menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Perkara ini membuatkan sejarah penemuan PI dari tamadun Cina dan tamadun yang lain dapat dipelajari oleh para pelajar. Sebagaimana yang kita ketahui nilai Pi; 22/7 diguna pakai sebagai formula sehingga sekarang. Maka, tidak dapat dinafikan bahawa nilai Pi tersebut mempunyai peranan yang penting dalam Kurikulum Matematik Malaysia.

Di samping itu, impak sumbangan Zu Chong Zhi terhadap kehidupan masyarakat Malaysia ialah nilai Pi yang dijumpainya telah memudahkan urusan harian masyarakat Malaysia dan dunia. Buktinya, nilai Pi telah diguna pakai dalam kehidupan seharian manusia tanpa kita sedari. Sebagai contohnya, nilai Pi telah digunakan oleh pihak pengilang kilang minuman dalam mengira dan menentukan isi padu yang tepat bagi sesebuah botol air mineral. Selain itu, nilai Pi juga digunakan untuk menyelaraskan isi padu setiap kotak yang akan dihasilkan oleh sesebuah kilang. Tanpa nilai Pi, isipadu setiap botol minuman dan kotak tidak dapat ditentukan. Contoh yang lain dapat dilihat dalam bidang arkitek. Para arkitek memerlukan nilai Pi untuk mengira luas pelan lukisan bangunan yang akan dibina. Walaupun Pi digunakan secara minor oleh para arkitek, tetapi ianya mampu membawa perubahan yang besar terhadap pelan seseorang arkitek tersebut. Tanpa Pi, lukisan pelan tidak mungkin dapat direalisasikan menjadi bangunan yang utuh. Selain itu, Pi juga secara tidak lansung digunakan dalam bidang astronomi. Perkara ini dapat dilihat daripada penggunaan Pi untuk mengukur skala atau jarak atau ukur lilit bumi kita. Daripada contoh yang diberi, kita dapat lihat bahawa Pi 6

mempunyai peranan yang penting dalam membuat anggaran isipadu, luas dan sebagainya. Manakala, membuat anggaran pula sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini secara tidak lansung membuatkan Pi mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.

Sumbangan Tamadun India Dalam tamadun India pula, tokoh matematik yang telah memberi salah satu sumbangan yang besar terhadap matematik ialah Aryabhata. Sumbangan terbesar dalam kerjaya beliau sebagai seorang ahli matematik ialah beliau telah memberikan satu peningkatan baru kepada trigonometri pada tahun 500 A.D. Trigonometri merupakan salah satu antara dua sumbangan terbesar India terhadap sejarah matematik. Untuk pengetahuan semua, idea penggunaan sinus yang kita gunakan pada hari ini merupakan salah satu hasil kajian Aryabhata dalam bukunya, Aryabhatiyam. Masalah trigonometri yang dikemukakan oleh beliau sangat menarik. Beliau telah mentakrifkan konsep sinus dan kosinus buat kali pertamanya. Kajian pertama beliau iaitu ardha-jya (separuh kord) yang melibatkan kord tersebut dipanggil jya (sinus) dan kojya (kosinus). Hasilnya, beliau telah memperkenalkan jadual sinus. Jadual sinus yang telah diciptakan oleh beliau telah berjaya

menggantikan jadual kord Yunani. Rajah 1 di sebelah menunjukkan jadual sinus yang telah dikaji oleh Aryabhata dalam bukunya

Aryabhattiya. Berdasarkan jadual sinus yang dicipta oleh beliau, beliau memberi nilai sinus pada setiap selang 3o 45. Beliau mengkaji trigonometri dengan menggunakan permukaan satah dan permukaan sfera. Pada masa yang sama, beliau turut mengkaji fungsi tangen dan kotangen. Beliau tururt mendefinisikan luas segitiga sebagai hasil serenjang dengan sisi separuh.

Rajah 1: Jadual Sinus Seperti Yang Dijumpai Dalam Aryabhattiya.

