Anda di halaman 1dari 29

IPS 1

PANDUAN PENGGUNAAN
INSTRUMEN PEMASTIAN STANDARD

1. Pendahuluan

1.1 Subseksyen 117(a), Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan


tanggungjawab kepada Ketua Nazir Sekolah untuk memastikan taraf
pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi
pendidikan. Sehubungan itu, pada tahun 2001 Jemaah Nazir Sekolah
(JNS) telah menggubal satu mekanisme pemastian standard yang
dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti
Pendidikan (SPPSTKP). Pada tahun 2003, SPPSTKP telah diolah
semula dan dinamakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
SKPM bertujuan memperihalkan secara eksplisit, maksud frasa taraf
atau standard pengajaran yang memuaskan seperti yang disebut dalam
subseksyen berkenaan. SKPM ini terpakai kepada semua jenis
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

1.2 Untuk melaksanakan SKPM, JNS telah menghasilkan tiga dokumen


berikut :

a. SKPM1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)


-Pernyataan Standard
b. SKPM2 : Standard Kualiti PendidikanMalaysia (Sekolah)
-Instrumen Pemastian Standard (IPS)
c. SKPM 3: Standard Kualiti PendidikanMalaysia (Sekolah) -
-Panduan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)

1.3 Instrumen Pemastian Standard (IPS) akan digunakan oleh Nazir


Sekolah semasa menjalankan pemeriksaan di sekolah. Pihak sekolah
pula hendaklah menggunakan instrumen ini untuk melakukan
penarafan kendiri.

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 1


IPS 2

1.4 Agensi lain di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan


Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) dan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga boleh menggunakan instrumen
ini ketika melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di sekolah.

1.5 Semua pengguna instrumen ini hendaklah membuat penilaian dan


menentukan skor bagi setiap item serta membuat pengiraan skor bagi
setiap aspek, elemen, dimensi dan seterusnya skor keseluruhan,
berasaskan data dan maklumat yang betul dan tepat.

2. Isi Kandungan

2.1 Instrumen ini terdiri daripada dua belas elemen yang dikelompokkan
dalam empat dimensi seperti yang berikut:

DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN


Elemen 1 : Visi dan Misi
Elemen 2 : Kepimpinan

DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI


Elemen 3 : Struktur Organisasi
Elemen 4 : Perancangan
Elemen 5 : Iklim
Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Elemen 7 : Pengurusan Maklumat

DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN


Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum,
Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran
Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid
Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid
DIMENSI IV: KEMENJADIAN MURID

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 2


IPS 3

Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,


Kokurikulum dan Sahsiah

Setiap elemen mempunyai sebilangan aspek yang berkaitan, manakala


setiap aspek diperihalkan melalui satu senarai item.

3. Format

3.1 Instrumen mengandungi lima lajur bagi setiap elemen seperti


ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Jadual 2 :
a. Lajur pertama : No. Aspek
b. Lajur kedua : Aspek bagi elemen berkenaan
c. Lajur ketiga : No. Item
d. Lajur keempat : Item
e. Lajur kelima : Skor sekolah yang mengandungi sublajur skor
(0, 1, 2, 3, 4) atau
(0, 1, 2, 3, 4, Purata) – khusus bagi
Elemen Pengajaran dan Pembelajaran.

Jadual 1: Elemen SKPM dengan Sublajur Skor (0, 1, 2, 3, 4)

Dimensi :
Elemen :
(a) (b) (c) (d) (e)
No. Aspek No. Item Skor Sekolah
Aspek Item 0 1 2 3 4

Jadual 2: Elemen Pengajaran dan Pembelajaran


dengan Sublajur Skor (0, 1, 2, 3, 4, Purata)
Dimensi :
Elemen :

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 3


IPS 4

(a) (b) (c) (d) (e)


No.
No. Aspek Item Skor Sekolah
Item
Aspek
0 1 2 3 4 Purata

4. Penentuan Skor Item

4.1. Penentuan skor bagi setiap item dibuat dengan menandakan (  )


pada lajur berkenaan. Penentuan skor tidak dibuat bagi item yang
tidak berkenaan. Item begini ditandakan TB (tidak berkenaan).

4.2. Penentuan skor item dibuat berdasarkan pertimbangan profesional.


Untuk tujuan ini, panduan penentuan skor secara umum diberikan
dalam Jadual 3:

Jadual 3 : Panduan Penentuan Skor

Skor Deskripsi (Tahap Pelaksanaan)


0 Tiada (0%)
1 Sangat sedikit (lebih daripada 0% hingga 24%)
2 Sebahagian kecil (25% hingga 49%)
3 Kebanyakan (50% hingga 74%)
4 Sebahagian besar (75% hingga 100%)

4.3 Bagi item yang mempunyai indikator dan julat prestasi, panduan
penentuan skor disediakan secara spesifik untuk item berkenaan.

