Anda di halaman 1dari 17

PENGHARGAAN Assalamualaikum Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan saya

yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani. Tugasan ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada profoma yang telah ditetapkan. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek tugasan iaitu Tuan Syed Idrus Bin Syed Mudayah kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua guru pelatih. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang tugasan ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan dan semangat bagi melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasab masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan ini amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.

Safwan Nudin B Sahidin 880221-08-5457


1

1. Pengenalan

1.1 Definisi Kekuatan

Kekuatan otot adalah jumlah daya yang dihasilkan oleh otot atau kumpulan otot untuk mengatasi rintangan. Menilai kekuatan otot dengan menentukan maksimum salah satu pengulangan atau 1RM one repetition max dengan latihanlatihan seperti naik tutun bangku bangku atau squats. 1RM merupakan jumlah maksimum berat badan anda boleh mengangkat satu-satu masa, tanpa bantuan, menggunakan bentuk yang sepatutnya ( NSCA, 2000 ).

Kekuatan adalah mustahak dalam persembahan tahap tertinggi dalam kebanyakan sukan dan meskipun ia tidak sama tahapnya, ia juga mustahak untuk kesihatan yang bagus. Otot yang kuat menolong, melindungi sendi, membuat ia kurang mengalami masalah tergeliat, ketegangan dan kecederaan yang lain.

Kekuatan otot dan daya tahan otot merupakan dua komponen kecergasan yang berbeza dan latihan diperlukan bagi membantu mengekalkan badan yang cergas dan sihat. Walaupun latihan kekuatan dan latihan daya tahan otot sama namun mereka merangsang otot dengan cara yang berbeza, sekali gus menghasilkan penyesuaian yang berbeza. Daya tahan kekuatan adalah satu bentuk khusus kekuatan yang diperlukan untuk aktiviti tempoh panjang, seperti mendayung atau berenang, yang memerlukan kedua-dua kekuatan dan ketahanan. Kedua-dua komponen kecergasan kekuatan otot dan latihan ketahanan dalam latihan anda adalah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan kecergasan secara keseluruhan

1.2 Aktiviti Fizikal yang melibatkan Faktor Kekuatan Faktor kekuatan amat penting dalam kebanyakan sukan berprestij tinggi. Penglibatan faktor kekuatan lebih jelas kelihatan dari segi anatomi dan fisiologi atlet. Penggunaan otot dalam kebanyakkan sukan berprestij tinggi memerlukan kekuatan yang tinggi bagi menghasilkan satu daya yang kuat ke atas rintangan yang dihadapi. Kekuatan otot juga saling berkaitan dengan ketahanan atau daya tahan otot yang membolehkan otot bekerja dalam satu jangka masa yang panjang.

Kekuatan juga penting bagi membolehkan seseorang atlit itu menguasai permainan dengan kemahiran-kemahiran yang dikuasai seperti pukulan dan tendangan. Pemain yang mempunya kekuatan otot yang tinggi akan dapat menghasilkan pukulan atau tendangan yang kuat bagi membolehkan mereka mendapatkan mata atau menepati sasaran mengikut keperluan sukan masingmasing.

Sebagai contoh, seorang pemain badminton yang mempunyai otot-otot tangan yang kuat dapat menghasilkan pukulan smash yang laju untuk mendapatkan mata. Atlit yang bagus akan membina otot yang kuat melalui latihan kekuatan yang dirangka berdasarkan keperluan atlit tersebut. Selain itu faktor kekuatan juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Individu yang mempunyai kekuatan otot yang tinggi dapat bekerja lebih baik dan menghasilkan kerja yang berkualiti.

Dalam skop pendidikan, murid perlu membina kekuatan otot bagi membina badan dan minda yang cergas. Mata pelajaran pendidikan jasmani penting bagi membolehkan murid-murid diterapkan dengan pelbagai aktiviti fizikal yang membolehkan murid-murid lebih aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Keseimbangan dalam akademik dan kokurikulum penting dalam membangunkan modal insan kelas pertama.

1.3 Faktor Kecergasan lain yang mempengaruhi kekuatan

Kekuatan sememangnya wujud sebagai salah satu faktor kecergasan fizikal yang berlandaskan kesihatan. Namun ianya bukan salah satu faktor yang tersendiri secara menyeluruh. Kekuatan juga berhubung kait dengan faktor-faktor kecergasan yang lain yang dapat memberi kesan kepada individu secara mendalam.

Abernethy, P., Wilson, G., & Logan, P. (1995) berpendapat bahawa kekuatan mempengaruhi kuasa iaitu keupayaan memindahkan tenaga secara eksplosif. Kekuatan otot yang tinggi dapat menghasilkan tenaga yang besar bagi melakukan sesuatu aktiviti fizikal. Mereka juga percaya bahawa kekuatan dan kuasa boleh untuk mengenal pasti individu-individu berbakat yang mungkin sesuai untuk aktivitiaktiviti tertentu sukan.

