Anda di halaman 1dari 18

1.

ALAT ARTIKULASI Alat artikulasi merupakan organ-organ yang membuat bunyi- bunyi bahasa. Organorgan ini juga dikenali sebagai alat sebutan. Alat sebutan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu : a) Pengeluar ( artikulator) Organ yang dapat digerakkan dengan bebas. Contoh, hujung lidah dan bibir serta lelangit lembut. b) Daerah pengeluar ( artikulasi) Tempat-tempat yang dapat dicapai oleh artikulator. Contoh, gigi atas, gusi dan lelangit keras.

2.1

FUNGSI-FUNGSI ALAT ARTIKULASI ALAT ARTIKULASI 2.Gigi 3.Gusi FUNGSI ARTIKULASI Boleh dibundarkan, dihamparkan dan berperanan mengeluarkan berbagai-bagai bunyi. 1.Bibir atas dan bawah Menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Peranan yang pasif dan tidak aktif. Digunakan sebagai alat penampan udara dalam penghasilan udara. Digunakan sebagai daerah sebutan. Memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi seperti bunyi [ t ] dan [ l ] dengan bantuan 4.Lelangit hujung lidah sebagai penyekat. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan rongga

5.Anak tekak 6.Lidah

Berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu buniy sengau atau tidak. Anak tekak juga boleh dinaikkan atau diturunkan. Mempunyai empat bahagian iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah dan belakang lidah. Bahagian hadapan, tangah dan belakang lidah memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah memainkan peranan sangat penting kerana boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara.

7.Epiglotis

Membolehkan lidah membuat deskripsi bunyi. Tidak mempunyai fungsi dalam penghasilan bunyi. Memeberikan laluan kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang lain. Pita suara terbuka luas, udara akan keluar dengan cepat menghasilkan bunyi awal kata habis dalam bahasa Melayu.

8.Peti suara

Pita suara dirapatkan, saluran udara meenyempit dan menyebabkan getaran ketika uda ra melaluinya. Terbahagi kepada tiga iaitu rongga tekak, mulut dan hidung. Tidak memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi.

9.Rongga

12.Rahang

Namun rahang amat penting dalam pembunyian vocal.

GAMBAR RAJAH ARTIKULASI

1.

Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras 7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Hujung lidah 10. Hadapan lidah

11. Tengah lidah 12. Belakang lidah 13. Akar lidah 14. Epiglotis 15. Pita suara 16. Rongga tekak 17. Rongga hidung 18. Rongga mulult 19. Rahang 20. Tenggorok

2.2

BUNYI-BUNYI BAHASA Artikulator dan artikulasi merupakan tunjang utama dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi bahasa dikeluarkan secara sisitematik dan mempunyai banyak proses. Bunyi bahasa adalah gelombang yang terhasil daripada arus udara yang bergesel. Udara ini keluar dari paru-paru melalui tenggorok,pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Bunyi-bunyi ini terbentuk apabila udara tersekat atau terhalang pada alat artikulasi ini. Bunyi bahasa dikelaskan kepada tiga jenis iaitu vokal, konsonan dan diftong.

2.2.1 VOKAL Vokal berasal daripada perkataan Latin vocalis yang bermaksud bertutur kerana kebanyakan bahasa, perkataan dan perbualan tidak menjadi tanpa bunyi vokal. Vokal juga merupakan komponen penting dalam pertuturan yang disebut dengan membuka saluran vokal agar tekanan udara tidak terkumpul di mana-mana dia atas glottis. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga iaitu, vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Terdapat enam jenis vokal dalam bahasa Melayu : Lambang fonetik [a] [] [i] [e] [o] [u] Contoh perkataan Nama, saya, ada Elak, esok, sate Lilin, itik, syiling Emak, engkau, emas Orang, opah, otak Hutan, tukar, laku

Bunyi vokal terhasil apabila udara yang keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sebarang himpitan atau sekatan. Bunyi vokal ini dipengaruhi oleh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir itu sendiri.

Kedudukan vocal dalam bahasa Melayu

2.2.1.1 PENGHASILAN BUNYI VOKAL A. VOKAL HADAPAN Vokal Hadapan Sempit ( i ) Untuk mengeluarkan bunyi vokal [i] ini, depan lidah dinaikkan hingga menyentuh lelangit keras manakala hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput udara. Contoh : [ ikan ], [ tali ], [ topi ], [ tilik ]

Vokal Hadapan Separuh Sempit ( e ) Hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada penghasilan bunyi vokal [i] dan lidah tidak menyekat pengaliran udara dari paru-paru. Bibir dihampar dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan.Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh : [ kole ], [ tauge ], [ esok ], [ segak ]

