Anda di halaman 1dari 35

ADAT DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT KADAZAN

Disediakan oleh:Ust.Suhaimi b Hashim Kalsom bt Abdul Rani Noriza bt Harun Hafidza bt Sunny

PENGENALAN
Kumpulan etnik terbesar iaitu 80% merupakan penduduk Negeri Sabah. Berketurunan dari pendatang Indonesia

MASYARAKAT KADAZAN
Masyarakat Kadazan merupakan penduduk majoriti negeri Sabah yang juga dikenali sebagai 'negeri di bawah bayu'. Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun dan mereka begitu berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka.

Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.

SISTEM POLITIK
Semua ketua kampung melantik seorang ketua Institusi tertinggi adalah gabungan daripada pembesar semua puak Majlis ini bertindak sebagai Majlis Perang.

SISTEM EKONOMI
Bertani dan menoreh getah. Menjalankan perdagangan secara sistem barter sebelum kedatangan Eropah. Menggunakan wang semasa urus niaga dengan Cina

Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa Kadazandusun berasal dari tempat NUNUK RAGANG. Tempat ini terletak di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai

Sejarah awal kewujudan kaum Kadazandusun dikatakan wujud melalui cerita lisan iaitu melalui kisah Nunuk Ragang.Tempat ini terletak di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Kogibangan (arah kiri) dan Sungai Kawananan(arah kanan) dan bercantum menjadi sungai yang lebih besar iaitu Sungai liwogu(dalam dan tenang).Terdapat banyak lembaga yang memenuhi bawah pohon,tebing sungai dan sepanjang juntaian akar nunuk.
Pantulan warna kemerahan semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga itu sehingga Nunuk itu kelihatan seperti merah lalu dipanggil Nunuk Ragang(Merah).

KELAHIRAN

ADAT & PANTANG LARANG

KEMATIAN MENU UTAMA

PERKAHWINAN

KELAHIRAN
Pantang larang ibu mengandung: Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu Suami tidak boleh memotong rambut- nanti rambut anak panjang Tidak boleh makan buah mengandungi air Tidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembu-bibir anak sumbing Tidak boleh siat telinga binatang- telinga anak tidak sempurna

ADAT & PANTANG LARANG SEWAKTU BERSALIN


Suami tidak boleh berada jauh dari rumah ditakuti gangguan jin/ syaitan Tidak boleh makan ikan bertulang keras,ikan berduri, nasi sejuk, dan nasi bercampur air Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah- ditakuti diganggu oleh roh jahat seperti Rogon Gaiyah Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara memberi nama.

UPACARA MEMBERI NAMA


Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan berhak menuntut bayi tersebut. Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari ke8 di beranda rumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.

Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Pemilihan nama dibuat berdasarkan peristiwa yang berlaku sepanjang proses kelahiran anak tersebut. Apabila anak itu berusia satu bulan, upacara turun tanah dijalankan.

UPACARA TURUN TANAH


Anak dibawa oleh ibunya sendiri. Antara barangan yang perlu dibawa sekali: Sebuah bakul rotan, bertutup, bertali dan disondong. Diisi dengan pelbagai alatan Sebilah pisau kecil untuk menghalau Rogon Gaiyah Serangkai jerangau atau rumput yang dianggap sebagai ibu segala semangat dalam perubatan tradisi Sebuah tangguk yang diperbuat daripada jaring

UPACARA MINTUHUN DAN MINUHUN


Sebelum memijak tanah, tapak bayi tersebut diconteng dengan arang kuali dan garis lurus diatas dahinya Rumput rampai yang melekat pada tapak kaki dikumpul dan dicampur bersama air mandian.

MENU

PERKAHWINAN
Merisik- prosesnya boleh memakan masa berbulan-bulan. Hendaklah dilakukan pada waktu pagi manakala waktu petang dan malam adalah dilarang. Hari menghantar cincin ditetapkan.

Cincin tanda dipanggil cincin menanti mimpi-dihantar waktu pagi. Cincin diletakkan dibawah bantal ibubapa

Mimpi baik- teruskan Mimpi buruk yang boleh diperbaiki-bayar sugit mimpi kepanasan Mimpi buruk- dibatalkan

Hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki:


Makanan: babi atau kerbau Alat istiadat: canang gong (tinokol), tempayan(tajau) Barang sakti untuk teguhkan semangat Tasor- tempat pinang yang dibuat daripada tembaga atau perak

Pesta perkahwinan di rumah perempuan sesingkat 2-3 hari. Upacara adat yang khas suami isteri makan sepinggan, tanda bersatu Ibubapa si lelaki tidak boleh berada di situ selagi suami isteri belum sah bersatu Pesta mivazaa (bertandang ke rumah mentua) diadakan. Pesta di rumah pengantin lelaki mestilah lebih kecil Perkahwinan antara sepupu adalah sumbang tetapi dibolehkan dengan syarat mengorbankan babi sebagai membayar kapanasan.

PANTANG-LARANG HUBUNGAN LELAKI PEREMPUAN

Sekiranya ditangkap atau diketahui pihak lelaki dikehendaki membayar denda atau kemalun kepada pihak gadis Mengandung- dipaksa berkahwin dengan gadis tersebut Madhagau- bersekedudukan Pasangan bayar kepanasan kepada masyarakat Lelaki bayar kemalun kepada perempuan.

Berkehendak -perlakuan buruk dan hina seperti berkhalwat

UPACARA PEMUJAAN PERTANIAN

Merenjis air hikmat pada benih padi Memindahkan benih ke sawah dengan memberi sajian dan haiwan ternak kepada tanah sawah Beri sajian kepada semangat padi tanda terima kasih Buat tanda di tengah sawah apabila padi mulai bunting- supaya dapat hasil lebih.
MENU

KEMATIAN
Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama.

KEMATIAN
Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di kalangan masyarakat Kadazan: Adat memberitahu Adat berjaga-jaga Adat moginupus

ADAT MEMBERITAHU
Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.

Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang kerana masyarakat Kadazan percaya, jika dilakukan juga pekerjaan tersebut maka hasilnya hanyalah sia-sia Ditakuti malapetaka dan penyakit akan menimpa mereka Pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja Manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.

ADAT BERJAGA-JAGA
Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika.

Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.

Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh manusia.

Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan lrama gendang itu disebut surabaya Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam

MOGINUPUS
Moginupus dalam bahasa Kadazan bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai tanda marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.

Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nisan kubur si mati nanti.

LAIN-LAIN PANTANG LARANG KEMATIAN


Unggun api dibuat disekeliling rumah- pagar rumah dari roh jahat Tanduk kerbau dibakar untuk halau hantu Mihad- menangisi mayat 2 lelaki menunggang kuda/ kerbau keliling kampung Menerima sejemput beras/ garam Garam dilarut untuk membuang panas poudnya (badi/roh jahat). Beras supaya tanaman tidak rosak oleh poudnya itu.

Semulia sedekah ialah kain belacu sebagai kain bendera kubur Tidak boleh tidur selagi mayat diatas rumah Mayat ditanam bersama barang-barangnya Hidung,mata, telinga, & ekor haiwan ternakan dibuat sajian si mati Papakan- sajian si mati dalam gelap Mamupus- keluarga si mati beri amaran roh tidak kembali

SEKIA N

Anda mungkin juga menyukai