Contoh item yang mempunyai indikator:


Penggubalan pernyataan visi dan misi sekolah:
i. mengambil kira Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ii. mengambil kira Wawasan 2020
iii. mengambil kira perkembangan pendidikan semasa
iv. mengambil kira analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 4


IPS 5

v. dibuat secara kolektif


vi. dikaji semula jika perlu
Skor 4 : i, ii, dan mana-mana satu di atas
Skor 3 : i dan ii sahaja
Skor 2 : i atau ii
Skor 1 : mana-mana satu daripada di atas
Skor 0 : tiada pernyataan visi atau misi

Contoh item yang mempunyai julat prestasi:

Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam


semua mata pelajaran PKSR terkini
Skor 4 : 75.00 % dan lebih
Skor 3 : 50.00 % hingga 74.99 %
Skor 2 : 30.00 % hingga 49.99 %
Skor 1 : lebih daripada 0.00 % hingga 29.99 %
Skor 0 : 0.00 %

4.4 Bagi Elemen Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), jika lebih daripada
satu pelajaran diperhatikan, skor bagi setiap item hendaklah dituliskan
dalam bentuk kekerapan pada lajur berkenaan. Purata skor bagi
setiap item dikira. Jumlah purata ini digunakan untuk menentukan skor
bagi elemen P&P.

4.5 Penentuan skor bagi item (dan seterusnya pengiraan skor bagi elemen)
dalam Elemen Kemenjadian Murid dalam Akademik, Kokurikulum dan
Sahsiah (Dimensi Kemenjadian Murid), hendaklah dibuat oleh sekolah
berasaskan maklumat yang terdapat di sekolah, melalui rekod berkaitan
pencapaian akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.

5. Pengiraan Skor Aspek, Elemen, Dimensi dan Keseluruhan

5.1 Skor Aspek

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 5


IPS 6

Pengiraan skor bagi sesuatu aspek dilakukan sekiranya pihak yang


menggunakan instrumen berminat untuk mendapat gambaran
tentang prestasi sekolah menurut aspek atau prestasi sesuatu
aspek secara khusus. Skor bagi sesuatu aspek diperoleh dengan
menjumlahkan skor semua item dalam aspek berkenaan.

Jumlah skor ini menggambarkan prestasi sekolah dalam sesuatu


aspek dan hendaklah ditafsirkan dalam konteks skor penuh bagi
aspek berkenaan (skor penuh aspek = bilangan item dalam aspek x
4). Sebutan skor aspek boleh juga ditukarkan ke bentuk peratus
menggunakan formula berikut:

A x 100%; di mana A = Skor diperoleh, B* = Skor penuh aspek


B

* item yang tidak berkenan (TB) tidak diambil kira

5.2 Skor Elemen (dan Subelemen 12.1 hingga 12.7)

Skor sesuatu elemen diperoleh dengan menjumlahkan skor semua


item bagi elemen tersebut. Skor elemen juga boleh dikira
berdasarkan jumlah frekuensi bagi setiap skor dalam elemen
tersebut [(frekuensi skor 1 x 1) + (frekuensi skor 2 x 2) + (frekuensi
skor 3 x 3) + (frekuensi skor 4 x 4)]. Sebagai alternatif, skor sesuatu
elemen boleh juga diperoleh dengan menjumlahkan skor semua
aspek (yang belum ditukar ke bentuk peratus) dalam elemen
berkenaan.

Sebutan skor elemen adalah dalam bentuk peratus dan diperoleh


menggunakan formula berikut:

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 6


IPS 7

C x 100%; di mana C = Skor diperolehi, D* = Skor penuh elemen


D
* item yang tidak berkenaan (TB) tidak diambil kira

Khusus bagi Elemen 12 (Kemenjadian Murid Dalam Akademik,


Kokurikulum dan Sahsiah), skor elemen diperoleh dengan
menjumlahkan semua skor subelemen yang berkaitan menurut
wajaran yang ditetapkan.

5.3 Skor Dimensi


Skor sesuatu dimensi diperoleh dengan menjumlahkan skor semua
elemen dalam dimensi berkenaan, menurut wajaran yang ditetapkan
bagi setiap elemen. Wajaran menurut elemen diberikan dalam
Jadual 4.

Jadual 4: Wajaran Elemen Dan Dimensi

Elemen Wajaran (%)


DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN (10%)
1. Visi dan Misi 3
2. Kepimpinan 7
DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI (30%)
3. Struktur Organisasi 6
4. Perancangan 6
5. Iklim 6
6. Pengurusan dan Pembangunan Sumber 6
7. Pengurusan Maklumat 6
DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN (45%)

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 7


IPS 8

8. Pengurusan Program Kurikulum 15


Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
9. Pengajaran dan Pembelajaran 20
10. Pembangunan Sahsiah Murid 5
11. Penilaian Pencapaian Murid 5
DIMENSI IV: KEMENJADIAN MURID (15%)
12. Kemenjadian Murid Dalam Akademik, 15
Kokurikulum dan Sahsiah
Jumlah 100

5.4 Skor Keseluruhan

Skor keseluruhan diperoleh dengan menjumlahkan skor keempat-


empat dimensi (atau kesemua 12 elemen). Skor ini
menggambarkan prestasi sekolah dalam memenuhi kriteria yang
ditetapkan dalam SKPM.

5.5 Semua pengiraan hendaklah dinyatakan betul kepada dua tempat


perpuluhan.

