Anda di halaman 1dari 23

1

PERATURAN-PERATURAN SMK TAMAN PELANGI INDAH

1.

PENDAHULUAN
1.1. Peraturan ini dinamakan PERATURAN-PERATURAN KECIL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI INDAH. 1.2. Peraturan-peraturan ini digubal oleh Pengetua dengan bantuan guru-guru dalam JAWATANKUASA TATATERTIB PELAJAR, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI INDAH. 1.3. Peraturan-peraturan ini digubal dan diterima pakai sejak sesi persekolahan yang bermula pada tahun 1.1.2011. 1.4. Bahawa peraturan-peraturan ini tertakluk kepada Revision yang melibatkan pemasukan, pembaikan, penambahan isi kandungannya dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan sekolah ini, Pejabat Pelajaran Daerah Pasar Gudang, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Kerajaan Malaysia. 1.5. Bahawa peraturan-peraturan ini DITERIMA PAKAI sebagai 'LOCAL ORDER' di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pelangi Indah kepada PELAJAR YANG TERDAFTAR DAN BELAJAR di sekolah ini; terhadap guru-guru dan kakitangan bukan guru yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pelangi Indah pada satu masa serta lain-Iain orang yang datang berurusan dengan pihak sekolah ini pada satu-satu masa, selagi sekolah ini wujud sebagai satu institusi pendidikan. 1.6. Bahawa PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI INDAH adalah kuasa tertinggi dalam melaksanakan peraturanperaturan yang termaktub lagi diterima pakai serta hukuman-hukuman yang berkaitan dengannya, pada memansuh, memperelok, dan menambah serta mengubahsuai peraturan-peraturan ini dari semasa ke semasa mengikut justifikasi selaras dengan keperluan persekolahan ini di semua peringkat. 1.7. Mana-mana pelajar atau kumpulan pelajar atau guru atau agen luar yang tidak berkaitan dengan sekolah ini, yang didapati melanggar peraturan-peraturan yang diterima pakai ini dari semasa ke semasa, maka tindakan penghukumannya sewajarnya di peringkat sekolah akan di ambil dan dikenakan. sementara tindakan undang-undang bagi agen-agen luar akan dibuat mengikut prosedur perundangan negara.

2.

PERATURAN AM
1.1. Setiap pelaiar dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang terkandung di dalam buku peraturan ini dan juga mana-mana yang dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa. 1.2. Setiap pelajar dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan dan mana-mana pihak berwajib yang ada hubungan dengan sekolah. 1.3. Semua pelajar yang terdaftar dan belajar di sekolah ini dikehendaki mempunyai dan mengamalkan nilai - nilai akhlak yang baik, bersopan santun dan berbudi bahasa sepanjang masa, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. 1.4. Setiap pelajar dikehendaki pada setiap masa dan tempat mengamalkan prinsipprinsip RUKUN NEGARA. 1.5. Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrif atau dianggap sebagai: a) mencemarkan nama baik sekolah. b) mencemarkan nama baik mana-mana individu. c) melakukan perbuatan merosakkan harta sekolah atau harta orang perseorangan atau harta awam. d) mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah. e) menimbulkan kegelisahan, persengketaan di kalangan plajar atau kakitangan sekolah. f) melakukan perbuatan menghina mana-mana pihak.

g) melakukan perbuatan menyeksa dan mengugut mana-mana individu. h) tidak senonoh atau melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pelajar. i) melakukan gangguan seks atau yang berkaitan dengannya.

1.6. Setiap pelajar dikehendaki belajar bersungguh-sungguh. 1.7. Setiap pelajar dikehendaki menyertai semua kegiatan pendidikan yang diarahkan oleh sekolah sama ada bercorak akademik atau kokurikulum. 1.8. Setiap pelajar dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej sekolah dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. 1.9. Pelajar dilarang melakukan sesuatu yang membahayakan diri sendiri atau orang lain.

3 1.10. Semua pelajar mesti berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan mengikut masa yang ditetapkan semasa aktiviti persekolahan dijalankan.

3.
3.1

WAKTU PERSEKOLAHAN
Masa Hadir.
(a) (b) Murid Sesi Pagi hendaklah berada dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya pada jam 7.15 pagi untuk menghadiri Perhimpunan Mingguan / Harian. Murid Sesi Petang hendaklah berada dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya pada jam 12.30 tengah hari (Isnin-Khamis) untuk menghadiri Perhimpunan Mingguan/Harian. Pada hari Jumaat, pelajar-pelajar bukan Islam hendaklah berada di sekolah sebelum jam 1.45 petang. Waktu Pengajaran & Pembelajaran (P&P) dan Lapor diri adalah seperti berikut: SESI Sesi Pagi ISNIN HINGGA KHAMIS Lapor Diri: 7:15 pagi 7.30 pagi hingga 1.05 petang/ 1.40 petang Lapor Diri: 12.30 tgh hari Sesi Petang 1.05 hingga 6.45 petang JUMAAT: Lapor Diri: 7.15 pagi 7.30 pagi hingga 12.10 tengah hari Lapor Diri: 1.45 ptg (pelajar Islam yang ada sembahyang Jumaat dikecualikan) 2.20 petang hingga 6.45 petang

(c)

(d) (e)

Murid-murid sesi pagi dikehendaki berkumpul di Dataran Harmoni dan muridmurid sesi petang di Legar Informasi. Pada jam 7.15 pagi / 12.30 tengah hari, semua murid dikehendaki berada di tapak perhimpunan yang ditetapkan dan duduk dalam barisan yang Iurus mengikut kelas masing-masing. Selepas tamat perhimpunan, guru mata pelajaran waktu ke-2 (lsnin dan Jumaat) dan waktu pertama (Selasa - Khamis) dikehendaki membawa pelajar ke kelas mengikut laluan yang ditetapkan.

