Anda di halaman 1dari 29

Mark

Kursus WSC 116 / 1 : Tenis Asas


Semester 2 Sidang Akademik 2012 / 2013

Tugasan : Permainan Tenis Kumpulan 2 Nama : OEI CHEE YUAN KENNY CHIA T. VJAYAN CHE HAFIZ JUFRI BIN JAHAYA MOHD AL ASYRAF BIN MOHD SOFIAN Jurulatih : Tarikh : Encik M. Thangarajoo 15th April 2013

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 1

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 Penghargaan

Perkara

Muka Surat 3 4 7 13 16 19 29

Sejarah Permainan Tenis Peralatan Gelanggang Tenis dan Ukurannya Kemahiran-kemahiran Asas Undang-undang Tenis Rujukan

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 2

Pertama sekali, kami ingin berterima kasih kepada Tuhan Maha Kuasa kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini. Kami menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran untuk menyiapkan tugasan ini. Pada kesempatan di sini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya kerja kursus ini.

Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada ibu bapa kami yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada jurulatih kursus Tenis, iaitu Encik M. Thangarajoo yang telah banyak memberi panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang latihan dijalankan. Tidak juga dilupakan, rakan-rakan seperjuangan kami. Ribuan terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan tidak kira agama dan bangsa.

Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 3

Tenis merupakan salah satu pemainan menggunakan raket yang disukai oleh sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali sebagai Jeu de Paume di Perancis, Real Tennis di Britain dan Royal Tennis di Australia. Ia merupakan sukan raket yang tertua berbanding sukan squash dan beberapa sukan raket yang lain. Berdasarkan beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket telah dimainkan sejak sebelum masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Roger Morgans pula di dalam bukunya yang bertajuk Tennis, The Development of The European Ball Game, menyatakan bahawa permainan tenis ini dimainkan di jalan raya pada Zaman Pertengahan. Tetapi pada abad ke-11, permainan yang seakan-akan tenis telah dimainkan pada pertama kalinya di salah sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu dan pemukulnya hanya menggunakan tangan. Pada ketika itu, tenis dimainkan oleh para rahib di Perancis dan Itali. Permainan ini berkembang apabila rahib-rahib tersebut mengembara dari satu biara ke biara yang lain, yang seterusnya mewujudkan banyak peraturan. Keseronokan bermain tenis ini menyebabkan para rahib tidak mengendahkan larangan Pope. Pada abad ke-14, ia telah berkembang dari kawasan gereja sehingga ke istana dan turut menjadi permainan bagi golongan bangsawan.

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 4

Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Inggerispada abad ke-13 dan ia telah mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat dan terus berkembang ke negara-negara Eropah yang lain. Walaupun pada mulanya permainan tenis hanya menggunakan tangan, tetapi lama-kelamaan ada pemain yang menggunakan sarung tangan (glove), dan kemudiannya memintal tali di tangan. Seterusnya, ia mengalami perkembangan apabila mereka menggunakan rangka yang dipintal dengan tali dan berpemegang. Ia merupakan raket bertali yang mula diperkenalkan sekitar abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang profesor berbangsa Itali. Beliau menamakan permainan ini sebagai 'tenispadang' (lawn tennis). Manakala, di dalam buku Book of Games And Sports, yang diterbitkan dalam tahun 1801 pula, ia disebut sebagai tenis panjang.

Bola tenis pula diperbuat daripada gabus yang dibalut dengan kain yang diikat secara ketat, tetapi ia hanya boleh bertahan selama 2 minggu. Bola tenis seterusnya mengalami revolusi apabila ia diperbuat menggunakan bulu biri-biri. Bola tersebut lebih ringan berbanding sebelumnya. Manakala, gelanggang tenis yang pertama telah dibina di Hampton Court pada tahun 1625 dan ia telah memperlihatkan motif sebenar permainan. Gelanggang tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang untuk pertandingan.

