Tamadun merupakan satu pencapaian tinggi yang telah diperoleh dalam semua aspek kehidupan di mana status sosial manusia mulai berubah dari kehidupan serba mudah kepada satu organisasi masyarakat kompleks. Menurut bahasa Arab, tamadun bermaksud kehalusan budi dan sopan santun. Penulis Arab pertama, iaitu Ibn Khaldun pula menggunakan perkataan umran untuk menerangkan konsep tamadun. Menurut pandnagan beliau, umran di sini bermaksud tanah atau rumah yang didiami dalam negara yang berkembang. Tamadun juga didefinisikan sebagai suatu kehidupan unggul dan berpandukan sistem perundangan, agama, politik dan pentadbiran yang menjamin kemajuan dan keselamatan masyarakat. Ia merupakan satu peringkat pembangunan yang tinggi, di mana budaya manusia yang merangkumi sistem penulisan, undang-undang, kerajaan, pengkhususan kerja, agama dan pembinaan negara kota berkembang dari semasa ke semasa. Secara umumnya, tamadun mempunyai beberapa ciri asas. Ciri-ciri ini membentuk satu sistem manusia yang dianggap lengkap dan maju. Antaranya ialah kemajuan teknologi, sistem pemerintahan dan ekonomi yang teratur, urbanisasi, organisasi sosial yang tersusun, kepercayaan dan agama, budaya dan kesenian dan juga sistem tulisan dan bahasa. Objektif tamadun adalah untuk mancapai dan meningkatkan kehidupan manusia dalam pelbagai aspek serta dikaitkan dengan soal nilai dan etika yang tinggi. Objektif tamadun hanya tercapai sekiranya prinsip-prinsip tamadun dipelihara seiring dengan kemajuan yang dicapai. Para sarjana ilmu ketamadunan mengemukakan pengertian tamadun kepada empat aspek iaitu, aspek pertama tamadun adalah suatu tingkat pencapaian atau kemajuan hidup manusia dari cara hidup nomad kepada kehidupan hidupan kota atau Bandar, seterusnya tamadun dianggap sebagai proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan di dalam kehidupan, yang ketiga pula, tamadun diberikan makna kombinasi kepada kemajuan aspek pemikiran rohani dan jasmani atau material manusia dan aspek keempat, tamadun adalah keadaan kemajuan manusia yang diasaskan kepada ketinggian akhlak atau budi pekerti, tidak hanya setakat hidup di kota atau di Bandar atau mencapai kemajuan material.
Page | 1
1.1 Asal usul dan Latar Belakang Tamadun China Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi selain daripada Tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), India (Lembah Sungai Indus) dan Tamadun Yunani (Eropah). Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, integratif dan dinamik menyebabkanya menjadi lebih mampan walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain. Walaupun mengalami perubahan-perubahan dalam proses perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya. Berdasarkan penemuan arkeologi, kawasan penempatan terawal di China dipercayai terletak di kawasan gua di Chou-kou-tien, iaitu di selatan Peking. Selain itu, ahli-ahli arkeologi juga menemui manusia peking di tempat tersebut. Manusia peking mempunyai perkaitan rapat dengan Pithecanthropus di Jawa. Di China, tarikh awal kemunculan spesis ini dikatakan bermula kira-kira 700 000 tahun yang lampau, iaitu bermulanya Zaman Ais Batu Pertengahan. Manusia peking mempunyai keupayaan membuat dan menggunakan peralatan yang diperbuat daripada kayu, tulang dan batu. Mereka juga sudah pandai menggunakan api. Tinggalan tengkorak yang dijumpai di Anyang, dipercayai bertarikh 1000 sebelum masihi juga membuktikan wujudnya kumpulan manusia daripada pelbagai ras yang mendiami China. Mereka ialah masyarakat Mesolitik yang muncul di sekitar kawasan Canton. Penduduk-penduduk tersebut dikatakan mendiami kawasan sungai dan pantai. Kebanyakkan mereka adalah pelayar. Mereka turut menghasilkan tembikar yang mempunyai corak tali. Penggunaan tali menjelaskan bahawa mereka
menggunakan serat dan serabut untuk dijadikan kain, melalui teknik memukul. Serabut yang diperolehi daripada pokok akan dipukul sehingga lumat dan seterusnya dijadikan tali. Penemuan tersebut merupakan penciptaan manusia yang terpenting itu membawa kepada penciptaan kain. Penemuan tersebut juga asas kepada penghasilan pakaian daripada kulit binatang dan juga penghasilan kertas pada abad kemudiannya.