(f)

3.2

Datang Lewat
a) (a) Murid yang datang ke sekolah melebihi jam 7.15 pagi / 12.30 tengah hari tanpa sebarang alasan munasabah dianggap sebagai 'Lewat ke Perhimpunan'. Murid yang sampai ke sekolah melebihi jam 7.30 pagi /1.05 petang tanpa sebarang kenyataan atau alasan yang munasabah dianggap sebagai 'Datang Lewat.

3.3

Ponteng Kelas
(a) Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas kecuali mendapat kebenaran guru dengan bukti Pas Keluar Kelas/Pas Kuning yang ditulis dan ditandatangani oleh guru. Adalah tanggungjawab murid untuk menunjukkan Pas Keluar Kelas kepada guru kelas dan dapatkan tanda tangan guru sebelum keluar kelas. Murid yang berada di luar kelas tanpa Pas Keluar Kelas dianggap sebagai 'Ponteng Kelas'.

(b) (c)

3.4

Ponteng Sekolah
(a) (b) Murid yang tidak hadir ke sekolah perlu mengemukakan surat doktor atau surat ibu-bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah. Murid yang tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor dikehendaki membawa ibu- bapa/penjaga bersama-sama datang berjumpa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid /Penolong Kanan Petang kecuali ada bukti-bukti yang nyata ketidakhadirannya ada sebab-sebab yang munasabah. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang kenyataan daripada ibu bapa atau surat doktor dianggap sebagai Ponteng Sekolah. Surat Amaran Pertama hingga Ketiga (Terakhir) akan dikirim kepada ibu bapa / penjaga bagi murid-murid yang ponteng sekolah. Tindakan 'Buang Sekolah' akan diambil terhadap murid yang tidak hadir selama 31 hari berturut-turut atau selama 60 hari tidak hadir berturut-turut.

(c) (d) (e)

3.5

Waktu Rehat
(a) Pada waktu rehat, pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam kelas dan kawasan-kawasan larangan seperti kawasan hadapan pejabat, kawasankawasan letak kereta guru, kawasan astaka, belakang bengkel, belakang Blok Pentadbiran, Blok Akademik dan padang. Guru mata pelajaran dan ketua tingkatan hendaklah pastikan bilik darjah dikunci sebelum meninggalkan kelas semasa waktu rehat/ waktu balik/ kelas Sains dan lain-lain.

(b)

3.6

Keluar dari kawasan sekolah


(a) Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Penolong Kanan Petang. Murid yang sakit atau diperlukan keluarga untuk balik awal kerana masalah tertentu perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan Petang secara bertulis terlebih dahulu. Hanya ibu-bapa/penjaga dibenarkan membawa keluar murid dan mengisi Buku Keluar Pelajar dan slip Kebenaran Keluar Awal' di pejabat.

(b)

(c)

5 (d) Slip Kebenaran Keluar Awal' hendaklah diserah kepada Pengawal Keselamatan sebagai bukti pelepasan sekolah.

3.7

Waktu Balik
(a) (b) 3 minit sebelum waktu akhir sekolah (masa ke-9/10), murud-murid dikehendaki membersihkan kelas serta menyusun kerusi dan meja. Murid-murid dikehendaki beratur di luar kelas (rapat ke bahagian tingkap) dan apabila loceng kedua dibunyikan murid-murid dikehendaki bergerak balik mengikut laluan yang ditetapkan.

3.8

Kelas Tambahan
(a) (b) Murid-murid dikehendaki menghadiri kelas-kelas tambahan yang diadakan di sekolah. Kenyataan / Surat pemberitahuan kepada ibu bapa/penjaga tentang kelas tambahan akan dikeluarkan setiap kali kelas tambahan diadakan.

3.9

Aktiviti Kokurikulum
(a) (b) (c) Semua murid perlu menghadiri aktiviti kokurikulum mengikut jadual yang ditetapkan. Buku Panduan dan Buku Catatan mesti dibawa semasa menghadiri setiap aktiviti kokurikulum. Kebenaran guru, surat kenyataan ibu bapa/penjaga atau surat doktor perlu dikemukakan sekiranya tidak dapat hadir.

3.10 Kehadiran Sekolah:


(a) lbu bapa, Penjaga hendaklah pastikan yang anak mereka yang telah mendaftar menjadi pelajar di sekolah ini hadir belajar di sekolah ini sepanjang hari persekolahan rasmi, serta Iain-lain aktiviti berkaitan dari semasa ke semasa. Mana-mana pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah pada satu-satu masa maka ibu bapa / penjaga wajib memberitahu Pengetua atau wakilnya secara LISAN DAN BERTULlS. (Tel: 07-863 4021 Faks: 07 - 863 4073) Sekiranya seorang pelajar jatuh sakit dan tidak dapat hadir ke sekolah, maka surat akuan sakit hendaklah dikemukakan kepada pihak Pengetua sekolah atau wakilnya oleh ibu bapa /penjaga. Pelajar yang tidak hadir bersekolah tanpa sebarang MAKLUMAN LISAN, DOKUMEN BERTULIS atau Iain-Iain dokumen sokongan yang sahih dikira PONTENG SEKOLAH pada jangka masa tersebut. Surat-surat peringatan tentang kehadiran pelajar, tingkah laku dan apa jua yang berkaitan dengan persekolahannya yang bertentangan dengan peraturan sekolah akan dikeluarkan dan dihantar kepada ibu bapa/ penjaga dari

(b)

(c)

(d)

(e)