Pada ketika itu juga, iaitu sekitar abad ke-16 dan abad ke-17, golongan bangsawan di England dan Perancis mula memainkannya. Di England, Henry VII amat menyukai sukan ini dan pewarisnya sendiri memiliki gelanggang asal di Hampton Court Palace. Pada ketika itu juga di Paris, sebanyak 1800 gelanggang telah dibina. Adapendapat mengatakan bahawa gelanggang tenis telah di bina di atas kapal 2000 tan di Perancis. Manakala, gelanggang yang dibina diVersailles, Perancis pada tahun 1686, pula berharga 45,403 franc. Tetapi pada sekitar tahun 1700, tenis mula disisihkan di Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat juga gelanggang yang dibina seperti di Bath pada tahun 1777 tetapi ia hanya digunakan selama 37 tahun sahaja, dan kini bangunan itu telah dikenali sebagai Bath Industrial Heritage Centre. Pada pertengahan abad ke 19, kebangkitan semula tenis mula dirasai. Ketika itu, gelanggang tenis yang pertama di Amerika Syarikat dan Australia telah dibina pada tahun 1876 dan 1882. Tetapi, perang dunia pertama telah memberikan impak yang negatif terhadap permainan tenis ini.
WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 5

Kelab tenis pertama iaitu Leamington telah didirikan diPerancis oleh J.B. Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah didirikan pada tahun 1868. Pada tahun 1970, barulah pejabatnya dibuka di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini bersedia memberikan dana untuk permainan tenis dan badminton. Peraturan permainan tenispadang juga ditulis. Amerika Syarikat pula mendirikan kelab tenis yang pertama di Staten Island. Keadaan ini menyebabkan perkembangan yang pesat dalam sukan tenis dan berjaya melahirkan ramai pemain tenis yang hebat di peringkat dunia.

Kejuaraan tenis yang pertama telah bermula pada tahun 1877. Ketika itu, seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian. Dalam kejuaraan tersebut. Spencer William Gore telah menjadi pemenangnya. Kini, kejuaraan tenis tersebut dikenali sebagai Kejuaraan Wimbledon. Sukan tenis ini juga telah melahirkan ramai bintang tenis yang hebat dan terkenal, seperti Jimmy Connors, John Mc Enro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi. Kini, tenis telah menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang lumayan.

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 6

Jaring

Kedudukan jaring tenis

Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitutupi dengan pita putih. Setiap hujung jaring dipasang mengenai dan melepasi atas kedua-dua belah tiang tetapi tidak melebihi 6 inci (15 cm ) empat segi / 6 inci ( 15 cm ) diameter. Perletakan jaring di atas tiang tidak boleh melebihi 1 inci atas daripada dawai perentang net.

Kedudukan tiang adalah 3 kaki (0.914 m) dari jaring ke garisan luar gelanggang, manakala tingginya pula mencapai bahagian atas dawai perentang net / jaring iaitu 3 kaki 6 inci ( 1.07 m ) dari atas tanah. Bagi kombinasi permainan regu dan gelanggang perseorangan mempunyai perbezaan iaitu dengan menggunakan ukuran yang diukur dengan reket yang dipanggil single stick iaitu untuk permainan perseorangan. Ianya perlu disokong kepada ketinggian 3 kaki 6 inci. Titik tengah tiang (single) adalah diukur pada jarak 3 kaki dari garis luar kedua-dua belah gelanggang permainan.

Jaring akan diregangkan sepenuhnya untuk memenuhi ruang antara dua tiang dan bertujuan untuk menghalang bola dari melepasi gelanggang. Ketinggian ditengah-tengah net/jaring mencapai 3 kaki. Ianya ditanda dengan pita penanda yang tak melebihi 2 inci lebar ( 5 cm ) dan perlu berwarna putih. Dawai atau tali kabel perentang diselaputi dengan kain pembalut tidak lebih 2 inci (6.35 cm) tebal dan berwarna putih. Pada jaring pita penanda atau pembalut net tidak boleh dilekatkan dengan apa-apa tanda iklan.

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 7

Raket

Raket tenis.

Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya. Reket yang tidak menepati spesifikasi di bawah tidak dibenarkan penggunaannya di bawah undang-undang tenis.

i.

Permukaan reket hendaklah rata dan tali yang berselang-seli yang dihubungkan dibahagian bingkai reket. Corak tali hendaklah seragam dan dibahagian tengah talinya tidak tebal dan rapat. Tali hendaklah bebas dari sebarang objek. Alat tambahan tidak dibenarkan ditambah kecuali yang telah diluluskan dengan tujuan mencegah kerosakan atau getaran. Alat yang dibenarkan itu mestilah bersaiz yang munasabah dan ditempatkan di bahagian yang dibenarkan.

ii.

