Anda di halaman 1dari 6

SK JERANTUT JAYA 27000 JERANTUT,PAHANG

KERTAS KERJA
PROJEK KECEMERLANGAN KERTAS KERJA & KELAB PUSAT SUMBER PROJEK ASTRO UNTUK MELABEL TAMAN HERBA NAMA-NAMA POKOK (KHAS) DI TAMAN HERBA DAN PROGRAM 3K KEBERSIHAN, KAWASAN SEKOLAH KESIHATAN, KESELAMATAN

2007

2009
Disediakan oleh : JAWATANKUASA TAMAN HERBA (KHAS)

SK JERANTUT JAYA 27000 JERANTUT,PAHANG


SK SERI TASIK

PROJEK TAMAN HERBA (KHAS) PROGRAM 3K


1. PENGENALAN Projek menanam dan melabel nama nama pokok pokok di Taman Herba dan taman-taman di persekitaran sekolah merupakan salah satu projek khas Program 3K untuk tujuan pembelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Sains. Projek ini akan dijalankan sepenuhnya oleh warga sekolah. 2. MATLAMAT Menjadikan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua. 3. MISI Menyediakan murid dengan pelbagai kemudahan untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pembentukan sahsiah yang cemerlang. 4. OBJEKTIF Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah : 1. Agar suasana sekolah kami kelihatan ceria dan bersih. 2. Merealisasikan konsep Sekolah Dalam Taman. 3. Mengeratkan perhubungan antara insan di sekolah. 4. Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian. 5. Membantu murid mengenali nama dan kegunaan pokok herba.

5. MATLAMAT

Terbahagi kepada 3 iaitu : (i) Jangka Pendek: - Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah. - Mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak penganjur, sekolah, PIBG dan sebagainya. - Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk melaksanakan projek.

(ii) Jangka Sederhana:

- Penyediaan tanaman dan proses penanaman . - Menyediaan tiga petak penanaman padi jenis MR219 dan MR220. (iii) Jangka Panjang: - Menjadikan taman mini botanikal kemilau ini tempat idaman setiap murid. - Mewujudkan iklim pembelajaran di sekitar taman mini. - Menubuhkan kelab pencinta alam di sekolah dalam usaha mengekalkan kebersihan dan keceriaan taman mini botanikal secara khususnya dan kawasan sekolah amnya. - Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga kawasan taman. 6. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kami ialah untuk para murid dan guru-guru SK Jerantut Jaya serta masyarakat sekitar. 7. PELAN PELAKSANAAN PROJEK

- Penyediaan jadual kerja menggunakan Carta Gantt: - Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa. - Pembentangan struktur projek - Pemerhatian dan lawatan ke kawasan yang berpotensi di sekitar sekolah. - Gotong-royong membersihkan kawasan projek. - Memperbaiki dan mencantikkan lanskap di kawasan projek - Mengumpulkan benih-benih dan anak pokok untuk ditanam di taman herba. - Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuh-tumbuhan yang ditanam di taman tersebut secara saintifik dan juga dalam Bahasa Inggeris serta dalam Bahasa Malaysia. 5. JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi : Naib Pengerusi 1 : Naib Pengerusi 2 : Naib Pengerusi 3 : Setiausaha : AJK : Rodziah bt Mohd Razali, AMP., Rozilah bt Abu Bakar Mazlan bin Ismail Che Aubaidi bin Abdullah Azmi bin Said 1. Zahid bin Mohd Halim 2. Rosmawati bt Abd Majid 3. Roslan bin Abd Hamid GURU BESAR GPK HAL EHWAL MURID GPK PENTADBIRAN GPK KO-KURIKULUM

8. STRATEGI PERLAKSANAAN i . Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat AJK induk ii .Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang bertanggungjawab dan sasaran projek. iii Kertas kerja ditulis dan perancangan yang telah disusun dilaksanakan . iv Keberkesanan akan dinilai. 9. SENARAI PROJEK

a) Memperlengkapkan kawasan taman herba

10. KEWANGAN i. SUMBER KEWANGAN : BIL. 1. 2. 3. SUMBER Sumbangan / Derma SUWA Sekolah Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) JUMLAH NILAI ( RM ) RM 500.00 RM 200.00 RM 500.00 RM1000.00

ii ANGGARAN PERBELANJAAN : BIL. 1 BAHAN KUANTITI Bahan-bahan pembinaan (simen,blok bata, kayu dan sebagainya) Pasu 12 unit x RM 8.00 Batu-bata Baja 5 unit x RM 20.00 Mesin pancutan air 1 unit Alat pengawal 1 unit semburan pokok JUMLAH ANGGARAN RM300.00 RM 96.00 RM100.00 RM400.00 RM 104.00 RM1000.00

2 3 4 5 6

9. PENUTUP Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan Taman Herba sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif untuk memastikan

kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan pembinaan akhlak.

Disediakan oleh : ........ (AZMI BIN SAID) SETIAUSAHA Projek 3K SK Jerantut Jaya 27000 Jerantut Pahang

Disemak oleh : ................ (ROZILAH BT ABU BAKAR) GPK HAL EHWAL MURID SK Jerantut Jaya 27000 Jerantut Pahang

Disahkan oleh: ........................... (RODZIAH BT MOHD RAZALI, AMP.) GURU BESAR SK Jerantut Jaya 27000 Jerantut Pahang

s.k. : Fail Sekolah Fail Program 3K

Anda mungkin juga menyukai