Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang mereka benarbenar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian. Dalam konteks ini, penilaian kendiri adalah sebaik-baiknya. Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai dan seterusnya mengenal diri sendiri. Beberapa langkah terlibat dalam membuat penilaian kendiri adalah seperti berikut: 1. Memastikan tujuan penilaian 2. Menentukan kriteria yang hendak dinilai dengan membuat senarai semak 3. Memilih cara bagaimana maklumat atau data akan diperolehi Refleksi melalui senarai semak atau rubrik Maklumbalas daripada pelajar Pemerhatian oleh rakan sebaya (senarai semak atau rubrik) 4. Menganalisis dapatan semua pihak 5. Membuat rumusan Instrumen yang digunakan dalam penilaian kendiri ini adalah senarai semak berfokus dan alat rubrik. Instrumen ini biasanya digunakan dalam tugasan berportfolio, jurnal, refleksi, soal selidik, perbincangan berstruktur dan sebagainya.