Anda di halaman 1dari 8

PENGERTIAN PERKEMBANGAN MANUSIA

Atan Long (1990)


Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif.
Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan
peringkat yang lebih awal.

Paul Eggan dan Don Kauchak


Berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam
diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Salvin (1997)
Berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana
individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan
berubah melalui peredaran masa. Beliau juga berpendapat individu akan
mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal,
personality, sosioemosional dan kognitif serta bahasa.

Crow dan Crow (1980)


Perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah
yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Kesimpulan

Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif,
tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa.
Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga
akhir hayat organism.
PERSONALITI

Personaliti dari aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran, dan emosi
seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama
individu lain.

Personaliti dan perkataan Inggeris person adalah 2 perkataan yang berkait rapat.
Pada umumnya personality akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi
secara khusus, personality adalah sifat-sifat yang ada pada seseorang individu
seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain-lain yang
membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu personality akan
memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang individu.

Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona” yang membawa maksud topeng
atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu.
Menurut ahli psikologi, personality merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap,
watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.
PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Aspek Proses Pertumbuhan Proses Perkembangan

(perubahan kuantitatif) (perubahan kualitatif)

Jasmani tinggi, saiz berat dan bilangan Bertambah kemahiran


gigi bertambah menggunakan anggota spt
mengangkat, berjalan, berlari dan
melompat
mental Berkembangnya keupayaan Berkembangnya kemahiran
memikirkan tentang banyak menggunakan perkataan bahasa,
perkara angka, pemikiran, penaakulan,
pembentukan konsep dan
ingatan
sosial Mula berinteraksi dengan ahli- Menyedari perbezaan antara
ahli bukan keluarga spt jiran, lelaki dan perempuan serta
rakan sebaya dan guru peranannya, kepentingan disiplin
kumpulan serta penyesuaian
dengan rakan sebaya
Emosi Tumbuhnya perasaan suka, Berupaya menguasai perasaan
duka, marah, saying dan dan perasaan ketika marah atau
sebagainya cemburu

Faktor yang mempengaruhi Emosi ibu


perkembangan manusia Umur ibu
Penyakit ibu
Faktor Endogen (dalam indivudu)
Dibawa oleh individu sejak dalam
kandungan hingga kelahiran.
Faktor keturunan atau pembawaan:
Baka
Pemakanan
Kesihatan ibu
Dadah dan alcohol
Faktor Eksogen
Merokok
Faktor yang datang dari luar diri
Factor Rh darah
individu
Kesan X-Ray
Pemakanan
Keluarga Pusat ibadat
Rakan sebaya Persekitaran dunia
Sekolah
Tempat tinggal
Media elektronik dan sebaram am

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Bi Ciri Perkembangan Contoh


l
1 Proses yang berterusan Orang tua berumur 80 tahun mengalami
proses perubahan dari segi mempelajari
cara berinteraksi dengan cucunya
2 Proses perubahan yang berlaku Apabila kanak-kanak telah kuat dan
akibat tindakan saling kait antara mampu memikul berat badan sendiri,
perkembangan jasmani dan barulah dia bersedia untuk belajar berjalan
pembelajaran
3 Perubahan yang dialami adalah Kanak-kanak yang belajar merangkak,
dari segi fungsi jasmani, emosi, meluahkan perasaan gembira,
mental dan sosial mempelajari bertutur dan bergaul dgn
kanak-kanak yang lain.
4 Dipengaruhi oleh baka dan Kanak-kanak yang dilahirkan dengan bakat
persekitaran. Baka menentukan melukis tetapi tanpa persekitaran yang
had perkembangan, manakala memupuk bakat ini mungkin tidak boleh
persekitaran akan menolong mencapai potensinya sebagai pelukis.
perkembangan mencapai tahap
yang maksimum.
5 Proses perubahan kea rah sifat yg Kanak-kanak d idunia boleh merangkak
sejagat dan mengikut aturan pada peringkat umur satu tahun, berjalan
semulajadi serta menuju kea rah pada umur dua tahun dan bertutur pada
tertentu dan dijangkakan umur tiga tahun.
6 Ada tugas terdapat dalam semua Kanak-kanak dari kebudayaan yang
kebudayaan dan timbul pada masa berlainan dapat belajar berjalan sebelum
lebih kurang sama walaupun mencapai umur dua tahun.
dalam kebudayaan yang berlainan
7 Ada tugas yang wujud pada umur Dalam kebudayaan Malaysia, tugas
yang berlainan mengikut perkahwinan berlaku lebih awal di
kebudayaan atau kelas sosial kalangan kelas social bawahan berbanding
dgn kelas pertengahan
8 Ada tugas yang berkaitan rapat Kanak-kanak negara membangun bekerja
dengan kebudayaan pada umur 15 tahun atau kurang
berbanding Negara Barat pada umur 18
tahun atau lebih
9 Ada tugas yang wujud mengikut Di Negara Barat terdapat ramai pemandu
keperluan kebudayaan lori atau bas wanita
1 Ada tugas yang dipelajari sedikit Individu belajar peranan jantina dari
0 demi sedikit dan memakan masa peringkat awal kanak-kanak dan awal
yang agak lama dewasa hingga berkahwin
1 Ada tugas yang perlu dipelajari Kanak-kanak perlu belajar berjalan sekali
1 sekali sahaja sahaja