5.6 Contoh Pengiraan Skor bagi Aspek

Jadual 5: Pengiraan Skor bagi Aspek Perwatakan Guru dalam Elemen


Pengajaran dan Pembelajaran
(Jumlah Pelajaran Diperhatikan = 10).
DIMENSI 3 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN
ELEMEN 9 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
No. No. Skor Sekolah
Aspek Item
Aspek Item 0 1 2 3 4 Purata

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 8


IPS 9

9.13 Perwatakan (a) Guru menyumbang kepada suasana


Guru pembelajaran yang kondusif dengan :
i. berpakaian sesuai, kemas dan bersih
mematuhi arahan dan pekeliling yang
1 2 4 3 2.90
sedang berkuatkuasa
ii. bersifat mesra, mudah didekati dan
1 2 7 3.60
sedia membantu
iii. mengenali semua murid dan prihatin
2 2 6 3.40
terhadap keperluan mereka
iv. berinteraksi secara sopan 2 8 3.80
v. menggunakan nada suara yang
3.80
sesuai 2 8
vi. mewujudkan suasana riang yang
2 3 5 3.30
merangsang pembelajaran
vii. menepati masa 1 2 7 3.60
Jumlah Kekerapan dan Skor Aspek 9.13 0 1 8 17 44 24.40

Prestasi sekolah dalam aspek ini ditafsirkan dan difahami dalam konteks
skor diperoleh 24.40 berbanding dengan skor penuh 28 [bilangan item (7) x
4 = 28].

Dalam sebutan peratus, skor bagi aspek ini ialah = 24.40 x 100%
28
= 87.14%

5.7 Contoh Pengiraan Skor bagi Elemen

Jadual 6 : Contoh Pengiraan Skor Elemen Visi dan Misi

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 9


IPS 10

DIMENSI 1 : HALA TUJU KEPIMPINAN


ELEMEN 1 : VISI DAN MISI
No. No. Skor Sekolah
Aspek Item
Aspek Item 0 1 2 3 4
1.1 Penggubalan (a) Penggubalan pernyataan visi dan misi sekolah:
0 0  0 0
Visi dan Misi
i. mengambil kira Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ii. mengambil kira Waw asan 2020
iii. mengambil kira perkembangan pendidikan
iv. mengambil kira analisis kekuatan, kelemahan,
v. dibuat secara kolektif
vi. dikaji semula jika perlu
Skor 4 : i, ii, dan mana-mana satu di atas
Skor 3 : i dan ii sahaja
Skor 2 : i atau ii
Skor 1 : mana-mana satu daripada di atas
Skor 0 : tiada pernyataan visi atau misi
1.2 Penyebaran (a) Visi dan misi sekolah didokumentasikan dalam : 0 0  0 0
Visi dan Misi i. perancangan sekolah
ii. buku panduan guru
iii. buku peraturan sekolah untuk murid
iv. buku latihan murid
v. brosur sekolah
vi. surat makluman kepada ibu bapa
vii. majalah sekolah
Skor 4 : mana-mana empat di atas
Skor 3 : mana-mana tiga di atas
Skor 2 : mana-mana dua di atas
Skor 1 : mana-mana satu daripada di atas
Skor 0 : tidak didokumentasikan
(b) Visi dan misi sekolah dihebahkan dan diperjelas dalam 0 0 0  0
: i. perhimpunan mingguan sekolah
ii. program-program sekolah
iii. mesyuarat guru
iv. mesyuarat staf sokongan
v. mesyuarat PIBG
vi. mesyuarat Jaw atankuasa Permuafakatan
Skor 4 : mana-mana empat di atas
Skor 3 : mana-mana tiga di atas
Skor 2 : mana-mana dua di atas
Skor 1 : mana-mana satu daripada di atas
Skor 0 : tidak dihebahkan dan tidak
(c) Visi dan misi sekolah dipamerkan di tempat strategik 0 0 0 0 
i. bilik gerakan sekolah
ii. papan kenyataan umum
iii. bilik guru
iv. bilik darjah, makmal, bengkel dan bilik-bilik khas
v. pejabat sekolah
vi. dinding utama yang strategik
Skor 4 : mana-mana empat di atas
Skor 3 : mana-mana tiga di atas
Skor 2 : mana-mana dua di atas
Skor 1 : mana-mana satu daripada di atas
Skor 0 : tidak dipamerkan
Jum lah Kekerapan 0 0 2 1 1
Skor 0 0 4 3 4
Jum lah Skor Elem en 1 11

Prestasi sekolah dalam elemen ini ditafsirkan dan difahami dalam konteks
skor diperoleh, 11 berbanding dengan skor penuh, 16 [bilangan item (4) x 4
= 16]. Skor elemen dinyatakan dalam sebutan peratus, iaitu 68.75%
( 11 x 100% = 68.75%)
16

Wajaran yang ditetapkan bagi Elemen Hala Tuju Kepimpinan ini, bagi
tujuan pengiraan skor dimensi dan seterusnya skor keseluruhan ialah 3%.

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 10


IPS 11

Dengan demikian, bagi contoh ini, skor elemen menurut wajaran dalam
menentukan skor dimensi dan skor keseluruhan ialah 2.06 %
( 68.75 x 3 % = 2.06 %)
100

6. Penentuan Skor bagi Elemen Pengajaran dan Pembelajaran


(Elemen 9)

Skor bagi Elemen Pengajaran dan Pembelajaran perlulah berdasarkan


pemerhatian terhadap guru atau pelajaran yang jumlahnya signifikan.
Dalam hubungan ini, bagi pemeriksaan oleh pasukan Nazir, jumlah
minimum pemerhatian seboleh-bolehnya hendaklah menurut formula
berikut: dua pemerhatian oleh setiap Nazir setiap hari. Sekiranya
jumlah guru di sesebuah sekolah kurang daripada jumlah pengiraan
menurut formula tersebut, seboleh-bolehnya semua guru hendaklah
diperhatikan.

