Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 2012 BERMASALAH PEMBELAJARAN DAN BERMASALAH PENDENGARAN

PENGENALAN PKBP DAN PKBD Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PKBP) telah dimulakan pada tahun 1995 dan telah beroperasi hampir 12 tahun. Kini bilangan pelajar PKBP seramai 57 orang dan tenaga pengajar seramai 16 orang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pend. Khas) dengan Kepujian dan 4 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Bagi Program Bermasalah Pendengaran (PKBD) pula ianya telah dimulakan pada tahun 2002 dan hampir 10 tahun telah beroperasi. Kini bilangan pelajar PKBD adalah seramai 24 orang pelajar dan tenaga pengajar adalah seramai 7 orang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pend. Khas) dengan Kepujian dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). OBJEKTIF PENUBUHAN 1. Untuk menyediakan peluang atau hak yang sama rata dalam pendidikan bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. 2. 3. 4. 5. 6. Untuk menyediakan persekitaran normal mengikut kesesuaian pendidikan untuk pelajar-pelajar PKBP. Membolehkan pelajar mengadaptasi diri dalam aspek kehidupan. Memberikan peluang kepada pelajar untuk membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kebolehan, kemahiran serta bakat setanding dengan pelajar normal. Untuk melatih dan membolehkan mereka hidup berdikari dan diterima oleh masyarakat. Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan juga masyarakat.

PENTADBIRAN, PENGURUSAN PKBP DAN PKBD SMK DESA PERDANA PKBD Pelajar PKBD mengikut kurikulum yang diselaraskan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dari segi akademik, pelajar-pelajar PKBD mengikut kurikulum seperti Aliran Perdana (PMR dan SPM). Mempunyai 5 kelas yang merangkumi dari tingkatan 1 hingga 5. Seorang pelajar mengikuti kelas inklusif di aliran perdana.

PKBP Kurikulum Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran bermatlamat antara lain menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Bagi memenuhi matlamat ini pihak sekolah telah melaksanakan program pendidikan berbentuk pra vokasional. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan tahap keupayaan serta kemampuan mereka. Pengajaran dilaksanakan di dalam bilik darjah, bengkel atau bilik-bilik khas. Terdapat lima komponen mata pelajaran pra vokasional yang telah dirancang. Antaranya ialah: Masakan/ Penyediaan Makanan Perkhidmatan a. Dobi b. Fotostat c. Cuci kereta Pertanian Ternakan Ikan Keli Jahitan/Kraftangan

VISI Menyediakan Program Pendidikan Yang Terbaik Dan terkini kepada murid-murid PPKI ke arah Pendidikan yang berkualiti dan memenuhi keperluan-keperluan hidup bermasyarakat.

MISI Menghasil dan mengaplikasikan pelbagai Program, Kaedah dan Teknik mengikut kesesuaian Individu ke arah merangsang Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Pembahagian murid mengikut tahap keupayaan/kebolehan: Kumpulan 1 (Dobi & Jahitan/Kraf) Kumpulan 2 (Masakan, Jahitan/Kraf & Cuci Kereta) Kumpulan 3 (Masakan, Ternakan Ikan Keli & Cuci Kereta) Kumpulan 4 (Ternakan Ikan Keli, Cuci Kereta & Jahitan/kraf) Kumpulan 5 (Pertanian & Ternakan Ikan Keli) Kumpulan 6 (Pertanian & Ternakan Ikan Keli) Kumpulan 7 (Dobi & Pertanian) PK 8 (Kelas Akademik PMR) PK 4A & PK 4B (murid yang tidak berkebolehan mengikuti kelas pra vokasional)