Panjang bingkai reket secara keceluruhannya tidak melebihi 29 inci (73.66 cm). Lebar termasuk pemegang dan keseluruhannya tidak melebihi 12 inci (31.73 cm). Panjang bahagian permukaan bertali tidak melebihi 11 inci (39.37 cm) dan lebarnya tidak melebihi 11 inci (29.21 cm).

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 8

iii.

Bingkai termasuk pemegang hendaklah bebas dari sebarang objek atau sebarang alat tambahan yang boleh mengubah bentuk reker atau mengubah agihan berat reket dalam arah garis bujur yang mana ianya mengubah kelakuan hanyunan atau untuk mengubah dengan sengaja fizikal reket yang akan memberi kesan pada keupayaan reket semasa permainan.

The International Tennis Federatation akan menentukan sama ada sesuatu reka bentuk reket yang dikeluarkan boleh digunakan atau tidak. Undang-undang di atas hendaklah dipatuhi oleh setiap individu, pengeluar reket dan pertubuhan antarabangsa. Semua undang-undang di atas adalah dirujuk kepada review dan hearing procedures of The International Tennis Federations. Perkara penting Hanya satu corak yang dibenarkan digunakan pada reket. Semasa permainan apabila servis dilakukan pemain hendaklah berdiri di antara satu sama lain, pemain yang memulakan pukulan dipanggil server dan penerima pukulan dipanggil receiver. Alat pengawal getaran boleh ditambah pada tali reket dan hendaklah diletakkan pada bahagian luar corak yang berselang seli. Reket yang mempunyai berbagai corak tali tidak dibenarkan dalam permainan tennis. Semasa permainan jika tali terputus, pemain boleh memilih untuk meneruskan permainan atau sebaliknya.

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 9

Bola

Bola tenis

Bola tenis biasanya hijau kekuningan.Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenisharus dijaga dengan baik dan hendaklahsentiasa dalam keadaan kering. Bola yang diluluskan di bawah undang-undang tenis mestilah memenuhi spesifikasi berikut: a) Bola mestilah dilitupi kain (Fabrik) di permukaan luar dan berwarna sama ada putih atau kuning. b) Bola mesti memenuhi kehendak seperti Appendix I (Peraturan melakukan ujian spesifikasi dalam undang-undang IV saiz berat 1.975 oz ( 56.0 gm) hingga 2.095 oz (59.4 gm). c) Bola mesti mempunyai kemampuan lantunan 53.0 inci (134.62 cm hingga 5.8 inci (147.32 cm) bila dijatuhkan dari ketinggian 100.0 inci (254.00 cm) di atas permukaan keras dan datar. Ianya juga mesti mempunyai kemampuan pantulan 220 inci (559 cm) hingga 290 inci (737 cm) dan kembali (return) pada kelajuan 315 inci (800 cm) hingga 425 inci (1080 cm) pada 18 ib (8.165 kg) hentakan. d) Untuk permainan pada ketinggian 4000 kaki dari paras laut tambahan 2 jenis bola mungkin digunakan: Saiz yang sama seperti di atas kecuali kadar lantunan boleh melebihi 48 inci hingga 53 inci serta mempunyai tekanan dalaman lebih besar daripada tekanan luaran. Bola ini dikenali sebagai A Pressurised Ball

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 10

Saiz berat yang sama kecuali kadar lantunan 53 inci hingga 58 inci. Tekanan dalaman hampir sama dengan tekanan luaran dan telah disesuaikan dengan pemain selama 60 hari di gelanggang kejohanan berkenaan. e) Semua ujian lantunan, saiz dan kemampuan lantunan akan dilakukan selaras dengan undang-undang Appendix I.

Nota : Bola yang akan digunakan dalam pertandingan di bawah undang-undang tenis mestilah didaftarkan dan diluluskan oleh ITF. Mulai 01 Januari 2000 hingga 31 Disember 2000, dua jenis bola tenis akan digunakan sebagai percubaan.

