Anda di halaman 1dari 26

Peringkat Skematik (7-9 tahun) Mengikut Viktor Lowenfeld, peringkat skematik diambil dari perkatan skema yang bermaksud

sebagai suatu konsep dan ianya diulang-ulang. Pengunaan simbol didalam lukisan kanak-kanak merupakan suatu konsep yang dibuat oleh kanakkanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ianya akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Simbol-simbol juga merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka. Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Dimana lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain. Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara berlebihan (exegeration). Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut. Dan lukisan mereka juga banyak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif). Saya telah mengumpulkan karya murid-murid mengikut tahap skematik ini ketika melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Taman Segar. Antara karya murid-murid yang saya dapat kumpulkan terdiri dari tahap 1, berumur 8 dan 9 tahun. Antaranya ialah karya adik Glenys Lam Xin Yu, berumur 8 tahun, bidang mengambar dan teknik lukisan. Berdasarkan lukisan adik Glenys ini, ciri-ciri yang dapat dilihat ialah dari segi penggunaan garisan didalam lukisannnya. Garisan yang digunakan ialah garisan halus dan garisan yang mudah dibentuk. Manakala pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Adik Glenys juga mahir mencampurkan warna pastel bagi menghasilkan ton warna cerah dan gelap. Pengunaan ruang pula merupakan ruang yang mendatar dimana kesemua gambar melalui satu garis satah semua objek dilukis didalam lingkungan garisan tersebut. Lukisan adik Glenys menunjukkan suasana riang dimana terdapat ojek seperti hadiah dan kek dilukis yang menunjukkan situasi ketika majlis harijadi yang disambut di kelas dan diraikan oleh rakan-rakan dan guru. Adik Glenys juga mengunakan simbol bunga dan melukis muka rakan-rakannya didalam bunga tersebut yang menunjukkan dia sangat menyayangi rakan-rakan tersebut. Malah diluar kawasan lukisan dilukis bingkai berbentuk hati yang menunjukkan konsep kasih sayang antara Glenys dan rakanrakannya. Bagi menghasilkan lukisan ini, adik Glenys melukis di atas kertas lukisan dan mengunakan media kering iaitu oil pastel. Karya yang seterusnya ialah lukisan adik Esther Lim Jia Wei, berumur 9 tahun bidang mengambar dan teknik lukisan. Adik Esther mengunakan garisan mudah dan halus bagi menghasilkan rupa dan bentuk objek didalam lukisannya. Dia juga mengunakan garisan condong bagi menghasilkan rupa pelangi. Penggunaan warna pula terdapat warna panas dan warna sejuk. Adik Esther juga mencampurkan warna

bagi menghasilkan ton. Pengunaan ruang pula merupakan ruang yang mendatar dimana kesemua gambar melalui satu garis satah semua objek dilukis didalam lingkungan garisan tersebut. Dan adik Esther mengunakan warna cerah bagi menunjukkan ruang hadapan, dan warna gelap bagi bahagian ruang dibelakang. Adik Esther menceritakan suasana riang didalam karyanya bersama-sama ibunya ketika di taman bunga. Kehadiran pelangi yang berwarna-warni didalam lukisannya juga mungkin menunjukkan perasaannya yang gembira ketika situasi berkenaan. Pengunaan figura manusia yang tidak secara berlebihan dan menunjukkan saiz perbezaan manusia yang normal didalam karya adik Esther menunjukkan tahap perkembangan yang baik. Adik Esther juga mengunakan oil pastel didalam karyanya. Berikutnya pula ialah adik Lai Rui Xe berumur 9 tahun bidang mengambar dan teknik lukisan. Adik Lai juga menggunakan garisan yang mudah dan halus bagi menghasilkan bentuk objek didalam lukisannnya. Serta garisan yang membentuk bunga matahari menimbulkan tumpuan. Garisan yang digunakan juga menghasilkan rupa organik. Manakala pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Adik Lai juga mahir mencampurkan warna pastel bagi menghasilkan ton warna cerah dan gelap. Ruang yang ditunjukkan didalam karya adik Lai merupakan ruang mendatar. Ton warna yang digunakan iaitu dari cerah ke gelap menimbulkan gambaran menjunam ke dalam. Adik Lai menghasilkan karya yang menonjolkan dirinya dan rakan baiknya bertukar-tukar hadiah dan sedang berada di atas pentas dimana dia dan rakannya menjadi tumpuan ketika situasi tersebut. Adik Lai juga mengunakan oil pastel didalam lukisannya. Karya yang berikut ialah karya Ho Yit Chien yang berumur 9 tahun bidang mengambar dan teknik lukisan. Adik Ho mengunakan garisan yang mudah dan halus untuk melukis secara berhati-hati. Terdapat juga pengunaan garisan tebal yang menunjukkan kekuatan pada garisan bangunan di belakang figura manuisa. Adik Lai juga mahir mengunakan garisan bagi menghasilkan rupa dan seterusnya menghasilkan ekspresi pada figura manusia di dalam lukisannya. Terdapat juga penghasilan rupa geometri iaitu pada lukisan objek tingkap. Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga warna kontra dimana pada tulisan diatas papan hijau, warna kuning digunakan diatas latar warna hijau. Warna sewarna juga digunakan pada lukisan objek burung. . Pengunaan ruang pula merupakan ruang yang mendatar dimana kesemua gambar melalui satu garis satah semua objek dilukis didalam lingkungan garisan tersebut. Warna gelap menonjol dari latar cerah dan ton warna dari gelap ke cerah kelihatan menonjol keluar. Karya adik Ho menunjukkan suasana riang ketika di dalam kelas bersama-sama rakan-rakannya. Mereka mengadakan majlis dan mereka semua

