Anda di halaman 1dari 4

Kebaikan Permainan Tradisional

Kebaikan Permainan Tradisional

Bermain permainan tradisoinal sememangnya aktiviti riadah yang menyeronokkan. Permainan tradisionaltelah diwarisi sejak zaman-berzaman. Namun, permainan tradisional semakin dilupakan kerana kewujudan permainan yang canggih seperti permainan video dan komputer. Permainan tradisional banyak kebaikannya. Antaranya, kita dapat mengisi masa lapang dengan bermain permainan tradisional. Selalunya, kita bermain permainan tradisional pada waktu petang. Jadi, kita dapat berhibur selepas waktu persekolahan dengan bermain permainan ini. Seterusnya, permainan tradisional dapa menegeratkan perhubungan antara satu sama lain. Kita boleh bermain permainan tradisional dengan pelbagai lapisan masyarakat. Bermain permainan tradisional juga menerapkan semangat berpasukan dalam kalangan para pemainnya. Bermain permainan tradisional merupakan hiburan yang menarik. Kita tidak memerlukan peralatan yang mahal atau kawasan yang luas untuk bermain permainan ini. Jadi, permainan tradisional memberikan kita keseronokan tanpa perlu berbelanja besar. Akhir sekali, permainan tradisional dapat memupuk nilai tradisi dalam kalangan generasi masa kini. Kita hendaklah menghargai warisan budaya ini kerana permainan tradisional dapat membentuk generasi yang berpekerti mulia. Kesimpulannya, permainan tradisional perlu diterapkan dalam kalangan murid-murid. Pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional ini salah satu daripada kegiatan yang perlu diajar di sekolah.

Cara cara mengatasi kemalangan jalan raya Kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara baru di negara kita, malahan sejak sekian lama kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia. Oleh itu, kerajaan perlu melakukan langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini. Antara langkah yang patut dilakukan ialah dengan memperketatkan undang-undang keselamatan jalan di jalan raya .Syarat kelulusan bagi ujian kelas memandu juga haruslah dinaikkan. Selain itu, para pemandu diwajibkan menduduki peperiksaan setiap dua tahun untuk memahirkan mereka dengan kemahiran yang diajarkan di kelas memandu dahulu. Keadaan kenderaan seperti tidak berlampu dan sistem brek yang rosak merupakan salah satu penyumbang utama kemalangan di jalan raya. Oleh itu, para pemandu perlu sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan selamat sebelum digunakan, khususnya untuk perjalanan yang jauh. Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku sejak belakangan ini adalah berpunca daripada sikap pemandu yang suka memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Dalam hal ini, had laju yang sedia ada wajar dikurangkan, khususnya di kawasan lebuh raya. Denda juga harus dikenakan terhadap pengguna yang memandu melebihi had yang ditetapkan. Jika seseorang pemandu itu didapati melakukan kesalahan yang sama lebih daripada dua kali, maka lesen memandu mereka perlu digantung. Tindakan ini sudah pasti akan dapat membuka mata pengguna-pengguna lain. Sikap tidak mengambil peduli akan keselamatan di jalan raya dalam

kalangan pengguna selama ini pasti akan terhakis apabila amaran menggantung lesen memandu mereka dikeluarkan. Pengguna juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka ketika berada di jalan raya melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya oleh pihak tertentu, bak kata pepatah, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur.

Cara-cara memperolehi kejayaan Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Oleh itu setiap pelajar mesti tahu cara-cara memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran adalah dengan membuat jadual waktu di rumah. Jadual ini akan membantu pelajar agar sentiasa menepati masa semasa di rumah. Di samping itu, para pelajar mestilah rajin membaca. Dengan membaca, pengetahuan kita akan meningkat. Ini pastilah akan menyumbang ke arah kecemerlangan pelajar dalam pelajaran. Selain itu, para pelajar perlulah mengulangkaji pelajaran. Ini akan membantu pelajar terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari . Kesannya, pelajar akan cemerlang dalam ujian atau peperiksaan. Pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Ini kerana aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran. Seterusnya pelajar jaga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas. Elakkan bermainmain semasa guru mengajar kerana ini menyebabkan kita tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah itu tidak terus berpanjangan. Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar haruslah berusaha dengan tekun dan gigih supaya impian mereka tercapai.

Manfaat mempunyai ramai kawan Jika seseorang sama ada kaank-kanak atau orang dewasa disuruh memilih antara hidup bersendirian dengan hidup berteman, tentulah ramai yang memilih hidup berteman. Mengapa keadaan ini berlaku? Sebabnya adalah apabila berteman atau berkawan, banyak manfaat yang boleh kita perolehi. Apabila kita mempunyai ramai kawan, pengetahuan dan pengalaman kita bertambah. Ini tidak menghairankan kerana persahabatan yang kukuh memberi ruang untuk berbincang, bertukar pendapat, dan menentukan hala tuju. Ini kerana tidak semua perkaran kita tahu ataufaham. Jika kita mempunyai kawan, akan berlakulah pertukaran maklumat. Dalam jangka masa panjang, aktiviti ini menjadikan kita lebih matang. Satu hal yang tidak dapat dinafikan, manusia atau haiwan memang mempunyai sifat bekeinginan berkawan. Apabila bersendirian, diri terasa kesunyian. Jika kesunyian ini tidak dibendung, kemungkinan berlaku tekanan jiwa dan kita tidak boleh membuat sesuatu di luar batas-batas peradaban kehidupan. Berkawan juga, terutamanya jika mempunyai teman yang sanggup bersusah dan senang bersama, akan dapat membantu kita sewaktu menghadapi sesuatu masalah. Walaupun persahabatan yang terjalin tidak menuntut apa-apa balasan, mungkin pada suatu ketika kelak, kita meminta pertolongan bagi membantu mengurangkan masalah yang dihadapi. Selain yang dinyatkan, berkawan juga memudahkan kita menjalankan sesuatu kerja. Contohnya, sebagai seorang ahli Pengakap, kegiatan memasang khemah tiak mungkin dapat

dilakukan bersendirian. Apabila mempunyai kawan, kerja yang sukar akan dapat dilaksanakan dengan cepat dan sempurna. Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa banyak manfaat yang kita perolehi daripada berkawan. Namun, dalam usaha meramaikan kawan, hendaklah kita selalu berhati-hati, kerana ada kawan yang hanya bersama sewaktu tertawa, tetapi menjauhkan diri ketika menangis.