Anda di halaman 1dari 4

Nama: Tingkatan: .

PENTAKSIRAN KURIKULUM 1 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Arahan : Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan di ruang yang telah disediakan.
1. Apakah fungsi jantung ? A Mengepam darah melalui sistem otot badan B Membekalkan oksigen kepada sistem kardiovaskular C Membekalkan glukosa kepada sistem perkumuhan badan. D Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik 2 Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot dan membawa keluar bahan kumuh dari otot. Sistem kardiovaskular terdiri daripada A ginjal, perut dan jantung. B limfa, pankreas dan jantung C rangkaian arteri dan vena, usus dan perut D jantung, paru-paru dan rangkaian arteri dan vena 3 Seseorang individu itu dikatakan mempunyai kecergasan yang baik sekiranya A dapat melakukan aktiviti harian tanpa sebarang kecederaan B tidak mengalami sebarang penyakit kronik seperti penyakit jantung C menggunakan tenaga yang maksimun ketika melakukan larian 1500 meter D mampu melakukan aktiviti fizikal dengan menggunakan tenaga yang minimum tanpa berasa letih dan lesu 4 Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa ? A Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang maksimun B Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang minimum C Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang maksimun D Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang minimum 5 Apakah komponen kecergasan yang diperkembangkan oleh latihan lari jarak jauh? A Kepantasan B Kelenturan C Kekuatan otot D Kepantasan Daya tahan kardiovaskular 6 Aktiviti tekan tubi bertujuan untuk menguji A kelenturan B imbangan C daya tahan otot D daya tahan kardiovaskular 7 Aktiviti regangan bertujuan untuk A meningkat suhu badan B mencegah kecederaan otot dan tisu C meningkatkan tenaga dan kekuatan D menyesuaikan dengan keadaan persekitaran latihan 8 Selepas melakukan sesuatu aktiviti atlet perlu A B C D merehatkan badan memanaskan badan menyejukkan badan meregangkan badan

9 Daya tahan otot bermaksud A kemampuan otot mengembang B kemampuan otot mengatasi rintangan C kemampuan otot mengembang dan menguncup D kemampuan otot bekerja dalam jangka masa yang lama 10 Apakah unit pengukuran ketinggian bagi mengira BMI A Milimeter B Sentimeter C Meter D Inci 11 Prinsip utama dalam pencegahan kecederaan sukan ialah A pemeriksaan kesihatan B mamatuhi peraturan keselamatan C memanas dan menyejukkan badan D melakukan latihan secara ansur maju 12 Berapakah ketinggian jaring bola tampar bagi kategori lelaki bawah 18 tahun? A 2.43 m B 2.24 m C 2.25 m D 2.10 m 13 Antara yang berikut, otot manakah yang terlibat dalam permainan bola tampar A Deltoid B Biseps C Hamstring D Rectus abdominis

14 Susun atur pemain bola tampar adalah mengikut strategi pasukan yang berputar untuk melakukan servis mengikut A arah jam B lawan jam C sesuka hati D arahan jurulatih 15 Apakah fungsi home plate dalam permainan sofbol A.Tapak memulakan run B.Tapak mendapat strike C.Tapak melakukan pitching D.Tapak memperolehi run 16 Jumlah pemain bagi permainan sofbol adalah A. 6 orang B. 7 orang C. 8 orang D. 9 orang 17. Apakah dua kemahiran asas semasa memadang dalam permainan sofbol. A. Memukul dan menampan B. Menyambut dan membaling C. Melempar dan membaling D. Memukul dan larian base 18. Pemukul akan terkeluar atau dikira mati jika A B C D Mendapat tiga larian bes Mendapat tiga strike Mendapat empat ball Mencecah base sebelum di tag

21. Postur, form kemahiran dan penjajaran adalah penilaian dalam A Gimnastik Pendidikan B Gimnastik Irama C Gimnastik Artistik D Pendidikan Kreatif 22. Aspek keselamatan yang perlu di patuhi semasa menjalani latihan gimnastik pendidikan di sekolah . Antara berikut yang manakah patut dipatuhi sebelum melakukan aktiviti ? A Memakai pakaian yang sesuai B Melakukan aktiviti menyejukkan badan C Melakukan akitviti memanaskan badan D Meneroka pelbagai pergerakan yang sesuai dengan arahan 23. Apakah kepentingan isyarat dan pandu arah dalam aktiviti menjejak ? A. Untuk keselamatan B Untuk memudahkan dan mempercepatkan perjalanan C. Untuk menentukan destinasi yang dituju dengan tepat D. Untuk memberitahu penjejak lain laluan yang dilalui dan menentukan arah perjalanan. 24. Antara yang berikut yang manakah peranan setiausaha persatuan? A Mempengerusikan mesyuarat B Memungut yuran persatuan C Merancang jadual pertandingan D Menguruskan semua hal surat-menyurat 25 Penubuhan sesebuah persatuan sukan di peringkat sekolah mesti mendapat kebenaran dan berdaftar dengan A pengetua