Selain itu, sumbangan Aryabhata telah memberi impak yang mendalam dalam kurikulum Matematik Malaysia. Antaranya ialah penggunaan pertama idea 'sinus' beliau masih lagi digunakan sehingga sekarang. Bahkan ianya menjadi salah satu formula penting (formula fungsi sinus) dalam topik Trigonometri dalam kurikulum Matematik Malaysia. Jadual sinus yang telah dicipta oleh beliau menjadi asas dalam mencipta jadual sinus yang kita gunakan pada hari ini. Oleh sebab itulah kita mendapati bahawa jadual sinus yang kita gunakan pada masa sekarang lebih mudah untuk difahami. Hal ini kerana jadual sinus yang dibina telah mengalami transformasi daripada jadual sinus yang asalnya iaitu jadual sinus Aryabhata, tetapi masih lagi menekankan asas yang

terdapat di dalam jadual sinus Aryabhata. Trigonometri secara lansung telah diperkenalkan sebagai salah satu sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berikutan kepentingannya dalam kehidupan manusia dan juga pelajar.

Tambahan

pula,

sumbangan

Aryabhata

bukan

sahaja

melibatkan kurikulum Matematik Malaysia tetapi juga impaknya terhadap kehidupan seharian manusia. Sebagaimana yang kita dapat lihat, trigonometri banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Trigonometri memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya memainkan peranan penting dalam bidang astronomi. Hal ini kerana trigonometri merupakan pelengkap kepada astronomi. Jadual trigonometri telah

dicipta lebih 2000 tahun yang lalu untuk kerja pengiraan dalam bidang ini. Asas-asas trigonometri membolehkan ahli astronomi untuk menentukan segala macam maklumat tentang jarak, jisim, orbit dan kelajuan. Fungsi trigonometri memberikan kita keupayaan untuk mengukur sesuatu yang terletak di luar kemampuan kita seperti bumi serta membantu ahli astronomi dalam berurusan dengan skala yang besar daripada skala yang terdapat di atas bumi. Selain itu, trigonometri dapat dilihat secara jelas penggunaannya dalam bidang arkitek. Kita tidak boleh memisahkan seni bina dari trigonometri. Trigonometri penting dalam menentukan permukaan melengkung dalam bahan binaan seperti keluli dan kaca. Trigonometri amat berguna dalam merekabentuk bangunan untuk menentukan corak geometri yang diinginkan. Trigonometri membolehkan arkitek untuk memikirkan ukuran dan sudut supaya pelan induk mereka boleh diwujudkan dengan bahanbahan mentah. Apabila bangunan itu siap didirikan, strukturnya bukan sahaja kuat, tetapi ia juga mempunyai ukuran yang tepat. Trigonometri membolehkan apa-apa yang dilakarkan di atas kertas mempunyai peluang untuk dibangunkan. Kita tidak boleh membayangkan jika

bangunan didirikan atas ukuran yang diletakkan dengan semenamenanya. Oleh sebab itu fungsi trigonometri memainkan peranan yang 9

penting bagi arkitek untuk mencari sudut dan ukuran yang betul bagi sesuatu bangunan. Di samping itu, bidang kejuruteraan juga

menggunakan fungsi trigonometri dalam pelaksanaan kerjayanya. Bidang kejuteraan mempunyai cabangnya masing-masing dan

menggunakan asas trigonometri untuk struktur, sistem, mereka bentuk jambatan, menyelesaikan masalah saintifik dan banyak lagi. Jurutera boleh mula membina projek dan menentukan skop projek yang diambil apabila mengaplikasikan konsep trigonometri. Contohnya, bagi jurutera reka bentuk, mereka menggunakan hukum sinus dalam

menyenggarakan pesawat. Jurutera ini mesti mengira halaju pesawat tersebut serta halaju udara untuk membuat ia mempunyai aerodinamik. Oleh kerana halaju angin, sudut bearing dan laju udara sudah diketahui, maka mereka perlu mencari sudut yang tidak diketahui nilainya (perbezaan dalam arah angin dan bearing). Penggunaan hukum sinus dengan halaju angin dan kelajuan udara memberikan sudut yang mengimbangi pesawat tersebut. Kemudian jurutera menggunakan

