Anda di halaman 1dari 2

Cenderabahasa Bil.1 JPNPP MODUL 4 : KATA PENGUAT 1.

Maksud Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. 2. Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat: KATA PENGUAT a. penguat hadapan b. penguat belakang c. penguat bebas 3. Contoh: a. Digunakan di hadapan kata adjektif. KATA PENGUAT HADAPAN terlalu paling agak b. Digunakan di belakang kata adjektif KATA PENGUAT BELAKANG sekali nian benar CONTOH Pendapat murid itu baik sekali. Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi. Cantik benar rantai mutiara ini. CONTOH Baju di pasar raya itu terlalu mahal. Sambal tumis itu paling sedap. Jalan di kawasan itu agak bahaya. CONTOH terlalu, paling, agak sekali, benar, nian amat, sangat, sungguh

c. Digunakan secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. KATA PENGUAT BEBAS amat sangat CONTOH 1. Kraf tangan itu amat cantik. 2. Kraf tangan itu cantik amat. 1. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat. 2. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat sangat. 1. Kereta yang dipandu oleh Jazeman sungguh laju. 2. Kereta yang dipandu oleh Jazeman laju sungguh.

sungguh

Cenderabahasa Bil.1 JPNPP d. Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan, dan terlalu amat pedih. (Tatabahasa Dewan m.s 390) Contoh: a. Suaranya sungguh amat merdu. b. Perangainya sungguh kurang sopan. c. Kata-katanya terlalu amat pedih.

Anda mungkin juga menyukai