berasa gembira serta menyanyikan lagu secara beramai-ramai. Adik Ho juga mengunakan oil pastel bagi menghasilkan karyanya. PERINGKAT AWAL REALISM (9-12 tahun) (The Gang Age) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat. Dan kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya dan sama jantina. Lukisan mereka juga menampakkan ciriciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. Cara melebih-lebihkan (exegeration) tidak lagi dilakukan Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindan-tindih objek. Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi memahami garis horizon di mana, objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah). Kadar banding (propotion) pada lukisan orang, dilakukan secara naturalistik. Mengunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek.Hijau untuk pokok,biru untuk langit,kuning untuk tanah dan sebagainya. Dan memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka. Antara contoh bagi bagi peringkat ini ialah, adik Sherron Tan berumur 11 tahun bidang mengambar dan teknik resis dengan karyanya. Adik Sherron mengunakan garisan yang halus bagi menghasilkan rupa dan bentuk. Garisan yang digunakan menghasilkan rupa organik. Akan tetapi kedudukan anggota tubuh badan figura masil belum menampakkan kedudukan anggota tubuh yang betul dimana tangan dilukis di tepi kepala. Begitu juga dengan proportion tubuh badan dengan kepala yang masih tidak seimbang. Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Warna yang digunakan juga menimbulkan ilusi ruang. Dari segi ruangan pula, ruang yang dihasilkan merupakan ruang mendatar dengan satu satah garisan dengan semua objek melaluinya. Adik Sherron menggambarkan situasi ketika bersama kawan-kawannya dan betapa seronoknya mereka. Penggunaan simbol hati juga menunjukkan betapa adik Sherron sayangkan kawan-kawannya. Lukisan figura budak perempuan ditengah-tengah kertas lukisan merupakan adik Sherron sendiri, dimana menunjukkan bahawa dia inginkan perhatian. Adik Sherron mengunakan oil pastel dan pen dakwat cair untuk menghasilakn karya ini. Yang seterusnya ialah adik Chong Wan Xin berumur 11 tahun bidang mengambar dan teknik lukisan. Garisan yang digunakan oleh adik Chong bagi menhasilkan lukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal. Garisan tebal yang digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis didalam garisan tersebut. . Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang

harmoni. Terdapat juga warna kontra dimana warna cerah seperti merah diletak di hadapan latar berwarna gelap. Warna latar yang gelap juga menghasilkan ilusi ruang. Apabila warna yang kontra diletakkan bersama, tindakan positif warna terhasil. Ini dapat menghasilkan kesan atau impak kepada orang yang melihatnya. Ruang yang digunakan juga merupakan ruang mendatar kerana lukisan adik Chong lebih kepada bersifat dekoratif. Warna gelap yang dijadikan sebagai latar menonjolkan warna yang lebih cerah. Adik Chong menggambarkan dia ingin mencontohi abangnya yang telah berjaya dengan belajar bersungguh-sungguh dan menginginkan penghargaan dari ibunya. Adik Chong juga mengunakan simbol hati yang menunjukkan kasih sayangnya kepada ibunya. Adik Chong mengunakan warna air dan lilin bagi mengunakan teknik resis dalam karyanya. Berikutnya pula ialah adik Ho Teck Sang yang berumur 11 tahun bidang mengambar dan teknik lukisan. Adik Ho mengunakan garisan halus, melintang, menegak dan beralun. Garisan beralun digunakan untuk menghasilkan rupa bendera. Dengan itu, benderaan berkenaan seperti sedang beralun dan terdapat pergerakan. Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga warna kontra dimana warna yang cerah diletak di hadapan latar yang berwarna gelap. Adik Ho juga mengunakan warna untuk membentuk sesuatu seperti bunga api dengan warna panas di tengah dan warna sejuk diluar, ianya seperti membentuk satu pancaran. Susunan warna harmoni juga menghasilkan suasana selesa, menarik, dan seimbang. Malahan susunan warna yang berbeza menimbulkan kesan tindakan warna positif. Didalam lukisan ini terdapat penggunaan ruang cetek. Malah pengunaan warna yang mempunyai nilai ton tinggi dan rendah memberikan ilusi pengunaan ruang. Dimana objek yang cerah berada dihadapan dan ojek yang gelap di belakang. Adik Ho menggambarkan suasana ketika majlis keraian diadakan dimana semua saudara-mara pulang ke rumah dan bergotongroyong membantu menjayakan majlis tersebut. Malah setiap figura manusia mempunyai ekspresi muka yang riang menunjukkan situasi tersebut menyeronokkan dan adik Ho tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. Adik Ho menggunakan oil pastel untuk menghasilakn karya tersebut. Yang berikutnya ialah adik Yap Chia Cheng, berumur 12 tahun bidang mengambar dan teknik lukisan. Adik Yap mengunakan garisan halus dan tebal serta beralun. Garisan beralun digunakan bagi menghasilakan rupa awan. Garisan tebal yang digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis didalam garisan tersebut. Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna sejuk yang digunakan menimbulkan suasana harmoni, aman, dan tenang. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga warna kontra dimana warna jingga digunakan dengan warna biru. Warna kontra yang digunakan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang

melihatnya. Warna yang lebih pekat digunakan diatas warna latar yang lembut menimbulkan ilusi ruang. Ini juga menimbulkan kesan positif warna. . Dari segi ruangan pula, ruang yang dihasilkan merupakan ruang mendatar dengan satu satah garisan dengan semua objek melaluinya. Adik Yap menggambarkan didalam karyanya ketika dia berada dengan orang yang paling disayangi iaitu ayahnya. Situasi menunjukkan dia menghabiskan masa bersama ayahnya dan dia menghadiahkan sesuatu bagi menghargai jasa baik ayah. Bagi menghasilkan karya ini, adik Yap mengunakan kertas lukisan dan oil pastel.

Kanak-kanak pada peringkat ini memerlukan ransangan dari segi pemikiran mereka dengan memberikan banyak bahan bacaan bercerita, menonton filem tentang haiwan, manusia dan sebagainya. Khayalan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu memainkan peranan penting diperingkat usia ini Mereka juga perlu diberikan perhatian terhadap karya mereka agar mereka merasakan kehebatan keupayaan mereka dan dirinya dihargai.dan Mereka juga perlu bimbingan supaya mereka ini dapat berfikir hingga ke satu titik mula di mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara berdikari. Serta jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka kerana kesilapan itu juga merupakan proses pembelajaran KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS Melukis sebagai Medium Komunikasi. Disini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial.Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna didalam lukisan mengambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis, terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu

bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam Bibliografi http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm http://cikguani.blogspot.com/ http://www.scribd.com/doc/22320213/Pengutaraan-Tampak-Kanak-kanak http://www.slideshare.net/syireen/tokoh-lowenfeldhurwitzday http://unitpsvipba.blogspot.com/ http://psvisual.wordpress.com/ http://senivisual1.blogspot.com/p/blog-psv.html http://rmc.upsi.edu.my/v2/ewacana/Asas%20Seni%20Visual.htm http://senivisual2.blogspot.com/2010/03/banyak-buku-buku-rujukan-pendidikan.html

