Anda di halaman 1dari 26

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, 06000 BANDAR DARUL AMAN, JITRA, KEDAH DARUL AMAN

Tajuk : Penggunaan Kaedah Jalinan Manik Untuk Meningkatkan Penguasaan murid dalam menambah 1 digit dengan 1 digit.
NAMA RASHID NO. KAD PENGENALAN OPSYEN KUMPULAN 03 AMBILAN SEMESTER PENSYARAH PENYELIA KASSAN JABATAN : MOHAMAD FIRDAUS B. : 880729 09 5103 : Pend Khas/BM/PJ : PISMP PENDIDIKAN KHAS : JANUARI 2010 :7 : ENCIK SAMUDIN BIN

: PENDIDIKAN KHAS

PENDAHULUAN.
Murid khas boleh ditakrif sebagai sebagai mereka yang tidak mencapai pertumbuhan biasa dari aspek intelek, fizikal, sosial dan emosi (Chua Tee Tee 1981). Murid khas bermasalah pembelajaran mempunyai tahap penumpuan yang singkat terhadap apa yang dilihat dan didengar oleh mereka, perkara ini telah menyebabkan input yang diterima oleh mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran adalah beza berbanding murid normal.

Matematik dapat melatih individu untuk berfikiran mantik, analitis, sistematik, kritis, menyelesaikan masalah, dan seterusnya mengaplikasikan ilmu tersebut secara bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Saya sebagai guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Matematik Pendidikan Khas.
Suatu temubual tidak berstruktur telah diadakan bersama guru pembimbing. Ia ditumpukan pada Kemahiran 5.0 iaitu Operasi Tambah dalam Lingkungan 10. Murid-murid didapati mahir mengecam nombor tetapi melakukan beberapa kecuaian ketika membilang, ketika ujian lisan dibuat. Hampir kesemua jawapan mereka adalah salah dan kenyataan ini membuktikan bahawa murid masih belum memiliki kecekapan dalam kemahiran tersebut. Dapatan analisis daripada Ujian Diagnostik Matematik Kemahiran 5.0 itu membuktikan bahawa murid-murid Pendidikan Khas ini sangat lemah dalam menambah satu digit dengan satu digit.

Pengumpulan Data Awal.


Pengumpulan data awal telah dibuat melalui dua kaedah, iaitu melalui pemerhatian dan analisis tugasan. Pemerhatian Melalui pemerhatian yang dibuat, 4 orang murid gagal dalam melengkapkan soalan operasi tambah 1digit dengan 1 digit dalam lingkungan 10 yang diberikan. Murid juga tidak memberikan perhatian ketika saya mengajar dan kesannya mereka tidak faham akan apa yang telah pun saya ajar.

Analisis Tugasan/ Ujian ?


Pengumpulan data awal juga dikumpulkan dengan pemberian lembaran kerja dan semakan, analisis tugasan murid.
Hasil analisis dan semakan tugasan menunjukkan murid tidak dapat menguasai kemahiran operasi tambah yang melibatkan 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 10. Murid menggunakan masa yang panjang dan tersekat pada muka surat lembaran kerja yang sama semasa diberi lembaran kerja.

FOKUS KAJIAN
Saya akan fokuskan dan membataskan kajian ini hanya kepada masalah penguasaan operasi tambah 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 10 sahaja. Saya akan menjalankan penyelidikan tindakan melalui penggunaan Jalinan Manik dalam meningkatkan penguasaan murid menambah nombor 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan sepuluh di kalangan murid-murid Bermasalah Pembelajaran.

Saya memilih penggunaan kaedah Jalinan Manik dalam membantu murid menyelesaikan operasi tambah 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 10 dikalangan murid Bermasalah Pembelajaran. Kajian ini mahu saya lakukan disebabkan saya merasakan bahawa penggunaan kaedah Jalinan Manik bersama dekak-dekak belum pernah lagi di komersialkan. Ianya juga kelihatan menarik jika diaplikasikan dalam pengajaran Matematik di dalam kelas.

Cara penggunaan kaedah Jalinan Manik ini juga menarik kerana di dalamnya ada terdapat 5 aktiviti kecil. (rujuk bahagian 5.1)

Kaedah penggunaan Jalinan Manik ini sesuai dilakukan terutama bagi guru-guru pelatih seperti saya dimana sering berhadapan dengan murid-murid yang punyai masalah dalam menambah 1 digit dengan 1 digit.

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN.


Objekif Kajian.
Membantu murid menyelesaikan soalan operasi tambah melibatkan 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 10 dengan menggunakan teknik Jalinan Manik.

Persoalan Kajian.
Persoalan kajian saya adalah sejauh mana penggunaan teknik Jalinan Manik boleh membantu murid Bermasalah Pembelajaran dalam menyelesaikan soalan operasi tambah melibatkan1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 10?

