Anda di halaman 1dari 15

MIKROMETER LUAR

TASK 4.01: CHECK LINEAR AND ANGULAR MEANSUREMENT ON WORK PIECE

OBJEKTIF
Dapat menggunakan mikrometer ini dengan lebih baik Dapat mempelajari tentang cara pembacaan ukuran pada mikrometer. Tahu bahagian yang terdapat pada mikrometer.

DEFINASI MIKROMETER LUAR


Merupakan alat pengukuran yang jitu dan mudah digunakan bagi mengukur bahagian luar komponen/benda kerja yang kecil dengan tepat.Ketepatan pengukuran ialah 0.01mm.

Bahagian-bahagian mikrometer LUAR


SPINDAL
LARAS

ANDAS

BIDAL

BINGKAI

PENGUNCI

Kegunaan bahagian mikrometer


BINGKAI
Berbentuk separuh bulatan. Dipasang bersama spindal di sebelah kanan dan andas disebelah kiri.

ANDAS

Berfungsi sebagai satu titik rujukan pengukuran. Ia dipasangkan dengan tip tungten karbida yang dikimpal loyangkan pada bahagian mukanya supaya tidak haus.

SPINDAL
Terdapat bebenang yang boleh berputar dengan bantuan nut yang dilekatkan pada jidal. Apabila jidal diputar, spindal juga turut bergerak. Terdapat tip tungten karbida yang dikimpal loyangkan pada permukaan ukurannya dan ianya rata serta bersudut tepat dengan paksi mikrometer.

BIDAL
Muka lilitan pada bidal disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama. Setiap bahagian bersamaan dengan 0.01mm. Pergerakan bidal dikawal oleh bebenang skru yang terdapat dalam binaan mikrometer. Satu pusingan bebenang skru adalah bersamaan dengan 0.5 mm.

LARAS

Terdapat senggatan dikeduadua bahagian atas dan bawah pada laras yang dipisahkan oleh datum line yang mana garisan ini menjadi rujukan bacaan pengukuran mikrometer. Satu pusingan bebenang skru adalah bersamaan dengan 0.05 mm.

PENGANJAK HALUS

Terletak pada bahagian hujung bidal. Fungsinya ialah untuk memastikan ketepatan ukuran yang diperolehi dimana ia dapat mengawal dan mengelakkkan bidal dari diputar keterlaluan

PENGUNCI

Ianya dapat mengunci pergerakan pada bebenang mikrometer. Ini bermakna spindal, thimble dan penganjak halus tidak akan bergerak apabila dikunci. Ini bertujuan bagi mendapatkan bacaan yang tepat.

BACAAN MIKROMETER LUAR

Ambil bacaan senggatan terakhir pada laras atas yang dilalui oleh bidal didarabkan dengan 1mm. Ambil bacaan pada laras bawah yang terhampir dengan 1mm didarabkan dengan 0.5mm.

Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar dengan garisan skala laras didarabkan 0.01mm. Campurkan ketiga-tiga bacaan diatas,jumlah nilai tersebut merupakan bacaan bagi mikrometer tersebut.

KESIMPULAN
Para pelajar mesti boleh mengaplikasikannya semasa amali. Memahami apa yang telah dipelajari dengan jelas. Mengetahui cara penggunaan mikrometer luar dengan betul.

SEKIAN TERIMA KASIH

DISEDIAKAN OLEH SITI SUHAIDA BT MOHD IBRAHIM S11409060

Anda mungkin juga menyukai