Anda di halaman 1dari 4

Andaian Asas

Dalam kes ini, Salman merupakan seseorang pelajar yang aktif baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sehingga menjadikan dia seorang ikon di sekolahnya. Saya membuat andaian bahawa hal ini adalah disebabkan oleh latar belakang keluarganya yang menitikberatkan sikap kesempurnaan dalam menjalani kehidupan seharian. Bapanya ialah seorang bekas tentera yang amat tegas dalam mendidik anak-anaknya dengan harapan anak-anaknya akan mencapai prestasi yang membanggakan keluarga.

Selain itu, Salman juga dikatakan mempunyai dorongan id yang kuat sesuai dengan teori Psikoanalisis yang beranggapan bahawa id sememangnya wujud sejak lahir dalam diri setiap individu. Hal ini demikian kerana sistem id merupakan sistem biologi yang lahir bersama-sama manusia tanpa pengaruh daripada pemikiran. Menurut kes Salman, beliau seorang yang celupar, berbahasa kasar dan suka mencari kesalahan rakan-rakannya selain amat mementingkan diri sendiri serta kurang menghormati pendapat yang diajukan rakan-rakannya. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh pengaruh id yang amat kuat yang telah menguasai diri Salman mengalahkan pengaruh ego dan superegonya. Walau bagaimanapun,

wujud dorongan superego dalam diri Salman, iaitu beliau seorang yang aktif dan pintar dalam kedua-dua aspek tersebut.

Dari sikap Salman yang suka berbahasa kasar, kita mengandaikan bahawa mungkin dia mengalami lekatan perkembangan dalam peringkat perkembangan personaliti iaitu pada peringkat mulut. Pada peringkat oral aggresif, Salman mungkin mengalami lekatan perkembangan yang memberi kesan terhadap personalitinya semasa dia dewasa.

Di samping itu, Salman tetap mengarahkan adik-adiknya walaupun dia menyedari adik-adiknya tidak menyukai tindakannya. Hal ini mungkin kerana dia berada dalam alam tidak sedar atau pra sedar. Dia bertindak dengan diarahkan oleh keperluan asas naluri dan biologi dan hal ini menyebabkan Salman bertindak secara tidak rasional dan tidak logik.

Punca masalah

Berdasarkan kes Salman, beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dan pintar di kelasnya, iaitu tahun 5 Cempaka. Hal ini berkait rapat dengan prinsip utama tingkah laku manusia berdasarkan teori Psikoanalisis, iaitu prinsip realiti. Menelusuri didikan yang telah diberikan oleh kedua ibu bapanya, kami telah membuat andaian bahawa Salman berperawakan aktif dan cergas baik dari aspek kurikulum mahupun kokurikulum adalah berpunca daripada latar belakang didikan keluarganya. Hal ini demikian kerana bapa beliau merupakan seorang bekas tentera dan kita semua sedia maklum dengan sikap seorang tentera yang amat mementingkan disiplin dalam mengurus sesuatu perkara. Sesuai dengan kerjaya sebagai seorang bekas tentera, beliau seorang yang tegas dalam mendidik anakanak di samping amat menitikberatkan soal pembelajaran anak-anaknya. Selain itu, beliau akan bekerja keras demi menyediakan semua keperluan pembelajaran anakanaknya dengan menjulang harapan yang tinggi agar ketiga-tiga anaknya dapat mencapai keputusan yang cemerlang serta membanggakan keluarganya. Hal ini bertepatan dengan pandangan terhadap manusia menurut Freud bila mana manusia terpaksa menyesuaikan tingkah lakunya dengan melihat kepada batasan realiti, bukan hanya bertindak secara mengikut rasa hati sahaja. Menurut Dr. Sapora Sipon, pengaruh dan peranan persekitaran adalah penting dalam menentukan tingkah laku manusia. Justeru, kami beranggapan bahawa kelebihan yang dimiliki Salman adalah hasil daripada didikan bapanya sehingga menjadikan Salman seorang ikon di sekolahnya. Tambahan pula, dalam teori Psikoanalisis, tabiat manusia terbentuk hasil daripada skrip hidup yang ditentukan ibu bapa ketika kecil, bila mana anak berkenaan merakamkan secara langsung percakapan dan perbuatan ibu bapa mereka. Konflik terjadi apabila Salman mungkin cuba menilai semula skrip hidup lama atau menerbitkan skrip hidup yang baru hasil perkembangan emosi dan pengaruh persekitaran beliau bersama keluarganya.