Page | 2
Menjelang tahun 5000 sebelum masihi, kegiatan pertanian telah dimulakan di bahagian utara China, iaitu di Dataran Tinggi Loes. Kegiatan pertanian tersebut berkembang ke seluruh China. Selepas perkembangan pertanian dimulakan, sistem beraja di negara China digantikan dengan pemerintahan bercorak dinasti. Dinasti pertama adalah Dinasti Hsia dan ia telah diasaskan oleh Raja Yu pada tahun 22051766 sebelum masihi. Pemerintahan dinasti telah diteruskan oleh pemerintahpemerintah seterusnya. Tamadun China sememangnya tamadun yang unik kerana ketahannanya sepanjang zaman. Walaubagaimanapun, Tamadun China boleh dikatogerikan kepada beberapa tahap, iaitu pembinaan, perkembangan dan kejatuhan. Sejarah China dapat dibahagikan kepada empat tahap lagi untuk meringkaskan sejarah China, iaitu, Zaman Pembinaan, Zaman Keagungan, Zaman Peralihan dan Zaman Moden.
5.2 Perkembangan Tamadun China Tamadun China mempunyai beberapa dinasti. Setiap dinasti memainkan peranan penting dalam pembentukan Tamadun China hari ini. Walaupun begitu banyak dinasti wujud di China, tetapi hanya beberapa dinasti sahaja yang penting dalam menyumbangkan paling banyak kemajuan pan perkembangan dalam Tamadun China. Berikut adalah jadual pembentukan Tamadun China mengikut kronologi: Jadual 2: Kronologi Tamadun China Tahun 2205 1766 sebelum masihi 1766 -1122 sebelum masihi 1122 -256 sebelum masihi 403 222 Zaman negeri-negeri berperang Zaman Perkembangan Dinasti Chou Dinasti Shang Dinasti yang memerintah Dinasti Xia (Hsia) Tahap Perkembangan
Page | 3
sebelum masihi 221 -206 sebelum masihi 206 sebelum masihi 24 masihi 25 - 220 220 - 280 266 317 318 420 420 589 581 618 618 907 907 960 960 1279 1122 1234 1279 1368 1368 1644 1644 1911 Dinasti Han Timur Zaman Tiga Negara ( The Three Kingdom) Dinasti Chin Barat Dinasti Chin Timur Dianasti Selatan Dinasti Sui Dinasti Tang Dinasti Lima dan Sepuluh Negara Dinasti Song (Sung) Dinasti Jin (Jurchen) Dinasti Yuan Dinasti Ming Dinasti Ching (Manchu) Zaman Moden Zaman Peralihan Zaman Keagungan Dinasti Han Barat Dinasti Chin
Perkembangan Tamadun China dimulakan dengan penubuhan Dinasti Hsia. Dinasti ini masih menjadi tanda tanya memandangkan belum lagi terdapat bukti-bukti konkrit arkeologi yang dapat membuktikan kewujudannya. Namun begitu, menurut satu puisi tradisional, dinasti ini telah dibina oleh Raja Yu, iaitu seorang pemerintah mistik dan penaung kepada pertanian yang dipercayai membantu mengelakkan banjir dan menjaga kadar air di Sungai Kuning. Seterusnya, Dinasti Shang telah menggantikan Dinasti Hsia. Dinasti Shang memainkan peranan penting dalam menyumbangkan sistem tulisan yang sistematik. Rekod-rekod bertulis juga telah wujud pada zaman ini oleh kerana kewujudan huruf
Page | 4
Jiagu yang merupakan asal usul huruf Hanzi. Pada zaman ini, terdapat 3000 simbol tulisan yang telah digunakan. Pada zaman Dinasti Chou pula, berlakunya peperangan negeri-negeri disebabkan disintegrasi antara kawasan feudal. Pembesar yang paling ganas dan gagah akan menjadi pemimpin. Pada saman ini juga, ramai ahli falsafah China seperti konfusius, taoisme, legalisme dan The Hundred Schools of Thought muncul. Peperangan yang berlaku menyebabkan rakyat mengambil berat tentang isu-isu realistik seperti politik dan isu-isu sosial rakyat. Rakyat juga berusaha untuk mencari nilai hidup yang menuju ke arah zaman baru. Peperangan terhenti apabila munculnya Dinasti Chin. Antara sumbangan yang diberika oleh Dinasti Chou adalah, amalan sistem berkeluarga, humanisme dan juga sistem peperiksaan. Tidak lama selepas itu, Maharaja Chin Shih Huang Ti muncul dan beliau telah membahagikan empayar negara China kepada 40 buah wilayah. Pada zaman pemerintahannya, China telah disatukan dari segi rangkaian