Pakaian

Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan.Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh menggangguperjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklahdipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupunmereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripadaseluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 11

Pengawai Permainan

Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakandan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dan pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 12

Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperbuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukuran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 11.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

Gelanggang tenis.

Ia dibahagikan kepada 2 bahagian dengan jaring yang berada ditengah-tengah dan yang tergantung pada tali atau tali kabel dengan diameter maksimum 1/3 daripada 1 inci (0.8 cm). Garis yang mengelilingi gelanggang ialah garisan belakang dan garisan tepi. Pada kedua-dua ruang antara net dan garis tepi (side line) dibahagi sama rata iaitu dipanggil gelanggang servis (service court). Ditanda pada tengah garis servis melepasi titik tengah garis jaring ke garisan servis gelanggang sebelah jaring, garisan ditanda selebar 2 inci, ianya selari dengan garis tepi.

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 13

Setiap garis belakang (base line) perlu digambarkan berhubung dengan tengah garis servis dan satu garisan 4 inci panjang dan 2 inci lebar dipanggil penanda tengah atau centre mark yang dilihat di dalam gelanggang. Semua garisan lain yang ada pun tidak melebihi 1 kaki atau 2 kaki lebar. Semua ukuran dibuat bahagian luar garisan yang mana ianya adalah perlu seragam (sama). Papan tanda pengiklanan di bahagian-bahagian gelanggang tidak boleh mempunyai warna putih/kuning. Warna lembut hanya dibenarkan sekiranya tak mengganggu pemain. Terdapat pelbagai jenis gelanggang yang boleh dikelaskan. Gelanggang juga dikenali dengan lapangan. Perbezaannya ialah material atau permukaan lapangan tersebut 1. Grass Court (lapangan rumput)

Gelanggang jenis ini menggunakan rumput sebagai permukaan. Lapangan ini bersifat keras dan hanua beralaskan rumput. Gelanggang ini mempunyai ciri-ciri yang baik iaitu hal laju bola cepat apabila melakukan hantaran atau pantulan kerana geseran berlaku secara maksimun di permukaan rumput. Namun begitu, gelanggang jenis ini sudah jarang ditemui kerana kos pembiayaan dan penyelengaraan yang agak mahal berbanding dengan kos penyelenggaraan gelanggang yang lain

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 14

2. Hard Court (lapangan simen)

Gelanggang ini adalah gelanggang tenis yang paling popular. Gelanggang yang terbuat dari simen memiliki ciri-ciri halaju bola yang lebih cepat berbanding dengan gelanggang yang menggunakan pasir atau kerikil sebagai permukaan gelanggang. 3. Clay court ( gelanggang tanah liat)

Gelanggang ini terbuat dari serpihan-serpihan tanah liat atau pasiran dari batu bata yang dihancurkan. Gelanggang model ini umumnya memiliki karakteristik halaju bola lambat. Laju bola yang dipantulkan di lapangan memiliki putaran yang lambat sehingga memungkinkan bagi pemain untuk dapat memainkan bola lebih lama dengan masa yang panjang.
WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 15

1) Cara memegang raket a Eastern grip- cara berjabat tangan- bagi pukulan depan/forehand drive b Continental grip-cara yang sama tetapi tangan digerakkan ke kiri sedikit-Bagi Pukulan Kilas/backhand drive

2) Pukulan depan( Forehand stroke) a. Kedudukan sedia,kaki buka seluas bahu b. Gerakan raket kebelakang(paras pinggang) c. Hayunkan raket ke hadapan d. Pukul bola dan bawa raket ke paras bahu kiri e. Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan

3. Pukulan kilas (backhand stroke) a. Kedudukan sedia,lutut dibengkokkan sedikit b. Mata pandang bola c. Bawa raket ke belakang sebelum bola tiba d Pukul bola dan bawa raket ke separas bahu kanan e. Berat Badan dipindahkan ke kaki hadapan

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 16

4 Servis a. Raket dipegang di antara Eastern dan Continental grip b. Melambung atau toss bola ke udara, tegak ke atas kepala(Jarak di antara bola dengan badan ialah 30 cm) c. Raket di hayun kebelakang d. Bahu kiri hala ke petak servis e.Kontek bola semasa ia mencapai tinggi maksima f. Bola mesti kena pada tengah-tengah raket g. Raket dihayun ke kiri badan.

