Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN [2009] TAJUK KAJIAN: SEKTOR JAMINAN KUALITI JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

Meningkatkan pengurusan tindakan susulan pasca urusan rasmi menggunakan 3T (TENGOK-TAKWIM-TINDAK) OLEH: JUSNIAR BINTI AB JALIL PENGETUA SMK KEPALA BATAS

1. TAJUK KAJIAN Meningkatkan pengurusan tindakan susulan pasca urusan rasmi menggunakan 3T (TENGOK-TAKWIM-TINDAK) 2. NAMA PENYELIDIK DAN ALAMAT SEKOLAH JUSNIAR BINTI AB JALIL SMK KEPALA BATAS, JALAN 3, 13200 KEPALA BATAS, S. PRAI

3. REFLEKSI PERMASALAHAN YANG LALU Pengetua adalah orang yang penting di sekolah kerana tugas utamanya adalah untuk memastikan core business sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan dapat mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang selaras dengan visi sekolah iatu Menjana Modal Insan Yang Cemerlang Menjelang Tahun 2010. Untuk mencapai visi tersebut semua warga pendidikan memainkan peranan masing-masing setiap masa. Dalam pada masa yang sama juga,didapati bahawa ramai guru diminta hadir atau keluar atas urusan rasmi. Apabila mereka masuk ke sekolah, guru-guru ini diminta menulis minit curai untuk ; i. ii. iii. Membuktikan dia hadir ke tempat urusan rasmi Melaksanakan tindakan susulan hasil urusan rasmi tersebut Perkongsian maklumat dengan pentadbir

Hasil dari bilangan minit curai guru yang keluar atas urusan rasmi yang ada dalam fail pengurusan Pengetua di dapati tidak sama dengan bilangan surat arahan keluar dalam rekod daftar surat masuk. Ini membuktikan bahawa guru tidak menyerahkan minit curai apabila datang ke sekolah semula walaupun format minit curai telah diberikan semasa Mesyuarat Pengurusan. Oleh kerana Pengetua kerap keluar atas urusan rasmi, maka pengetua perlu mencari langkah untuk mengenalpasti guru yang keluar dan mendapat maklumbalas hasil mereka keluar kerana urusan rasmi.

4. ISU KEPERIHATINAN/ FOKUS KAJIAN Menyerahkan minit curai untuk makluman pentadbir daripada guru yang keluar atas urusan rasmi Guru tersebut membuat tindakan suslan seperti apa yang tercatat dalam minit curai tersebut. 5. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Am: Meningkatkan Pengurusan tindakan susulan apabila guru memberi minit curai selepas menghadiri urusan rasmi Objektif Khusus: guru-guru yang keluar menyerahkan minit curai yang lengkap Guru akan membuat tindakan susulan seperti yang tertulis dalam minit curai

6. KUMPULAN SASARAN Semua guru SMK Kepala Batas iaitu seramai 50 orang 7. PROSEDUR KAJIAN 7.1 Tinjauan Awal Beberapa cara yang akan diguna untuk mengumpul data awal, contohnya: i. analisis helaian minit curai yang dihantar oleh guru ii. laporan mesyuarat iii. temu bual 7.2 Cadangan Tindakan Intervensi Menyediakan format minit curai Mengeluarkan arahan bertulis atau memaklumkan dalam mesyuarat tentang peraturan penggunaan 3 T Pembinaan Laman WEB Sekolah yang mesra pengguna Membina program 3T yang mudah menggunakan perisisan access dan Outlook oleh guru ICT

Staf sokongan akan memasukkan maklumat minit curai ke dalam program tersebut Aktiviti 1: semua guru ada membawa format minit curai semasa urusan rasmi di luar Aktiviti 2: sekiranya guru tidak sempat menulis minit curai menggunakan format yang disediakan, guru boleh membuat salinan dan dikepilkan bersama borang minit curai yang disediakan staf sokongan akan memasukkan maklumat seperti nama guru, urusan rasmi, tempat, dan tarikh dalam program 3 T menggunakan program 3 T, boleh mengesan sama guru ada menyerahkan minit curai dan membuat tindakan seperti yang tercatat dalam minit curai tersebut

Aktiviti 3: tajuk Aktiviti 4:

8. PENILAIAIN TINDAKAN INTERVENSI/JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN Bil. Perkara Minggu/ Bulan 1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 9. Bil. Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan melaksanakan kajian tindakan Menyediakan format minit curai Taklimat kepada guru dalammesy Membina program 3T Mengisi maklumat Refleksi kajian Menulis laporan KOS Perkara Kertas A 4 Kuantiti 4 RIM Harga seunit RM 90.00 Kos RM 360. X X X X X X X X X X X X X X X X X 2 3 4 1 2 3 4

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

SEKTOR JAMINAN KUALITI JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINNANG TAJUK KAJIAN:

Meningkatkan pengurusan tindakan susulan pasca urusan rasmi menggunakan 3T (TENGOK-TAKWIM-TINDAK)

OLEH: JUSNIAR BINTI AB JALIL

PENGETUA SMK KEPALA BATAS

Anda mungkin juga menyukai