Anda di halaman 1dari 7

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR YANG SESUAI

Penggunaan Kertas Keratan kertas Jalur kertas Jalur pecahan

Penggunaan Kad Kad aktiviti Kad bulatan pg9 Kad pecahan pg10 Kad perkataan Kad perkataan pecahan Kad simbol pecahan

Carta Pecahan

Kit Pecahan

Tangram

Puzzle

Pembilang

Papan Geoboard

BAHAN BANTU 1 : PENGGUNAAN KERTAS-Keratan Kertas, Jalur Kertas, jalur pecahan Keratan kertas berbentuk geometri (segi empat tepat, segi empat sama dan bulatan adalah sesuai. Lipatan kertas yang sama saiz lebih mudah dilakukan dengan menggunakan bentuk geometri yang sekata dan simetri. Aktiviti Penggunaan Kertas 1. Melipat Kertas 1. Murid akan melipatkan keratan kertas berbentuk geometri kepada 2 bahagian yang sama. 2. Guru boleh mengemukakan soalan kepada murid seperti berikut: Adakah cara lipatan kamu sama? Ada berapa cara lipatan untuk setiap bentuk? 3. Murid diminta melukis garis pembahagian dan membandingkan kedua-dua bahagian tersebut. Adakah kedua-dua bahagian lipatan sama saiz? 4. Mengulang langkah di atas dengan aktiviti melipat kertas kepada empat atau lapan bahagian. 2. Melukis dan melorekkan bentuk keratan kertas 1. Guru akan sediakan helaian kertas dan murid melukis garis membahagikan kertas kepada 2 bahagian. 2. Kemudian, lorekan akan dilakukan satu bahagian daripadanya. 3. Langkah diteruskan dengan beberapa bahagian lagi.

BAHAN BANTU 2: PENGGUNAAN KAD-Kad Kad aktiviti, Kad bulatan, Kad pecahan, Kad perkataan, Kad perkataan pecahan, Kad simbol pecahan

Antara Aktiviti Penggunan Kad Mengaitkan Konsep Pecahan Dengan Bahasa Formal 1. Penggunaan kad bulatan yang sama saiz tetapi berbeza warna. 2. Kad bulatan akan diselitkan antara satu sama lain. 3. Salah satu kad bulatan akan diputarkan Menulis Simbol Pecahan Berdasarkan Kad Perkataan 1. Menggunakan kad perkataan. Melakarkan Model berdasarkan simbol yang diberi 1. Menggunakan kad simbol. 2. Simbol yang ditayangkan akan dilakarkan atau dilorekkan dalam lukisan (lukisan bentuk geometri). 2. Kad Perkataan ditayangkan dan murid menulis simbol berdasarkan perkataan tersebut. Menulis Pecahan Bagi Model Pecahan Yang Diberi 1. Menggunakan kad pecahan. 2. Perkenalkan simbor pecahan seperti dengan menggunakan kad tersebut.

BAHAN BANTU 3: CARTA PECAHAN Antara Aktiviti Carta Pecahan Menggunakan Carta Pecahan Dan Jalur Pecahan 1. Guru sediakan carta pecahan. 2. Murid akan meletakkan kepingan jalur pecahan pada carta pecahan. 3. Menggunakan untuk membandingkan nilai pecahan. Contoh:1/3=2/6=3/9 Menggunakan Kaedah Pengembangan 1. Dengan merujuk carta pecahan, murid akan menulis pecahan yang sama nilai dengan pecahan yang diberikan.

BAHAN BANTU 4: KIT PECAHAN

Antara Aktiviti Kit Pecahan Menggunakan kit pecahan untuk menambahkan dua pecahan wajar yang penyebut sama 1. Menyusun kepingan kit pecahan 2. Mengaitkan konsep penambahan melibatkan penyebut sama iaitu hanya pengangka sahaja yang bertambah.

BAHAN BANTU 5: TANGRAM Antara Aktiviti Tangram Pengukuhan tentang pecahan 1. Murid akan mengalihkan kepingan tangram untuk mencari perkaitan antara kepingan tangram. 2. Mencari perkaitan berdasarkan soalan yang dikemukakan seperti: Apakah nilai pecahan bagi bahagian B?

BAHAN BANTU 6: PEMBILANG

Antara aktiviti pembilang Mendarab pecahan dengan nombor bulat 1. Soalan dikemukan. 2. Pembahagian pembilang kepada beberapa kumpulan mewakili pecahan. 3. Murid akan membilang pembilang dalam bahagian tersebut.

BAHAN BANTU 7: PAPAN GEOBOARD Antara Aktiviti Papan Geoboard Menambah dan menolak pecahan yang sama penyebut 1. Membentuk persegi menggunakan getah atau tali. 2. Lorekkan persegi mengikut pecahan. 3. Pengiraan dilakukan sama ada tambah atau tolak Menukarkan Pecahan Dalam Bentuk Peratus 1. Membentuk persegi seratus. 2. Melorekkan pecahan dengan penyebut seratus. 3. Menyatakan pecahan dalam bentuk peratus atau perseratus.

Anda mungkin juga menyukai