Anda di halaman 1dari 8

Contoh Teks Ucapan Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG 2013

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK LUBOK TERAS

PENGUMUMAN KETIBAAN. Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat .. diiringi oleh dif-dif kehormat.

LAGU NEGARAKU

Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku..Hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri dan bersama sama menyanyikan Lagu Negaraku yang diiringi oleh kumpulan Koir sekolah SMK Demak Baru.

Terima kasih atas nyayian sebentar tadi.Hadirin dipersilakan duduk. Lenggang bertapak seni memandang Silat sendeng menyusun jari Salam Sembah selamat datang Sudi Tuan ke majlis kami.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berhormat

Dato haji mohd jidin bin shafie, Ahli perlimen Setiu

Yang Berusaha Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan guru Sekolah kebagsaan lubok Teras En Encik Wan Ramli Bin Wan Ismail Yang Berusaha , Encik Abu Bakar Bin Said, Timbalan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan guru Sekolah kebagsaan lubok Teras dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG Sk Lubok Teras. Yang Berusaha En Che Wan Ralisyardi Bin Che wan Samiun Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lubok Teras.

Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa , para hadirin seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pada Allah s.w.t, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sk Lubok Teras 2013.Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua

Bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato Haji Mohd Jidin Bin Shafie ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2013.

Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan bagi anak-anak dan

seterusnya.menjulang nama SK Lubok Teras sama ada di bidang kurikulum,kokurikulum mahupun sahsiah pelajar .

BACAAN DOA

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohd Firdaus Bin Bakar memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Firdaus Bin Bakar atas bacaan doa itu tadi.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Hadirin sekalian, Seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG sepanjang tahun 2011 hingga kini. Marilah kita sama-sama saksikan.

Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh En Jamaludin Juni dengan kerjasama semua warga SMK Demak Baru. Terima kasih dan tahniah diucapkan.

PERSEMBAHAN PELAJAR PPKI

Majlis seterusnya amat istimewa kerana ianya akan dipersembahkan oleh seorang pelajar istimewa PPKI yang cemerlang dalam PMR baru baru ini dengan mendapat keputususan 1A 6B 1C. Beliau juga merupakan juara bertahan dalam pertandigan khat dan hafazan peringkat sekolah.Beliau juga merupakan johan dalam Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak.Di persilakan adik QaamarulIzat untuk menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk.

Terima kasih diucapkan kepada Adik Qamarul Izat atas penyampaian sajak itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Berat Sama di pikul Ringan sama dijinjing Kita umpama aur dengan tebing itulah yang ibaratkan Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan. Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi Jika kita bersatu hati.

UCAPAN ALUAN

Bukan keris tanpa ulunya Bukan majlis tanpa ucapannya.

Majlis pada petang ini dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha En Che Wan Ralisyardi Bin Wan Samiun, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lubok teras untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha En Che Wan Ralisyardi Bin Wan Samiun, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lubok teras. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. .Seterusnya Majlis dengan hormatnya menjemput Guru penolong kanan Kurikulum Ustaz Wan Shamsukardi untuk mengiringi yanb BerusahanTuan Guru Besar En Che Wan Ralisyardi Bin Che Wan Samiun ke hadapan untuk membuat 5 cabutan nombor bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan. Pergi ke kedai membeli gula Gula di bawa berhati-hati Yang Dipertua kami mempersila Ucapan diberi kita hayati.

UCAPAN YDP PIBG Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput En Wan Ramli Bin Wan Ismail, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru Sekolah Kebangsaan Lubok Teras untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Lubok Teras , En Wan ramli Bin Wan Ismail. Terima kasih diucapkan. Seterusnya Majlis dengan hormatnya menjemput Guru penolong kanan HEM Cikgu Marzuki Bin Mohamad untuk mengiringi yang Berusaha En Wan Ramli Bin Wan Ismail ke hadapan untuk membuat 5 cabutan nombor bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN

Menjemput Dato untuk berdiri, Memberikan ucapan kepada kami Kepada Dato ruang diberi, Mohon rasmikan majlis kami Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Dato haji Mohd Jidin Bin Shafie bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Lubok Teras. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Dengan Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wassola tannabi, Dengan takdir Ilahi Rabbi, Selesai sudah upacara merasmi.

Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato ., kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini. Majlis dengan hormatnya menjemput BerusahanTuan Guru Besar En Che Wan Ralisyardi Bin Che Wan Samiun bagi meniringi Yang Berhormat Dato ke hadapan untuk membuat 5 cabutan nombor bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI Orang berbudi,

Kita berbahasa. Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat Dato .............................................................................................................. untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Dato .Majlis mempersilakan. . Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kebangsaan Lubok Teras. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato. dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini. Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi Yang Berusaha En wan Ramli Bin wan Ismail , Yang Berusaha En, Che Wan Ralisyardi Bin Wan Samiun, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Jamuan.Dipersilakan. Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera.. Majlis kita berhenti untuk seketika.Majlis akan disambung selepas jamuan ini. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, SELEPAS KUDAPAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Selamat kita berhimpun sekali lagi di Dewan Auditorium untuk Mesyuarat Agong Tahunan PIBG,Sekolah Kebangsaan Lubok Teras.

Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Lubok Terasakan dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Demak Baru,En Hj Busman Bin Ramli. Majlis mempersilakan En Busman untuk menyampaikan kata aluan.

UCAPAN PENASIHAT Seterusnya majlis mempersilakan En Rambli bin Hj Hasbi,Pengetua Sekolah Kebangsaan Lubok Terasuntuk menyampaikan ucapan .Majlis mempersilakan. (Selesai mesyuarat dan pemilihan)

CABUTAN BERTUAH

Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tungguiatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan En untuk menyempurnakan acara.

Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.

NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU.

Kita sudah berada di hujung majlis.Diminta semua hadirin dan hadirat semua berdiri untuk bersama-sama menyanyikan Lagu Ibu Pertiwiku..

Sekian Terima kasih..dan jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai