Anda di halaman 1dari 12

Kemahiran asas permainan bola tampar Antara kemahiran asas permainan bola tampar ialah : 1. Menyangga 2. Servis 3.

Mengumpan 4. Merejam 5. Menghadang Menyangga Kemahiran menyangga penting agar kita dapat menguasai cara menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan ( a two-handed underhand pass ) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Ia digunakan untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mangambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan untuk teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut. Cara-cara menyangga (a) Posisi bersedia Kaki dijarakkan dengan jarak seluas bahu Satu kaki berada di hadapan dan satu lagi kaki berada di belakang

Lutut dibengkokkan sedikit Tubuh badan berada dalam keadaan tegak Tangan diluruskan Siku-siku memutar ke arah satu sama lain, dirapatkan ke badan dan terkunci (lock elbow)

Letakkan bahagian belakang sebelah tangan di atas tapak tangan sebelah tangan yang lain

Kedua-dua jari bertindih di atas satu sama lain di atas tapak tangan Pergelangan tangan terkunci ke bawah Kedua-dua lengan selari dengan paha Meletakkan berat badan pada bebola kaki tetapi masih dalam posisi yang seimbang

(b) Pergerakan Bergerak ke arah bola Melangkah ke arah bola dengan lengan dan tangan di hulurkan Melangkah dengan kaki yang paling hamper dengan sasaran Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan dengan menyambut bola lambung yang lambat Menarik sedikit atau mengendurkan lengan untuk bola yang laju Melangkah ke sasaran dengan lutut, punggung dan bahu menuju ke arah bola yang hendak dihantar (c) Sentuhan

Sentuh bola di hadapan badan dan diantara lutut Sentuh bola dengan bahagian lengan iaitu dua hingga enam inci ke atas dari pergelangan tangan

Mata sentiasa memandang bola sepanjang masa penghantaran dibuat

Teknik-teknik menyangga (dig) Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama lain Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil Kendurkan bahagian atas tubuh Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain Hantaran servis Servis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dihantar dari kawasan servis oleh seorang pemain yang memegang giliran untuk

melakukan servis. Servis merupakan salah satu kemahiran terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah : (a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain yang handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis. (b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass)

Servis bawah tangan Merupakan servis yang mudah untuk dilakukan. Ia adalah tepat, konsisten dan memerlukan hanya sedikit tenaga fizikal sahaja. Pemain baru menceburkan diri dalam permainan ini biasanya diajar membuat servis ini kerana dia akan dapat mempelajari teknik membuat servis dengan mudah, tepat dan dapat menghantar bola ke tempat yang dikehendaki. Cara-cara membuat servis bawah tangan adalah seperti berikut : (a) Posisi permulaan Berdiri tegak dengan kaki dibuka pada jarak lebih kurang luas bahu Kaki kiri diletakkan di bahagian hadapan untuk pemain servis yang biasa menggunakan tangan kanan Kaki hadapan diletakkan menghala kea rah di mana servis akan ditujukan Lutut dibengkokkan sedikit

Badan menghadap ke gelanggan Letak bola pada tangan kiri di hadapan kanan badan untuk pemain yang ingin membuat servis menggunakan tangan kanan

Berdiri sejauh antara 2-10 kaki dari garisan belakang

(b) Lambungan Lutut kaki belakang dibengkokkan sedikit Pada masa yang sama boal dilambungkan terus ke atas di hadapan tangan yang memukul bola (c) Aksi tangan/sentuhan Semasa bola dilambungkan, tangan yang membuat servis di tarik ke belakang seperti pergerakan buah bandul jam Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan akan dipindahkan ke kaki hadapan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan Sentuh atau pukul bola dengan tangan, sama ada dengan menggunakan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau buku lima Memukul bola juga boleh dilakukan pada bahagian tengah dengan lengan atau bawah sedikit, dengan lengan diluruskan dengan siku dikunci Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan (limit follow through with serving arm) Pergelangan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola Mata hendaklah sentisa mengikut atau memerhatikan laluan bola selepas servis dilakukan Servis atas kepala

Servis ini mudah dilakukan dan ia baik sekiranya anda ingin mendapat kesan yang kuat. Ramai pemain menggunakan servis ini kerana ia mudah untuk dipelajari dan dikuasai. Selain itu, servis ini juga lebih kuat, tinggi dan berat berbanding dengan servis bawah tangan. Kelebihan servis atas kepala ialah tidak mudah tersangkut pada jaring semasa servis. (a) Posisi mula Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu Kaki kiri diletakkan di hadapan untuk pemain servis yang menggunakan tapak tangan Pegang bola pada tangan lambungan (tossing hand) lebih kurang 1 kaki ke sebelah kanan muka pemain servis yang menggunakan tangan kanan Menyokong bola dengan tangan servis

(b) Lambungan/Pemindahan beratan Bola dilambungkan lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan

(c) Aksi tangan sentuhan(contact hand) Mata memberikan perhatian kea rah atau bahagian mana pada kawasan gelanggang musuh bola akan dihantar Apabial bola yang dilambungkan mula jatuh ke bawah, tangan yang membuat servis membuat sentuhan (pukulan) agar boal merentasi jaring dan masuk ke kawasan gelanggang pihak lawan Tangan ikut lajak ke hadapan bersama-sam ke arah boal

Mengumpan

Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain setter akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi membolehkannya membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpanan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahamana yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari-jari lain mengucup. Umpanan pukul Ketis Umpanan ini dilakukan ke atas hantaran yang baik dan tepat dengan kedudukan pengumpan. Umpanan ini adalah lebih pantas dan dilakukan pada ketinggian yang sederhana tinggi untuk direjam. Ia banyak dilakukan dari bahagian hadapan gelanggang ke arah kiri atau kanan hadapan gelanggang untuk direjam. Umpanan Sentuhan Panjang Umpanan ini, pemain mengambil masa yang lebih lama untuk menyentuh bola dengan tepat. Cara ini biasanya digunakan ketika bola berada di garisan tengah. Boal juga diumpan ke mana-mana arah di gelanggang sendiri untuk direjam oleh rakan sepasukan yang lain ke gelanggang lawan.

Merejam Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau mata dengan membuat pukulan smesyi(smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdekatan jaring dan menghadap kea rah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu

melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke gelanggang pihak lawan. Pergerakan ini samalah seperti smesyi dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi seandainya bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya menjejak ke lantai dalam gelanggang. Merejam berdiri kemudian melompat Perejam, dengan kerjasama pengumpan bersedia berdiri berhampiran dengan jaring. Pengumpan akan mula mengumpan bola ke tempat di mana perejam mampunyai peluang yang baik untuk merejam Perejam membengkokkan lutut untuk melonjakkan badan dengan menggunakan kedua-dua kaki setinggi yang mungkin Tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas kepala untuk merejam bola sekuat mungkin. Rejaman yang kuat, pantas dan tepat akan mengelirukan dan menyukarkan pihak lawan untuk mendapatkan bola itu Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan atau tapak tangn terbuka Pergerakan pergelangan tangan mengikut lajak adalah penting untuk

mendapatkan bola menjunam turun Merejam dengan berlari kemudian melompat Perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jaring Berlari 3 langkah 1. Langkah pertama adalah langkah bermasa 2. Langkah kedua akan membawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hamper bersama 3. Melonjak daripada kedua-dua kaki

Tangan kanan dihayunkan ke belakang dan ke atas kepala untuk merejam bola sekuat mungkin

Bola dipukul dengan buku lima atau tapak tangan terbuka ketika berada di awangan. Tangan ikut lajak.

Cara-cara merejam Kaedah-kaedah berikut merupakan cara-cara merejam yang betul (a) Posisi bersedia Berat badan diagihkan dengan seimbang Dalam posisi bersedia dan lutut dibengkokkan Bahagian atas tubuh badan mengendur Bahu kehadapan Jarak dari jaring di antara 2 hingga 3 meter

(b) Pergerakan Bergerak ke arah bola Melangkah dengan kaki kiri umtuk pemain yang menggunakan tangan kanan Bergerak sambil melihat kelajuan dan sudut lontaran bola Turun badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk melakukan lompatan Lengan bergerak ke belakang dan ke atas Melangkah dengan kaki kanan dan hayunkan lengan ke bawah ke sisi badan

(c) Lompatan

Lompatan bermula dari tumit ke jari kaki Apabila kaki mula menolak badan ke atas, lengan dihayunkan ke atas Tangan merejam dan ikut lajak Lompatan haruslah tegak dan bertenaga

-Teknik merejam 1. Dekatkan badan ke jaring dengan jarak 2-3 meter 2. Pada langkah yang terakhir, badan diturunkan sedikit dan lengan bersedia dan lengan bersedia untuk memukul 3. Lonjakkan badan dengan menolak kedua-dua belah kaki 4. Hayunkan kedua-dua lengan ke atas dengan kuat pada masa lonjakan 5. Pastikan kedua-dua bahu menghadap kea rah jaring 6. Tarik lengan yang akan melakukan rejaman ke belakang dengan siku ke depan 7. Pergelangan tangan haruslah terkunci dan tapak tangan terbuka 8. Bola dipukul dengan setinggi-tingginya di hadapan bahu tangan yang merejam 9. Tangan merejam meliputi bola dengan ikut lajak oleh pergelangan tangan 10. Jangan menyentuh jaring Mengadang Teknik menghadang juga penting seandainya anda ingin mahir dalam permainan boal tampar. Menghadang adalah kemahiran yang digunakan untuk menghalang serangan pasukan lawan yang menggunakan teknik merejam. Seorang atau dua orang pemain akan cuba mengadang rejaman bola untuk dikembalikan semula ke gelanggang pihak

lawan atau untuk dikurangkan kelajuannya dan memesong bola kepada pemain pasukan sendiri. Cara-cara menghadang (a) Posisi bersedia Berdiri dengan jarak sejangkau dari jaring Bengkokkan lutut dalam posisi sedikit menunduk Tangan diangkat lebih tinggi daripada bahu Mata mengawasi sudut penujuan perejam

(b) Aksi Bengkokkan lutut sebelum melonjak dengan kedua-dua belah kaki Hulurkan tangan setinggi yang boleh melepasi jaring Kedua-dua belah tangan dan jari haruslah dibuka dan dalam keadaan tegak Menjangkakan bilakah masanya rejaman akan dibuat Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan bersedia untuk pukulan yang kedua sekiranya bola yang dihadang masuk kembali ke gelanggang pihak lawan Teknik-teknik menghadang 1. Melangkah ke sisi di hadapan jaring 2. Tangan diangkat sehingga lebih tinggi daripada bahu dan siku diletakkan berhampiran sisi badan 3. Bersedia menghadang dengan bahu tangan perejam 4. Awasi penujuan lintasan bola pemukul

5. Dari kedudukan separuh mencangkung, badan dilonjakkan menggunakan kekuatan daripada kedua-dua kaki 6. Menjangkau tangan melintasi jaring 7. Sudutkan tangan luar supaya ia dapat memesongkan boal 8. Elakkan daripada menyentuh jaring 9. Pemain luar turut serta membuat hadangan dan akan membentuk

penghadangan oleh dua orang pemain