Anda di halaman 1dari 7

Akibat Tidak Mendengar Kata

SK Simpang

Terima kasih Pengerusi Majlis. Barisan hakim yang bijaksana, Penjaga masa yang setia, Guru-guru yang dihormati dan Seterusnya hadirin yang disayangi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh

Saya akan menceritakan sebuah cerita yang bertajuk Akibat tidak mendengar kata.

Di tepi sebatang sungai, tinggal seekor ibu itik. Itik itu mempunyai 2 ekor anak iaitu Midi dan Miki.

Midi dan Miki sangat nakal. Mereka selalu tidak mendengar kata ibu itik. Nasihat yang diberikan oleh ibu mereka bagaikan mencurahkan air ke daun keladi. Setiap kali ibu itik memberikan nasihat, Midi dan Miki selalu mengingkarinya.

Ibu itik sering melarang Midi dan Miki supaya jangan bermain terlalu jauh. Tetapi, anak-anak itik itu tidak mengendahkan larangan ibu mereka. Mereka sering menentangnya. Midi dan Miki kepala batu.
1

Akibat Tidak Mendengar Kata

SK Simpang

Pada suatu hari, ketika musim hujan, ibu itik telah menasihati Midi dan Miki supaya jangan bermain di luar tempat tinggal mereka. Tetapi, mereka tidak mengendahkannya. Mereka pun berlarian keluar menuju ke kawasan banjir.

Setibanya di sana, anak-anak itik dapat melihat banjir yang sedang melanda kawasan kampung. Air banjir itu telah menenggelami beberapa buah rumah.

Wah, banyak sungguh air di kawasan itu !kata Midi. Mereka pun berdiri di tempat yang agak jauh sedikit.

Hujan semakin lebat. Tanpa mereka sedari, tempat mereka berdiri itu telah digenangi air bah. Midi dan Miki terkejut. Mereka segera berusaha untuk beredar dari situ.

Tetapi sayang, Midi dihanyutkan air. Mereka saling menjerit meminta tolong. Tolong, tolong ! jerit Midi. Miki cuba untuk menyelamatkan Midi tetapi air bah terlalu deras. Mujurlah ibu itik segera mendengar suara Midi meminta pertolongan. Ibu itik segera datang.

Akibat Tidak Mendengar Kata

SK Simpang

Ibu itik segera menangkap Midi. Ibu itik menarik Midi ke darat. Midi dan Miki menangis kerana terlalu terkejut.

Kemudian, ibu itik membawa Midi dan Miki pulang. Sampai sahaja di tempat mereka, ibu itik berkata.

Ha, bukankah banyak kali ibu sudah katakan ! Jangan keluar bermain di luar rumah. Sekarang musim hujan, banjir boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Midi dan Miki hanya tunduk apabila dimarahi oleh ibu mereka. Mereka sedar bahawa mereka telah melakukan kesalahan dan menyusahkan hati ibu mereka.

Namun demikian, mereka tidak serik. Pada keesokan harinya, ibu itik melarang anak-anak itik keluar dari rumah. Ibu itik ada mendengar khabar angin bahawa ada sesekor ular besar telah keluar dari hutan.

Kamu berdua janganlah keluar dari rumah. Ibu ada mendengar cerita bahawa seekor ular besar telah keluar dari hutan. Ular besar itu akan memakan kamu jika kamu melanggar arahan ibu.

Namun begitu, Midi dan Miki tidak juga mengendahkan nasihat ibu mereka.

Akibat Tidak Mendengar Kata

SK Simpang

Marilah kita keluar Miki. Saya ingin melihat ular besar itu. Betulkah ular itu sangat jahat dan besar ? tanya Midi. Betul Midi. Saya pun teringin melihat ular besar itu. Ibu mesti sengaja merekareka cerita mengenai ular itu untuk menakutkan kita, jawab Miki.

Midi pun mengangguk kepala mengiakan kata-kata Miki. Ibu itik keluar untuk mencari makanan untuk Midi dan Miki. Mereka keluar dari rumah secara senyap-senyap. Kemudian, mereka berjalan menyusuri kebun dan sungai.

Tiba-tiba, Midi dan Miki terlihat ada sesuatu bergerak di bawah semak. Tidak lama kemudian, kelihatan kepala yang sangat menakutkan. Ternyata itulah kepala ular.

Wah, besarnya ular itu, jerit Miki. Midi dan Miki terpegun melihat ular itu.

Sejurus kemudian, ular itu mula mengalihkan pandangannya ke arah mereka. Rupa-rupanya, ular itu telah mendengar suara Miki. Ular yang besar itu pun cuba mendekati mereka. Midi dan Miki mula melangkah dan berlari dengan pantas. Ular itu mula mengejar mereka dari arah belakang.

Akibat Tidak Mendengar Kata

SK Simpang

Mereka ketakutan. Mereka menoleh ke belakang. Midi dapat melihat ular itu masih mengejar mereka. Cepat lari ! Saya takut ular itu akan menelan kita teriak Miki. Saya juga takut, jerit Midi.

Rupa-rupanya, ular itu lebih pantas dibandingkan dengan Midi dan Miki. Ular itu berjaya menangkap Midi. Ular itu membelit badan Midi. Midi menjerit-jerit meminta pertolongan.

Tolong, tolong ! jerit Midi.

Malangnya, Midi telah ditelan oleh ular besar itu.

Miki tidak mampu untuk menolong Midi. Ular itu terlalu besar untuk dilawan. Miki mengintai kelibat ular itu menelan Midi. Miki menangis mengenangkan Midi.

Miki menangis ketakutan. Miki menangis sepanjang jalan pulang ke rumah.


5

Akibat Tidak Mendengar Kata

SK Simpang

Miki segera mencari ibu itik.

Miki menceritakan kisah Midi ditelan oleh ular besar itu kepada ibunya. Sebaik sahaja ibu itik mendengar cerita itu, ibu itik pengsan lalu jatuh sakit. Ibu itik selalu sahaja teringatkan Midi yang telah mati ditelan ular. Ibu itik tidak berselera untuk makan. Tubuhnya menjadi kurus. Badannya menjadi semakin lemah.

Ibu, maafkan saya. Kami berdosa kerana tidak mendengar nasihat ibu, Kata Miki. Miki menangis teresak-esak meminta maaf daripada ibunya.

Tetapi tangisan Miki sudah tidak bererti lagi. Ibu itik semakin lemah. Beberapa hari kemudian, ibu itik pun mati. Midi menguburkan ibunya di tepi sungai.

Sejak itu, tinggallah Miki bersendirian. Miki sering menangis mengenangkan Midi dan ibunya.

Saya amat menyesal kerana mengingkari nasihat ibu. Saya berjanji akan menjadi seekor itik yang baik,katanya sambil menangis di tepi kubur ibunya.

Akibat Tidak Mendengar Kata

SK Simpang

Setelah itu, Miki pun meninggalkan tempat itu dengan membawa hatinya yang pilu.

Pengajaran cerita ini ialah kita janganlah menderhaka kepada ibu kita. Kita perlu sentiasa mendengar nasihat yang diberikan oleh ibu kita. Ibu kita mengharapkan agar kita hidup dengan bahagia dan selamat. Jika kita tidak mendengar nasihat ibu kita, nescaya kita akan menyesal.

Terang bulan di malam sepi, Cahaya memancar ke pangkal kelapa, Hidup di dunia buatlah bakti, Kepada ibu dan juga bapa.

Sekian, terima kasih.