David M. Buchner, Eric B.Larson, Edward H.Wagner, Thomas D. Koepsell dan Barbara J.De Lateur ( 1996 ) dalam buku age and ageing mengatakan bahawa kekuatan otot berhubung kait dengan kelajuan. Apabila usia semakin meningkat kekuatan otot semakin menurun dan ianya menyebabkan keupayaan untuk melakukan pergerakan semakin sukar untuk suatu jangka masa yang singkat.

Kemampuan otot untuk bekerja dalam satu jangka masa yang panjang juga mempunyai hubungan dengan kekuatan otot. Daya yang dihasilkan untuk mengatasi rintangan boleh digunakan dalam sesuatu jangka masa jika daya tahan otot tinggi dan intensiti kerja adalah ringan dan sederhana.

1.4 Ujian Pengukuran dan Penilaian Kekuatan

Ujian pengukuran dan penilaian kekuatan melibatkan keupayaan otot melakukan kerja atau menghasilkan daya untuk mengatasi rintangan. Seseorang individu dikatakan mempunyai kekuatan yang tinggi sekiranya mampu menghasilkan daya yang tinggi berdasarkan rintangan yang dihadapi. Ujian kekuatan selalunya melibatkan daya tahan otot untuk mengatasi rintangan yang ada seperti bebanan.

Ujian yang biasa dilakukan untuk menguji kekuatan otot adalah ujian bangkit tubi pelbagai tahap, ujian dynamometer, ujian kekuatan abdomen, gantung bengkok siku, ujian bebanan dan pelbagai lagi ujian mengikut otot yang mahu diuji.

2.0 Sejarah Perkembangan Ujian Kekuatan

Latihan kekuatan, atau berat, telah wujud sejak zaman Yunani kuno. Hippocrates memberi rujukan pertama yang diketahui kepadanya apabila dia berkata "yang digunakan membangun, dan yang tidak sisa dari." Ia adalah dalam tempoh masa ini bahawa Games Olimpik pertama telah diadakan dan salah satu acara angkat berat. Dalam tempoh ini di China, askar bakal diperlukan untuk lulus ujian kekuatan sebelum dibenarkan untuk menyertai tentera. Terdapat menyebut latihan berat dalam budaya orang India dari tempoh masa itu juga. Nampaknya bahawa latihan kekuatan pada masa ini adalah dilakukan hanya melalui angkat berat, satu kaedah kita masih digunakan walaupun tidak lagi semata-mata.

Dalam abad ke-6 populariti latihan berat badan meningkat. Atlet akan bersaing dalam pertandingan mengangkat batu. Ia adalah pada masa ini bahawa idea rintangan progresif wujud. Dibangunkan oleh Milo-Crotona, ia berkata, beliau membawa anak lembu di atas bahu mereka setiap hari sehingga ia penuh berkembang. Sebuah buku oleh Galen, salah satu daripada pakar perubatan purba, menyebut latihan berat. Latihan latihan kekuatan, atau berat, mula ditulis oleh penyair Rom, menyebabkan orang-orang Rom membangunkan program latihan berat badan formal. Ia adalah program yang membantu membangunkan salah satu tentera yang paling digeruni dan dihormati dalam sejarah.

Apabila kertas dicipta dan percetakan dilakukan, buku-buku latihan untuk membina kekuatan yang telah ditulis dan diterbitkan. Latihan kekuatan menjadi sebahagian daripada kurikulum di universiti-universiti Eropah di 1544. Sebagai latihan kekuatan menjadi lebih mengkaji, latihan berat menjadi penting dalam bidang pemulihan fizikal. Risalah mengenai manfaat senaman otot untuk mengembalikan kuasa kepada tubuh telah diterbitkan pada tahun 1728. Pada tahun 1828, Tentera British mula menggunakan kekuatan latihan yang dirasmikan program yang termasuk penggunaan dumbbells dan barbells.

Seperti yang kita melangkah ke abad ke-20 banyak idea-idea baru telah dibawa masuk ke dalam latihan kekuatan. Ia adalah pada tahun 1930-an bahawa Charles Atlas memperkenalkan "Dynamic Tension". Ini adalah latihan yang pit otot yang
6

bekerja sesama sendiri. Pada 1960-an peralatan senaman mula dijumpai di gimnasium latihan kekuatan. Mesin telah bertambah baik sejak beberapa tahun yang lalu dan semakin banyak kerja dan penambahbaikan telah dimasukkan ke dalam mencipta mesin latihan kekuatan yang sempurna sebagai latihan kekuatan menjadi lebih dan lebih popular. Peralatan terus berubah dan diperbaiki, latihan kekuatan yang mungkin akan menjadi tulang belakang bagi orang-orang yang berharap untuk kekal cergas.