Sebagai contohnya, satu pasukan tiga orang Nazir memeriksa sebuah


sekolah selama tiga hari. Sedapat mungkin pasukan ini hendaklah
membuat sekurang-kurangnya lapan belas pemerhatian (2 x 3 x 3 = 18)
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagi pihak sekolah pula, yang menggunakan instrumen ini untuk tujuan
penarafan kendiri hendaklah melaksanakannya seperti yang berikut:

• bagi sekolah yang jumlah gurunya 20 orang atau kurang, skor bagi
elemen berkenaan hendaklah berdasarkan pemerhatian terhadap
semua guru

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 11


IPS 12

• bagi sekolah yang jumlah gurunya lebih daripada 20 orang, skor


bagi elemen berkenaan hendaklah berdasarkan pemerhatian
terhadap sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah guru di sekolah
berkenaan atau jumlah minimum 20 orang, yang mana lebih besar.

7. Penentuan Skor Item bagi Gred Purata Sekolah dalam Akademik


(Subelemen 12.2, 12.3, 12.4 dan 12.5)

Penentuan skor bagi item-item tertentu dalam Elemen Kemenjadian Murid


dalam Akademik memerlukan pengiraan Gred Purata Sekolah (GPS).
GPS dikira seperti berikut:

7.1 Setiap gred diberi nilai gred mata pelajaran (NGMP):

a. Bagi PKSR, UPSR, PKSM (Peralihan hingga Tingkatan 3)


dan PMR, NGMP adalah seperti yang dinyatakan dalam
Jadual 7A.

Jadual 7A : NGMP PKSR, UPSR, PKSM


(Peralihan hingga Tingkatan 3) dan PMR

Gred NGMP
A 1
B 2
C 3
D 4
E 5
b. B
agi
PKSM Tingkatan 4 dan 5, dan SPM, NGMP adalah
seperti dalam Jadual 7B:

Jadual 7B: NGMP PKSM Tingkatan 4, 5 dan SPM

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 12


IPS 13

Gred NGMP
1A 1
2A 2
3B 3
4B 4
5C 5
6C 6
7D 7
8E 8
9G 9

c. Bagi PKSM Tingkatan 6, STPM dan STAM NGMP adalah


seperti dalam Jadual 7C:

Jadual 7C : NGMP PKSM Tingkatan 6, STPM dan STAM

Gred NGMP
A 4.00
A- 3.67
B+ 3.33
B 3.00
B- 2.67
C+ 2.33
C 2.00
C- 1.67
D+ 1.33
D 1.00
F 0.00

7.2 Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran
didapati dengan mengambil kira bilangan murid yang memperoleh
setiap gred, seperti contoh Jadual 8A.

7.3 Gred Purata sesuatu tahun atau tingkatan (GPT) ditentukan dengan
membahagikan jumlah GPMP mata pelajaran (contoh: Jadual 8A)
dengan jumlah mata pelajaran seperti contoh dalam Jadual 8B.

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 13


IPS 14

7.4 GPS diperoleh dengan membahagikan jumlah GPT (contoh: Jadual 8B)
dengan jumlah bilangan tahun atau tingkatan seperti dalam contoh
Jadual 8C.

7.5 Skor bagi item yang berkaitan dengan GPS ditentukan dengan merujuk
panduan yang disediakan bagi item berkaitan.

8. Contoh Pengiraan GPS bagi Bidang Akademik Sekolah Kebangsaan

Berikut adalah contoh pengiraan GPS bagi PKSR sebuah sekolah


kebangsaan.

8.1 Langkah 1

Kirakan GPMP bagi setiap mata pelajaran.

Berikut dikemukakan suatu kes bagi mata pelajaran Bahasa Melayu


(Penulisan) PKSR Tahun 6. Dalam kes ini, bilangan murid tahun 6
adalah seramai 80 orang.

Jadual 8A: GPMP Bahasa Melayu (Penulisan) Tahun 6 PKSR


Gred NGMP Bil.Murid Bil. Murid x NGMP
(X) (Y) (XY) GPMP

A 1 20 20 GPMP B.Melayu Tahun 6


B 2 26 52 = Jumlah XY
Jumlah Murid Tahun 6
C 3 18 54
= 194
D 4 12 48 80
E 5 4 20 = 2.43

Jumlah 80 194

GPMP bagi mata pelajaran lain dalam PKSR Tahun 6 dikira dengan
cara yang sama.

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 14


IPS 15

8.2 Langkah 2

Rumuskan GPMP bagi semua mata pelajaran untuk mengira GPT.


Katakan rumusan GPMP berkenaan adalah seperti dalam Jadual 8B.