http://orangeavenge.blogspot.com/2011/01/peringkat-perkembangan-pengutaraan.html

sUBJEK :KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK(PSV 3103) TAJUK :TOKOH-TOKOH PENDIDIK DAN PENGKAJI LUKISAN KANAK-KANAK VICTOR LOWENFELD Biografi Viktor Lowenfeld Lahir di Linz, Austria pada tahun 1903 Dr. Lowenfeld merupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of Fine Arts di bandar yang sama Tidak lama kemudian beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Vienna dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah menengah. Ketika di Vienna, beliau juga telah dilantik menjadi pengarah kesenian kepada Blind Institute. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke England sebelum kembali ke United States. Beliau telah bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai wartime visual aids consultant dalam tentera laut. Lowenfeld telah menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai pembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni di institut ini. Tidak lama kemudian beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Art Department di institut yang sama. Lowenfeld kemudiannya berhijrah ke The Pennsylvania State University sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946. Selepas 10 tahun beliau telah menjadi head of the newly founded Department of Art Education Beliau kekal dalam posisi ini sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1960 Dr. Lowenfeld juga terkenal dengan Visual-Haptic theory in Art Education yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna. Beliau juga merupakan seorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The National Committee dalam Pendidikan Seni. TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH VICTOR LOWENFELD Victor Lowenfeld membahagikan perkembangan artistik kepada 6 peringkat: 1)Peringkat Scribbling (2-4 tahun) 2)Peringkat Preschematic (4-7 tahun) 3)Peringkat Schematic (7-9 tahun) 4)Peringkat Dawning Realism/ The Gang Age (9-12 tahun)

5)Peringkat Pseudonaturalistic/Reasoning (12-14 tahun) 6)Peringkat Period If Decision/Adolescent Art (14-17 tahun) PENGENALAN Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanakkanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun. Peringkat perkembangan artistik mereka merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art. Peringkat Scribbling (2-4 tahun) Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot moto tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Peringkat Preschematic ( 4-7 Tahun ) Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan Contoh : Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun ) Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. Contoh : Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi permandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.

Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun ) Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan Peringkat Pseudonaturalistic / Reasoning ( 12-14 tahun ) Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School ( 14-17 tahun ) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

http://kotakkati.blogspot.com/2009/07/slot-cikgu-senisekadar-berkongsi_06.html

PERINGKAT-PERINGKAT PENGUTARAAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI VIKTOR

1) PERINGKAT CONTENGAN (2-4 tahun) a) Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu

CIRI-CIRI - Mula dengan conteng menggunakan apa sahaja bahan atau alat pada sebarang permukaan di sekitar mereka - Contengan garisan bersifat panjang, pendek secara berulang-ulang - Tidak menggambarkan apa-apa imej (kawalan maskular berada pada tahap lemah) - Hanya catatan kinestetik bukan bertujuan untuk menggambar (lebih kepada kepuasan dan seronok dapat memiliki alat dan diberi kebebasan) - Cara alat dipegang ikut keupayaan dan kesukaan - Daya contengan bergantung kepada perkembangan fizikal dan psikologikal kanak-kanak

LOWENFELD.

b) Contengan terkawal ataupun contengan kawalan garisan

- Keupayaan menconteng bergantung kepada kawalan maskular tangan - Wujud koordinasi mata dan tangan - Suka conteng hingga penuhi ruang permukaan - Garisan berulang dengan pelbagai nilai garisan - Alat contengan dipegang dengan lebih baik - Tangan selalunya tidak diangkat semasa menconteng - Mula bentuk rupa mudah seperti bulat, garisan menegak dan melintang - Cuba menampakkan sesuatu representasi kerana mula menyedari hubungan diantara contengan dengan objek tampak - Lewat usia 3-4 tahun - Kanak-kanak cuba menamakan bahagian pada lukisan atau menceritakan tentang lukisan mereka walaupun imej sebenar tentang cerita atau nama tersebut tidak jelas - Gambar yang dilukis dapat dikaitkan dengan alam sekitar (cuba menggambarkan perasaan) - Mula menampakkan imaginasi (tidak hanya tertumpu pada pergerakan kinestetik) - Piaget namakan peringkat ini sebagai peringkat intuitif dalam operasi konkrit - Bermulanya bentuk konkrit (kanak-kanak melukis bentuk yang terdapat dipersekitaran mereka) - Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya

c) Contengan bermakna

2) PERINGKAT PRA- SKEMATIK (4- 7 tahun)

