Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN DALAM KUMPULAN(LDK)

Tujuan: Tujuan menjalankan Latihan Dalam Kumpulan(LDK) adalah untuk mengeratkan hubungan antara para pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Walaupun setiap orang datang dari negeri yang berlainan, tetapi kami tetap merupakan satu Malaysia. Sebagai seorang guru, kita haruslah bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan kaum. Hasil pembelajaran: 1) Kita akan lebih memahami antara satu sama lain dengan pelajarpelajar yang lain. 2) Kita dapat berkongsi pendapat atau idea dengan mereka tanpa berasa malu. 3) Hubungan antara satu sama lain menjadi lebih erat jika berbanding dengan sebelumnya. 4) Kerjasama antara ahli kumpulan dapat ditingkatkan. Tanpa kerjasama semua ahli kumpulan, setiap aktiviti tentu tidak dapat disempurnakan. 5) Kita dapat lebih mengenali diri sendiri serta mengenali personaliti sendiri seterusnya memperbaiki kelemahan diri. 6) Kita dapat memahami kemuliaan tugas atau peranan sebagai seorang guru. Nilai-nilai murni: 1) Saling menghormati 2) Saling bantu-membantu 3) Berkerjasama 4) Bertolak ansur

MENAIKKAN BENDERA/LAGU PATRIOTIK DAN NEGARAKU


Tujuan: Sesi ini dilaksanakan demi memupuk perasaan cinta akan negara dalam para pelajar. Seperti aktiviti menaikkan bendera serta menyanyi lagu patriotik, kita haruslah menyanyikan lagu dengan penuh bersemangat, bukannya menyanyi dengan sesuka hati. Hasil pembelajaran: 1) Dapat memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional. 2) Dapat menanam perasaan cinta akan negara terhadap pelajar-pelajar semasa menyanyikan lagu Negaraku dan lagu patriotik. 3) Dapat mencergaskan minda para pelajar agar dapat memberikan komitmen yang baik kepada aktiviti yang seterusnya. Nilai-nilai murni: 1) Cinta akan negara 2) Hormat-menghormati 3) Berdisiplin