6 semasa ke semasa apabila difikirkan perlu, selaras dengan prosedur dan peraturan yang mengawal bidang berkaitan. (f) Ibu bapa / penjaga wajib memberi respon yang positif dan akur dengan sebarang keputusan dan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah ke atas anak/ pelajar berkenaan. Surat Amaran Ketidakhadiran akan dihantar kepada ibu bapa /Penjaga seperti berikut: Jeni s Sur at Jeni s Pon teng A m ar an Pe rta m a A m a r a n T e r a k h i r H a r i k e 1 7 H a r i k e 4 0 H ari ke 60

(g)

A m a r a n K e d u a

B ua n g S ek ol ah

Pont eng Bert urutturut

Pa da ha ri ke 3

H a r i k e 1 0

H ari ke 31

Pont eng tidak bert urutturut

Pa da ha ri ke 10

H a r i k e 2 0

(h)

Jika selepas penghantaran surat amaran ketidakhadiran sekolah dan pihak sekolah tidak menerima apa-apa maklumat daripada ibu bapa/ penjaga tentang

7 ketidakhadiran pelajar yang berkenaan, tindakan yang sewajarnya akan diambil sehingga pelajar berkenaan ditamatkan persekolahannya.

3.11 Rawatan Perubatan dan Status Kesihatan Pelajar


(a) Pelajar-pelajar yang hendak mendapatkan rawatan perubatan dan pergigian mesti: (i) (ii) (iii) (b) Mengisi surat pengenalan yang boleh didapati dari pejabat sekolah. Minta kebenaran daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Jika ada temujanji dengan doktor atau jururawat semasa sekolah mestilah disertai surat daripada ibu bapa / penjaga.

Mana-mana pelajar yang mendapat surat akuan sakit, surat kemasukan rawatan di wad atau Iain-Iain surat penting berkaitan dengan penyakitnya hendaklah surat-surat tersebut disampaikan kepada Pengetua atau wakilnya untuk tujuan tindak turut berikutnya. Ibu bapa / penjaga dan pelajar WAJIB memberitahu pengetua atau wakilnya sekiranya pelajar-pelajar ini ada menghidap sebarang penyakit kronik supaya tindakan yang bersesuaian dibuat sepanjang penglibatannya dalam aktiviti persekolahannya. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika terjadi sebarang kecelakaan yang berpunca dari penyakit pelajar yang disembunyikan oleh mana-mana pihak daripada pengetahuan pihak sekolah.

(c)

3.12 Kehadiran di Sekolah Selepas Waktu Sekolah


(a) Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah selepas waktu sekolah, pada hujung minggu atau cuti sekolah tanpa sebarang urusan/ kebenaran dan iringan guru. Aktiviti selepas sekolah mesti terlebih dahulu dimaklumkan (Tarikh, masa, jenis aktiviti, senarai nama pelajar dan guru penasihat yang terlibat ) dan mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua/ Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Salinan senarai yang berkenaan hendaklah diserah kepada pengawal keselamatan sebagai bukti dan dokumen semakan kehadiran. Pelajar yang hadir mesti mencatatkan kehadirannya (waktu tiba dan waktu balik) dengan pengawal keselamatan sekolah. Semua aktiviti di sekolah mestilah di bawah jagaan guru. Jika guru penasihat tidak hadir, perjumpaan mesti dibatalkan.

(b)

(c) (d) (e)

4.

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


Jenis kain yang dibenarkan untuk pakaian pelajar hendaklah dari jenis cotton. Baju dari jenis kain berkilat tidak dibenarkan.

4.1

Baju Pelajar Lelaki


(a) (b) (c) (d) (e) Baju hendaklah berlengan pendek dan berwarna putih. Baju tidak boleh berlengan besar. Kocek saku hendaklah di sebelah kiri dada. Baju mesti berkolar. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar sewaktu di sekolah, dalam perjalanan ke sekolah atau balik dari sekolah. Butang baju hendaklah dikancing selalu.

(f)

4.2

Seluar Dan Tali Pinggang Pelajar Lelaki.


(a) Semua pelajar Ielaki dari tlngkatan peralihan hingga tingkatan lima dikehendaki berseluar panjang warna hijau tua (dark olive). Seluar hendaklah potongan biasa dan tidak berfesyen. Seluar juga hendaklah tidak terlalu ketat. Seluar potongan jean tidak dibenarkan. Panjang atau Iabuh seluar hendaklah menutup sepenuhnya kedua-dua buku Iali kaki manakala buka lilitan kaki seluar panjang ialah 16"- 18" (40 -45 cm). Saku / kocek bahagian belakang seluar mestilah daripada jenis bertebuk (bukan jenis tampal). Butang-butang Iogam tidak dibenarkan. Hanya tali pinggang berwarna hijau tua, dari jenis kanvas dan kain, dengan saiz tidak melebihi 3 cm dan berkepala (buckle) plet dari koper dibenarkan dipakai di sekolah. Kepala (buckle) juga tidak melebihi 3 cm. Semua seluar yang mempunyai gelang tali pinggang diwajibkan memakai tali pinggang.

(b)

(c) (d)

(e)

(f) (g)

(h)

4.3

Baju Pelajar Perempuan


(a) Baju kurung Johor (bagi pelajar Islam) dan blaus (bagi bukan Islam) berwarna putih. Berkain sarung Iipat beralun (bagi pelajar Islam) dan pinafore (bagi bukan Islam) berwarna biru laut. Baju kurung Johor mestilah berkancing di Ieher. Kancing baju hendaklah kecil dan berwarna putih. Labuh baju kurung hendaklah 2- 3" di paras bawah Iutut. Baju hendaklah Ionggar dan berbasi kiri dan kanan 4"-5". Kain hendaklah menutup buku lali. Pinafore dan skirt hendaklah labuh 2-3" di bawah paras bawah Iutut serta longgar. Lengan blaus mestilah potongan biasa dan dilarang memakai Iengan baju besar. Pelajar Islam diwajibkan memakai tudung mini telekung tiga segi berwarna putih tanpa berbunga atau berenda sepanjang waktu persekolahan (tidak dibenarkan memakai purdah). Labuh tudung 4"-5" daripada paras bawah dada di depan dan belakang. Pelajar Islam dikehendaki memakai kain dalam labuh dan simis (singlet wanita). Pelajar hanya dibenarkan memakai anak tudung yang berwarna putih sahaja. Pin kain tudung yang dibenarkan juga berwarna putih.