pengangkutan, unit mata wang, unit ukuran, huruf, militari dan perluasan empayar serta menjalankan dasar tegas kepada soal bahasa, ekonomi, falsafah dan juga pentadbiran. Pemerintahannya berdasarkan aliran legalis. Pada zaman pemerintahan Maharaja Chin ini juga, tembok besar China telah dibina. Beliau merupakan seorang pemerintah yang sangat keras. Selepas kematiannya, beberapa pemberontakan telah berlaku dan empayar China juga turut musnah disebabkan Liu Pang. Pemerintahan di China telah diteruskan oleh Liu Pang yang merupakan pengasas Dinasti Han yang menggunakan gelaran Han Kao Ti. Pencapaian agung dinasti ini adalahdalam bidang pentadbiran, iaitu pengamalan sistem berpusat. Penasihat-penasihat kerajaan pula adalah merupakan sarjana konfusian. Falsafah negara pula telah ditetapkan untuk mengunakan falsafah Konfusian. Empayar China telah dibesarkan lagi sehingga ke Yunnan dan Kweichow. Kematian Wu Ti telah diganti dengan Wang Mang yang telah membahagikan tanah kepada rakyat supaya setiap keluarga memiliki tanah. Akan tetapi, beliau mengisytiharkan pemilik terakhir tanahtanah tersebut adalah kerajaan China. Oleh itu, tanah tidak dibenarkan untuk dijual beli
Page | 5
dan sistem pernghambaan adalah diharamkan. Namun begitu, Dinasti Han hancur apabila berlaku pemberontakan dalaman. Pada zaman Dinasti Sui, empayar disatukan semula. Tetapi, ketidakstabilan dalam sistem pemerintahan berlaku apabila Maharaja Sui menjalankan penindasan terhadap rakyat. Seterusnya, Dinasti tersebut diganti dengan Dinasti Tang yang mempraktikkan pendidikan dalam pemerintahannya serta menjalankan dasar diplomasi. Pencapaian Dinasti ini adalah sama dengan Dinasti Han. Pada zaman peralihan, pencerobohan dari orang-orang gasar telah berlaku. Akan tetapi, dinasti asing ini amat unik kerana mereka mengamalkan dan mengekalkan unsur-unsur kecinaan dalam sistem pentadbiran. Namun begitu, orang Cina kembali berkuasa apabila berlakunya pemberontakan petani di bawah pimpinan seorang patani dan bekas Buddha. Namun, akibat daripada kelalaian dan sikap yang tidak menjalankan interaksi positif, akhirnya Tamadun China menghadapi ancaman daripada kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19. Pada Zaman Moden, iaitu pertengahan abad 19, China menghadapi ancaman kuasa Barat yang bermula pada Zaman Dinasti Ming. Dinasti Ming mewujudkan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa Barat, iaitu dengan Portugis. Portugus datang ke China, Canton pada 1514 dan 1517. Kemudian kedatangan mubaligh Kristian yang pula diikuti kuasa Sepanyol pada 1575. Percubaan Belanda untuk mengadakan hubungan diplomasi dengan China gagal pada 1604 dan 1607 kerana hasutan Portugis. Dinasti Manchu pula meneruskan dasar-dasar perdagangan dengan Barat. Hal ini menyebabkan hubungan menjadi tegang kerana dasar-dasar sekatan yang dikenakan kepada Barat hingga tercetusnya PERANG CANDU. Perang Candu merupakan perang terbuka antara Inggeris dengan China yang berpunca dari masalah hubungan diplomatik yang tegang mengenai isu perdagangan bebas dan penentangan terhadap dasar perdagangan yang ketat termasuk candu. Kesan perang adalah China kalah kepada barat. Barat mengambil kesempatan membuka negara China kepada perdagangan luar. Ini juga menggambarkan kemerosotan ketenteraan Manchu, sekali gus menaikkan semangat orang China hendak menggulingkan Dinasti Manchu. Nilai-nilai barat mengambil tempat
Page | 6
menggantikan banyak unsur-unsur tradisi China termasuk budaya kuno China. Selain itu, munculnya golongan intelektual China yang menggunakan pelbagai pendekatan falsafah barat.Misalnya munculnya fahaman demokrasi dan komunisme
5.3 Sistem organisasi Tamadun China Berikut merupakan susun lapis masyarakat di China:
dijalankan oleh wakil-wakilnya atas nama baginda, biasanya golongan aristokrat atau bangsawan dalam masyarakat China. Golongan Aristokrat pula merupakan pembantu utama raja. Mereka mempunyai pengaruh yang amat besar dalam sistem politik dan sosial masyarakat China. Pada zaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk alatalat ritual dan senjata. Sesuai dengan tarafnya, golongan ini membina rumah kediaman berhampiran rumah ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan. Pada zaman Dinasti Chao golongan ini amat berpengaruh. Mereka mempunyai banyak pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan pada masa itu. Golongan yang diperintah pula merupakan rakyat biasa yang terdiri daripada golongan cerdik pandai. Dari segi pekerjaan masyarakat China dapat dibahagikan kepada empat kelas. Kelas yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku. Sesuai dengan kecerdikkan mereka, golongan inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di China seperti confuciunisme, taoisme, legalisme, moisme, dan monciusme. Golongan yang seterusnya pula terpenting dalam masyarakat China. Mereka menjadikan sistem organisasi untuk menjadi agak unik. Mereka ialah petani. Mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan manusia. Kelas seterusnya ialah golongan artis atau tukang-tukang yang mahir yang bertanggungjawab menghasilkan monument-monumen tertentu. Akhir sekali, golongan kelas terbawah masyarakat China ini ialah golongan pedagang kerana mereka dianggap penipu serta mengaut keuntungan daripada rakyat. Tidak seperti kawasan lain, di China, mereka tidak dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain pedagang dipandang, golongan yang dipandang rendah oleh masyarakat China ialah pelakon, pelacur serta hamba yang tidak mempunyai tempat di sisi masyarakat. Kumpulan ini lebih hina kedudukannya.
Page | 8
Dari aspek kekeluargaan pula, golongan pembesar dan kerabat diraja tidak dibenarkan berkahwin lebih dari seorang perempuan. Golongan wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki, dan hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri.
5.4 Sistem agama Tamadun China Pada zaman Dinasti Shang, masyarakat mengamalkan pemujaan alam semulajadi seperti angin, bumi dan syurga. Selain itu, pemujaan roh nenek moyang dan dewa-dewi turut diamalkan. Penyembahan alam semulajadi dan nenek moyang juga dilakukan pada zaman Chou. Upacara pengorbanan binatang juga turut diamalkan. Perkembangan dalam kerohanian menyebabkan mereka mula menyembah Tuhan yang dipanggil Tien atau syurga serta menganggap raja sebagai anak Tuha n (Son of Heaven) yang mendapat mandat memerintah. Pada zaman Han, amalan penyembahan tokoh-tokoh agung diperkenalkan oleh Hu Ti. Beliau mengarahakan supaya tokong dibina untuk ibu bapanya, iaitu Han Kao Tsu di seluruh negara. Pada zaman Han dan Tang juga, perkembangan kerohanian Tamadun Cina diteruskan dengan agama Budhha yang dibawa dari India. Perkembangan agama Budhha di China adalah disebabkan oleh pertembungan interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun India. Ianya berlaku semasa pemerintahan Dinasti Han timur. Maharaja Han Ming Ti dikatakan mendapat mimpi tentang agama tersebut. Pada masa itu, hanya beberapa orang kerabat diraja sahaja yang menganuti agama tersebut kerana proses perkembangannya terlalu lambat. Akan tetapi, pada zaman Dinasti Wei Utara, agama tersebut mendapat sambutan. Antara kepercayaan dan agama yang lain yang diamalkan oleh masyarakat Cina adalah, Confuciousm. Kepercayaan ini telah diasaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 S.M. Agama ini juga merupakan pengajaran falsafah untuk
mempertingkatkan moral dan etika manusia. Ajarannnya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang.