Di samping itu program PPKIBP juga mewujudkan sistem kelas mengikut stesen. Pelajar akan bergerak ke stesen-stesen yang berkenaan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Antara stesen-stesen tersebut ialah: Stesen Bahasa Malaysia Stesen Bahasa Inggeris Stesen Matematik Stesen Agama Islam/Moral KO-KURIKULUM PKBD Kegiatan ko-kurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu dari jam 1400 pagi hingga 1500 petang. Aktiviti yang dijalankan ialah Pengakap, Kelab Seni dan Kebudayaan, Kelab Kraftangan dan Permainan Dalaman. Aktivti Bowling dijalankan sebanyak tiga sesi sepanjang tahun 2012. Aktiviti ini berlangsung di Cosmic Bowl Mid Valley Megamall. PKBP Kegiatan ko-kurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu dari jam 1300 pagi hingga 1400 petang. Aktiviti yang dijalankan ialah Pengakap, Kelab Seni dan Kebudayaan, Kelab Kraftangan dan Permainan Dalaman. Aktivti Bowling dijalankan sebanyak enam sesi sepanjang tahun 2012. Aktiviti ini berlangsung di Cosmic Bowl Mid Valley Megamall. Aktiviti Aktivti PPKI Sepanjang 2012 PKBD Majlis Sambutan Maulidur Rasul (10 Feb. 2012) Aktiviti mobiliti Bowling (sepanjang tahun) Merentas Desa (17 Feb 2012) Hari Anugerah Cemerlang SMKDP (14 April 2012) Minngu Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris (7 11 Mei 2012) Lawatan ke Sarawak (24 27 April 2012) Program Riadah ke Desa Water Park (24 Mei 2012) Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (25 Mei 2012) Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Perlis (18 22 Jun 2012) * pelajar yang terlibat Anis Izzati, Nurul Aina dan Agleswaran (masuk peringkat ahkir). Gotong royong bersama PIBG (23 Jun 2012) Lawatan ke Kuala Gandah (26 Jun 2012) Sukan Tahunan SMKDP (28 Jun 2012) Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Perak (2 5 Julai 2012) * pelajar yang terlibat Anis Izzati bercerita kisah nabi Program Senamrobik 1Malaysia (10 Julai 2012) Karnival Permainan Sukan Sekolah (12 Julai 2012)

PKBP Majlis Sambutan Maulidur Rasul (10 Feb. 2012) Aktiviti mobiliti Bowling (sepanjang tahun) Merentas Desa (17 Feb 2012) Hari Anugerah Cemerlang SMKDP (14 April 2012) Menonton Wayang (02 Mei 2012) Minngu Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris (7 11 Mei 2012) Lawatan sambil belajar Ke Utara (8 11 Mei 2012) Pemilihan Peserta Tilawah P.Khas W.P (18 Mei 2012) * Mohd. Afif Tempat ke 3 Pertandingan Azan) Program Riadah ke Desa Water Park (24 Mei 2012) Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (25 Mei 2012) Gerai Jualan Sempena Minggu Keusahawanan & Koperasi ( 20 Jun 2012) Gotong royong bersama PIBG (23 Jun 2012) Karnival Koperasi (18 - 22 Jun 2012) Majlis Ceramah Israk dan Mikraj (25 Jun 2012) Lawatan ke Kuala Gandah (26 Jun 2012) Sukan Tahunan SMKDP (28 Jun 2012) Program Senamrobik 1Malaysia (10 Julai 2012) Sukaneka & Permainan Pelajar-pelajar Pend. Khas sempena Karnival Permainan Pend. Khas (12 Julai 2012) KEJAYAAN PELAJAR

PKBD Anis Izzati, Nurul Aina dan Agleswaran (masuk peringkat ahkir) dalam Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Kebangsaan. Anis Izzati bercerita kisah nabi Peringkat Kebangsaan PKBP Mohd. Afif Tempat ke 3 Pertandingan Azan

AKTIVITI TAHUNAN PKBD DAN PKBP 2012

Program Riadah ke Desa Water Park PPKI

Karnival Usahawan PKBP

Lawatan Sambil Belajar ke Utara Bersama Program PKBP

Lawatan Ke Kuala Gandah, Pahang

Stesen Jahitan dan Kraftangan

Stesen Dobi

Stesen Masakan

Stesen Pertanian & Ternakan Ikan Keli

Anda mungkin juga menyukai