(b)

(c)

(d)

(e) (f)

(g) (h)

(i) (j)

4.4

Kasut dan Stoking


(a) Semua pelajar Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5 mesti memakai kasut berwarna putih sahaja. Kasut diperbuat daripada canvas atau dari bahan sintetik seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara.

10 (b) (c) (d) (e) Kasut kulit, kasut trek, kasut sukan dan kasut highcut tidak dibenarkan. Stoking mestilah pendek dan berwarna putih, tidak berbeIang-beIang. Stoking mestilah menutup kedua-dua buku Iali. Kasut mestilah dalam keadaan bersih dan berkapur. Kasut berjenama terkenal dilarang dipakai ke sekolah.

4.5

Lencana dan Tanda Nama


(a) Pelajar Ielaki dan perempuan bukan Islam hendaklah memakai lencana sekolah yang dijahit 3 cm di atas kocek baju sebelah kiri manakala tanda nama dipakai di bawah Iencana. (Rujuk Rajah muka surat 44). Pelajar perempuan hendaklah memakai lencana sekolah di sebelah kiri kain tudung (bagi pelajar Islam) atau 'pinafore' (bagi pelajar bukan Islam) pada paras dada dan tanda nama dipakai di bawah Iencana. (Rujuk Rajah muka surat 44). Pelajar mestilah menggunakan tanda nama yang boleh dilihat dengan jelas. Pelajar dilarang menggunakan tanda nama orang Iain atau menggunakan tanda nama yang bercorak-corak atau yang telah diubah suai.

(b)

(c) (d)

4.6

Pakaian Tambahan dan Barang Kemas


(a) (b) (c) (d) (e) Semua pelajar sama ada Ielaki atau perempuan tidak dibenarkan memakai sebarang barang perhiasan seperti rantai Ieher, cincin, subang dan gelang. Hanya subang / Iidi plastik yang kecil berukuran 1 cm berwarna putih dan hitam dibenarkan bagi pelajar-pelajar perempuan sahaja. Tali jam tangan hendaklah kecil dan tidak berfesyen yang diperbuat daripada kulit/plastik. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap (sun-glasses) atau berbentuk Iuar biasa. Pelajar Ielaki Islam hanya dibenarkan memakai songkok berwarna hitam atau biru tua sahaja.

5.

PAKAIAN PENGAWAS
(a) (b) Pengawas Ielaki dikehendaki berseluar panjang warna biru tua, berbaju Iengan panjang warna biru muda dan bertali leher berwarna biru tua. Pengawas perempuan dikehendaki memakai blaus berlengan panjang warna biru muda, berkain warna biru tua dengan fesyen dan ukuran yang dibenarkan dan bertali Ieher warna biru tua. Pengawas perempuan Islam bertudung warna biru tua tanpa bunga dan berenda. Pengawas perempuan bukan Islam dikehendaki memakai simis.

11 (c) (d) (e) Semua pengawas lelaki dan perempuan dikehendaki memakai blazer setiap kali perhimpunan mingguan. Hiasan kepala bagi pengawas perempuan bukan Islam seperti klip rambut, cekak rambut atau reben mestilah berwarna hitam. Pengawas dikehendaki memakai kasut canvas' atau kulit berwarna hitam dan stoking berwarna putih (tidak berbelang).

6.

PAKAIAN SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI


(a) (b) (c) (d) Semua pelajar yang tidak ada surat akuan doktor mesti mengambil bahagian dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Semua pelajar dikehendaki memakai track panjang berwarna gelap dan T- shirt pasukan rumah sukan /T-shirt kokurikulum sekolah. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai sebarang seluar dan T-shirt selain daripada 6 (b). Semua pelajar perempuan Islam diwajibkan memakai tudung berwarna putih atau hitam tanpa sulam, berbiku-biku dan berenda.

7.

PAKAIAN AKTIVITI LUAR DARJAH / KOKURIKULUM / KELAS TAMBAHAN


(a) Pelajar hendaklah memakai: (i) (ii) (b) (c) pakaian seragam sekolah yang Iengkap untuk kelas pembelajaran dan pengajaran. pakaian kokurikulum yang dikhaskan oleh pihak sekolah untuk kegiatan kokurikulum.

Bagi unit beruniform, ahli-ahli berkenaan diwajibkan berpakaian seragam seperti yang ditetapkan oleh badan-badan berkenaan. Semua pelajar perempuan Islam diwajibkan memakai tudung kepala tiga segi berwarna hitam atau putih.

8.
8.1

RUPA DIRI
Rambut Pelajar Lelaki
(a) Panjang rambut (i) (ii) atas kepala tidak melebihi 4 sm. tepi (kiri / kanan) kepala tidak melebihi 2 sm.

12

(iii) (b) (c)

belakang kepala tidak melebihi 3 sm.

