Anda di halaman 1dari 2

Saya melakukan kajian ini di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka.

Semasa melaksanakan kerja kursus ini, saya mendapati bahawa persatuan pengakap melaksanakan aktiviti-aktiviti Pengakap dengan baik dan berketepatan. Pengakap disekolah ini mempunyai ahli seramai 121 orang murid. Murid-murid tersebut terdiri daripada pelajar dari tahap 2 (Darjah 4,5,6) dan quota pelajar-pelajar dibahagi sama rata mengikut tahun. Ketua Pengakap disekolah tersebut ialah Pn. Norhidayah Satiman. Beliau mempunyai pengetahuan tentang Pengakap dan mampu merancang aktiviti yang bersesuaian untuk diberikan kepada ahli-ahli Pengakap. Ini adalah penting agar ahli-ahli mendapat manfaat dalam setiap perjumpaan persatuan. Sebagai guru pensihat pengkap atau ketua pengakap disekolah, amat penting bagi kita untuk mempunyai pengetahuan dalam bidang yang dikendali. Jika tidak, ia akan memberi masalah kepada ahiahli dan akhirnya membuatkan ahli-ahli tidak berminat lagi untuk menyertai persatuan tersebut. Saya berasa bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mempelajari ilmu-ilmu Pengakap ketika ini kerana ia tentu akan menjadi manfaat kepada saya jika hendak mengendalikan persatuan Pengakap disekolah kelak. Persatuan pengakap disekolah ini juga adalah persatuan yang berdaftar bagi zon Melaka. Sesebuah persatuan disekolah hendaklah didaftar kan dan perlu mengikut prosedur yang tertentu. Menurut kajian saya, bagi menubuhkan sesuatu persatuan, guru pemimpin hendaklah menulis satu surat pemohonan penubuhan kepada guru besar. Kemudian guru besar membalas pemohonan tersebut dengan surat pelantikan dan surat kelulusan pemohonan. Kemudian, guru pemimpin perlu mendaftar ahli-ahli persatuan pengakap seperti yang tertakluk dibawah Akta Parlimen 1968, (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974 pindaan Akta 409, Tahun 1989. Ini penting bagi mendapatkan pengiktirafan untuk persatuan Pengakap. Begitu lah prosedur-prosedur yang diambil oleh persatuan pengakap sekolah ini ketika penubuhannya. Saya mendapati bahawa bukan mudah untuk sesebuah sekolah itu menubuhkan persatuan. Terdapat pelbagai langkah-langkah yang perlu diambil bagi melancarkan proses penubuhan. Ini adalah input yang berguna bagi saya dalam menjadi guru yang melakukan kerja-kerja dengan betul dan sempurna mengikut peraturan. Takwim yang disusun oleh persatuan ini juga teratur dan mengikut jadual. Menurut Pn.Norhidayah Satiman (Ketua Pengakap SK Ayer Keroh), perkara yang peru ada dalam takwim adalah : a. b. c. d. e. f. g. h. Pendaftaran. Mesyuarat Jawatankuasa Mesyuarat Agung setiap Pasukan Pakaian Seragam. Mesyuarat Jawatankuasa setiap Pasukan Pakaian Seragam Rancangan aktiviti. Hari Kokurikulum Sekolah. Penilaian Pelaporan.

Takwin juga mempunyai format yang perlu dituruti supaya ia menjadi seragam dan teratur. Melalui pemerhatian saya, persatuan pengakap disekolah ini mempunyai takwin yang teratur. Takwim tersebut disusun untuk setahun. Sekolah ini akan memastikan bahawa takwim akan ditepati agar tidak tertinggal jadual yang ditetapkan. Ahli-ahli Pengakap disekolah ini aktif dan memberi kerjasama kepada guru pemimpin mereka dan melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh. Sudah tentunya kebanyakan kanak-kanak berminat dengan aktiviti-aktiviti Pengakap kerana ia kebanyakannya ia mengajar kemahiran hidup seperti pertolongan cemas, ikatan, perkhemahan dan sebagainya. Saya juga perlu menyiapkan diri saya dalam mengasah kemahiran-kemahiran seperti ini untuk diajar kepada murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai