digerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuanmenyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpasebarang sebarang dialog. Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang menyerupai orang atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya. Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam terutamanya manusia atau haiwan Terdapat beberapa jenis boneka seperti Boneka Sarung Tangan / Jari. Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dan sebagainya. Boneka Lidi pula diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.
Boneka wayang kulit nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyanggoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya ialah wayang kulit.
Boneka Tongkat pula berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan untuk menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh rama-rama dan bunga. Boneka Bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian- bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik- tarik untuk membuat angota angooota badan itu bergerak.
Boneka Beg Kertas. Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas. Contoh: beruang dan rambutan. Contoh boneka beg kertas. Boneka pinggan kertas pula diperbuat daripada pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lainlain. Boneka penuh. Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan sebaginya seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya. Boneka tangan pula seperti boneka jari. Untuk menggerakkan boneka ini, kita hendaklah memasukkan tangan kedalam boneka. Contoh boneka tangan adalah itik, ayam dan kucing.