Page | 9
Kepercayaan seterusanya adalah Taoisme/Daoisme. Kepercayaan ini telah dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya the way and virtue. Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawabmereka untuk mengembalikan keharmonian. Ia juga turut mendukung aspek dualisme iaitu menekankan keserasian melalui konsep yin dan yang.
Seterusnya adalah Legalisme. Kepercayaan ini telah dihasilkan oleh HsunTzu. Ajarannya tidak menekankan moral, tetapi ianya merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang pragmatic. Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undang-undang yang ketat. Menurut kepercayaan ini juga, emosi dan keinginan manusia mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh diatasi dengan pendidikan.
MoTzu adalah merupakan kepercayaan orang Cina juga. Kepercayaan ini dilahirkan oleh MoTzu pada akhir Dinasti Chou. Ia menekankan universal love dan persamaan taraf. Menurut kepercayaan ini, sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan. Selain itu, mereka juga percaya dan dituntut untuk menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan tradisi.
Humanisme
pula
merupakan
asas
falsafah
China
dan
mementingkan
soal
kemanusiaan. Ianya nenekankan sifat kasih sayang dan hormat menghormati. Kepercayaan Dan agama orang Cina pula lebih penyembahan nenek moyang, Buddhisme, agama Nichiren Shoshu, agama pembangunan akhlak, agama Islam, Kristian dan Ateisme.
5.5 Perkembangan sosial Tamadun China Perkembangan sosial tamadun China dapat dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu dari segi pendidikan, falsafah, sains dan teknologi, seni bina dan bahasa dan kesusateraan. Terdapat tiga peringkat pendidikan di China, iaitu, pendidikan rendah yang tertumpu kepada mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buku suci
Page | 10
tanpa memahami maknanya. Peringkat kedua pula adalah pendidikan menengah yang tertumpu kepada karangan dan sastera. Peringkat ketiga pula ialah pendidikan tinggi, iaitu lebih kepada penterjemahan buku suci. Pada peringkat keriga, pendidikan terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran dan juga menduduki peperiksaan awam. Peperiksaan awam pula mempunyai tiga tahap iaitu tahap pertama, Hsui Tai yang dijalankan di daerah dan ianya setaraf dengan ijazah pertamaserta diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun. Tahap Kedua pula, Chun-Jen yang dijalankan di ibu kota. Tahap ini setaraf dengan sarjana dan ia juga diadakan tiga tahun sekali. Seterusnya, tahap Ketiga, Chin Shih dijalankan di istana, dihadapan maharaja. Ianya setaraf dengan doktor falsafah serta diadakan tiga tahun sekali. Dari segi falsafah pula, Tamadun China lebih mementingkan hubungan manusia sesame manusia. Contohnya, Kung-fu Tze yang merupakan pengasas falsafah Confucianisme menekankan perikemanusiaan dan maruah diri serta mengutamakan kesopanan dan kesusilaan di samping menggalakkan hubungan baik sesama manusia. Lao Tze pula, iaitu pengasa falsafah Taoisme, menegaskan konsep keperluan menjaga keharmonian antara manusia dengan alam dan masyarakat. Mo Tzu pula memikirkan cara hendak melahirkan masyrakat dan politik yang baik. Beliau berpendapat manusia berakhlak baik tetapi boleh menjadi sebaliknya kerana dipengaruhi oleh alam sekitar. Bagi Legalisme pula, mereka percaya bahawa hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat Dari segi sains dan teknologi, masyarakat China menganggap astronomi sebagai ilmu sains negara. Di samping itu, perubatan tradisional China mengekalkan konsep keseimbangan antara dua kuasa iaitu Yin (kuasa aktif) dan Yang (kuasa pasif). Ilmu kemahiran mencipta perahu juga semakin meningkat. Bukan itu sahaja, dari segi seni bina, tembok besar telah dibina atas arahan Maharaja Shih Huang Ti adalah untuk kegunaan keselamatan Negara semasa peperangan. Tembok besar tersebut juga memainkan perana sebagai sempadan Negara itu mempunyai kepanjangan sebanyak 1500 batu dari Kansu ke Peking. Dari segi perkembangan bahasa dan kesusateraan pula, salah sorang tokoh iaitu, Su-Ma Chien telah menulis karya bertajuk Shih-Chi yang menceritakan sosial,
Page | 11
sejarah kerajaan, pemimpin dan beberapa aspek ilmu pengetahuan. Tu-Fu, Li Po dan Po Chu I pula merupakan tokoh penting dalam bidang puisi. Terdapat tujuh dialek utama di China iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis dan Fukien.