Jadual 8B : GPT Tahun 6 dalam PKSR

Bil. Bilangan Murid Mengikut Gred


Bil. Mata Pelajaran Murid GPMP
A B C D E
1. Bahasa Melayu (Penulisan) 80 20 26 18 12 4 2.43
2. Bahasa Melayu (Pemahaman) 80 30 10 24 14 2 2.35
3. Bahasa Inggeris 80 8 28 19 4 21 3.03
4. Matematik 80 42 13 17 2 6 1.96
5. Sains 80 15 35 20 7 3 2.35
6. Kajian Tempatan 80 10 27 9 21 13 3.00
7. Pendidikan Agama Islam 60 20 15 23 2 0 2.11
8. Pendidikan Seni 80 15 35 30 0 0 2.19
9. Pendidikan Moral 20 12 7 1 0 0 1.45
10. PJK 80 35 24 21 0 0 1.83
11. Pendidikan Muzik 80 15 39 26 0 0 2.14
12 Kemahiran Hidup 80 12 42 26 3 0 2.18
Jumlah 27.03
GPT Tahun 6 = Jumlah GPMP Tahun 6 = 27.03
Jumlah Mata Pelajaran Tahun 6 12
= 2.25

8.3 Langkah 3

Rumuskan GPT untuk semua tahun bagi mengira GPS.


Katakan GPT bagi semua tahun adalah seperti dalam Jadual 8C.

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 15


IPS 16

Jadual 8C : GPS dalam PKSR

Tahun GPT
6 2.25
5 2.24
4 2.62
3 1.85
2 1.74
1 1.46
Jumlah 12.16
= Jumlah Gred Purata Tahun
GPS dalam PKSR Jumlah Tahun
= 12.16
6
= 2.03

8.4 Langkah 4

Rujuk panduan skor dan tentukan skor berdasarkan panduan


tersebut.

Skor untuk GPS dalam PKSR ditentukan berdasarkan panduan


berikut :

Jadual 8D : Skor untuk GPS dalam PKSR

Gred Purata Sekolah (GPS) dalam PKSR Terkini

Skor 4 : GPS 1.00 hingga 2.00

Skor 3 : GPS 2.01 hingga 3.00

Skor 2 : GPS 3.01 hingga 4.00

Skor 1 : GPS 4.01 hingga 5.00

Ini bermakna skor bagi GPS dalam PKSR bagi contoh yang diberikan ialah 3.

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 16


IPS 17

9. Contoh Pengiraan GPS bagi Bidang Akademik Tingkatan 4 dan 5

Berikut adalah contoh pengiraan GPS bagi PKSM:

9.1 Langkah 1

Kirakan GPMP bagi setiap mata pelajaran.

Berikut dikemukakan satu kes bagi mata pelajaran Bahasa Melayu


PKSM Tingkatan 4 dengan jumlah murid seramai 217 orang.

Jadual 9A : GPMP Bahasa Melayu PKSM Tingkatan 4

Gred NGMP Bil. Murid Bil. Murid x NGMP


(X) (Y) (XY) GPMP
1A 1 10 10
2A 2 22 44 Jumlah XY
Jumlah Murid
3B 3 41 123
4B 4 25 100 = 1082
5C 5 27 135 217
6C 6 23 138
7D 7 36 252 = 4.986
= 4.99
8E 8 17 136
9G 9 16 144
Jumlah 217 1082

GPMP bagi mata pelajaran lain dalam PKSM dikira dengan cara
yang sama.

9.2 Langkah 2

Rumuskan GPMP bagi semua mata pelajaran untuk mengira GPT.


Katakan rumusan GPMP berkenaan adalah seperti dalam Jadual 9B.

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 17


IPS 18

Jadual 9B : GPT Tingkatan 4 dalam PKSM

Bil. Mata Pelajaran Bil Bilangan Murid Mengikut Gred


PKSM Tingkatan 4 Murid GPMP
1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G
1. Bahasa Melayu 217 10 22 41 25 27 23 36 17 16 4.99
2. Bahasa Inggeris 217 8 8 16 30 32 44 35 42 2 5.60
3. Sains 144 6 15 8 18 19 22 31 22 3 5.41
4. Matematik 217 20 9 7 14 7 19 27 54 60 6.57
5. Ekonomi Asas 142 5 6 3 9 6 24 30 56 3 6.49
6. Mat.Tambahan 127 8 8 14 10 14 21 19 22 11 5.59
7. Biologi 71 9 7 10 16 9 14 3 1 2 4.13
8. Fizik 73 5 8 13 11 14 12 1 0 9 4.58
9. Kimia 73 8 9 4 9 8 22 7 1 5 4.77
Jumlah 48.13
GPT Tingkatan 4 = Jumlah GPMP Tingkatan 4 = 48.13
Jumlah Mata Pelajaran Tingkatan 4 9
= 5.35

9.3 Langkah 3

Rumuskan GPT untuk semua tingkatan bagi mengira GPS.


Katakan GPT bagi semua tingkatan adalah seperti dalam Jadual 9C.

Jadual 9C : GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan 5

Tingkatan Gred Purata PKSM

4 5.35

5 4.82

Jumlah 10.17

GPS dalam PKSM = 10.17


Tingkatan 4 dan 2
Tingkatan 5 = 5.09

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 18


IPS 19

9.4 Langkah 4

Rujuk panduan skor dan tentukan skor berdasarkan panduan


tersebut.