KUMPULAN SASARAN.
Kajian ini hanya disasarkan kepada 4 orang murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Murid - murid ini menghadapi masalah bagi operasi tambah dalam lingkungan 10. 2 orang daripada mereka mempunyai masalah autisme, manakala baki 2 orang lagi murid mempunyai masalah pembelajaran Hiperaktif dan Lembam. Rajah 1.0 di bawah menunjukkan kumpulan sasaran bagi kajian saya.
Bilangan 1. 2. 3. 4. Murid i ii iii iv Umur 8 9 10 10 Jantina Lelaki Perempuan Perempuan Lelaki Ciri-ciri Lembam Hiperaktif Autisme Autisme

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN.


Bagi mendapat maklumat awal berkenaan masalah yang dikaji, saya akan mendapatkan data awal melalui temubual bersama guru Matematik murid, pemerhatian ke atas murid serta analisis tugasan murid. Langkah-langkah tindakan akan dilaksanakan dalam lima aktiviti. Aktiviti Pertama. Slot ini adalah untuk memberi pengenalan pada murid terhadap nilai nombor dalam lingkungan 10 dalam Matematik. Aktiviti ini menggunakan Jalinan manik pada dekak-dekak yang telah diletak dengan kad nombor. Contohny a: lima butir manik bersamaan dengan kad nombor 5.

Aktiviti Kedua.
Bagi aktiviti kedua, murid dikehendaki untuk menterbalikkan dekakdekak yang telah diubahsuai. Pada dekak dekak tersebut terdapat kad simbol + dan simbol =. Murid diterangkan mengenai simbol + dan = dalam operasi ini. Kemudian, murid perlu menyebutkannya secara lisan dengan sebutan ayat Matematik berdasarkan kad nombor dan simbol yang telah dilekatkan pada dekak - dekak. Misalnya, 4 + 5 = ? Aktiviti ini akan membantu murid mengukuhkan sebutan ayat matematik mereka dalam memahami konsep operasi tambah.

Aktiviti Ketiga. Dalam aktiviti ini, murid akan memasukkan manik di dalam dekak-dekak mengikut jumlah yang telah dlihat dan disebut di dalam aktiviti yang sebelumnya. Misalnya, 4 + 5 = ? Murid akan menyebut satu demi satu bagi setiap manik yang telah dijalinkan atau dimasukkan ke batang dekak-dekak sehingga mencapai jumlah yang ditetapkan soalan.

Aktiviti Keempat. Murid dikehendaki untuk mengambil dan mengumpul kesemua manik pada dekak-dekak. Manik-manik yang telah diambil tadi akan dikumpulkan pula pada satu ruangan bekas yang disediakan.

Murid kira jumlah manik-manik yang ada di dalam bekas tersebut dan sebutkan pada guru.

Aktiviti Kelima. Murid diminta untuk menjawab soalan operasi tambah 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 10 yang ditulis guru pada kad manila. Murid akan menjawab dengan melekatkan manik-manik pada kad manila yang mengandungi soalan operasi tambah nombor 1 digit dengan 1 digit yang ditulis secara ayat Matematik.

Cara mengumpul data.


Saya menggunakan 2 jenis instrumen kajian sahaja bagi mengumpul data-data sabagai panduan semasa perlaksanaan kajian tindakan ini. Instrumen-instrumen kajian yang berikut telah saya gunakan bagi proses pengumpulan data untuk kajian tindakan ini :

Pemerhatian.
Berdasarkan pemerhatian yang telah pun saya jalankan keatas 4 orang murid yang menjadi kumpulan sasaran saya, berikut adalah data dan ciri-ciri masalah yang dapat saya kumpulkan sebagai panduan dalam menulis intervensi kajian saya. : a) Tumpuan murid yang singkat dan mudah teralih dengan persekitaran sekelilingnya. b) Sikap murid yang sering mengganggu murid-murid lain ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. c) Sering menyampuk ketika guru sedang mengajar. d) Kerap kali mengelamun tatkala guru sedang mengajar. e) Berjalan-jalan, merayau-rayau dan membuat bising waktu sesi pengajaran Matematik (tahap kesedaran disiplin yang rendah).

Analisis Tugasan.
Bagi kaedah pengumpulan data saya yang kedua ini, ianya adalah bersifat kuantitatif. Analisis tugasan yang dibuat adalah berdasarkan hasil semakan lembaran-lembaran kerja yang diberi di dalam kelas semasa sesi pengajaran Matematik. Hasil tinjauan kedua-dua kaedah pengumpulan data yang telah dibuat maka jelaslah bahawa 4 orang murid yang berikut memang mempunyai masalah dalam menambah 1 digit dengan 1 digit dalam linkungan 10.

Cara menganalisis data.