B guru penasihat C Jabatan Pendidikan Daerah D Jabatan Pendidikan Negeri 26 Pertandingan bola tampar akan diadakan secara liga. Berapakah bilangan perlawanan yang akan dijalankan sekiranya terdapat 5 pasukan yang bertanding A5 B8 C9 D 10 27. Pengulas sukan merupakan contoh kerjaya sukan secara A langsung B tidak langsun C sambilan D sementara 28 Penyakit obesiti boleh meningkatkan risiko penyakit-penyakit serius seperti A skurvi B kanser C rabun malam D penyakit jantung koronari 29 Berikut yang manakah bukan kesan daripada amalan pemakanan yang berlebihan? A Strok B Kanser C Diabetes D Hipertensi 30 Apakah yang dikatakan makanan seimbang? A Makanan mengandungi protein, karbohidrat dan vitamin B Makanan mengandungi protein, karbohidrat dan garam mineral C Makanan mengandungi protein, lemak dan vitamin dalam kadar yang sesuai D Makanan mengandungi protein, karbohidrat, vitamin, garam mineral dan lemak dalam kadar yang sesuai

19. Dalam pertandingan lumba jalan kaki, berapakah jumlah amaran akan diberi sebelum penyertaan dibatalkan? A B C D Satu kali Dua kali Tiga kali Empat Kali

20. Berapakah berat cakera bagi kategori lelaki bawah 15 tahun? A B C D 0.5 kg 1.0 kg 1.5 kg 2.0 kg

31 Dalam penyediaan diet harian, kita perlu memilih corak pemakanan yang baik. Antara panduan yang bukan dijadikan rujukan adalah A gizi seimbang B mengikut selera C piramid makanan D saranan Pengambilan Makanan (RDA) 32 Antara berikut adalah bukan kebaikan menggunakan piramid makanan dan RDA sebagai panduan pengambilan makanan adalah seperti berikut A mengurangkan masalah malnutrisi B dapat mengurangkan stress dan tekanan C seseorang individu mengambil makanan dalam kuantiti yang mencukupi D menjadikan sesebuah negara produktif dan kos penjagaan kesihatan menurun 33. Tindakan yang mesti diambil bagi mengurangkan stres semasa peperiksaan A persiapan yang cukup B tersalah jadual peperiksaan C lewat tiba di tempat peperiksaan D tertinggal dokumen penting atau slip peperiksaan 34 Apakah tindakan yang tidak sepatutnya diambil dalam persediaan menghadapi peperiksaan ? A Sediakan jadual ulang kaji B Tetapkan sasaran dan objektif C Makan berlebihan untuk dapatkan tenaga D Bincang topik yang sukar difahami dengan rakan

35 Penyakit berjangkit boleh merebak secara langsung melalui _____________ . A hubungan seks, sentuhan dan udara B hubungan seks, minuman dan pakaian C perkongsian barangan, sentuhan dan udara D perkongsian barangan, hubungan seks dan sentuhan 36 Mayat : diperiksa Premis : diarah tutup Peralatan : basmi kuman sebelum guna semula Fakta di atas merujuk kepada : A Kesalahan dan Penalti B Jenis-jenis Penyakit Berjangkit C Pencegahan Penyakit Berjangkit D Pengawalan Penyakit Berjangkit 37 Apakah antara tanda-tanda remaja telah terjebak dalam penagihan dadah ? I Kemerosotan disiplin II Semakin suka bergaul dengan rakan-rakan III Mudah naik angin jika kemahuannya tidak dipenuhi IV Suka meminjam wang atau mencuri barang-barang untuk dijual.. A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

38 Faktor-faktor pencetus kepada pengambilan dadah ialah I tekanan jiwa II kurang pengetahuan III pengaruh rakan sebaya IV untuk cemerlang dalam peperiksaan A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 39 Apakah aspek-aspek keselamatan yang perlu diikuti oleh atlet jalan kaki ? I Berpakaian gelap II Berjalan mengikut arah trafik III Berjalan menghadap arah trafik IV Berpakaian cerah atau baju pantul cahaya A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 40 Lemparan cakera dibatalkan apabila I cakera tidak berputar II cakera jatuh di luar kawasan sektor III atlet keluar dari bulatan sebelum cakera menyentuh tanah IV atlet keluar dari bulatan melalui bahagian hadapan atau sisi A B C D I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV.

SOALAN TAMAT
Disediakan oleh: (CIK SALEZA BINTI SELAMAT) Disemak oleh: (CIK HAMIZAH BINTI MAAMOR)

JAWAPAN : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

Anda mungkin juga menyukai