hukum kosinus dan sudut yang ketiga dan hasilnya jurutera dapat mencari magnitud kelajuan paduan pesawat dengan arah bearing yang dipilih. Contoh yang lain pula ialah dalam kejuruteraan awam, kita perlu mengira taburan kuasa untuk struktur yang berbeza, seperti jambatan kekuda. Mereka juga perlu mengira sudut yang terlibat antara batang rasuk yang terdapat di jambatan serta panjangnya. Muzik juga merupakan salah satu daripada aplikasi trigonometri dalam kehidupan sebenar. Apabila kita mendengar muzik, ianya akan sampai ke telinga kita dalam bentuk gelombang bunyi. Fungsi trigonometri boleh menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana gelombang bunyi itu bergerak daripada sumbernya dan menjelaskan kualiti, nada, dan kenyaringannya. Jurutera menggunakan trigonometri untuk memikirkan sudut gelombang bunyi dan bagaimana untuk mereka bentuk sebuah bilik atau dewan pendengar dengan supaya gelombang melantun cara yang seimbang dan terus. Maka kepada dapat

dirumuskan bahawa trigonometri digunakan dalam segenap aspek kehidupan masyarakat kita seperti akustik, seni bina, astronomi, navigasi, bidang sains, muzik dan banyak lagi. 10

Sumbangan Tamdun Arab Tamadun Arab juga mencapai zaman kegemilangannya apabila melibatkan tokoh matematik. Banyak pencapaian yang telah dibuat oleh tokoh matematik Tamadun Arab. Antara nama tokoh ahli mantik yang terkenal dalam tamadun Arab ialah Muhammad Ibn Musa al Khawarizmi atau lebih dikenali dengan panggilan al Khawarizmi. Sumbangan utama al-Khawarizmi ialah beliau merupakan pengasas bagi algebra sehingga dikenali sebagai Bapa Algebra. Salah satu kajian beliau ialah beliau telah membuktikan bahawa persamaan kuadratik merupakan satu persamaan di mana terdapat kuasa dua (kuasa paling tinggi dalam persamaan tersebut) digunakan bagi nilai yang tidak diketahui. Contohnya, x2 -4x +9 = 0. Beliau telah memperkenalkan pelbagai kaedah penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah untuk menyelesaikan banyak masalah pengiraan yang melibatkan pemboleh ubah yang tidak diketahui nilainya. Dalam kitab Al- Khawarizmi iaitu Al-Jabrwal al-Muqabilah, beliau telah memperkenalkan istilah pemboleh ubah (x) dan pemboleh ubah kuasa 2 (x2) serta mencakupi topik-topik seperti pengiraan tambah, tolak, darab, dan bahagi, persamaaan, kerja ukur, timbangan dan ukuran, permasalahan jual beli, pembahagian mata wang, pengukuran satah rata,luas bulatan dan segi tiga, isipadu pyramid dan kon serta wasiat dan pembahagian harta pusaka.

Kesannya, sumbangan beliau dalam bidang aljebra telah memberi impak yang mendalam dalam kurikulum Matematik Malaysia. Impak yang jelas kelihatan ialah aljebra yang telah diasas oleh beliau telah dikembangkan oleh tokoh matematik yang lain dan berkembang sehinggalah menjadi salah satu daripada topik penting dalam matematik tulen. Algebra bukan sahaja menjadi tajuk yang penting dalam Kurikulum Matematik menengah rendah dan atas tetapi juga peringkat pendidikan yang tinggi seperti peringkat maktab dan matrik serta universiti. Daripada buku al-Khawarizmi ( Al Jabr wal muqabalah) juga munculnya 11

perkataan

aljebra

dan

Eropah

telah

mendapati bahawa

aljebra

merupakan salah satu cabang penting dalam matematik. Maka, tidak hairanlah bahawa aljebra merupakan salah satu topik penting yang dibentangkan dalam standard kurikulum Matematik Malaysia.