Vokal Hadapan Separuh Luas ( ) Untuk menghasilkan vokal hadapan separuh luas [ e ], hujung diturunkan rendah sedikit daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal depan sempit [i] dan udara tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan dan glottis dirapatkan. Kemudian, lelangit lembut dinaikkan, udara dari paru-paru ditekan keluar, dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam beberapa dialek. Contoh : [ blot ], [ blon ], [ tauk ], [ glk ]

Vokal Hadapan Luas ( a ) Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan luas [a], bahagian depan lidah direndahkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan rongga hidung ditutup. Keadaan alat pertuturan lain adalah sama seperti penghasilan bunyi vokal [i] dan [e]. Contoh : [ apa ], [ mana ], [ maka ], [ bila ]

B. VOKAL BELAKANG Vokal belakang Sempit ( u ) Dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi-tingginya tetapi tidak menghalang laluan udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glottis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara pula ditekan dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh : [ ubat ], [ ulat ], [ utama ], [ undang ]

Vokal Belakang Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah di antara tempat yang paling tinggi dan paling rendah. Lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glottis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh : [ contoh ], [ obor ], [ bola ], [ orang ]

Vokal Belakang Separuh Luas Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan sedikit daripada kedudukan separuh sempit bentuk bibir turut dibundarkan. Lidah pula tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam dialek-dialek dan bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal ( o ). Vokal ini tidak terdapat dalam vokal bahasa Melayu.

C. VOKAL TENGAH Vokal Tengah Pendek ( )

Bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah pertemuan antara lelangit keras dan lembut. Lelangit lembut dan anak rekak dinaikkanuntuk menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya semasa keluar pita suara tidak akan bergetar. Contoh : [mpat], [kndiri], [prahu], [tmpat]

Vokal Tengah Panjang Vocal ini hamper sama dengan vocal tengah pendek hanya lebih rendah dari segi bunyi iaitu lebih tegas dan panjang. Cara membunyikan ialah, tengah lidah dinaikkan lebih tinggi dari keadaannya semasa menghasilkan vokal separuh sempit, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya bunyi yang keluar itu bersuara. Kebiasaannya vocal ini hanya tedapt dihujung perkataan. Contoh : [ dia ], [ kereta ], [ saja ], [ manja ]

2.2.2 DIFTONG Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata. Diftong disebut secara luncuran tanpa ada sekatan penggalan. Ada tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu : a) [ai] b) [au] c) [oi]

2.2.2.1 PENGHASILAN BUNYI DIFOTNG 1. [ai] Ketika ini bahagian depan lidah mula-mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan [i] tetapi tidak setinggi ketika membunyikan [i]. Contoh : [pakai] 2. [au] Lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] ketika ini dan kemudian bergerak kepada [u]. Bibir dihamparkan pada mulanya dan dibundarkan kemudian. Contoh : [pulau] 3. [oi]

Untuk menghasilkan bunyi ini, lidah perlu berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contoh : [amboi]

2.2.3 KONSONAN Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain daripada vokal dan diftong. Konsonan menerima sekatan, sempitan dan geseran ketika dikeluarkan sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi ini ada yang bersuara dan tidak bersuara. Hal ini bergantung dengan pita suara bergetar atau tidak bergetar. Arus udara yang keluar menerima sekatan atau geseran. Daerah Cara Letupan bersuara Letupan bersuara Geseran bersuara Geseran tak bibir tak p b F gigi guai t d s z Lelangit keras c j Lelangit lembut k g H Pita suara ?

bersuara Sengau m n Sisian l Getaran R Separuh vokal w y Jadual mengahasilkan bunyi-bunyi konsonan bahasa Melayu

2.2.3.1 KONSONAN LETUPAN Konsep letupan dalam konsonan adalah apabila konsonan yang dihasilkan udara ditahan dan dilepaskan dengan begitu cepat. a) LETUPAN DUA BIBIR dengan

Lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Dengan cepat-cepat membuka mulut dan terhasillah bunyi letupan. Contoh : [p], [b]

b) LETUPAN GUSI Cara penghasilan adalah dengan menaikkan lelangit lembut dan udara tertahan. Rapatkan dua bibir untuk menahan udara dan kenakan hujung lidah pada gusi. Jika sekatan dilepaskan terhasillah konsonan [t] dan [d].

c) LETUPAN LELANGIT LEMBUT Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Contoh : [k] dan [g] d) HENTIAN [?] Hentian glottis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan.

2.2.3.2 KONSONAN LETUSAN Konsonan dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak pula dinaikkan ke belakang atau di dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara rongga hidung. Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara. Namun udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Contoh : [c] dan [j]. 2.2.3.3 KONSONAN GESERAN

a) GESERAN GUSI TAK BERSUARA Pada mulanya, hadapan lidah akan dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menghalang arus udara ke rongga hidung. Pita suara diregangkan dan menyebabkan arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara lalu terhasillah bunyi [s]. b) GESERAN GLOTIS TAK BERSUARA Apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang dan rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] akan terhasil.