5 Sangga (Volley) a. Gunakan continental grip b. Kepala raket mestilah tinggi daripada pergelanggang tangan dan jaring. c. Kedudukan raket 30cm dihadapan badan. e. Gunakan hayunan pendek.

6 Lob a. Lob defensif- pukulan tinggi( untuk menyelamatkan bola dalam situasi bahaya.) b. Lob offensif- pukulan rendah(untuk mengelirukan pihak lawan) c. pegang raket seperti pukulan depan d. Hayun raket dari bawah ke atas e. Pukul bola ke aras yang tinggi f. Bola dihantarkan ke garisan belakang g. Lob dilakukan semasa pihak lawan berada berdekatan dengan jaringan atau di belakang garisan.(base line)

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 17

7 Smash a. Kedudukan bersedia untuk membuat smash b. Tangan kiri sebagai petunjuk bola c. Raket dihayunkan kebelakang bola. d. Selalu pandang bola e. Kontek bola seberapa tinggi yang bola f. Setelah pukulan dibuat ikut lajak

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 18

Umum Tujuan atau objektif utama permainan tenis ialah untuk menggerakkan bola ke kawasan lawan dengan cara memukulnya dengan raket. Bola pukulan pemain pertama hendaklah jatuh dan memantul di dalam gelanggang lawan sebelum pemain lawang

menggerakkannya kembali ke gelanggang lawannya.Perlakuan menggerakkan bola ini dilakukan sehingga bola gagal dikembalikan oleh mana-mana pemain. Tempoh Permainan Setiap permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira sebagai pemenang. ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set atau permainan yang pasti pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira sebagai pemenang. Masa selama 10 minit diperuntukkan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita. Biasanya satu-satu permainan tenis peringkat negeri atau kelab di negara kita mengambil masa antara satu hingga dua jam. Tetapi bagi kebanyakan permainan peringkat kebangsaan atau antarabangsa, sesuatu perlawanan mengambil masa yang lebih lama untuk tamat. Set Satu set ialah seseorang pemain memenangi sekurang-kurangnya 6 permainan dengan mengatasi lawannya sekurang-kurangnya 2 permainan (6-0) hingga (6-4) . Jika A tidak mengatasi B dengan dua permainan, maka permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mendahului 2 permainan (7-5, 8-6, 9-7 dan lain-lain).

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 19

KIRAAN MATA Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan

badminton atau sepak takraw. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Mata adalah dikira seperti berikut; 0, 15, 30, 40 dan tamat (game). Jika kedua-dua pemain mencapai 40 sama , maka dius diberikan. Jika pemain yang membuat servis mendahului satu mata , maka advantage kepadanya. Sebaliknya jika penerima mendahului 1 mata, advantage kepadanya.

Seseorang pemain mesti mengatasi lawannya sekurang-kurangnya 2 mata untuk menang dalam satu-satu permainan. Permainan dimulakan pada kedudukan 0 0. Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15 0; mata kedua dipungutnya dikira 30 0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40 0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pemain berkenaan akan menamatkan permainan dan kemenangan kepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Untuk mencapai kemenangan salah seorang pemain harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengan demikian, pemula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata. Untuk mendapatkan mata, kedua pemain akan membuat servis di sebelah kiri gelanggangnya dan pungutan mata adalah seperti yang telah dijelaskan. Seseorang pemain harus mendapatkan enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5 5, permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum yang menentukan kemenangan. Bergantung

kepada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

Set Satu set ialah seseorang pemain memenangi sekurang-kurangnya 6 permainan dengan mengatasi lawannya sekurang-kurangnya 2 permainan (6-0) hingga
WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 20

(6-4) . Jika A tidak mengatasi B dengan dua permainan, maka permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mendahului 2 permainan (7-5, 8-6, 9-7 dan lain-lain).

TIE BREAKER Pengiraan Mata Tie-Break (12 Mata) Untuk mengelakkan set yang berpanjangan seperti 16 14, kebanyakan pertandingan menggunakan sistem tie break 12 mata apabila pengiraan permainan

menjadi 6-6 bagi mana-mana set. Pengiraan permainan itu menjadi 7-6 apabila selesai tie- break 12 mata.