Rambut di depan tidak melebihi separuh paras dahi. Rambut di tepi tidak menutup kedua - dua telinga atau sebahagian daripadanya dan 'sideburn tidak melebihi tengah hidung. Rambut di belakang mestilah nipis dan tidak melebihi garisan di bawah cuping dua telinga. Potongan rambut tidak boleh berfesyen seperti punk', diwarnakan, berekor, terjuntai di hadapan serta memakai gel dengan tujuan berfesyen. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membela misai atau janggut atau kedua-duanya. Pelajar dilarang bersikat di dalam kelas. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan gel.

(d)

(e)

(f) (g) (h)

8.2

Rambut Murld Perempuan


(a) (b) Rambut jangan sampai mencecah bahu. Rambut yang panjang hendaklah diikat atau ditocang kemas dengan getah atau reben warna hitam/biru / putih. Rambut hadapan tidak dibenarkan melepasi bulu kening mata. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan gel. Alat perhiasan kepala yang dibenarkan seperti klip dan cakak rambut hendaklah berwarna gelap. Potongan rambut tidak boleh seperti punk', diwarna, dinaikkan, berekor, terjuntai dihadapan serta memakai gel

(c) (d) (e)

(f)

13

dengan tujuan fesyen. (g) Pelajar dilarang bersikat rambut di dalam kelas.

8.3

Persolekan
(a) (b) (c) (d) Pelajar dilarang bersolek dan membawa alat solek ke sekolah. Pelajar dibenarkan membawa sikat yang panjangnya tidak melebihi 12 cm dan apabila diletakkan di dalam kocek belakang sikat itu tidak kelihatan. Sikat yang tajam pemegangnya dilarang bawa ke sekolah. Pelajar Hindu dibenarkan memakai pottu yang berwarna hitam sahaja.

8.4

Kuku
(a) (b) Semua pelajar tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang. Kuku hendaklah dalam keadaan bersih, pendek dan tidak diwarnakan dengan sebarang jenis 'varnish' atau inai.

8.5

Kebersihan Wajah
(a) (b) (c) (d) Setiap pelajar mestilah berwajah kemas dan rambut disikat rapi. Wajah dan perwatakan mestilah memperlihatkan sebagai seorang pelajar. Semua pelajar dilarang daripada mengenakan tatu (gambar atau tulisan) pada mana-mana bahagian tubuh badan. Semua pelajar dilarang daripada memakai Iensa sentuh berwarna (contact lenses).

9.
9.1

DISIPLIN DALAM KELAS


Kebersihan dan Keceriaan
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Setiap kelas hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih. Setiap pelajar dalam kelas bertanggungjawab atas kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing. Setiap kelas hendaklah dihias dengan bahan-bahan berbentuk pelajaran. Kerusi dan meja hendaklah dalam keadaan tersusun dan kemas. Setiap pelajar bertanggungjawab ke atas meja dan kerusi sendiri sepenuhnya. Kerusi dan meja mesti disusun dan kelas mestilah bersih pada waktu akhir tiap hari. Alas meja guru hendaklah digunakan sepanjang masa persekolahan.

14 (h) Sampah di kelas hendaklah dibuang sebelum jam 7.45 pagi dan sebelum 10.30 pagi untuk kelas sesi pagi. Bagi kelas sesi petang, sampah hendaklah dibuang sebelum 1.30 petang dan sebelum 4.00 petang.

9.2

Maklumat Penting Dalam Kelas:


(a) (b) (c) (d) (e) Jadual tugas harian Jadual waktu kelas Pelan Kedudukan Pelajar Senarai Inventori Kelas Pelan Bertindak Kecemasan

9.3 9.4

Kawasan Keceriaan Kelas Keselamatan Dalam Bilik Darjah


(a) (b) Pintu bilik darjah mesti dikunci apabila pelajar keluar untuk bengkel atau waktu rehat. Kerosakan harta sekolah yang berlaku kerana pintu tidak berkunci hendaklah ditanggung oleh kelas yang berkaitan.

9.5

Hal-hal Lain
(a) Sebelum meninggalkan kelas atau pulang pada waktu akhir, pelajar hendaklah mematikan kipas dan Iampu serta menutup tingkap dan pintu kelas masingmasing. Bagi pelajar yang tidak mengambil matapelajaran Bahasa Tamil dan Bahasa Cina dikehendaki duduk dalam kelas matapelajaran tersebut, serta membuat kerja sekolah dengan senyap.

(b)

10. PERHIMPUNAN
(a) Semua pelajar diwajibkan menghadiri perhimpunan harian / mingguan di Dataran Harmoni (tepat jam 7.15 pagi bagi pelajar sesi pagi) atau di Legar Informasi (jam 12.30 tengah hari bagi pelajar sesi petang). Semua pelajar hendaklah beratur dengan cepat, duduk dengan senyap dan berdisiplin serta membaca buku semasa menunggu perhimpunan bermula. Sepanjang perhimpunan pelajar tidak dibenarkan bercakap atau ketawa. Tepuk tangan pada waktu yang sesuai sahaja dan tidak berlebih-Iebihan. Selepas perhimpunan, pelajar hendaklah terus masuk kelas dan tidak dibenarkan pergi ke tandas.

