Anda di halaman 1dari 3

Konsep kendiri

1. Imej kendiri/ pandangan keseluruhan/ gambaran seseorang terhadap diri sendiri 2. Merangkumi: rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan, tingkahlaku dan lain-lain

3. Gambaran ini adalah berdasarkan kesedaran tentang kebolehan dan kelemahannya dan juga melalui maklumat tentang dirinya yang diterima oleh orang lain 4. Penilaian yang dibuat oleh orang lain biasanya menjadi asas bagi pembinaan konsep kendiri seseorang itu

5. Merupakan gabungan antara persepsi kendiri terhadap diri sendiri dengan persepsi orang lain terhadap diri 6. Sebahagian besar daripada konseo kendiri seseorang itu terbentuk semasa bayi& kanak-kanak hasil daripada interaksi dengan keluarga, rakan sebaya dan ahli-ahli masyarakat di sekitar

7. Jenis: (a) KK positif, (b) KK negative 8. Ciri-ciri konsep kendiri yang positif:a. Mempunyai sahsiah yang seimbang b. Mudah diterima oleh orang lain c. Bersikap terbuka d. Sentiasa riang gembira e. Mengalami lebih kejayaan daripada kegagalan f. Bersifat yakin diri, optimistic dan mempercayai spenuhnya pada diri sendiri g. Sentiasa mencuba walaupun menghadapi cabaran dan masalah h. Sentiasa menerima pujian, kasih saying dan perhatian daripada ibu-bapa, guru dan ahli masyarakat i. Mudah bersosialisasi dengan orang lain j. Lebih tenang, penuh ketabahan k. Suka pada orang lain, sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain l. Mempunyai pandangan yang baik terhadap diri sendiri

9. Ciri-ciri konsep kendiri yang negative:a. Selalu dimarahi oleh guru, ibu-bapa dan kurang menerima kasih saying daripada keluarga b. Sahsiah yang tidak seimbang c. Tidak gembira, muram, terlalu sensitive terhadap kritikan/ teguran d. Tidak suka bekerjasama dengan rakan-rakan e. Suka bergaul dengan murid yang lebih mudah dan kurang bijak f. Selalu curiga, prasangka, tidak percaya pada orang lain dan diri sendiri g. Takut dan menolak tanggungkawab h. Pasif dan tidak suka berinteraksi dengan orang i. Selalu rendah diri dan jauhkan diri daripada khalayak ramai j. Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri k. Sentiasa mengalami kegagalan dalam pencapaian akademik/ ko-kurikulum 10. Faktor-faktor yang menyebabkan konsep kendiri negative:a. Baka yang diwarisi i. Saiz badan/ bentuk fizikal: ejekan orang lain, berasa rendah diri ii. Kecacatan fizikal: rasa kurang cekap, malu kerana kurang mahir iii. Kebolehan mental yang rendah: pencapaian akademik yang kurang baik, menyebabkan murid kurang menerima pujian/ penghargaan daripada guru, ibubapa, rakan dan masyarakat b. Rakan sebaya i. Pengaruh ciri-ciri negative daripada rakan lain ii. Dipandang rendah oleh murid lain iii. Tidak dapt menyesuaikan diri dalam kumpulan rakan sebaya iv. Tersingkir/ diketepikan daripada apa jua aktiviti kumpulan v. Kegagalan mendapat pengiktirafan& penghormatan daripada rakan-rakan kerana pencapaian kokurikulum yang kurang baik c. Budaya sekolah& pengaruh guru i. Murid baru: masalah penyesuaian diri ii. Guru kurang memberi layanan/ perhatian yang adil: murid rasa takut, bimbang, kurang yakin diri iii. Desakan& tekanan terhadap murid untuk mencapai sesuatu yang kurang realistic iv. Kepimpinan autokratik: menyekat perkembangan sosial, mental dan emosi murid d. Kesihatan i. Kekurangan keperluan fisiologi: menyebabkan taraf kesihatan yang rendah, sentiasa diserang penyakit, lemah, kurang bertenaga, pasif, mengantuk, kurang bersemangat ii. Berasa rendah diri kerana kurang melibatkan diri dalam aktiviti P&P dalam kelas

e. Keluarga i. Kedudukan sosio-ekonomi keluarga yang serba kurang: murid rasa rendah diri ii. Perselisihan ibu-bapa: keselamatan anak terancam-> jejas perkembangan konsep kendiri yang sihat iii. Pengalaman pahit/ tragic: anak rasa kurang yakin, putus asa iv. Kurang kasih saying, kritikan negative ibu bapa: anak kurang yakin diri, tidak terdorong untuk berusaha v. Aspirasi yang terlalu tinggi dan tidak realistic: anak rasa tertekan, bimbang 11. Cara-cara guru membantu pelajar membentuk konsep kendiri positif a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) l) m) n) o) p) q) r) s) t) Memberi galakan dan sokongan moral kepada murid Menyediakan peluang untuk perkembangan bakat Penerapan nilai-nilai murni Perancangan aktiviti pembelajaran Pembentukan dinamika kumpulan Mengelola kem motivasi dan kem bina semangat Pembentukan ojektif pembelajaran yang realistic Membantu murid memperoleh kemahiran berkomunikasi Penggunaan pujian dan ganjaran Membina keyakinan diri Bantu remaja membentuk matlamat mereka Bimbing mereka buat penilaian realistic tentang kekuatan dan kelemahan mereka Terima mereka sebagai individu Dengar luahan hati mereka Galakkan mereka bercakap secara positif Libatkan mereka dalam proses membuat keputusan Berikan peluang kepada mereka melakukan kesilapan Jangkakan kegagalan Jadi model/ rujukan yang berkesan Galakkan mereka melibatkan diri secara aktif

Anda mungkin juga menyukai