3.0 Kajian-Kajian berkaitan

Secara umumnya ujian kekuatan biasanya menjadi item dalam bateri ujian pengukuran motor dan kecergasan fizikal secara menyeluruh. Oleh itu, adalah

sukar untuk mencari kajian-kajian lampau yang khusus berkaitan dengan pengukuran dan penilaian kekuatan itu sendiri sahaja.

Namun begitu terdapat juga kajian-kajian yang membincangkan kekuatan otot dengan latihan-latihan seperti latihan bebanan dan latihan litar. Mohd Nasir Lajewah, Mohad Anizu Mohd Nor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia ( 2008 ) telah membuat kajian tentang keberkesanan latihan bebanan yang dijalankan terhadap kekuatan otot. Kajian yang dibuat menggunakan empat sampel yang terdiri daripada atlit renang Johor yang berumur 21 tahun. Latihan bebanan dijalan selama empat minggu dengan kekerapan empat kali seminggu untuk melihat keberkesanan latihan ke atas kekuatan otot.

Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa ujian pliometrik memberi kesan kepada kekuatan eksplosif yang dihasilkan dan ujian bebanan adalah untuk meningkat saiz otot badan, Rohana Ismal, Universiti Teknologi Malaysia ( 2008 ). Kajian yang dijalankan adalah untuk otot bahagian atas badan di mana ujian pliometrik dan ujian bebanan dijadikan sebagai medium untuk membuktikan keberkesanan ujian ke atas kekuatan otot. Peningkatan kekuatan otot ditunjukkan oleh sampel kajian yang terdiri daripada pemain hoki sukma Johor. Oleh itu ujian yang dijalankan memberikan faedah kepada pemain dan membuktikan keberkesan ujian terhadap kekuatan yang dikaji.

4.0 Limitasi Ujian Kekuatan

Dalam menjalankan ujian ketangkasan, terdapat limitasi yang mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan dapatan ujian yang dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut :

4.1 Ujian yang dijalankan adalah berdasar kekuatan otot yang mahu diuji. Ianya perlu dirancang berdasarkan keperluan yang diperlukan dalam sesuatu sukan. Contoh: Badminton memperlukan kekuatan tangan bagi menghasilkan pukulan yang deras.

4.2 Pencapaian subjek dipengaruhi oleh keupayaan diri dan ujian yang dilakukan perlu selaras dengan kekuatan yang ada pada individu tersebut. Intensiti latihan boleh ditambah selepas ujian kerap dilakukan. Ianya bergantung kepada keberkesanan ujian terhadap subjek atau individu.

4.3 Norma ujian yang sedia ada mungkin tidak sesuai dengan murid-murid di sekolah dan tidak sesuai dengan masyarakat tempatan.

4.4 Skor ujian juga bergantung kepada tahap kesihatan dan kecergasan murid-murid ataupub individu. Kecederaan boleh menyebabkan skor ujian susut.

4.5 Motivasi dan dorongan rakan-rakan mempengaruhi dapatan ujian tetapi situasi ini tidak terdapat pada semua murid-murid.

5.0 Kegunaan Ujian Kekuatan

Ujian kekuatan boleh dijadikan garis panduan untuk menguji kekuatan murid mahupun individu. Ujian kekuatan yang dilakukan juga boleh dijadi penanda ukur bagi mengenal pasti jenis sukan untuk murid-murid ceburi jika factor kecergasan lain dimasukan seperti kuasa dan ketangkasan. Namun begitu ujian kekuatan yang dijalankan perlu disesuaikan mengikut kreativiti guru atau jurulatih dalam menjalankannya, antaranya seperti berikut ;

5.1 Asas bagi mengetahui ( meramal ) potensi murid-murid dalam sukan dan permainan tertentu.

5.2 Sebagai panduan bagi guru untuk memilih aktiviti yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya bergantung kepada tahap keupayaan murid. Ansur maju dalam pembelajaran digunakan untuk meningkatkan keupayaan murid dan pengukuhan kepada murid yang berkeupayaan tinggi.

5.3 Penilaian terhadap keberkesanan latihan yang melibatkan kekuatan.

5.4 Membuktikan kekuatan perlu dalam menjalankan rutin seharian bagi menghasilkan kualiti kerja yang tinggi.

5.5 Merupakan salah satu cara untuk meningkatkan serta memperbaiki kelemahan yang ada pada murid-murid.

10

6.0 Matlamat Ujian Kekuatan

Ujian-ujian kekuatan dibentuk dan dijalankan bagi memenuhi matlamat seperti berikut ;

6.1 Menerapkan konsep kekuatan dan kepentingannya dalam kecergasan fizikal yang sering disalah bezakan dengan daya tahan otot.

