Anda di halaman 1dari 1

PERNYATAAN PROFESIONAL Apa yang diharapkan melalui praktikum ini.

Untuk praktikum ini, saya akan menjalani latihan mengajar selama hampir tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Abang Ali, salah sebuah sekolah yang terkenal dengan kecemerlangan akademik dan kokurikulum di bahagian Sibu. Menerusi praktikum ini saya berharap dapat menimba ilmu pengetahuan menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran secara langsung, berkesan dan berkualiti dengan bimbingan penyarah dan guru pembimbing. Dalam usaha untuk menyampai maksud itu saya berhasrat untuk menyiapkan diri saya terutama dari aspek persediaan mengajar sebagai salah satu tahap terpenting teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Ini kerana sepanjang hampir setahun saya di Institut Pendidikan Guru kampus Rajang, saya telah didedahkan secara teori bagaimana satu pengajaran berkualiti adalah yang mencerminkan pengetahuan, pemahaman dan penghargaan guru pelatih seperti saya terhadap isi kandungan pelajaran. Bagi memenuhi standard-standard ini saya akan berusaha dan bersedia untuk mempelajari teknik berkesan dalam mengajar dan akan cuba menunjukkan hubungan dalam pengajaran dan pembelajaran menerusi pengaplikasian teori-teori pembelajaran yang telah dipelajari sepanjang kuliah. Justeru, praktikum yang akan dijalani nanti diharapkan akan dapat membantu saya mengembangkan ilmu yang dipelajari di samping mempelajari aspek pengurusan di sekolah secara holistik. Hal ini akan dapat melatih saya ke arah menguasai urus tadbir pengurusan sekolah yang sebenar. Ianya penting kepada saya kerana guru bukan hanya mengajar, tetapi akan turut sama terlibat secara langsung di dalam pengurusan sekolah apabila bertugas kelak. Saya juga berharap dapat mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan pengurusan aktivitiaktiviti di sekolah selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran harian. Sebagai kesimpulan, saya berharap melalui praktikum ini dapat memberi banyak manfaat kepada guru pelatih seperti saya, seperti apa yang telah diharapkan.