- Imej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan reprensentasi tampak - Contoh : Mereka lukis muka orang, mereka tahu setiap muka ada telinga, mata, hidung dan mulut. Kedudukan atau kadar banding mulut, mata dan lain-lain tidak penting kepada mereka - Imej manusia digambarkan dengan rupa asas (bulat bagi muka, garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki dan

tangan). - Objek dilukis dimana-mana sahaja pada ruang lukis - Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objekobjek penyokong yang diletakkan disekeliling objek pertama. Ruang ini dinamakan ruang badan. - Suka mencuba dan buat pernyataan sendiri walaupun imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa - Skema bermaksud sebagai suatu konsep. Ianya diulangulang - Simbol-simbol merupakan konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ia akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. - Simbol-simbol merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan yang mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka. - Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. - Lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain. - Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara berlebihan (exegeration). - Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut. - Lukisan mereka bayak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif). - mereka mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat - kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sam jantina. - Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. - Cara melebih-lebihkan (exegeration) tidak lagi dilakukan - Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada

3) PERINGKAT SKEMATIK (7 9 tahun)

4) PERINGKAT AWAL REALISM (9-12 tahun)

kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. - Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindantindih objek. - Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi memahami garis horizon di mana, objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah). - Kadar banding (propotion) pada lukisan orang, dilakukan secara naturalistik. - Menguunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek.Hijau untuk pokok,biru untuk langit,kuning untuk tanah dan sebagainya. - Memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka. Cadangan untuk meningkatkan keupayaan tampak - rangsangkan pemikiran mereka dengan memberikan banyak bahan bacaan bercerita, menonton filem tentang haiwan, manusia dan sebagainya. Khayalan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu memainkan peranan penting diperingkat usia ini - Berikan perhatian terhadap karya mereka agar mereka merasakan kehebatan keupayaan mereka dan dirinya dihargai. - Bimbing kanak-kanak berfikir hingga ke satu titik mula di mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara berdikari - Jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka kerana kesilapan itu juga merupakan proses pembelajaran - Peringkat Peeudo-natiralistik, iaitu lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan - Peringkat peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih kritikal. - Lukisannya diolah lebih natural - Mmahami konsep ruang. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat - Terdapat tanda-tanda dalam lukisan mereka yang Cuma

5) PERINGKAT PENAAKULAN (12-14 tahun)

menggunakan perspektif - Terdapat juga yang cuba mengubahsuai gambar orang dan haiwan ke dalam bentuk karton melalui lukisan satirikal. - Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari peranannya dalam masyarakat. - Bersifat individualistik dan merasakan bebas membuat keputusan sendiri. - Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan menjadi lebih matang. - Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya. - Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkannya kemahiran seni dan tertentu yang disukainya seperti batik, catan dan sebagainya. - Peringkat ini memulakan era memahami kehidupan sosial dan konsep seni yang berfungsi

6) PERINGKAT REMAJA (14-17 tahun)

http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/peringkat-peringkat-pengutaraan-kanak.html

NOTA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL Bilakah kali terakhir anda melukis? Apakah bentuk lukisan yang anda hasilkan? Siapakah yang mempengaruhi dan memberikan galakan kepada anda untuk melukis? Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai. 1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK Pada pandangan anda, adakah kebolehan seni seseorang merupakan satu anugerah yang ada sejak lahir, atau ianya dapat dibentuk dan dikembangkan mengikut proses pertumbuhan mental seseorang individu? Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut: (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

(c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. (d) Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormatmenghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. 1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS Pernahkah anda melihat kanak-kanak menconteng dinding, buku atau pun kertas? Mengapakah kanak-kanak gemar menconteng? Adakah mereka ingin berkomunikasi?

Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik. (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu, lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa fikiran

dan perasaan kanak-kanak. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma. (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Kanak-kanak umumnya belajar sambil bermain. Bagi mereka, aktiviti bermain memberikan kepuasan di samping memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka alam sekeliling. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. 1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK Semasa menuntut di sekolah rendah dahulu, pernahkah anda berkongsi lukisan yang anda hasilkan dengan rakan sekelas anda? Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkan peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Kajian mengenai perkembangan artistik kanak-kanak banyak dijalankan bagi melihat pertumbuhan pemikiran kanak semenjak dari kurun ke 19 lagi. Menurut Light dan Barnes (2003), kajian terawal mengenai perkembangan artistik kanak-kanak yang pernah direkodkan adalah pada tahun 1887. Corrado Ricci yang berbangsa Itali telah menghasilkan tulisannya di dalam buku yang bertajuk The Art of Little Children yang mengkaji beberapa lukisan kanak-kanak. Pada tahun 1910 pula, kajian perkembangan kanak-kanak diteruskan oleh Clara dan William Stern di Jerman yang menerbitkan kajian mengenai lukisan yang dihasilkan oleh seorang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak tersebut berumur 4 hingga 7 tahun. Pada tahun 1913 di Perancis, Georges-Henri Luquet telah menerbitkan 1,500 keping katalog lukisan yang dihasilkan oleh anak perempuan beliau, dilukis semasa berumur antara 3 hingga 8 tahun. Kesemua kajian dan penerbitan yang dihasilkan mengenai perkembangan awal artistik kanak-kanak masih lagi menjadi rujukan utama kepada kajian mengenai perkembangan artistik kanak-kanak pada masa sekarang. 1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanak kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat

manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja. Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the teacher, but they should not be considered as goals for education. - Hurwitz dan Day (2001)

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai. (b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.

Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan. Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketua keluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain. Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu. (c) Pra-Remaja (10-13 Tahun) Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat. 1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanakkanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art. (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAY Peringkat Manipulatif (2-5 tahun) Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun) Peringkat Pra-Remaja (10-13 tahun) (c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi. (d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. (f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-Henri Luquet

Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Luquet (1926) bermula daripada peringkat contengan. Menurut Luquet, perkembangan dan aktiviti melukis kanakkanak pada peringkat ini adalah lebih kepada aktiviti peniruan dan diterjemahkan mengikut gaya contengan mereka. Namun secara ringkasnya terdapat tiga peringkat perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan dan diistilahkan oleh Luquet iaitu peringkat Fortuitous Realism atau penemuan imejan realism secara tidak sengaja, peringkat kedua adalah Failed Realism, dan peringkat ketiga adalah Intelectual Realism dan peringkat akhir adalah Visual Realism. (a) Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar. Apa yang menarik ialah keserupaan imejan yang dihasilkan adalah secara tidak sengaja. (b) Peringkat Failed Realism Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali. Namun usaha yang dilakukan tidak dapat diteruskan kerana imej objek tersebut kerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi. (c) Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Penghasilan karya kanak-kanak adalah dalam bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik. (d) Peringkat Visual Realism Peringkat akhir ini memperlihatkan keupayaan kanak-kanak untuk melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik. 1.5 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK Apabila tiba pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak akan lebih cenderung untuk melukis berdasarkan apa yang mereka lihat daripada menggunakan imaginasi sendiri. Kenapa ini berlaku? Setiap insan di dunia mempunyai keinginan, terutamanya kanak-kanak. Sebagai guru, memahami keinginan mereka memberi ruang kepada kita untuk mengatur sesi pembelajaran serta pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih berkesan. (a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung Pujian dan sanjungan merupakan sebahagian daripada kaedah meningkatkan motivasi kanak-kanak. Di dalam aktiviti pendidikan seni visual, penghasilan karya oleh kanak-kanak perlu mendapat kredit yang sewajarnya daripada guru. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak hendaklah dipamerkan pada papan kenyataan murid di sekolah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keyakinan diri murid selain sebagai satu bentuk penghargaan kepada mereka di atas usaha menghasilkan karya.

(b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami Aktiviti melukis dijadikan sebagai landasan bagi membina persaingan yang sihat di kalangan kanak-kanak. Pertandingan seperti pertandingan melukis dan mewarna sering diadakan bertujuan untuk mewujudkan persaingan positif di kalangan kanakkanak di samping memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan rakan sebaya. Penganjuran aktiviti sebegini memberikan peluang kepada mereka untuk mempelajari kaedah dan perkara baru sesama mereka. (c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan Aktiviti melukis meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Selain itu, melalui aktiviti melukis kanak-kanak diberikan peluang untuk meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan-bahan lukisan seperti pensil, pen, pensil warna, dan sebagainya. Kanak-kanak sememangnya suka untuk mencuba. Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran bagi kanak-kanak. Latihan 1.3 1. Sebagai guru, bagaimanakah pengetahuan tentang perkembangan artistik pelajar dapat membantu meningkatkan proses pembelajaran?

RUMUSAN Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan maklumat mengenai mengapa kanak gemar melukis dan seharusnya telah memahami mengapa Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi dan makna yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh golongan dewasa. Karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak merupakan satu kaedah bagi mengenal pasti proses perkembangan mereka justeru dan boleh gunakan pengetahuan ini untuk mengatur aktiviti yang menggalakkan perkembangan artistik mereka. Selain daripada itu berikan peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan seusia dengan mereka supaya pengalaman rakan yang lain turut menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran.