Perseorangan Tie breaker diadakan jika A dan B mencapai 6-6 dalam sesuatu permainan . Daripada meneruskan permainan sehingga salah satu mengatasi lawannya dengan 2 permainan berturut-turut permainan, 1 sahaja digelar tie breaker mengandungi 9 mata diadakan. A akan membuat servis dua mata di kanan dan di kiri gelanggangnya , diikuti oleh B pula . Kemudian kedua-dua pemain tukar gelanggang Seterusnya A membuat servis dua mata . Jika kedua-dua A dan B belum mencapai 5 mata, maka B servis mata selebihnya . Penerima boleh menentukan di mana dia ingin menerima servis bagi mata akhir. Pemain yang mencapai 5 mata memenangi tie breaker. Set itu berakhir dengan 7 6. Pemain yang gilirannya membuat servis akan memulakan servis dalam tie breaker.

Permainan Bergu Pemain-pemain yang akan membuat servis ditempatnya. Pasukan X membuat servis 2 mata iaitu tiap-tiap satu servis sekali. Seterusnya pasukan Y yang membuat servis 2

mata. A menang satu mata jika lawannya B tidak dapat mengembalikan pukulan A atau memukulnya keluar dari gelanggang A. Sudden Death Telah diperkenalkan dalam permainan ini. Mata dikira dari 1,2,3,4 dan pemain atau pasukan pertama yang memperolehi empat mata ini memenangi permainan itu.
WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 21

Sebagai contoh, dius tidak akan diadakan. Dalam permainan perseorangan dan bergu, jika mata menjadi 3-3, penerima memilih gelanggang dari mana ia akan menerima servis. Dalam bergu campuran jika wanita melakukan servis bagi mata ketujuh, pemain wanita dari pasukan lawan akan menjadi penerima , jika lelaki melakukan servis, pemain lelaki pasukan lawan akan menerima. Sistem pengiraan mata ini sesuai jika peruntukan masa tidak mencukupi. Memulakan Permainan Permulaan permainan ditentukan secara undian, iaitu untuk menentukan pemain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan. Pemula servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan di sebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan pula akan berada di bahagian kanan gelanggangnya. Pembuat servis hendaklah membuat servis dengan memantulkan bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan, pembuat servis diberi peluang untuk servis kedua. Jika bola daripada servis kedua juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan. Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha untuk mematikan bola ke kawasan lawannya. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggangnya, pemain berkenaan akan membuat servis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripadanya mencapai kemenangan. Dalam Permainan dan Tamat Permainan Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang, kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis; kerana pembuat servis berhak sahaja dibenarkan.
WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 22

Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan tamat. Permainan ditamatkan setelah pemenangnya ditentukan. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain atau keempat-empat pemain (bergu) bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.

LET(Servis Semula) Apabila bola menyentuh jaring, jalur atau tali semasa pukulan servis dan jatuh kedalam gelanggang sebenar lawan maka servis itu akan dilakukan sekali lagi. Jika perkara ini berlaku dalam permainan ia masih dikira sah sebagai satu pukulan yang baik. Keadaan dimana servis dipanggil semula juga berlaku apabila permainan itu diganggu atau servis dilakukan oleh pemukul sebelum penerima dalam keadaan bersedia. Ianya hanya sah jika penerima tidak membuat percubaan untuk memukul bola tersebut.

Footfault

Berlaku akibat daripada perkara-perkara berikut :1. Jika pemukul menukarkan kedudukannya dengan berjalan atau berlari sebelum ia memukul bola.(Seorang pemukul boleh melompat semasa melakukan servis, dan satu atau kedua-dua kakinya melintasi garisan semasa diudara tetapi ia tidak boleh menyentuh sebelah dalam gelanggang atau garisan sebelum memukul bola ) 2. Jika pemukul menyentuh garisan belakang atau kawasan sebelah dalam garisan belakang sebelum memukul bola. 3. Jika pemukul melakukan servis daripada luar kawasan diantara tepi penanda tengah.

Lain-Lain Pemain boleh melewati jaring untuk memukul bola jika bola itu melantun oleh spin atau angin ke gelanggang lawan.
WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 23

Pemain tidak boleh menyentuh jaring apabila permainan dijalankan . Pemain tidak semestinya memukul bola melewati tepat di atas jaring . Bola yang melewati jaring , di tepi tiang jaring juga diterima .