Skor untuk GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan 5 ditentukan


berdasarkan panduan berikut:

Jadual 9D : Panduan Skor untuk GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan 5

GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Skor 4 : GPS 1.0 hingga 3.0

Skor 3 : GPS 3.1 hingga 6.0

Skor 2 : GPS 6.1 hingga 7.5

Skor 1 : GPS 7.6 hingga 9.0

Ini bermakna skor bagi GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan 5 bagi contoh
yang diberikan ialah ialah 3.

10. Contoh Pengiraan GPS bagi Bidang Akademik Tingkatan 6

Berikut adalah contoh pengiraan GPS bagi PKSM Tingkatan 6.

10.1 Langkah 1

Kirakan GPMP bagi setiap mata pelajaran.

Berikut dikemukakan satu kes bagi mata pelajaran Bahasa Melayu


PKSM Tingkatan 6 Atas dengan jumlah murid seramai 97 orang.

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 19


IPS 20

Jadual 10A : GPMP Bahasa Melayu PKSM Tingkatan 6 Atas

Gred NGMP Bil. Murid Bil. Murid


(X) (Y) x GPMP
NGMP
(XY)

A 4.00 7 28.00

A- 3.67 6 22.02
= Jumlah XY
B+ 3.33 4 13.32
Jumlah Murid
B 3.00 6 18.00 = 224.06
B- 2.67 8 21.36 97
= 2.315
C+ 2.33 13 30.29
= 2.32 (2 T.P)
C 2.00 21 42.00

C- 1.67 25 41.75

D+ 1.33 4 5.32

D 1.00 2 2.00

F 0.00 1 0.00

Jumlah 97 224.06

GPMP bagi mata pelajaran lain dalam PKSM dikira dengan cara
yang sama.

10.2 Langkah 2

Rumuskan GPMP bagi semua mata pelajaran untuk mengira GPT.

Katakan rumusan GPMP berkenaan adalah seperti dalam Jadual 10B.

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 20


IPS 21

Jadual 10B : Gred Purata Tingkatan 6 Atas dalam PKSM

Bil Mata Pelajaran Bil Bilangan Murid Mengikut Gred


Murid
A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F GPMP

1. Bahasa Melayu 97 7 6 4 6 8 13 21 25 4 2 1 2.32

2 Pengajian Am 143 2 1 5 21 14 18 46 10 12 9 5 2.13

3 Ekonomi 51 1 2 4 13 6 5 8 3 5 1 3 2.35

4 Sejarah 143 11 20 31 35 13 18 7 2 3 2 1 2.98

Jumlah 9.78

GPT Tingkatan 6 Atas = Jumlah GPMP Tingkatan 6 Atas = 9.78


Jumlah Mata Pelajaran Tingkatan 6 Atas 4
= 2.45

10.3 Langkah 3

Rumuskan GPT untuk semua tingkatan untuk mengira GPS.


Katakan GPT bagi semua tingkatan adalah seperti dalam Jadual 10C.

Jadual 10C : GPS dalam PKSM Tingkatan 6

Tingkatan GPT
6 Atas 2.45
6 Bawah 2.58
Jumlah 5.03
GPS dalam PKSM Tingkatan 6 = 5.03
Yang Terkini 2
= 2.515
= 2.52

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 21


IPS 22

10.4 Langkah 4

Rujuk panduan skor dan tentukan skor berdasarkan panduan


tersebut.

Skor untuk GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan 5 ditentukan


berdasarkan panduan berikut:

Jadual 10D : Skor untuk GPS dalam PKSM Tingkatan 6

GPS dalam PKSM Tingkatan 6

Skor 4: GPS 3.00 hingga 4.00


Ini
Skor 3: GPS 2.00 hingga 2.99

Skor 2: GPS 1.00 hingga 1.99

Skor 1: GPS kurang daripada 1.00


bermakna skor bagi GPS dalam PKSM Tingkatan 6 bagi contoh yang
diberikan ialah ialah 3.

11. Penentuan Skor Item bagi Penglibatan Murid dalam Aktiviti


Kokurikulum
(Aspek 12.6.1)

Semua penyertaan murid dalam aktiviti di semua peringkat penyertaan


iaitu antarabangsa, kebangsaan, negeri, bahagian, daerah dan zon diambil
kira. Skor untuk aspek ini ditentukan berdasarkan peratus murid yang
menyertai aktiviti kokurikulum di peringkat yang berkenaan (diperolehi
berdasarkan bilangan murid yang menyertai berbanding dengan bilangan
keseluruhan murid).

12. Penentuan Skor Item untuk Gred Purata Sekolah bagi Bidang
Kokurikulum Sekolah Menengah (Aspek 12.6.2, 12.6.3, 12.6.4 dan 12.6.5)

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 22


IPS 23

Nilai gred bagi pencapaian setiap bidang dan pencapaian keseluruhan


aktiviti kokurikulum ditentukan seperti Jadual 11 berikut:

Jadual 11: Panduan Penentuan Nilai Gred

Gred Markah Nilai Gred


A 80% hingga 100% 1
B 60% hingga 79% 2
C 40% hingga 59% 3
D 20% hingga 39% 4
E 11% ke bawah 5

13. Contoh Pengiraan GPS bagi Bidang Kokurikulum:

13.1 Langkah 1

Dapatkan gred yang dicapai oleh setiap murid dalam setiap bidang
dan pencapaian keseluruhan daripada buku Penilaian Kokurikulum
bagi tahun sebelumnya.