TOPIK 2 TEORI-TEORI DALAM SENI PENGENALAN Teori dapatlah diertikan sebagai pendapat yang dikemukakan oleh individu-individu tertentu untuk memperjelaskan sesuatu perkara. Perkataan teori diambil daripada perkataan Latin theoria, yang seiras dengan perkataan Greek theOria dan theOrein. Secara umumnya ketiga-tiga istilah ini merujuk kepada perkara yang sama iaitu untuk melihat atau mempertimbangkan. Md. Nasir dan Iberahim Hassan (2003) mengklasifikasikan teori sebagai asas-asas atau hukum-hukum umum yang menjadi dasar pembentukan kesenian, ilmu pembentukan kesenian ataupun ilmu pengetahuan.

Di dalam konteks umum, istilah teori digunakan untuk memperjelaskan pendapat, hipotesis ataupun spekulasi. Jika disoroti pengertian ini, teori tidaklah semestinya bertunjangkan fakta; dalam erti kata lain ianya tidak semestinya konsisten dengan pengertian sebenar realiti. Adakalanya teori diformulasikan untuk memperjelaskan pendapat tertentu dan tidak semestinya berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Contohnya pada suatu masa dahulu terdapat kebimbangan di kalangan pelayar dan pelaut yang mungkin mengemudi kapal sehingga ke sempadan lautan. Kebimbangan ini berasaskan teori yang berpendapat bahawa dunia ini berbentuk segi empat. Pelayar dan pelaut bimbang sekiranya mereka sampai ke penghujung dunia iaitu di bucu segi empat, kapal mereka mungkin terjatuh ke bawah. Jelas bahawa teori ini tidak berasaskan realiti sebenar dan lebih menjurus kepada pendapat yang tidak dapat dikenal pasti kesahihannya. Namun teori tetap membantu dalam merungkai dan memperjelas sesuatu perkara. Bidang pendidikan seni itu sendiri sangat luas, subjektif dan abstraktif. Perkembangan seni seseorang individu melibatkan proses estetik yang rumit dan dengan memahami teori-teori pendidikan seni yang dikemukakan, guru pendidikan seni visual akan mendapat gambaran yang lebih jelas dan seterusnya dapat diaplikasikan di dalam pendekatan pengajaran mereka. Sebelum merungkai teori-teori terkemuka di dalam pendidikan seni visual, eloklah disingkap terlebih dahulu pengertian seni itu sendiri. OBJEKTIF Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. memahami teori-teori pendidikan seni visual; 2. mengenal pasti aplikasi teori-teori pendidikan seni visual; dan 3. mengaplikasi teori-teori ini di dalam konteks sebenar pengajaran seni visual.

2.1 DEFINISI SENI Apakah pendapat peribadi anda tentang seni dan skop seni? Bagaimanakah pengetahuan tentang definisi seni dapat meningkatkan pemahaman anda tentang seni?

Seni di dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai art yang diambil daripada istilah Latin ars, bermaksud penyusunan ataupun untuk menyusun. Dalam konteks ini, interpretasi seni adalah sangat universal yang merujuk kepada sebarang bentuk objek yang disusun mengikut aturan tertentu. Interpretasi seni yang sangat luas ini menggamit pengamal-pengamal seni untuk menjuruskan skop seni ke atas lensa yang lebih fokus agar dapat memberikan gambaran yang lebih spesifik. Seni merupakan intipati kepada ekspresi kreativiti seseorang. Namun, sifat seni yang subjektif dan abstrak menyukarkan untuk memberikan takrifan khusus

kepada seni mahupun konsep seni itu sendiri. Walaupun sukar untuk diberi definisi khusus dan sama sukarnya untuk menilai tahap seni seseorang individu, setiap artis menentukan sendiri parameter hasil karya seni mereka. Secara amnya, seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. Ada juga yang memandang seni sebagai satu hasil aplikasi kreativiti yang mempunyai elemen atau nilai apresiasi, berdasarkan nilai estetik dan kesan emosi. Istilah seni mempunyai konotasi yang amat rapat dengan kemampuan dan penguasaan sesuatu medium dalam menyampaikan maksud-maksud tertentu. Menentukan maksud yang ingin disampaikan, medium dan cara berkesan untuk menyampaikan maksud tersebut; memerlukan asas kritis yang baik dalam membuat penilaian. 2.2 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN Kesedaran terhadap proses perkembangan kognitif dan artistik kanak-kanak mula mendapat tempat di kalangan penyelidik, pengkaji, pendidik dan ahli psikologi pada awal 1900. Hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa proses perkembangan kanak-kanak adalah mengikut peringkat-peringkat tertentu. Setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri dominan yang dipaparkan secara berulang-ulang di dalam hasil seni kanak-kanak. Peringkat-peringkat ini juga mempunyai kaitan dengan umur kanak-kanak dan kematangan di dalam ekspresi artistik selalunya jelas berdasarkan kematangan usia mereka. 2.3 PERKEMBANGAN ESTETIK Kita sering mengaitkan elemen estetika dengan kreativiti dan artistik. Apakah sebenarnya estetik dan bagaimanakah ianya berbeza dengan konsep kreativiti di dalam seni?

Perkembangan estetik kanak-kanak selalunya diterjemahkan melalui gerak-geri dan pergerakan badan mereka. Kebolehan kanak-kanak dalam meluahkan nilai estetika mereka merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting di dalam perkembangan seni kanak-kanak tersebut, malah amat penting di dalam perkembangan pemikiran dan intelektualiti mereka. Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka. Walaupun perkembangan estetik kanak-kanak secara total masih belum dapat dikenal pasti, para pengkaji telah menemui beberapa pergerakan yang menjadi refleksi kepada

perkembangan estetik kanak-kanak. Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi. Kanak-kanak pada umur 2 hingga 4 tahun selalunya mengeluarkan isyarat-isyarat tertentu yang lebih berbaur emosi daripada rasional atau intelektualiti. Isyarat-isyarat biasa seperti tunduk memberi hormat atau pergerakan biasa yang dilakukan ketika beribadat mempunyai implikasi emosi. Apabila usia mereka meningkat ke tahun ketiga dan keempat, kanak-kanak menjadi lebih peka kepada gerakan-gerakan dinamik yang melibatkan imbangan, arah, konsisten, daya dan juga keintiman. Di usia ini, mereka dapat mengimbangkan diri mereka dengan baik di atas kerusi yang kecil dan mengekalkan langkah yang konsisten semasa mencuba tarian yang mudah. Mereka juga dapat membezakan kiri dan kanak, atas dan bawah. Pada umur 6 tahun, kanak-kanak tahu bahawa gerak-geri mereka juga mempunyai elemen psikologi. Contohnya meluahkan rasa sedih dengan menundukkan muka atau pun melahirkan ekspresi sedang berfikir dengan meletakkan tangan di bawah dagu. Semua pergerakan ini adalah luahan estetik mereka dan sebagai orang dewasa, pemerhatian terhadap pergerakan-pergerakan mereka akan dapat membantu kita menentukan apa yang bermain di dalam fikiran dan jiwa mereka. 2.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan yang membantu memperjelas perkembangan artistik kanak-kanak. Antara model-model terkemuka telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975), Chapman (1972). Model-model ini secara umumnya berbeza namun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representation. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah: (a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. (b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna. (c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja. Model-model perkembangan artistik kanak-kanak akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam Topik 6.

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html

Perkembangan Artistik Kanak-Kanak Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Terdapat banyak kajian tentang teori perkembangan artistik di kalangan kanak-kanak. Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day. Hurwitz dan Day (2001) membahagikan perkembangan artistik kepada 3 peringkat; Peringkat 1: Peringkat Manipulatif/zaman awal kanak-kanak (2-5 tahun) Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan tidak realistik-banyak guna garisan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Boleh melukis rupa Pada peringkat ini aktiviti melukis lebih kepada kepuasan dan keseronokan melukis/memegang peralatan melukis adalah mengikut gaya dan cara yang mereka sukai. Peringkat 2: Membuat Simbol (6-9 Tahun) Boleh menghasilkan simbol Kawalan tangan mula seimbang Persekitaran mempengaruhi lukisan mereka. Biasanya ia suka melukis objek-objek yang hampir dengan diri/pengalaman mereka (cth; rumah, kakak, abang, emak, ayah, bilik tidur dll) Imej yang penting biasanya dilukis lebih besar (cth; bapa, orang lebih besar daripada latar belakang) Warna disesuaikan (cth; langit biru, pokok hijau)

http://cantiksenikasih.blogspot.com/2012/01/perkembangan-artistik-kanak-kanak.html http://rujuknota.blogspot.com/2011/11/teori-perkembangan-artistik-kanak-kanak.html