Anda di halaman 1dari 2

REALISTIK by : AfiqahOthman Hidup ini umpama roda.

Kadang kadang kita berada di puncak kegembiraan dan kadang kadang kita merasa kemunduran dalam hidup. Namun, ini lah realiti sebenar kehidupan. Tanpa suka dan duka, kehidupan kita sememangnya tidak lengkap. Sebagai seorang manusia yang waras, kita harus akur dengan realiti kehidupan seorang makhluk yang di gelar manusia. Denial. Seorang lelaki teruna yang berusia awal 20-an. Mempunyai keluarga yang kaya raya. Bapanya seorang ahli perniagaan kereta import yang berjaya dan ibunya juga seorang ahli perniagaan, ibunya mempunyai butik pakaian yang mempunyai cawangan di seluruh negara termasuklah singapura, brunei dan indonesia. Denial merupakan anak tunggal. Sememangnya segala hajatnya sudah pasti ditunaikan oleh kedua orang tuanya. Walaupun denial hidup serba mewah, namun hatinya tidak pernah tenang. Jiwanya sering meronta. Mencari sesuatu yang tidak pasti. Untuk meredakan kecamuk hatinya itu, denial sering menghabiskan masa di kelab kelab malam dengan meneguk air setan berbotol botol dan pulang pada azan subuh berkumandang dengan terhoyong hayang. Walaupun begitu, ibu bapanya seperti tidak kesah. Bagi mereka anak anak zaman kini perlu di beri kebebasan. Pagi itu, denial pergi ke kolej seperti biasa. Dengan membawa lambhorghini 6496 cc berwarna kuning memang menarik minat setiap wanita di kolej nya. Denial sememangnya mempunyai rupa paras yang sangat menarik dan dapat membuat setiap wanita yang lemah imannya akan cair apabila melihatnya. Tambahan pula, dengan kekayaan yang dia miliki, lagi lah membuat ramai wanita tergila gila kan denial. Namun, denial sedikit pun tidak mengendah kehadiran gadis gadis yang mencuba nasib untuk memikat hati denial. Baginya, gadis gadis tersebut bukannya ikhlas dengannya, tetapi hanya ingin mengambil kesempatan daripadanya. Dan ramai pelajar kolej nya menganggap danial ini seorang yang sangat sombong dan jenis yang memilih kawan. Ini yang membuat ramai lelaki di kolejnya itu meluat dan menyampah dengan perangai buruknya itu. okayy. I want all of you finish it your designs as soon as possible. Your design marks will be carry on to your final exam. Please dont take it easy. Do your best ! Class dismiss now. Thank you. Denial seamemangnya tidak mengendahkan pensyarahnya itu. Dia mengemas barangnya dan terus mengatur langkah keluar dari dewan kuliah. Sayang ! suara dari arah belakang. Danial segera menoleh. Dia memang kenal sangat suara manja teman wanitanya itu. Kenapa laju sangat jalan ni ? takkan dah nk balik rumah. You dah janji nk temankan I shopping petang nie, kata Julia. Manja. Sorry lah dear. I got to go. I ada hal dengan my dad. Urgent. Next time lah ye kita kuar shopping, sayang. Kata Denial. Lembut. Ayahnya memintanya pulang awal ke rumah hari ini. Atas sebab apa. Tidak pula diberitahu. Dalam masa yang sama, Denial sebenarnya malas nk melayan kerenah teman wanitanya itu. Lebih baik dia berehat dan menghabiskan masa dirumah daripada teman Julia beli belah.