5.6 Perkembangan budaya Tamadun China Kebudayaan Yangshao merupakan antara kebudayaan yang terawal wujud di China. Yangshao yang berdasarkan nama tinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini yang terletak di Yangshao di provinsi Shaanxi. Tapak terawal petempatan Yangshao yang dibangunkan sepenuhnya itu pula mula muncul pada milenium ke-5SM di Banbo, Xi'an di provinsi Shaanxi. Tapak- tapak tradisi kebudayaan Yangshao ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River) dan ini menunjukkan kawasan terletaknya pusat peradaban Cina. Di kawasan ini, selama berkurun-kurun lamanya tanah pasir halus yang dimendapkan oleh angin telah menjadi tanah loes yang subur, lembap serta mudah untuk dikerjakan terutama dalam bidang pertanian. Keadaan bentuk geografi ini telah mendorong dan menggalakkan pembangunan petempatan manusia dan kegiatan pertanian. Berdasarkan tinggalan arkeologi, didapati bahawa orang Yangshao menetap di perkampungan kecil dengan kegiatan bertani, memelihara babi, membuat tembikar berlukisan dan menanam mayat si mati dalam tanah perkuburan yang khas. Makanan asasi atau ruji orang Yangshao ialah bijirin (milet) dan ia kekal diet asas rakyat biasa di bahagian utara negara China. Satu lagi unsur tradisi dan kesinambungan ialah peranan orang Cina dalam bidang penternakan binatang seperti babi (dan kemudiannya ayam) sebagai diet tambahan. Asas teknologi pertanian yang diubahsuaikan secara turuntemurun ini, juga menyumbang terhadap asas pertumbuhan ekonomi dalam tamadun Cina. Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu kira-kira 6 milenium sebelum masihi, kebudayaan atau tamadun Yangshao ini telah berkembang serta terbentang di
Page | 12
bahagian-bahagian tengah dan utara negara China, dan kemudiannya diganti secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan. Kebudayaan Longshan pula muncul sejak pertengahan kurun ke-2 sebelum masihi dan Zaman Gangsa Awal lewat milenium ke-2sebelum masihi atau awal milenium pertama sebelum masihi merupakan kebudayaan yang lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao. Tamadun Longshan diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan, di provinsi Shandung. Manakala pusat-pusat penting peradaban Zaman Gangsa terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui, di provinsi Sichuan. Berbanding tembikar bertanda tali pintal (cord-marked) dan yang berlukisan, tembikar Longshan (terutamanya tembikar hitam) bergantung kepada gaya dan bentuk sebagai daya penarik estetiknya dan jarang dijumpai lukisan hiasan seperti yang ada pada bekas-bekas Yangshao. Kualiti tembikar Longshan yang lebih tinggi mutunya menunjukkan penggunaan mesin peroda tembikar dalam pengeluarannya. Ciri-ciri peradaban pertanian Longshan termasuk penanaman bijirin dengan menggunakan penyodok dan sabit. Dalam Zaman Gangsa pula, gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja dinasti Shang (1766SM-1122SM) dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting di negara ini. Logam gangsa dihubung kait dengan bekasbekas ritus atau untuk upacara keagamaan selain digunakan untuk membuat loceng dan senjata. Penggunaan gangsa tersebar meluas di kalangan kaum bangsawan yang lebih rendah taraf statusnya di sepanjang tempoh dinasti Zhou (kk 1123-221SM). Artifak-artifak halus termasuk lampu dan patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat daripada gangsa secara berterusan sepanjang era empayar tersebut. Namun begitu, pembangunan teknologi besi sejak lebih kurang 500SM telah mengehadkan perkembangan kegunaan gangsa untuk tujuan umum.