(b) (c) (d)

15

11. BUDI PEKERTI


(a) Pelajar -pelajar mesti sentiasa kelihatan kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa dan mempunyai akhlak yang tinggi sebagai seorang individu setiap waktu. Menghormati semua guru, staf sokongan, orang tua, pengawas, ketua tingkatan, pemimpin pelajar dan mengucapkan Salam Sejahtera' atau ucapan yang sesuai bila berjumpa dengan guru, sama ada di dalam atau di Iuar sekolah. Mengenali semua guru, staf sokongan, pekerja dan pengawas-pengawas sekolah ini. Mematuhi segala arahan Pengetua, guru-guru, staf sokongan dan pemimpin pelajar. Bekerjasama dengan Pengetua, guru-guru dan staf sokongan, pengawaspengawas serta pemimpin sekolah ini pada setiap masa. Menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan-peraturan bilik darjah, makmal sains, bilik bengkel/ ERT, bilik air, kantin, Pusat Sumber dan seluruh kawasan sekolah. Semua sampah sarap mestilah dibuang ke dalam tong-tong sampah yang disediakan. Menghormati Iagu sekolah, Iagu kebangsaan NEGARAKU'. Iagu NEGERI JOHOR' dan Iagu patriotik sama ada ketika Iagu itu dinyanyikan atau dimainkan. Mematuhi undang-undang awam dan undang-undang sekolah. Ketika hendak masuk ke kelas, pejabat, Bilik Guru atau Iain-Iain tempat, pelajar hendaklah mengetuk pintu dahulu dengan sopan, memohon izin dan menunggu di luar sehingga kebenaran masuk diberikan. Pelajar-pelajar hendaklah menjaga nama baik sekolah dan ibu bapa, menghormati orang lain serta menjaga adab sopan. Semasa di Iuar sekolah atau dikhalayak ramai, pelajar-pelajar hendaklah sentiasa bersopan- santun menjaga nama baik sekolah dan ibu bapa, menghormati orang Iain serta menjaga adab sopan. Tidak boleh menimbulkan suasana kekacauan yang bertujuan untuk menyakiti hati orang Iain. Pelajar tidak boleh menggunakan nama guru-guru tertentu untuk kepentingan diri sendiri.

(b)

(c) (d) (e) (f)

(g) (h) (i) (j)

(k) (l)

(m) (n)

12. PENGGUNAAN TANDAS


(a) (b) (c) PeIajar-pelajar tidak dibenarkan pergi ke tandas tanpa pas keluar pelajar. Tuala wanita / pad yang telah digunakan hendaklah dibungkus elok-elok dan dibuangkan ke dalam tong yang disediakan. Kemudahan tandas digunakan dengan berjimat dan berhemat.

16

13. HUBUNGAN DENGAN LUAR


(a) (b) (c) Pelajar-pelajar dilarang membuat apa-apa hubungan dengan persatuan/ kelab Iuar tanpa kebenaran Pengetua. Segala surat menyurat mesti melalui Pengetua. Kebenaran perlu dipohon dari Pengetua jika seseorang ingin mengambil bahagian dalam sesuatu kegiatan yang bukan dikelolakan oleh pihak sekolah sendiri. Semua pelawat termasuk ibu bapa / penjaga mesti berjumpa dengan Pengetua atau wakilnya terlebih dahulu. Pelawat tidak dibenarkan pergi dari kelas ke kelas. Pelajar tidak dibenarkan membawa orang-orang Iuar ke kawasan sekolah tanpa sebab tertentu kecuali urusan rasmi. Pelajar Iuar (termasuk bekas pelajar SMKTPI) atau orang Iuar tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua. Menganjurkan Iawatan atau sebarang kegiatan atas nama sekolah MESTI mendapat kebenaran Pengetua. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan alamat sekolah untuk surat menyurat peribadi. Surat-surat pelajar yang beralamat sekolah akan ditapis oleh Pengetua atau wakilnya untuk menentukan tiadanya unsur-unsur yang tidak sihat berlaku. Warga sekolah dilarang membuat atau menulis sebarang aduan dan kenyataan di akhbar mengenai hal-haI sekolah tanpa kebenaran Pengetua.

(d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k)

14. MEMBAWA KENDERAAN KE SEKOLAH


(a) (b) Pelajar-pelajar dilarang membawa masuk dan meletakkan sebarang kenderaan di kawasan sekolah pada bila-biIa masa. PeIajar-pelajar yang membawa kenderaan ke sekolah hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Mempunyai Iesen kenderaan dan Iesen memandu yang sah serta mematuhi semua peraturan lalu lintas semasa. Meletakkan kenderaan di Iuar kawasan sekolah. Sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya. Mengambil Iangkah-Iangkah wajar bagi menggelakkan kecurian dan kerosakan. Meninggalkan topi keledar di pondok pengawal keselamatan.

17 (vi) (c) (d) Melengkapkan borang makluman mengenai diri dengan kenderaan yang di bawa untuk simpanan sekolah.

Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan kenderaan pelajar. Keselamatan pelajar, guru dan kakitangan pelajar sekolah dalam kawasan sekolah adalah keutamaan pihak sekolah.

15. BUKU
15.1 Buku - buku SPBT Kerajaan
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Semua buku SPBT hendaklah disampul dan dijaga dengan baik, tulis nama, tingkatan dan tahun di ruangan yang ditetapkan. Buku-buku yang rosak, hilang mesti diganti dengan yang baru atau mengikut harga asal buku berkenaan. Dilarang meminjam / beri pinjam buku-buku SPBT kepada kawan-kawan. Buku-buku SPBT hendaklah dibawa ke sekolah mengikut jadual yang ditetapkan / berdasarkan arahan guru yang berkenaan. Dilarang meninggalkan buku-buku SPBT di dalam kelas dan sekolah. Memulangkan semula buku-buku SPBT dalam keadaan baik mengikut masa yang ditetapkan. Sekiranya pelajar gagal mematuhi parkara 15.1 (a) hingga 15.1 (g), tindakan tegas akan diambil seperti pelajar tidak diberi pinjaman pada tahun-tahun akan datang ATAU pinjaman semasa ditarik baIik dan menahan pengeluaran Surat Akuan dan Surat Berhenti Sekolah. Pelajar-pelajar yang melanggar peraturan penjagaan buku teks dan melakukan kesalahan disiplin SPBT akan dikenakan denda/bayaran. Berikut adalah kesalahan disiplin SPBT yang bolah dikenakan denda.
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 KOD K001 K002 K003 K004 K005 K006 K007 K008 KESALAHAN Tidak membalut buku teks Meninggalkan buku teks di merata-rata tempat Mengoyakkan buku teks Menconteng buku teks Tidak memulangkan buku teks Mengambil buku milik pelajar lain Menanggalkan bar kod buku Lewat memulangkan buku DENDA RM1.00 RM1.00 Ganti buku baru Ganti buku baru Ganti buku baru Ganti buku baru RM5.00 RM0.50/naskah

(h)

15.2 Buku-buku Sendiri dan Buku-buku tulis.


(a) Semua buku ini mestilah disampul.