Selain itu, Salman juga menggunakan mekanisme helah bela diri bagi mempertahankan diri daripada cemuhan superegonya dan mengurangkan

penderitaan ego selain membantu ego mempertahankan diri daripada desakan id yang kuat. Berdasarkan kes Salman, saya beranggapan bahawa beliau

menggunakan helah bela diri penyaluran. Hal ini demikian kerana, barangkali

Salman tidak berkemampuan atau berani untuk melepaskan kemarahan atau rasa geram terhadap ayahnya dan emosi tersebut disalurkan kepada adik-adiknya yang lain. Sikap ayahnya yang tegas dalam mendidik anak-anaknya telah menyebabkan Salman berasa tertekan dan melepaskan rasa tekanan tersebut pada adik-adiknya seperti sering mengarahkan adik-adiknya untuk membuat itu dan ini dan meminta adik-adiknya untuk melakukan kerja-kerja yang diamanahkan kepadanya. Sesuai qcara mengendalikan kebimbangan dengan melepaskan gerak hati dan

memindahkannya daripada objek yang menggugat kepada satu sasaran yang lebih selamat. Justeru, saya beranggapan bahawa punca Salman bertingkah laku sedemikian adalah disebabkan oleh proses psikologi mekanisme helah bela diri, iaitu penyaluran.

Tambahan lagi, Salman juga mungkin menggunakan helah bela diri pendaman dalam usaha mengurangkan penderitaan egonya. Menurut teori Psikoanalisis, pendaman merupakan mekanisme bela diri yang asas dalam struktur personaliti individu. Perkara ini berlaku apabila ada desakan yang menyebabkan kepincangan yang tidak sanggup ditangani. Berbalik pula pada kes Salman, saya membuat andaian bahawa Salman telah menggunakan ciri pendaman sejak kecil lagi terhadap didikan yang telah disempurnakan oleh ayahnya. Barangkali hampir 7 ke 8 tahun beliau menyimpan rasa pendaman tersebut sehinggalah umur beliau mencecah 10 tahun. Hal ini demikian kerana, didikan kedua ibu bapanya yang dianggap terlalu perfectionist telah menimbulkan satu pendaman terhadap diri Salman. Hal ini kemudiannya diterjemahkan dalam skrip hidupnya semasa menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah, khususnya semasa berada di tahun 5 Cempaka. Gabungan didikan oleh kedua ibu bapanya yang diterima oleh Salman telah mengakibatkan beliau memendam rasa seterusnya membongkar natijah negatif terhadap pergaulan beliau sesama rakan-rakannya di sekolah. Sebagai

contoh, beliau dikatakan sering mencari kesalahan orang lain, dan dalam erti kata yang lain, beliau suka mencari kelemahan dan memberi komen negatif terhadap rakan-rakannya. Beliau merasakan seolah-olah orang lain juga perlu dibentuk sebagaimana beliau dibentuk oleh kedua ibu bapanya yang barangkali dianggap keterlaluan dalam mencorakkan sesuatu. Hal ini sekaligus mengakibatkan beliau telah memendam rasa tersebut dan diaplikasikan terhadap rakan-rakannya di sekolah. Contoh lain yang dapat saya rungkaikan menerusi mekanisme bela diri

pendaman ini ialah sikap yang dipersembahkan oleh Salman terhadap rakanrakannya yang kurang menghormati pandangan rakan-rakan yang lain. Disini saya kaitkan pendaman yang dilalui oleh Salman barangkali bermula sejak berumur 2 tahun sehingga umurnya 10 tahun. Berdasarkan .., otak kanak-kanak mula berfikir pada usianya 2 tahun dan keatas. Pada usia tersebut, perkembangan kognitif kanakkanak mula bercambah dengan baik.

Tambahan lagi, kami beranggapan barangkali Salman mengalami kelekatan semasa peringkat perkembangan personaliti sejak kecil lagi. Kemungkinan beliau mengalami kelekatan pada peringkat oral aggresif semasa berumur 2 tahun. Hal ini demikian kerana

Anda mungkin juga menyukai