6.2 Mengetahui sejarah, penyelidikan, kajian-kajian berkaitan dengan ujian kekuatan.

6.3 Mengetahui keadah yang boleh digunakan untuk meningkatkan kekuatan individu melalui aktiviti fizikal.

6.4 Dapat mengelolakan ujian kekuatan di sekolah secara spesifik dan teratut mengikut terma-terma yang ditetapkan.

6.5 Menganalisis data yang dikumpul secara sistematik seterus dapat mengenalpasti potensi yang ada pada murid-murid.

6.6 Kenalpasti ujian kekuatan yang bersesuai mengikut keperluan aktiviti fizikal yang dijalankan.

11

7.0 Objektif Ujian Kekuatan

7.1 Menyatakan pengertian kekuatan dengan jelas dan spesifik

7.2 Membina dan meningkatkan kekuatan otot.

7.3 Mengenalpasti kelemahan yang ada pada murid-murid dan sedia untuk dipertingkatkan.

7.4 Mampu mengelolakan ujian kekuatan dengan teratur dan sistematik berpandukan prinsip-prinsip latihan dan langkah keselamatan.

7.5 Mengenalpasti bakat murid-murid berdasarkan ujian kekuatan yang dijalankan bersama faktor kecergasan fizikal yang lain.

7.6 Dapat mengenalpasti beberapa masalah yang mempengaruhi dapatan ujian dan langkah-langkah mengatasinya dengan berkesan.

12

8.0 Jenis Ujian Kekuatan

Terdapat pelbagai ujian yang boleh dijalankan bagi menguji kekuatan otot. Kekuatan otot diuji dengan intensiti yang tinggi dalam satu jangka masa yang pendek. Ianya berbeza dengan daya tahan otot kerana dalam daya tahan otot intensiti yang sederhana atau rendah digunakan untuk satu jangka masa yang panjang. Ujian kekuatan otot tidak memerlukan pelaku melakukan aktiviti bangun tubi secara berulang-ulang tetapi dilakukan mengikut kesukaran yang ditetapkan.

Ujian yang dipilih bagi pengujian dan pengukuran kekuatan kali ini ialah ujian bangkit tubi pelbagai tahap. Terdapat tujuh tahap dalam ujian bagnun tubi dan tahap tersebut yang menilai kekuatan otot abdominal tersebut. Ujian ini meletakkan otot abdominal sebagai bahan ujian dan ukuran kepada pelaku atau subjek. Kekuatan otot abdominal merupakan petunjuk kekuatan teras dan kestabilan . Oleh itu otot abdominal penting sebagai, teras dan sokongan belakang lebih rendah. Butiran ujian adalah seperti berikut

Nama ujian Objektif kajian

: Ujian bangun tubi : Mengukur kekuatan otot abdominal dengan jumlah yang boleh dilakukan dalam 30s

Alatan Kesahan

: Tilam , jam randik : Paras kesahan diterima dalam ujian ini

Kebolehpercayaan : A Person r merekodkan .94 untuk ujian ini (Johnson & Nelson,1986) melaporkan hubung kait .71 di antara masa bangun tubi dan tiada had untuk ujian bangun tubi dilakukan.

13

Lakuan Bangun Tubi

Rajah 8.1

Rajah 8.2

14

Norma bagi ujian bangun tubi

Rajah 8.3

Sumber : Golding, Myers and Sinning ( 1989 )

15

Otot Abdominal yang terlibat dalam Ujian Bangun Tubi

otot abdominal lelaki

Otot abdominal wanita

16

9.0 Prosedur Ujian Bangun Tubi

9.1 Peserta memanaskan badan selama 10 minit sebelum melakukan ujian untuk mendapatkan kadar nadi latihan. 9.2 Secara berpasangan peserta berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada12-18 inci daripada punggung. ( Rajah 8.1 ) 9.3 Tangan peserta disilang pada dada dan tapak tangan mendakap bahu yang bertentangan. Pembantu akan memegang pergelangan kaki peserta semasa ujian dijalankan 9.4 Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan baring hingga siku mencecah paha dan kembali ke posisi asal ( Rajah 8.2 ) 9.5 Peserta mestilah kembali ke kedudukan baring dengan scapula menyentuh lantai sebelum bangkit semula. 9.6 Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan baring, naik dan kembali semula ke kedudukan asal 9.7 Pasangan dikehendaki mengira bilangan bangun tubi yang dapat dilakukan selepas 30s dan menulis di kertas yang diberikan 9.8 Ujian dilakukan sebanyak 3 kali dan yang bilangan yang tertinggi akan diambil kira. 9.9 Peserta dikehendaki menyejukkan badan selepas ujian dijalankan. 9.10 Analisis data dilakukan berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi melalui ujian yang dijalankan

17