Pemerhatian. Bagi kaedah pemerhatian, hanya dua kesimpulan yang saya analisiskan. Kesimpulan berikut adalah. : a) Murid tidak memperi sepenuh perhatian terhadap topik pengajaran yang disampaikan guru. ( Pendekatan penggunaan bahan maujud, manik dan dekak-dekak yang telah diubah suai akan digunakan bagi menarik minat dan perhatian murid-murid ini.) b) Tidak menunjukkan minat terhadap topik pengajaran yang disampaikan guru. Penggunaan bahan bantu belajar yang lebih menarik minat murid iaitu dekak-dekak yang telah diubah suai, manik yang pelbagai warna dan kad ayat Matematik yang lebih kreatif serta mampu tarik minat murid.

Analisis Tugasan.
Manakala bagi analisa yang telah saya buat berdasarkan analisis tugasan murid adalah seperti berikut. : i) Murid tidak memahami konsep nilai nombor. ( Masalah berikut akan di bantu di dalam Aktiviti 1, rujuk pada kandungan 5.1 Langkah-langkah Tindakan.) ii) Murid tidak boleh menyebut dan menenalpasti cara sebutan bagi soalan yang melibatkan operasi tambah 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 10 pada kad ayat Matematik. ( Rujuk pada Aktiviti 2 di dalam kandungan 5.1 Langkah-langkah Tindakan. ) iii) Murid kurang memahami konsep penambahan di dalam Matematik. ( Rujuk pada Aktiviti 3 di dalam kandungan 5.1 Langkah-langkah Tindakan. ) iv) Murid seringkali tidak dapat menyelesaikan latihan menambah 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 10 yang diberi guru. ( Rujuk pada Aktivit 4 di dalam kandungan 5.1 Langkah-langkah Tindakan. )

Perancangan pelaksanaan kajian.

Kos kajian.
Berikut dilampirkan senarai bahan dan alatan beserta kos kajian yang telah saya gunakan dalam kajian tindakan ini. :
Bilangan Jenis Bahan Kuantiti x Harga seunit 1 2 Kertas A4 Potostat Bahan dan Laporan Kajian 3 4 5 Kad Manila Dekak-dekak Kad bod Jumlah 8 x RM 0.70 4 x RM 5 4 x RM 3 RM 5.60 RM 20 RM 12 RM 117.60 3 x RM 10 RM 30 RM 50 Jumlah Kos

RUJUKAN.
Wrutheran, S. (1999). Kesan Reakreasi Matematik Terhadap Sikap dan Pencapaian Dalam Maematik di Kalangan Murid Tahun Lima. Jurnal Akademik, 109-116. Abd Hadi, M. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Ahmad, M. S. (2009). Mengurus Kanak-Kanak Susah Belajar. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000).
Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Selangor: Percetakan Dewan Bahsa dan Pustaka. Dr Rosadah, A. M. (2007). Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Dr. Abdullah, Y. (2006). Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Fauziah, M. J. (2005). Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan, 1-8.

Hazwani, M. N. (2010).

Keberkesanan Penggunaan Bahan 3 Dimensi Sebagai Bahan Bantu Mengajar Dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Bagi Pelajar Tahun 3 . Tesis tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail. Idrul, H. I. (2002). Penggunaan Sumber Berasaskan Teknik PQ4R: Keberkesanan Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 4. Bangi: Tesis tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lee, G. M. (2011).
Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Penguasaan Sifir Darab 6 hingga 8 Murid Tahun Tiga : Refleksi Pembelajaran Penggunaan Teknik Menganalisis Data. Jurnal penyelidikan Tindakan IPGKBL, 24-35. Linah, S. (2009). Belajar Sambil Bermail. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Pendidikan IPGMKBL, 92-101. Mok, S. S. (2002). Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok, S. S. (2009).

Perkembangan Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.


Pardi, A. (2012). Pengantar Penylidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Rohani, A. (2006). Bayi Cerdik. Batu Caves: PTS Publication & Distribution Sdn. Bhd. Rosinah, E. (2012). Penyelidikan Tindakan; Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Sharifah Nor, P. (2011).


Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol. 1, Bil 2, 1-15.

Komen :

Bahagian analisis data kurang jelas. Apa yang dituliskan seolah-olah analisis awal.
Mungkin sesuai gunakan latihan pra dan pasca. Sediakan item-item soalan untuk dijawab sebelum kaedah jalinan manik digunakan. Soalan yang sama digunakan selepas kaedah ini dilaksanakan. Lihat perbezaan skor bagi setiap soalan. Analisis dibuat berdasarkan peratus betul dan lukiskan graf garisan bagi melihat perbezaan bagi setiap item, bagi setiap pelajar. Jika terdapat dua orang pelajar yang mempunyai tahap kemahiran yang sama pada peringkat awal, salah seorang daripadanya boleh dijadikan sebagai kawalan dengan tidak diberikan kaedah jalinan manik. Lihat perbezaan antara mereka selepas diberikan treatment.

Anda mungkin juga menyukai