Pemain tidak dibenarkan membaling raketnya untuk memukul bola . Dalam beregu, pemain tidak dibenarkan menukar tempat. Mereka boleh menukau pada permainan atau dalan set berikutnya.

Pemain boleh melambung bola seberapa banyak kali tetapi dibatalkan apabila memusing raket dak gagal memukul bola.

Jika pemain berdiri di belakang dan bola terkena pada badannya, maka dia dikira kalah dalam mata itu.

Dalam permainan beregu, pemain yang tidak membuat servis boleh berdiri di manamana sahaja yang ia suka. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Tinggi jaring dan ditiang adalah 1.07 meter ditepi dan ditengah adalah 0.9 meter. Pemain boleh membuat servis bawah (underhand servis). Jika bola dari luar (gelanggang lain ) masuk kegelanggang, maka let hendaklah disebut. Jika A memukul bola dan bola itu terkena sebiji bola yang berada digelanggang B (B tidak disebut let terlebih dahulu ), maka B kalah dalam mata itu.

Pemukul Dan Penerima Pemain-pemain akan berada digelanggang yang berlawanan menghadap

jaring. Pemain yang membuat servis akan dipanggil pemukul atau pembuat sevis dan lawanya dipanggil penerima servis Memilih Pemukul Atau Gelanggang Penentuan untuk menjadi pemukul atau penerima dan pemilihan gelanggang bagi permainan pertama ditentukan dengan cara melambung syiling. Satu cara lagi ialah
WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 24

salah seorang pemain akan memusingkan raketnya dan seorang lagi akan memanggil pilihan samada raket itu terbalik atau betul. Namun dalam kebanyakan permainan tenis lambungan syiling akan menjadi pilihan pengadil bagi membuat pilihan. Pemain yang menang undian boleh memilih atau memberi pihak lawan untuk memilih.Hak yang ada kepada pemain yang menang undian atau memberi pihak lawan untuk memilih ialah: 1. memilih sebagai pemukul atau penerima dan pemain lawan akan membuat pilihan gelanggang 2. memilih gelanggang dan pihak lawan akan memilih samada sebagai pemukul atau penerima. Pemain-pemain akan bertukar gelanggang selepas tamat satu permainan dalam set yang mana jumlah permanannya adalah ganjil, iaitu selepas permainan yang pertama dan setiap dua permaianan selepas itu. Masa pertukaran gelanggang yang tidak melebihi satu minit diberikan kepada pemain-pemain dan tambahan 30 saat juga diberikan untuk permainan dimulakan semula.

Kesalahan Kesalahan kepada pemukul adalah seperti berikut : 1. Jika pemukul gagal memukul kegelanggang sebenar. 2. Jika pukulan pemukul tidak mengena bola semasa membuat percubaan untuk memukul bola.(Bola boleh dilambung beberapa kali tanpa dikira melakukan kesalahan) 3. Jika bola yang dibuat servis menyentuh alat-alat tetap (selain daripada jaring atau rakan pemukul sebelum ia menyetuh tanah.) 4. Jika melakukan kesalahan memijak garisan semasa melakukan servis.

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 25

Pemain Kehilangan Mata Seorang pemain akan kehilangan mata jika ia melakukan salah satu daripada berikut:1. Pemain gagal melakukan dua kali percubaan servis yang diperuntukkan. 2. Pemain gagal memukul balik bola sebelum ia melantun kali kedua (bola boleh dipukul sebelum ia melantun, kecuali semasa menghantar balik ke dalam gelanggang lawan. 3. Bola yang dihantar menyentuh tanah, alat-alat tetap seperti pagar dan bangku pengadil atau perkakas-perkakas seumpamanya diluar garisan tepi dan belakang gelanggang pemain lawan. 4. Gagal menghantar bola dengan baik ketika membuat voli dari luar garisan tepi dan belakang gelanggang. 5. Menyentuh bola yang masih dalam permainan dengan raketnya berturut-turut (lebih dari sekali iaitu dua kali atau lebih) atau menyauk bola itu. 6. Sebarang perkakas dan peralatan pemain termasuk yang dipakai dan dibawa menyentuh jaring atau tanah tanah didalam gelanggang lawan. 7. Melakukan voli terhadap bola yang belum melintasijaring iaitu bola masih berada dalam gelanggang lawan. 8. Bola yang masih dalam permainan menyentuhnya atau apa-apa yang dipakainya atau dibawanya kecuali raket. 9. Membaling raketnya kearah bola dan raketnya menyentuh bola tersebut. 10. Pemain dengan sengaja, melakukan sebarang kelakuan yang boleh menyebabkan pemain lawan tidak boleh melakukan pukulan. Hantaran Balik Yang Sah Hantaran balik yang baik merupakan pukulan yang sah jika berlaku seperti berikut:1. ola jatuh atas garisan gelanggang lawan.