Jadual 12 : Contoh Pengiraan Gred Pencapaian Kokurikulum Seorang Murid:


Nama: ____________________No. Kad Pengenalan: __________

Tingkatan: _________________ Jantina: _____________


Aspek dinilai Agihan Badan Kelab & Sukan &
Markah Beruniform Persatuan Permainan
Kehadiran 50 50 45 50
Penglibatan 20 15 15 13
Pencapaian 20 10 5 15
Jawatan Disandang 10 3 5 10
Jumlah Markah 100 78 70 88
Gred B B A

Purata markah = 78 + 70 + 88 = 78.67


3

Jawatan bidang bukan Kokurikulum : Ketua Murid


Markah Bonus : 10
Purata Markah + Markah Bonus = 78.67 + 10

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 23


IPS 24

= 88.67
Gred Keseluruhan : A

Catatan:
Panduan memberi markah adalah seperti yang diperincikan dalam
Buku Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah
terbitan Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan, 1998.

13.2 Langkah 2
Rumuskan pencapaian semua murid seperti contoh di bawah.

Jadual 13: Pencapaian Semua Murid dalam Kokurikulum


Bilangan murid = 2,000 orang
Bidang Bilangan Murid Mengikut Gred Gred
A B C D E Purata
Kelab dan Persatuan 150 600 950 250 50 2.73
Badan Beruniform 90 120 80 1680 30 3.72
Sukan dan Permainan 200 910 760 130 0 2.41
Keseluruhan 80 650 1050 200 20 2.72

Contoh pengiraan gred purata untuk kelab dan persatuan:

Jadual 14: Pengiraan Gred Purata Kelab dan Persatuan


Gred Nilai Gred Bil. Murid Bil. Murid x Nilai Gred Purata Sekolah bagi
(x) (y) Gred Kelab dan Persatuan
(xy)
A 1 150 150 Jumlah xy
B 2 600 1200 Jumlah Murid
C 3 950 2850 = 5450
2000
D 4 250 1000
= 2.725
E 5 50 250
= 2.73
JUMLAH 2000 5450

Cara yang sama digunakan untuk mengira GPS bagi badan beruniform,
sukan dan permainan, dan keseluruhan.

Skor untuk setiap bidang diperoleh berdasarkan panduan penentuan skor


seperti berikut:

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 24


IPS 25

Skor 4 : GPS 1.00 hingga 2.00


Skor 3 : GPS 2.01 hingga 3.00
Skor 2 : GPS 3.01 hingga 4.00
Skor 1 : GPS 4.01 hingga 5.00
[Rujuk item 12.6.2(c), 12.6.3(c), 12.6.4(c) dan 12.6.5(c)]

Bagi contoh seperti dalam Jadual 14 di atas, skor yang diperoleh oleh
sekolah adalah seperti berikut:

Kelab dan Persatuan: skor 3


Badan beruniform: skor 2
Sukan dan Permainan: skor 3
Keseluruhan: skor 3

14. Penentuan Skor Item bagi Kemenjadian Sahsiah Murid


(Aspek 12.7.1 dan 12.7.2)

Penentuan skor untuk pembangunan sahsiah murid adalah berdasarkan


rekod dan laporan yang terdapat di sekolah, contohnya:

a. Rekod Salah Laku Murid;


b. Laporan Lembaga Disiplin;
c. Laporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling;
d. Laporan Guru Penasihat Persatuan;
e. Laporan Merit Murid (bagi sekolah yang mengamalkan);
f. Laporan Demerit Murid (bagi sekolah yang mengamalkan);
g. Laporan Merit dan Demerit Murid (bagi sekolah yang mengamalkan); dan
h. Kad 001/002.

15. Rumusan Skor

Kesemua skor yang diperoleh bagi setiap elemen dan dimensi dirumuskan
dalam Borang Rumusan Skor menurut format seperti Jadual 15.

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 25


IPS 26

Contoh rumusan skor dalam Jadual 15 adalah bagi sekolah rendah yang
tiada prasekolah.

Jadual 15 : Rumusan Skor


Skor
Dimensi Elemen Penuh Skor Peratus Wajaran Skor Skor
(Tidak Diper- Pencapaian Elemen Elemen Dimensi
mengambil
oleh Dengan Dengan
kira item
tidak Wajaran Wajaran
berkenaan)

DIMENSI I: E01: 11 x 100 3% 11 x 3 %


Visi dan Misi 16 11 16 16
Hala Tuju (Wajaran 3%) = 68.75 % = 2.06 % 6.64 %
Kepimpinan
E02: 102 x 100 7% 102 x 7 %
(Wajaran 10%) Kepimpinan 156 102 156 156
(Wajaran 7%) = 65.38 % = 4.58 %

DIMENSI II: E03: 19 x 100 19 x 6%


Struktur 24 19 24 6% 24
Pengurusan Organisasi
Organisasi (Wajaran 6%) = 79.17 % = 4.75 %

