Anda di halaman 1dari 2

NOVEL KONSERTO TERAKHIR

TEMA

Novel ini bertemakan perjuangan hidup seorang anak muda yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Dia akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. Dalam meniti kejayaan itu, dia telah menghadapi berbagai-bagai dugaan hidup hingga ke akhir hayat. Helmi yang berasal dari kampung telah datang ke rumah bapa saudaranya untuk mencari pekerjaan. Semasa tinggal di rumah bapa saudaranya Datuk Johari, dia hanya menjadi tukang kebun dan telah menerima penghinaan daripada Datin Salmah. Walau bagaimanapun dia gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar. Hasilnya, dia berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Dia gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya terkenal di seluruh tanah air.

PERSOALAN Persoalan kegigihan dalam berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak utama iaitu Hilmi. Walaupun sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah, Hilmi dengan dorongan daripada Pak Amat dan Encik Bakar. Dia berusaha gigih dan akhirnya berjaya mencapai cita citanya iaitu menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Persoalan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Gambaran persoalan ini dapat dilihat melalui perhubungan antara Helmi dengan Hayati dan hubungan antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Persoalan pegangan agama dalam masyarakat bandar . Keluarga Datuk Johari tidak solat. Namun sejak kehadiran Helmi, sikap Hayati telah berubah. Dia telah mula solat dan dapat mengembalikan ketenangan hidupnya. Persoalan sikap mementingkan pangkat dan darjat juga dapat diperhatikan oleh pembaca melalui novel ini. Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi.

NOVEL KONSERTO TERAKHIR: WATAK DAN PERWATAKAN


Seorang pemuda yang berasal dari kampung di negeri Kedah. Seorang yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah iaitu hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah. Seorang yang rajin iaitu Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari. Hilmi juga seorang yang gigih dan tabah iaitu Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Seorang yang bercita-cita tinggi. Ini dibuktikan apabila bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Merupakan anak perempuan tunggal kepada Datuk Johari dan Datin Salmah. Seorang yang penyayang. Hal ini demikian kerana Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Seorang yang patuh kepada arahan ibunya iaitu Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Merupakan isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati. Seorang yang sombong dan mementingkan darjat. Hal ini demikian kerana Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung. Seorang yang mengamalkan budaya hidup secara kebaratan. Dia digambarkan selalu bertemu rakan yang setaraf di Morning Coffee. Seorang yang percaya kepada kepercayaan tahyul. Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada Hayati apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi. Seorang yang suka mengongkong. Contohnya Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati. Bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah. Seorang yang bijaksana. Dia dapat mengelakkan Hilmi daripada dihalau dari rumah keluar dari rumahnya oleh Datin Salmah setelah merosakkan piano. Seorang yang tiada pegangan agama. Dia hidup seperti masyarakat barat kerana di rumahnya terdapat sebuah mini bar. Seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi.

HELMI

HAYATI

DATIN SALMAH

DATUK JOHARI

Anda mungkin juga menyukai