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 26

2. Bola menyentuh jaring, serta melintasinya dan jatuh didalam gelanggang lawan. 3. Pemain menjangkau melebihi jaring untk memukul bola yang telah ditiup angin atau melantun balik kegelanggang lawan dengan sendirinya. Dalam keadaan ini pemain harus pastikan raket badan dan pakaiannya tidak menyetuh jaring. 4. Pemain memukul balik bola yang telah melantun keatas bola lain yang berada diatas gelanggangnya.(Seorang pemain itu boleh meminta bola yang menganggu diatas gelanggang dikeluarkan tetapi tidak pada waktu permainan sedang berjalan.) 5. Raket pemain melitasi jaring selepas memukul bola dan tidak menyentuhnya. 6. Bola itu dipukul balik melalui luar tiang jaring, dengan syarat ia jatuh didalam gelanggang lawan dengan bola melepasi aras jaring. ETIKA PERMAINAN 1. Sekiranya bola tenis memasuki gelanggang lain yang sedang bermain, kita haruslah menunggu sehingga permainan atau pukulan di gelaggang tersebut berhenti atau tamat sebelum meminta bola dikembalikan. 2. Jika seseorang pemain meminta kita mengembalikan bola yang memasuki gelanggang kita, maka kembalikan bola tersebut dengan menggolekkannya kepada pemain tersebut. 3. Jika ingin memasuki atau keluar dari sesuatu gelanggang, jangan melintasi belakang pemain yang sedang bermain. Tunggu sehingga permainan atau pukulan di gelanggang tersebut berhenti dan dengan pantas hendaklah melintasi gelanggang tersebut. 4. Apa jua keputusan pengadil, penjaga garisan mahupun pemain lawan, kita haruslah menerimanya dengan hati yang terbuka dan dengan semangat kesukanan. 5. Kita tidak boleh memaki, menjerit atau mencederakan sesiapapun yang berada di dalam gelanggang mahupun di luar gelanggang.
WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 27

6. Tidak boleh mengganggu pemain lawan dengan sengaja dengan membuat bising ataupun melambaikan raket. 7. Kita seharusnya bersopan di gelanggang dan mematuhi pakaian yang telah ditetapkan PERMAINAN BERGU. PERATURAN Peratuaran bagi bergu adalah sama seperti yang disebutkan tadi kecuali perkara-perkara di bawah: GELANGGANG. Ukuran gelanggang Lebar :36 kaki (4 kaki iaitu 1.37m lebih besar daripada gelanggang perseorangan)

SERVIS DALAM PERMAINAN BERGU. Turutan melakukan servis ditentukan pada permulaan tiap-tiap set adalah seperti berikut :i. Pasangan yang melakukan servis di dalam game pertama dalam tiap-tiap set akan menntukan siapa yang akan melakukan nya dahulu. Pasangan lawan pula akan menentukan siapa di antara mereka yang akam melakukan servis dalam game ke dua. ii. Pasangan pemain dalam permainan pertama akan membuat servis dalam permainan ke tiga. iii. Pasangan pemain dalam permainan ke dua pula akan membuat servis dalam permainan ke empat. iv. Turutan ini akan diteruskan dalam permainan yang berikutnya.

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 28

1. 2. 3.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tenis http://www.scribd.com/doc/22963624/Tenis http://infopjkform4.blogspot.com/2012/05/kemahiran-asas-dan-undang-

undang.html 4. http://www.scribd.com/doc/68981422/Nota-Siap

WSC 116/1 : TENIS ASAS

Muka Surat 29