Anda di halaman 1dari 8

Hadis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman Allah Kitab Malaikat Nabi Hari Akhirat Qada dan Qadar Rukun Islam Syahadah Solat Puasa Zakat Haji Kota Suci Makkah Madinah Baitulmuqaddis Hari Raya Aidilfitri Aidiladha

Hukum

Al-Quran Sunnah Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam Khulafa al-Rasyidin Khalifah Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w Ahlul Bait Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah Hanafi Syafie Maliki Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik Haiwan Seni Takwim Kanak-kanak Demografi Perayaan Masjid Dakwah Falsafah Sains Wanita Politik

Lihat juga

Kritikan Islamofobia Glosari

Portal Islam
pbs

Hadith atau hadis (bahasa Arab: alhadth " "mufrad, ahdth " "jamak); adalah laporan perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Contoh-Contoh Sunnah 2 Kitab Hadis

3 Jenis Hadis 4 Kedudukan Hadis di dalam Islam 5 Rujukan

sunting]Contoh-Contoh Sunnah
1. Perkataan (Qauliyyah)

Setiap perkataan yang diucapkan oleh Rasul s.a.w. seperti hadis berikut : "Sesungguhnya setiap amalan itu dikira dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu mengikut apa yang diniatkannya" (Hadis Riwayat Bukhari).

sunting]Kitab Hadis

Ada ramai ulama periwayat hadis, namun yang sering digunakan dalam fiqh Islam ada tujuh iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi,Imam Ahmad, Imam Nasa'i dan Imam Ibnu Majah. Ada beberapa buah kitab Hadis yg lebih diakui oleh umat Islam seluruh dunia. Enam kitab pertama di bawah ini dikenali sebagai enam kitab hadis utama: 1. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari atau nama sebenar beliau adalah Muhammad bin ismail 2. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Muslim atau nama sebenarnya muslim bin al-hajjaj al-nasaburi 3. Kitab Sunan an-Nasai - karya Imam Nasa'i atau nama sebenar beliau adalah Abu abdul rahman bin shuib 4. Kitab Sunan Abi Daud - karya Imam Imam Abu Daud atau nama sebenar beliau adalah Abu daud sulaiman 5. Kitab Sunan at-Tirmizi (al Jami' as-Sahih) - karya Imam Tirmidzi atau nama sebenar beliau adalah Abu esa muhammad bin ishak Asalmi 6. Kitab Sunan Ibnu Majah - karya Imam Ibnu Majah atau nama sebenar beliau adalah Abu abdullah muhammad bin yazid al-quzwini 7. Kitab Musnad - karya Imam Ahmad

sunting]Jenis Hadis
1. 2. Hadis Mutawatir Hadis Sahih

3. 4. 5. 6.

Hadis Hasan Hadis Dha'if Hadis Maudhuk Hadis Ahad

sunting]Kedudukan Hadis di dalam Islam

Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith di dalam al Quran disebut sebagai al Sunnah malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al Quran di dalam firman Allah seperti ; Maksudnya ; Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman (surah al Anfl : ayat 1) Maksudnya ; Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka (surah al Ahzb : ayat 36) Maksudnya ; Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah (surah al Hasyr : ayat 7) Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran. Sesetengah pengarang menyebutkan mengenai 5 fungsi hadith yang utama dalam sesetengah buku cuma disebut 4 iaitu ;

Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.

Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkaraperkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.

Menjadi keterangan tasyri iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan

tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.

Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ray berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatr, Masyhr ataupun Mustafhdh.

Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.

Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, para ulama bersepakat dalam menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga, keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadith-hadith Mutawatr dan Masyhr boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri menolak penasakhan itu. Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram. Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith. Mengenai ilmu pengetahuan pula, tidak sedikit ilmu yang boleh kita korek dari hadith bagaikan satu dasar yang tidak diketahui kedalamannya sama ada ilmu sejarah sejarah penciptaan alam dan bangsa-bangsa terdahulu -, ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan banyak lagi. Tambahan pula, hadith juga menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak pula, maka sememangnya pengutusan Rasulullah saw itu sendiri adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.

sunting]Rujukan

Ismail Omar (1993), Manhaj Aqidah Ahli as-Sunnah wal Jamaah, Selangor : Access Infotech (M) SDN. BHD.

Mustafa Abdul Rahman (1996), Hadith 40 : Terjemahan dan Syarahnya, Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar.

Shalih bin Fauzan bin Abdullah al Fauzan (2002), Kitab Tauhid jilid (1), Jakarta : Darul Haq.

Abdul Majid al Zindani (1996), al Iman, Kuala Lumpur : al Hidayah Publishers.

Rosmawati binti Ali @ Mat Zin (1995). Hadis hd dalam akidah Islam : Tumpuan utama kepada hadis-hadis tentang Imam Mahdi. Tesis sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Abdullah al Qari Haji Salleh (t.t), Memahami Nilai Hadith dan Sunnah Nabi saw, Kelantan : Pustaka Asa Kenali.

Engku Ibrahim & Abdul Ghani Shamsuddin (1987), Kedudukan Hadith Dalam Islam, Kuala Lumpur : Persatuan Ulama Malaysia.

Ibrahim Muhammad bin Abdullah al Buraikan (1998), Pengantar Studi Aqidah Islam, Jakarta : Rabbani Press.

http://www.hadiths.eu http://lidwa.com Himpunan Hadis Himpunan Hadis-hadis sahih dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
[tunjuk]

pbs

Topik dalam Islam

Kategori:


Buka akaun Log masuk

Hadis Hukum Islam

Rencana Perbincangan Baca Sunting Lihat sejarah

Laman Utama Tinjau Hal semasa

Rencana rawak

Perhubungan Tentang Wikipedia

Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi

Cetak/eksport Alatan Bahasa lain Ach

Asturianu Azrbaycanca

Bahasa Indonesia Basa Jawa Basa Sunda Bosanski Brezhoneg Catal esky Cymraeg Dansk Deutsch English Espaol Esperanto Franais Frysk slenska Italiano Kiswahili Latina Latvieu Lietuvi Magyar

Nederlands norsk (bokml) norsk (nynorsk) Ozbekcha Polski Portugus Qaraqalpaqsha Shqip Simple English Srpskohrvatski / Suomi Svenska Tagalog /tatara Trke Zazaki

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:52, 25 Jun 2012. Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

Dasar privasi Perihal Wikipedia Penafian Paparan Mudah Alih

Anda mungkin juga menyukai