18 (b) (c) (d) Dilarang menconteng/mengotorkan buku. Hanya buku tulis yang dicetak dengan Iambang sekolah boleh digunakan atau seperti yang telah ditetapkan oleh guru yang berkenaan. Sediakan jumlah buku tulis yang mencukupi dan mesti dibawa seperti yang ditetapkan.

15.3 Kerja rumah


Semua kerja rumah yang diberikan oleh guru dibuat dengan sempurna seperti yang dikehendaki.

16. BAYARAN PERSEKOLAHAN


(a) (b) (c) Setiap pelajar diwajibkan menjelaskan sumbangan PIBG dan bayaran- bayaran Iain dalam tempoh yang ditetapkan. Setiap pelajar dikehendaki memastikan menerima resit rasmi daripada guru kelas jika membuat sebarang bayaran. Pelajar-pelajar yang tidak melunaskan bayaran dan bayaran-bayaran Iain persekolahan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, maka sebarang surat perakuan, Sijil Berhenti dan Iain-Iain surat rasmi dari sekolah tidak akan dikeluarkan untuk mereka.

17. HARTA BENDA SEKOLAH


(a) (b) (c) (d) Setiap pelajar adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan . kesempurnaan harta benda sekolah. Pelajar dilarang dari menyalahgunakan harta benda dan kemudahan yang terdapat di sekolah ini. Perbuatan menconteng, mengotor atau merosakkan harta benda seperti papan kenyataan, dinding dan sebagainya adalah dilarang. Segala harta benda sekolah yang dirosakkan mesti dibayar ganti ruginya yang ditetapkan. Jika tiada didapati pelajar yang tertentu merosakkan, semua pelajar di kelas itu atau dalam kumpulan yang sama semasa kejadian itu berlaku dikehendaki sama-sama membayar ganti ruginya.

18. LARANGAN-LARANGAN KERAS


18.1 Rokok, Dadah dan Minuman Keras
(a) (b) Menghisap, menyimpan atau mengedar rokok atau dadah, minum-minuman keras, mencuri, berjudi di dalam dan di Iuar sekolah adalah dilarang. Membawa, mengguna, mengedar DADAH atau seumpamanya.

19

18.2 Perhubungan Asmara /Kahwin


(a) (b) (c) (d) (e) Membuat hubungan asmara dengan pelajar atau pihak Iuar dengan bersurat atau cara Iain adalah dilarang. Bertunang atau berkahwin. Disabitkan dengan zina dan Iiwat. Disabitkan dengan perlakuan seks Iuar biasa seperti lesbian/homoseksual. Mengandung, melahirkan anak.

18.3 Vandalisme
(a) Merosakkan harta benda sekolah (vandalisme).

18.4 Melawan Guru


(a) Melawan guru (kata-kata atau perbuatan).

18.5 Menyertai Kumpulan Haram


(a) Memeras ugut, terlibat dalam kumpulan haram (gangsterisme), mencetus permusuhan dan pergaduhan, bergaduh.

18.6 Kes Jenayah


(a) (b) Disabitkan dan dihukum dengan hukuman jenayah. Membawa senjata api, senjata tajam, bahan kimia atau apa-apa alat atau bahan yang boleh dikaitkan dengan ketiga-tiganya, yang mana boleh memudaratkan diri pembawa atau pelajar-pelajar Iain dan kakitangan atau harta benda mereka. Menceroboh/memasuki kawasan dan bangunan sekolah di Iuar hari persekolahan rasmi (siang/malam) kecuali ada guru yang di pertanggungjawabkan.

(c)

18.7 Lain-lain
(a) (b) (c) (d) Mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik. Pelajar dilarang membawa 'Iiquid paper, tisu dan 'marker pen' ke sekolah. Pelajar-pelajar dilarang meludah atau berkahak merata-rata tempat di sekolah Pelajar dilarang berada di kawasan hadapan pejabat sekolah, Bilik Pengetua dan Bilik Guru tanpa sebarang urusan.

19. BARANG-BARANG LARANGAN


Kesemua barang-barang di atas adalah dilarang sama sekali dibawa ke sekolah. Pihak sekolah akan mengambil tindakan merampas barang-barang Iarangan ini:

20 (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) Rokok, mancis, Iighter atau barang-barang yang sejenis dengannya. Sebarang minuman beralkohol Benda-benda yang tajam seperti sikat, pisau, gunting, besi dan Iain-Iain. Barang-barang perhiasan seperti rantai emas, cincin dan Iain-Iain. Sebarang jenis alat solek. Kaset, 'walkman', komik, majalah Iucah/hiburan, pita video, permainan video dan alat-aIat Iain yang tidak sesuai dengan budaya pelajar sekolah. 'Liquid paper', pen marker dan semua jenis cat. Mercun, bunga api dan bahan-bahan Iain yang boleh menjadi punca kebakaran. Sebarang bentuk perjudian dan jualan. Chewing gum', guIa - guIa dan junkfood'. Telefon bimbit, pager, elektronik (games) dan seumpamanya.

20. UJIAN DAN PEPERIKSAAN


(a) (b) (c) (d) Dilarang meniru atau memberi peluang ditiru. Mereka yang tersabit akan diberi markah '0 '. Sebarang penyelewengan dalam peperiksaan adalah dilarang. Jika tidak hadir semasa peperiksaan, walaupun bersebab, tidak akan dibenarkan mengambil kertas yang berkenaan pada masa Iain. Memalsukan markah/tandatangan dalam Kad Ujian Bulanan atau Buku Kemajuan sekolah adalah kesalahan berat.

21. PERATURAN WAKTU REHAT DAN PENGGUNAAN KANTIN


(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Pelajar dilarang berada di dalam kelas/di kaki lima kelas pada waktu rehat. Semua pelajar dikehendaki beratur dan mengikut arahan pengawas semasa membeli makanan/minuman di kantin. Selepas makan, semua pelajar dikehendaki meletakkan pinggan-mangkuk, botol/gelas minuman dan Iain-Iain ke dalam bekas yang disediakan. Pelajar-peiajar dilarang sama sekali membawa makanan yang dibeli dari kantin ke tempab-tempat Iain. Makanan yang haram/tidak halal di sisi Agama Islam dilarang dibawa masuk ke sekolah. Pelajar yang masih makan setelah waktu rehat tamat akan dikenakan tindakan. Bagi peIajar-peIajar yang mengambil sarapan pagi di kantin sekolah, dilarang membeli selepas Ioceng pertama berbunyi (selepas 7.15 pagi).

21 (h) (i) (j) (k) Pelajar-pelajar dilarang meminjam sudu dan garpu kantin sekiranya membawa bekalan sendiri. Pelajar-pelajar dilarang makan dalam kelas/bilik darjah. Pelajar-pelajar dilarang membeli makanan di kantin pada waktu-waktu belajar atau selepas waktu Pendidikan Jasmani, Amali Sains dan Iain-lain aktiviti. Pelajar-pelajar dilarang membeli makanan di Iuar sekolah dan membawa masuk atau menjualnya dalam kawasan sekolah.

22. KAWASAN-KAWASAN LARANGAN


Pada masa tertentu pelajar-pelajar adalah dilarang berkumpul atau berada di kawasan-kawasan berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m) Kantin sekolah kecuali waktu rehat/atas arahan guru. Belakang Makmal Sains dan sekitarnya. Di dalam kelas (waktu pagi sebelum loceng perhimpunan KECUALI yang bertugas) dan waktu rehat. Tempat telefon awam (melainkan ingin menelefon ibu bapa atas urusan sekolah atau pelajaran) dengan kebenaran guru / pengawas. Di dalam dewan atau sekeliling dewan peperiksaan. Tempat Ietak kereta / motosikal guru. Bilik Pengawas dan Surau kecuali menunaikan solat. Kawasan pertanian dan seni taman kecuali tempat-tempat yang dibenarkan. Kawasan belakang kantin dan sekitarnya. Bilik guru kecuali dengan pas kebenaran masuk. Tangga berhampiran pejabat sekolah (Blok A) Padang sekolah pada waktu rehat. Astaka di Padang Sekolah kecuali ada aktiviti bersama guru.

23. PEMERIKSAAN MENGEJUT ( SPOT CHECK )


(a) Guru disiplin dengan dibantu oleh guru bertugas dan pengawas-pengawas boleh menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas diri pelajar dan memeriksa beg-beg tanpa pengetahuan pelajar berkenaan. Segala barang yang dirampas daripada pelajar tidak akan dikembalikan kecuali telefon bimbit. TeIefon bimbit yang dirampas selepas 6 bulan dan hanya ibubapa sahaja yang boleh membuat tuntutan.

(b) (c)

22 (d) (e) Telefon bimbit yang dituntut dengan serta merta akan dikenakan demerit 360 poin. Telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa, dan surat amaran/tindakan disiplin akan dikeluarkan berdasarkan kesalahan berkumpul pelajar. Pemeriksaan mengejut akan dijalankan sekiranya berlaku kecurian, syak wasangka atau keadaan yang dirasai perlu oleh guru disiplin. Pihak sekolah berhak menolak permintaan untuk mengadakan pemeriksaan mengejut sekiranya kehilangan berlaku atas kecuaian pelajar.

(f) (g)

24. PROGRAM SISTEM PENALTI SISTEM MERIT DEMERIT


24.1 Pemberian mata merit
KOD PERKARA MATA MERIT 5 hingga 20 20 TINDAKAN

(A) TINGKAH LAKU BAIK A1 A2 Kerja-kerja amal dalam sekolah (mengikut budi bicara guru) Disiplin (Perubahan dan pengekalan tingkah laku positif dalam kelas) (B) PENGURUS KELAS B1 Markah kebersihan kelas melebihi 90 (setiap lima kali) Setiap kali kehadiran dalam aktiviti khas sekolah (contoh: Mesyuarat Agung PIBG, gotong-royong, dan lain-lain). 5 Guru kelas Guru berkenaan Guru kelas/ guru mata pelajaran / kaunselor

(C) AKTIVITI KHAS SEKOLAH C1 5 Guru kelas

24.2 Pemberian mata penalti/demerit


KOD S1 S2 S3 S4 KESALAHAN/PERLAKUAN Kesalahan ringan Kesalahan sederhana Kesalahan berat Kesalahan jenayah MATA PENALTI 40 120 360 500 TINDAKAN Guru disiplin / P.K. HEM Guru disiplin / P.K. HEM Guru disiplin / P.K. HEM Guru disiplin / P.K. HEM

23

(Kes polis diluar dan di dalam sekolah)