Tambahan pula sumbangan beliau juga turut mendatangkan kesan terhadap kehidupan manusia. Buktinya, aljebra banyak digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Tanpa kita sedari, kita juga menggunakan aljebra dalam bidang ekonomi. Aljebra seperti pelengkap kepada bidang ekonomi dan bidang perniagaan. Apabila kita membuat pengiraan yang mudah dalam urusan jual beli dan perbandingan harga dua barang di pasar raya, kita sebenarnya mengaplikasikan pengetahuan aljebra. Tanpa pengetahuan yang mendalam mengenai aljebra, kita tidak mungkin dapat menjalankan urusan jual beli dan perniagaan dengan lancar. Selain itu, kita juga dapat lihat dalam bidang kejuruteraan, para jurutera menggunakan aljebra untuk menyelesaikan trajektori sebuah penerbangan; berapa lama untuk membakar teras pada intensiti yang tertentu dan pada sudut apa sesuai untuk melakukan penerbangan. Dalam bidang perniagaan pula, ahli perniagaan menggunakan aljebra untuk menghitung kadar faedah yang dikenakan, cukai dan apa-apa duti yang berkaitan dengan industri perniagaan. Tambahan pula, ahli arkitek juga menggunakan aljebra. Sebagai contoh, mereka menggunakan aljebra untuk menentukan skala yang betul bagi sesebuah bangunan ke dalam sesebuah pelan; setiap sudut bagi setiap sudut, setiap lengkung di sepanjang dinding dan setiap lekapan lampu memerlukan aljebra untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Tanpa aljebra, pelan bangunan yang dilukis tidak mungkin dapat direalisasikan. Daripada aplikasi aljabar yang diterangkan sebelumnya, bentuk aljabar boleh membantu kita menyelesaikan masalah yang terjadi di sekeliling kita. Secara ringkasnya, kita tidak tahu berapa banyak minyak gas yang diperlukan oleh kereta kancil selama 2 jam serta jarak yang ditempuh dalam waktu tertentu, tetapi semuanya dapat diselesaikan hanya dengan 12

menggunakan aljebra. Maka, dapat disimpulkan bahawa, aljebra digunakan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan masyarakat kita seperti bidang ekonomi, perdagangan, pertanian dan perikanan serta bermanfaat bagi ahli akuantan, banker dan administor.

Sumbangan Tamadun Eropah Tidak ketinggalan juga tamadun Eropah dalam sumbangan tokoh matematik mereka dalam bidang matematik. Antara ahli matematik yang terkenal dalam tamadun Eropah ialah Leonardo Fibonacci. Beliau merupakan ahli matematik terunggul pada Zaman Pertengahan.

Sumbangan utama Fibonacci ialah penemuan unggulnya dalam siri nombor Fibonacci dan Nisbah Keemasan. Ini dapat dibuktikan dalam karyanya iaitu Liber Abaci pada tahun 1202. Di dalam Seksyen 3 buku Liber Abaci beliau; A certain man put a pair of rabbits in a place surrounded on all sides by a wall. How many pairs of rabbits can be produced from that pair in ayear if it is supposed that every month each pair begets a new pair which from the second month on becomes productives?

Daripada

permasalahan

tersebutlah

timbul

idea

untuk

beliau

memperkenalkan siri nombor Fibonacci yang unik. Siri nombor Fibonacci tersebut ialah 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55 Setiap nombor dalam siri nombor Fibonacci mempunyai perkaitan yang unik. Apabila setiap kali dua nombor yang berturutan dalan siri nombor Fibonacci dibahagi, nisbah yang diperolehi akan menghampiri nilai limitnya, 1.618033988. Nilai ini dipanggil nilai Phi yang mewakili Nisbah Keemasan. Begitulah Leonardo Fibonacci memperoleh penemuan terunggulnya iaitu siri nombor Fibonacci dan Nisbah Keemasan. 13

Selain itu, penemuan beliau telah memberi impak yang mendalam terhadap kurikulum Matematik Malaysia. Konsep nombor Fibonacci dan Nisbah Keemasan telah digunakan sebagai salah satu topik penting dalam peringkat pendidikan tinggi. Sebagai contohnya, pada peringkat STPM , Universiti dan Institut Pendidikan Guru, konsep nombor Fibonacci dan Nisbah Keemasan diajar kepada pelajar dan bakal guru untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dan bakal guru dalam matematik. Hal ini supaya mereka dapat membuat perkaitan antara matematik dengan alam sekitar dan kehidupan seharian manusia. Konsep yang telah diperkenalkan oleh Fibonacci ini juga secara tidak lansung telah diserap masuk dalam kurikulum matematik apabila para guru mengajar pelajar untuk mencari kaitan di antara matematik dan seni. Guru menyerapkan unsur nombor Fibonacci dan nisbah Keemasan dalam seni matematik. Ini secara tidak lansung menampakkan perkaitan rapat antara seni dengan matematik dan menggalakkan penghargaan terhadap kepentingan dan keindahan matematik. Maka, secara tidak lansung salah satu objektif kurikulum Matematik Malaysia dapat dicapai.