PERUBAHAN

Manusia melalui 3 peringkat perkembangan iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Remaja
Perubahan fizikal Perubahan mental Perubahan emosi
1.Pertumbuhan bulu-bulu 1.Pemikiran egosentrisme 1. Proses kesedaran diri
di kawasan kemaluan, 2.Krisis identiti
ketiak, badan dan muka – 3.Berpisah daripada
menambah sifat-sifat struktur keluarga
kelakian, baligh.

2.Suara pecah – menjadi


besar dan kasar

3.Bahu melebar

Dewasa
Perubahan fizikal Perubahan mental Perubahan emosi
1.Peringkat ini orang 1. 1.Krisis identiti
dewasa tidak mengalami
perubahan fizikal seperti
kanak-kanak atau remaja.
PERKAITAN DI ANTARA PERUBAHAN DARI SEGI FIZIKAL, MENTAL
DAN EMOSI DENGAN PERSONALITI

(Fizikal)
1.Genetik
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1987), bentuk tubuh badan boleh mempengaruhi
personality secara langsung dan tidak langsung.

William Sheldon menagitkan sifat-sifat perbadi manusia dengan susuk badan


seseorang itu.Beliau mengklasifikasikan 3 bentuk tubuh atau somatotif, dengan 3
set personality. Somatotif ini ialah endomorf, mesomorf dan ektomorf.

Endomorf adalah bentuk badan yang gemuk dan bulat. Mereka dikatakan sebagai
periang, suka bergaul, suka jamu makanan, ekstroversi dan tenang.

Mesomorf ialah susuk tubuh yang tegap, keras dan kuat seperti bina badan Malek
Noor. Mempunyai personaliti yang tegas, bertenaga, argesif dan berani.

Ektomorf ialah individu yang kurus, tinggi dan lembut. Personaliti pendiam, tidak
suka bergaul, beremosi, introversi, pemalu dan cerdik.

Disamping 3 somatotip yang disarankan, Sheldon juga mengutarakan 3 kompenan


kelakuan yang berdsarkan kepada beberapa tret seseorang itu.
Viserotonia – individu yang mempunyai sifat-sifat seperti kesantaian, keselesaan
dan orangnya adalah peramah.
Somatotonia – individu yang gemarkan kerja-kerja keras, meneroka alam sekitaran
dan mengambil risiko.
Serebrotonia – mereka yang gemarkan kesunyiaan, suka bersendirian, tidak
memaparkan emosi dan jarang bersosial.

(Mental)
2.Kecerdasanmemainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti
seseorang kerana membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah harian.
Individu yang mempunyai kecerdasan tinggi biasanya lebih bijak dalam membuat
sesuatu keputusan sementara individu yang mempunyai kecerdasan yang rendah
akan mengalami perkembangan personality yang negatif.

Mengikut Carl Jung, personality boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu ekstrovert,
introvert dan ambivert.

Ekstrovert – kebolehan dan kecerdasan kognitif di kalangan pelajar pintar cerdas.


Personaliti ini suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif
dan lebih bersikap terbuka.
Pelajar sekolah rendah di dapati lebih ekstrovert serta mampu memperolehi
pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot 1972, Anthony 1977, dan Riding
1979).

Introvert – pelajar pintar cerdas di mana mereka lebih cenderung belajar


bersendiri daripada belajar berkumpulan.(Rita Dunn et al (1989).
Personaliti Introvert merupakan personaliti seseorang di mana dia kurang
menyenangi bersama orang lain, dia suka lebih suka menyendiri, tidak suka dengan
orang baru, tidak suka berbicara di depan umum, kurang percaya diri, pemalu dan
pendiam.

Ambivert -

(Emosi)
3.Emosi juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi personaliti
kerana ia tindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Contohnya bagi kanak-kanak
lelaki ia akan mempelajari cara mengawal sifat iri hati, cemburu benci dan ganas
terhadap bapanya dan pada masa yang sama akan beridentifikasi terhadap
bapanya sendiri.Sifat seperti kelakian, kuasa dan ketegasan bapanya akan diikuti
untuk dijadikan sebagai satu bentuk motivasi untuk mencapai segala cita-citanya
kelak. Bagi mereka yang gagal mengatasi konflik ini akan menjadi seorang yang
lemah, tidak tegas, pasif dan lemah lembut.
4.Persekitaran – peranan rakan sebaya, pengaruh sekolah dan guru, pengaruh
keluarga, masyarakat serta pengalaman kanak-kanak amat penting dalam
membawa perubahan kepada personaliti seseorang itu.