2.2.3.4 KONSONAN GETARAN

a) GETARAN GUSI BERSUARA Ketika hujung lidah diletakkan dekat gusi hingga udara melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Menghasilkan bunyi [r].

2.2.3.5 KONSONAN SISIAN

a) SISIAN GUSI BERSUARA Hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Manakala lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Kemudian udara keluar dari tepi-tepi lidah dan menghasilkan bunyi [l].

2.2.3.6 KONSONAN SENGAUAN Ada empat bunyi sengauan dalam bahasa Melayu tapi yang membezakan hanya pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut.

a) SENGAUAN DUA BIBIR BERSUARA Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan serta rapatkan dua bibir. Terhasillah bunyi [m].

b) SENGAUAN GUSI BERSUARA Penghasilan bunyi [n] adalah dengan menaikkan hujung lidah ke gusi. Menggetarkan pita suara dan menaikkan lelangit lembut.

c) SENGAUAN LELANGIT KERAS BERSUARA Pita suara digetarkan dan lelanggit lembut dinaikkan. dinaikkan ke lelangit untuk menghasilkan bunyi [n]. Tengah lidah juga

d) SENGAUAN LELANGIT LEMBUT BERSUARA Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut dan pita suara digetarkan serta lelangit lembut dinaikkan. Maka menghasilkan bunyi [n].

2.2.3.7 SEPARUH VOKAL Bagi menghasilkan bunyi separuh vokal ini, kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak dan membuat luncuran. Terdapat dua jenis bunyi separuh vokal :

a) SEPARUH VOKAL DUA BIBIR BERSUARA Lidah seperti hendak menyembunyikan [u]. Namun kemudian bergerak kepada vokal yang lain. Hurfnya adalah [w].

b) SEPARUH VOKAL LELANGIT KERAS BERSUARA Kedudukan lidah pada mulanya seperti hendak menyembunyikan [i] kemudian bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Hurufnya adalah [j].

2.2.3.8 KONSONAN PINJAMAN Untuk pengetauan ada juga konsonan yang dipinjam daripada bahasa asing. Ada juga yang telah menggantikan kata pinjaman itu menjadi konsonan Melayu seperti [th] menjadi [s]. Walau bagaimanapun masih ada bunyi yang dikekalkan dan ini dinamakan sebagai geseran.

a) GESERAN BIBIR GUSI TIDAK BERSUARA Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara tidak bergetar untuk menyembunyikan [f].

b) GESERAN BIBIR GUSI BERSUARA Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar untuk meghasilkan [v]

c) GESRAN GUSI BERSUARA Bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Namun begitu penghasilan bunyi [z] adalah berbeza apabila pita suara bergetar.

d) GESERAN GUSI LELANGIT KERAS Lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras ketika membunyikan huruf [s]. Pita suara pula tidak bergetar.

2.3

DAERAH ALAT ARTIKULASI Daerah alat artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan artikulasi semasa menghasilkan sesuatu bunyi. Memanipulasikan alat sebutan dan daerah sebutan dapat menghasilkan banyak bunyi. Daerah artikulasi juga dapat difahamkan sebagai kawasan di mana arus udara terganggu. Terdapat beberapa daerah artikulasi yang terlibat dalam penghasilan sesuatu bunyi iaitu : a) BIBIR Alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang berfungsi untuk menyekat pealiran udara. Otot kenyal pada bibir membolehkan bibir dihamparkan dan dibundarkan. Bibir juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar melalui rongga mulut.

b) Gigi Peranan gigi dalam penghasilan bunyi tidaklah seaktif peranan bibir. Gigi tidak boleh digerakkan dan fungsinya hanyalah untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas daripada rongga mulut.

c) Gusi Gusi terletak di antara gigi dan lelangit keras yang berbentuk cembung dan tidak boleh digeak-gerakkan. membuat sekatan. Gusi dengan bantuan hujung lidah berfungsi untuk

d) Lelangit Lelangit boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lelangit keras dan lembut. Lelangit keras terletak di antara lelangit lembut dan gusi. Lelangit keras berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Lelangit lembut pula penting dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasik=lkan itu bunyi oral atau nasal.

Habibah Bt Mohd Samin (Munsyi Dewan) dan Hasnah Bt Awang. (2010). Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk PPISMP. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah. Diakses pada 1 Ogos 2010.

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp? e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&r=m&i=NOTA. Diakses pada 11 Ogos 2010.

http://www.scribd.com/doc/19005927/Alatalat-Artikulasi. Ogos 2010.

diakses

pada

11

http://www.scribd.com/doc/7729996/FONOLOGI-BAHASA-MELAYU . Diakses pada 14 Ogos 2010.

http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/fonetik-artikulasi.html. Diakses pada 11 Ogos 2010.