Anda di halaman 1dari 3

RPH

RANCANGAN PENGAJARAN PRASEKOLAH

MASA MODUL TEMA TUNJANG UTAMA Fokus Standard Kandungan

: 10.20 11.20 pagi (60 minit) : HAIWAN : LITERASI SAINS DAN TEKNOLOGI. : ST 3.0 Menyiasat Alam Hidupan. : ST 3.4 Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan, jenis makanan, kitaran hidup haiwan yang biasa dijumpai.

Standard Pembelajaran : ST 3.4.1 Menamakan haiwan yang biasa dijumpai (dalam kehidupan sebenar, buku/tv) ST 3.4.2 Mengecam bunyi haiwan yang biasa dijumpai. ST 3.4.3 Memerhati dan meniru pergerakan haiwan (contoh pergerakan; terbang, melompat) Kesepaduan : KT 2.1.13 Menyanyi sambil bergerak KT 1.1.5 Mewarna dalam ruang tertentu. BM 1.1.5 Mengecam pelbagai bunyi di persekitaran murid. : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat : 1. Meniru dan membunyikan bunyi haiwan yang ditunjukkan oleh guru serta melakukan pergerakan haiwan tersebut. 2. 18/25 orang kanak-kanak dapat menamakan haiwan dengan tepat. 3. 22/25 orang kanak-kanak dapat mewarna gambar haiwan yang diberikan dengan warna yang sesuai. Bahan : Video, Kad huruf. Kad gambar, kertas edaran

Objektif

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN.

SET INDUKSI ( 5 Minit )

1.Guru memperdengarkan pelbagai bunyi haiwan seperti kucing, katak, burung dan sebagainya. 2.Kanak-kanak menceritakan pengalaman dan pengetahuan mereka berkaitan haiwan.

Bahan : Video

LANGKAH 1 (15 minit)


1. Guru memperlihatkan gambar - gambar haiwan dan memperdengarkan semula bunyi haiwan tersebut. 2. Kanak-kanak menamakan haiwan tersebut dengan bimbingan guru. 3. Guru memperlihatkan semula gambar haiwan dan kanak-kanak menghasilkan bunyi haiwan tersebut. 4. Guru memperkenalkan huruf pertama haiwan tersebut. Contohnya K-kucing/kuda, i-itik/ikan. ( langkah diulang sehingga semua kanak-kanak terlibat ) Bahan :Video, Kad gambar haiwan, Kad huruf LANGKAH 2 (15 minit) 1. Guru menyebut huruf dan kanak-kanak menyebut nama haiwan yang mempunyai huruf permulaan seperti yang disebut oleh guru. 2. Guru memperlihatkan gerakan haiwan-haiwan tersebut. 3. Kanak-kanak meniru pergerakan haiwan yang ditunjukkan. 4. Secaraberkumpulan, kanak-kanak melakukan pergerakan haiwan berpandukan bunyi haiwan yang diperdengarkan oleh guru. Bahan : Kad huruf, VCD

LANGKAH 3 ( 10 minit) 1. Guru memainkan lagu kami bunyi 2. Guru membimbing kanak-kanak menyanyi lagu tersebut. 3. Guru dan kanak-kanak menyanyi bersama-sama sambil melakukan pergerakan haiwan. Bahan : VCD/video

LANGKAH 4 ( 10 minit) 1. Guru menunjukkan pelbagai gambar haiwan dan kanak-kanak menamakan haiwan yang ditunjukkan. 2. Guru mempamerkan pelbagai gambar haiwan dan menerangkan tentang warna haiwan tersebut. 3. Kanak-kanak mewarnakan gambar haiwan dengan warna yang tepat berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Bahan : Kadgambar, kertas edaran, warna PENUTUP ( 5 minit ) 1. Guru bersoaljawab tentang isi pelajaran yang telah dipelajari. 2. Guru mempamerkan hasil kerja kanak-kanak yang cantik dan kemas.

Anda mungkin juga menyukai