Dinasti Shang memperlihatkan dengan ketara mengenai satu fasa pembangunan yang baru iaitu kemunculan peradaban melalui kelahiran ciri-ciri bertamadun antaranya pembentukan negara-kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan
Page | 13
pekerjaan dan organisasi masyarakat yang lebih kompleks. Peradaban Shang berpusat di bahagian utara He'nan, yang ditemui dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang yang memberikan maklumat sejarah mengenai dinasti dan tamadun ini. Namun begitu, tarikh tepat peradaban Shang dan dinasti Shang masih tidak dapat ditetapkan. Walaupun tahun 1766SM-1122SM adalah tarikh yang diterima secara tradisi, namun terdapat bukti- bukti yang menyokong pendapat bahawa dinasti Shang bermula kira-kira 1600SM dan berakhir pada tahun 1027 SM. Selain penemuan inskripsi di atas tulang oracle dan kulit kura-kura (tortoise shells) dan bekas-bekas yang diperbuat dengan gangsa rata yang ditarik oleh kuda, tembok-tembok mengelilingi ibu kota-ibu kota dinasti Shang, hasil penemuan arkeologi ini memperlihatkan perbezaan-perbezaan utama antara peradaban Shang dengan peradaban-peradaban Neolitik sebelumnya.
5.7 Pengaruh Islam di China Menurut satu sumber dari China, Maharaja Tang II telah menghantar utusan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk menghantar pendakwah ke negara tersebut. Tiga orang pendakwah telah dihantar ke China, akan tetapi hanya seorang sahaja yang selamat sampai di negara China. Kedatangan pendahwah tersebut disambut dengan baik oleh China. Sebuah masjid telah didirikan untuknya dan dari situlah agama Islam tersebar di China (Jameel Abdullah, Present Islamic World). Semasa zaman Khhulafa al-Rasyhdin yang ketiga, iaitu Uthman bin Affan, Saad bin Waqqas telah dihantar melawat China pada tahun 651 (29 Hijrah) untuk menyampaikan dakwah ke negara China. Hasilnya, Maharaja China telah mengarahkan pembinaan masjid di Canton atau yang dikenali sebagai Guangzhou pada masa ini. Sesetengah pendakwah pula menyebarkan Islam melalui laut bersama pedagang di bandar-bandar seperti Shanghai, Guangzhou dan sebagainya. Pada tahun 714 Masihi, penaklukan ke atas Bandar Kashgar yang terletak di ibu kota Turkistan yang dipimpin oleh Qutaibah bin Muslim. Penaklukan ini berlaku untuk menyeru Maharaja China untuk memeluk Islam. Pada tahun 757 Masihi pula, Jeneral
Page | 14
Lien hen memberontak dan menentang Maharaja Su Tsung. Pada masa itu, seramai 4000 tentera dihantar masuk untuk menjayakan misi tersebut. Akan tetapi, rata-rata tentera yang terlibat dengan misi tersebut terus tinggal di China dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Hal ini telah memperkembangkan lagi agama Islam di China. Mengikut sumber, Islam pernah mencapai zaman kegemilangannya ketika
pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Namun begitu, ia merosot pada zaman Dinasti Manchu. Penduduk yang beragama Islam boleh didapati di mana-mana bahagian di China terutama sekali di Xinjiang, Hui Ningxia, Yunnam, Shaanxi, Gansu, Hebei, Hona, Shandong, Sichuan dan juga Shanxi (Brian, 1996). Pada tahun 1992, serami 28 juta orang penduduk China dikenal pasti beragam Islam.
Page | 15
Rumusan dan Penutup: Akhir kalam, Tamadun China sememangnya merupakan salah satu tamadun yang dapat bertahan lama walaupun masa kian berlalu. Hari demi hari, semakin banyak sumbangan yang disumbangkan oleh tamadun ini kepada dunia, terutamanya kepada masyarakat di Asia. Contohnya, dari segi kesenian dan kesusateraan, Tamadun China telah membuktikan kewujudan novel-novel, puisi, sajak syair dan cerita pendek yang berunsurkan kemasyarakatan, politik, tradisi dan ideologi orang Cina. Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik serta kaya dengan penciptaan dan penemuan sains. Ia banyak memberi sumbangan sains dan teknologi dunia. Hasil interaksi antara tamadun dan sikap keterbukaa terhadap tamadun lain membawa keagungan kepada tamadun China. Tamadun China tidak hanya menekankan aspek ekonomi semata-mata tetapi juga pembinaan masyarakat beretika dan pemeliharaan alam sekitar seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara lain. Relevensinya dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, politik, sosial dan etika, pendidikan dan institusi kekeluargaan. Maka sewajarnya kita menuntut ilmu sampai ke negeri China seperti yang dikatakan oleh pepatah Melayu.
Page | 16