(Wajaran 30%) E04: 91 x 100 91 x 6 %


Perancangan 136 91 136 6% 136
(Wajaran 6%)
= 66.91 % = 4.01 %

E05 : 81 x 100 81 x 6 % 21.75 %


Iklim 104 81 104 6% 104
(Wajaran 6%)
= 77.88 % = 4.67 %

E06 : 242 x 100 242 x 6 %


Pengurusan 360 242 360 6% 360
Sumber
(Wajaran 6%) = 67.22 % = 4.03 %

E07 : 80 x 100 80 x 6 %
Pengurusan 112 80 112 6% 112
Maklumat
(Wajaran 6%) = 71.43 % = 4.29 %

Skor Skor
Dimensi Elemen Penuh Skor Peratus Wajaran Skor Elemen Dimensi
(Tidak Diper- Pencapaian Elemen Dengan Dengan
mengambi Wajaran
oleh Wajaran
l kira item
tidak
berkenaan
)

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 26


IPS 27

DIMENSI III: E08 : 480 x 100 480 x 15 %


Pengurusan 696 480 696 696
Pengurusan Program 15
Program Kurikulum, = 68.97 % = 10.34 %
Pendidikan Kokurikulum
dan Hal Ehwal
(Wajaran 45%) Murid 31.80 %
(Wajaran 15%)

E09: 209.81 x 100 209.81x 20%


Pengajaran 284 209.81 284 20 284
Pembelajaran
(Wajaran 20%) = 73.88 % = 14.78 %

E10: 48 x 100 5 48 x 5%
Pembangunan 84 48 84 84
Sahsiah Murid
(Wajaran 5%) = 57.14 % = 2.86 %

E11: 58 x 100 58 x 5%
Penilaian 76 58 76 5 76
Pencapaian
Murid = 76.32 % = 3.82 %
(Wajaran 5%)

Pengiraan skor Dimensi 4: Kemenjadian Murid hendaklah mengambil kira perkara


berikut:

a. Wajaran bagi dimensi berkenaan ialah 15% iaitu sama dengan wajaran
bagi Elemen 12 (Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kurikulum dan
Sahsiah).

b. Skor bagi Subelemen yang tidak berkenaan (TB) tidak diambil kira semasa
menentukan skor keseluruhan bagi Elemen 12.

Elemen 12 : Skor
Dimensi Kemenjadian Penuh Skor Peratus Wajaran Skor Sub Skor
Murid Dalam (Tidak Diper Pencapaian Sub- elemen Dimensi

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 27


IPS 28

Akademik, mengambi -oleh elemen Dengan Dengan


l kira item
Kokurikulum dan Wajaran Wajaran
tidak
Sahsiah berkenaan
)
Subelemen 12.1 : 492(SK)
DIMENSI IV: Kemenjadian 528 TB x 100
Murid Prasekolah (SJKC/T) TB 492* 2 TB
(Wajaran 2%) (TB) = %
Kemenjadian
Subelemen 12.2 :
Murid
Pencapaian 24 20 20 x 100 20 x 5 %
Akademik Murid 24 5 24
(Wajaran 15%) Sekolah Rendah = 83.33 % = 4.17 %
(Wajaran 5%)
Subelemen 12.3 :
Pencapaian 24 TB x 100
Akademik Murid (TB) TB 24 3 TB
Peralihan hingga = % 9.60 x 15%
Tingkatan 3 13
(Wajaran 3%)
Subelemen 12.4 : = 11.08 %
Pencapaian 32 TB x 100
Akademik Murid (TB) TB 32 2 TB
Tingkatan 4 & 5 = %
(Wajaran 2%)
Subelemen 12.5 :
Pencapaian 36 TB x 100
Akademik Murid (TB) TB 36 2 TB
Tingkatan 6 = %
(Wajaran 2%)
Subelemen 12.6 :
Pencapaian 72 51 51 x 100 4 51 x 4 %
Murid Dalam 72 72
Kokurikulum = 70.83 % = 2.83 %
(Wajaran 4%)
Subelemen 12.7 :
Kemenjadian 60 39 39 x 100 39 x 4 %
Sahsiah Murid 60 4 60
(Wajaran 4%) = 65.00 % = 2.60 %
Jumlah Besar 71.27 %
= 71 %
(2 T.P)

Catatan Skor Dimensi 4

Jumlah Skor Subelemen Dengan Wajaran : (4.17% + 2.83 % + 2.60 %) = 9.60 %


Jumlah wajaran Subelemen : 5 + 4 + 4 = 13 %
Wajaran dimensi : 15 %
Skor Dimensi Dengan Wajaran = 9.60 x 15 % = 11.08 %
13

16. Penarafan Sekolah

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 28


IPS 29

Penarafan sekolah dibuat dengan merujuk kepada Panduan Penarafan


Sekolah seperti Jadual 16 berikut :

Jadual 17: Panduan Penarafan Sekolah

Peratus Pencapaian Tahap Taraf Sekolah

90% - 100% 7 Sekolah Gemilang

80% - 89% 6 Sekolah Cemerlang

70% - 79% 5 Sekolah Harapan

50% - 69% 4 Sekolah Sederhana

35% - 49% 3 Sekolah Lemah

25% - 34% 2 Sekolah Sangat Lemah

0% - 24% 1 Sekolah Lampau Lemah

Ini bermakna, sekolah dalam contoh yang diberikan (Skor keseluruhan


71.27 %, dibundarkan menjadi 71%) berada pada Tahap 5 (Taraf Sekolah
Harapan).

PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 29

Anda mungkin juga menyukai