Tambahan pula, sumbangan beliau juga telah memberi kesan yang besar dalam kehidupan masyrakat kita. Sebagaimana yang kita tahu, nombor Fibonacci ini wujud secara semulajadinya dalam alam sekitar dan juga dalam diri kita sendiri secara sedar atau tanpa sedar. Tahukah anda lukisan terkenal Leonardo Da Vinci di seluruh dunia iaitu Monalisa? Lukisan tersebut lahir daripada inspirasi si pelukis daripada nombor Fibonacci. Maka terbuktilah bahawa terdapat perkaitan antara matematik dengan seni. Contoh seni yang lain dapat dilihat pada Graham Sutherlands Tapestry in Conventry Cathedral dan The Eden Project. Tanpa kita sedari, siri nombor Fibonacci dan Nisbah Keemasan ini banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya ialah aplikasinya dalam seni bina. Sebagai contohnya, Nisbah Keemasan telah digunakan pada zaman Mesir Purba untuk mendirikan bentuk piramid serta pembinaan Parthenon di Athens. Golden rectangle muncul dalam

14

banyak

bahagian

pembinaan

bangunan

tersebut.

Antara

contoh

bangunan lain yang mengaplikasikan Nisbah Keemasan dalam seni bina mereka ialah Pantheon, The Core dan banyak lagi. Nombor Fibonacci juga telah diaplikasikan dalam bidang anatomi tubuh manusia seperti pengukuran tulang jari manusia. Di samping itu, Nisbah Keemasan dan nombor Fibonacci telah digunakan dalam pembuatan filem. Pembuat filem akan membahagikan filem tersebut dengan menggunakan seksyen keemasan untuk memulakan babak penting dalam sesuatu filem. Tidak ketinggalan juga bidang kejuruteraan. Contohnya dapat kita lihat dalam pembinaan California Polytechnic Engineering Plaza. Kolej Kejuruteraan di California PolytechnicState University telah merancang untuk membina satu plaza kejuruteraan yang berasaskan nombor Fibonacci dan sedikit bentuk geometri. Daripada pelan di bawah (Rajah 2), kita dapat lihat bahawa jurutera tersebut menggunakan siri lingkaran Fibonacci atau Nisbah Keemasan untuk mempersembahkan pengetahuan

kejuruteraannya dalam membuat pelan.

Rajah 2 : California Polytechnic Engineering Plaza

15

Sebagai kesimpulannya, setiap tokoh-tokoh matematik dari setiap tamadun telah memberikan sumbangan yang bermakna dalam bidang matematik. Tanpa sumbangan mereka, kita tidak mungkin mengetahui apa itu nombor dan sebagainya. Tanpa sumbangan mereka juga, kita tidak mungkin mampu membina bangunan yang tinggi dan megah serta melakukan aktiviti harian kita kerana setiap yang kita lakukan dalam kehidupan ini berkaitan dengan nombor dan matematik. Maka, jelas bahawa tokoh matematik terdahulu telah mencapai satu tahap yang mengkagumkan dunia. Sudah terang, lagikan bersuluh, ternyata tokoh-tokoh matematik dari pelbagai tamadun telah memberikan sumbangan yang besar terhadap dunia kita. Tepuk dada tanyalah selera, apakah setiap aktiviti yang kita lakukan di dunia ini kebanyakkannya berkaitan dengan matematik? Fikir-fikirkanlah

16

4.0 PENUTUP

17

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, sudah terang lagikan bersuluh bahawa tokohtokoh matematik dari pelbagai tamadun telah mencapai satu tahap yang mengkagumkan dunia dan sumbangan mereka telah memberi impak yang besar terhadap pendidikan matematik dan kehidupan masyarakat dunia. Mereka telah menampakkan satu sumbangan yang tidak terhingga kepada kita dan sehingga sekarang masih lagi digunakan. Terdapat ramai tokoh matematik dari pelbagai tamadun seperti tamadun Cina, tamadun India, tamadun Eropah, tamadun Yunani, Tamadun Arab dan banyak lagi yang telah memberikan sumbangan yang tidak mungkin kita lupakan sehingga sekarang. Daripada penulisan yang telah dibincangkan sebelumnya, kita dapat lihat bahawa perubahan yang besar mungkin akan berlaku jika tokoh-tokoh yang dibincangkan hanya duduk berdiam diri tanpa melakukan sebarang kajian. Kita seharusnya berterima kasih kepada mereka kerana telah membuatkan dunia kita berada di satu tahap yang membanggakan.

18

5.0 REFLEKSI

19

5.0 REFLEKSI

OLEH: AZELIN ABDUL MAJID Saya telah membuat tugasan individu bagi Kurikulum

Pendidikan Matematik MTE 3102. Saya juga telah membuat bacaan terhadap topik tokoh matematik dunia serta sumbangan unggul mereka melalui bahan bacaan konkrit dan internet. Semasa membuat tugasan

dan kajian, saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada diri saya. Semasa membuat tugasan ini, saya menggunakan pelbagai kaedah dalam menghasilkan tugasan yang baik. Saya mencari maklumat di internet, saya membuat pembacaan di perpustakaan dan melakukan sedikit perbincangan dengan rakan sekelas untuk mendapatkan maklumat yang jitu. Semasa menjalankan kedua-dua tugasan, saya telah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang saya kesan melalui tugasan dan kajian yang saya buat.

Antara

kekuatan

yang

saya

dapati

ialah

saya

mampu

meningkatkan kemahiran saya dalam menggunakan kemahiran teknologi moden seperti Microsoft Word dan kompenan yang terdapat di dalam perisian tersebut. Saya juga mampu untuk mengurus masa saya dengan lebih bijak. Saya juga mampu meningkatkan kemahiran berfikir dan mambaca saya kerana perlu membuat kajian dan pembacaan mengenai sistem nombor yang berlainan asasnya. Saya juga mampu meningkatkan kemahiran saya dalam menganalisa dan mengenalpasti sumbangan utama tokoh matematik yang telah saya pilih.

Antara kelemahan yang dapat saya kenal pasti ialah saya masih lagi tidak mampu untuk membuat tugasan saya dalam bentuk yang sistematik. Walaupun rakan rakan saya mengatakan hasil tugasan saya 20

sistematik tetapi saya masih lagi merasakan sebaliknya. Saya juga masih lagi belum boleh untuk membuang tabiat lama saya iaitu menyemak kembali hasil tugasan saya sebelum menghantar tugasan saya. Alhamdulillah kerana untuk tugasan saya kali ini saya mampu untuk menyemak kembali hasil tugasan saya dan secara tidak lansung meminimumkan kesalahan yang sering dibuat.

Selepas tugasan ini selesai, saya mendapati saya dapat mencapai objek tugasan Kurikulum Pendidikan Matematik MTE 3102 ini. Saya dapat mencari, meneliti dan memahami bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan sumbangan tokoh-tokoh matematik dari pelbagai tamadun. saya juga mampu untuk mengarang esei ilmiah dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang kurikulum matematik yang telah diperolehi.

21

RUJUKAN

22

RUJUKAN Ade Humaidi. ( 2011 ). Alexander Voldarsky. Mathematical Achievement of Aryabhata. Institte of the History of Science and Technology, Moscow ; Tesis

Bhavya Dabas. (2009). Aryabhata A Pioneering Indian Mathematician . http://bhavya-dabas.suite101.com/aryabhatta-a179879. pada 8 April 2012. Dilayari

Carl B. Boyer. (1989). A History of Mathematics. (2nd Edition). John Wiley & Sons, INC ; United States Of America.

Dirk J. Struik. (1986). A Concise History of Mathematics. (4th Edition) Dover Publications, INC ; New York.

Tokjogho. ( 2012). Tokoh Cendiakawan Islam Matematik

Al Khawarizmi Ahli Teragung.

http://panduanpercuma.info/agama/864/tokoh-cendikiawan-islamal-khawarizmi-ahli-matematik-teragung/. Dilayari pada April 2012.

Ismail Bin Kailani, Herlinda bt Abdul Rahim. Penerapan Unsur Sejarah Matematik Dalam Menentukan Nilai Pi dan Keberangkalian. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

23

Jayanti

A/P

Arumugum.

(2011).

Leornardo

Fibonacci.

http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2011/629tokoh/868-leonardo-fibonacci. Dilayari pada April 2012.

Laura

Anne

Stuart.

).

Anatomy

and

Algebra.

http://www.expressmilwaukee.com/article-4823-anatomy-andalgebra.html. Dilayari pada April 2012.

Zu

Chong

Zhi

dan

Pi.

http://indonesian.cri.cn/chinaabc/chapter17/chapter170301.htm. Dilayari pada April 2012.

24