Anda di halaman 1dari 15

PENUBUHAN MALAYSIA

Pihak-pihak yang menentang penubuhan Malaysia.

Tentangan penubuhan Malaysia


Indonesia dan Filipina memandang serius keputusan kerajaan British dan Malaysia untuk mewujudkan Gagasan Malaysia. Indonesia menganggap Malaysia sebagai jelmaan British yang bertujuan mengepung dan melumpuhkan Indonesia. Indonesia menjadi Negara terkuat menentang idea berkenaan dengan melabelkan Malaysia sebagai neokolonialis.

Tentangan Indonesia (samb.)


Terbentuknya Malaysia mengundang penentangan yang lebih keras dari Indonesia dengan dasar konfrantasinya. Melalui slogan Ganyang Malaysia pada 20 Januari 1963, Indonesia menerapkan penentangan mereka meliputi pelbagai bentukk khususnya konfrantasi ekonomi, ketenteraan, kegiatan subversive dan propaganda.

Tentangan Indonesia (samb.)


Pemberontakan di Brunei pada awal Disember adalah kesempatan untuk membuktikan bahawa penduduk-penduduk tempatan menentang penyertaan mereka dalam Malaysia. Indonesia cuba menghalang pembentukan Malaysia dan juga terus bertindak memusuhi Malaysia setelah negara baru itu lahir. Alasan Indonesia menentang pembentukan Malaysia adalah : Tidak dirundingi pada peringkat awal bentuk struktur politik baru yang akan belakangkan kepentingan Indonesia dan melemahkan semangat kenusantaraan Melayu. Gagalkan rancangan Seokarno untuk menubuhkan empayar Indonesia Raya. Alihkan pandangan rakyat dari masalah dalaman

Tentangan Indonesia (samb.)


Peralihan kuasa di Indonesia lanjutan dari peristiwa GESTAPU telah mengubah dasar Indonesia terhadap Malaysia. Walaupun dasar konfrantasi tidak terurai serta merta, namun usaha pemulihan hubungan berjalan dengan intensif dan terbuka selepas Sukarno dan digantikan dengan Jen Suharto. Hasil rundingan cemerlang antara Tun Abdul Razak dan Ghazali Shafie dengan Adam Malik, Menteri Luar Indonesia, dan Jeneral Ali Meotopo di Bangkok dan Jakarta pada awal tahun 1966, pada 11 Ogos 1966, konfrantasi Malaysia Indonesia telah tamat.

Tentangan Filipina
Filipina pula membantah penyertaan Borneo Utara dalam Malaysia yang dianggap sebagai milik Filipina. Presiden Macapagal dakwa Sabah pada asalnya adalah sebahagian daripada milik negaranya. Filipina menuntut British mengembalikan Borneo Utara kepadanya ataupun kekalkan wilayah itu sebagai koloni British.

Tentangan Filipina (samb.)


usaha untuk menyelesaikan kemelut berhubung dengan Gagasan Malaysia, suatu persidangan peringkat Menteri dan Ketua-ketua Negara telah berlangsung di Manila bermula pada awal April 1963. Persidangan berakhir dengan permeteraian Perjanjian Manila yang antara lain bersetuju untuk mematuhi prinsip penentuan sendiri. Selanjutnya, mereka juga bersetuju untuk meminta Setiausaha Agung PBB mengesahkan sama ada Gagasan Malaysia adalah satu isu besar dalam pilihanraya terbaharu di Sabah dan Sarawak.

Tentangan Filipina (samb)


Ekoran persetujuan itu, penubuhan Malaysia yang sepatutnya dibentuk pada 31 Ogos 1963, terpaksa ditangguhkan sehingga kerja peninjauan oleh kumpulan peninjau PBB selesai. Pengumuman Tunku untuk menubuhkan Malaysia pada 16 September 1963, tanpa menunggu pengumuman laporan S/U Agung PBB, U Thant telah mencetuskan kontroversi yang berakhir dengan tindakan Indonesia dan Filipina tidak mengiktiraf penubuhan Malaysia.

Tentangan Filipina (samb)


Filipina pula telah memprotes pembentukan Malaysia mulai April 1962 dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Bagaimanapun hubungan diplomatik antara kedua Negara pulih pada tahun 1966. Atas beberapa isu mereka bertelingkah pada tahun 1968 dan berbaik kembali pada tahun 1969.

Singapura
Kehadiran Singapura dalam Malaysia bagaimanapun telah menimbulkan banyak masalah. Tun Razak menganggapnya sebagai duri dalam daging. Lew Kuan Yew tidak mengenang budi Tunku yang bukan sahaja membebaskan Singapura daripada penjajahan, tetapi mengukuhkan PAP dalam arena politik Singapura.

Krisis dengan Singapura


Lee Kuan Yew melumpuhkan UMNO melalui pilihanraya yang diadakan secara mengejut pada penghujung bulan September 1963. Tidak puas dengan melumpuhkan UMNO di Singapura, PAP berhasrat pula untuk melebarkan pengaruhnya ke Semenanjung. Niat Lee Kwan Yew adalah untuk menghancurkan MCA, yang dilabelkan sebagai gundek UMNO. PAP berhasrat untuk mengantikan tempat MCA dalam Perikatan.

Krisis dengan Sing. (samb.)


Perasaan tidak puas hati orang-orang Melayu terhadap dasar diskriminasi PAP telah diambil kesempatan oleh anasir subversive untuk mencetuskan kekacauan di Singapura dengan niat untuk menghancurkan Malaysia. Mereka telah mengambil kesempatan pada hari sambutan Maulud untuk mencetuskan kekacauan. Ketika perarakan sedang berlangsung, seorang peserta telah terkena botol yang dilemparkan oleh seseorang. Setelah berita itu tersebar, pergaduhan tidak dapat dielakkan lagi. Rusuhan tercetus di Kampung Gelam pada 21 Julai 1964 dan telah mengorbankan dan mencederakan berates orang awam.

Krisis dengan Sing. (samb.)


Lee Kwan Yew menggunakan taktik baru untuk memikat orang Bukan Melayu di Semenangjung, Sabah dan Sarawak dengan memperkenalkan gagasan Malaysia untuk Orang Malaysia yang menjanjikan hak sama rata kepada semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama. Kempen Gagasan Malaysia bukan sahaja menyemarakkan permusuhan antara UMNO dan PAP, tetapi juga telah menebalkan perasaan penduduk berbilang kaum di Malaysia. Pemimpin UMNO menganggap kempen PAP itu sebagai perjuangan melawan UMNO dan orang-orang Melayu.

Krisis dengan Sing. (samb.)


Pada 8 Mei 1965, satu pakatan politik di kenali sebagai Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang dianggotai oleh PAP, SUPP, UPKO dan UDP, berikrar akan mengubah scenario politik di Malaysia daripada a Malay dominatedGovernment kepada a Malaysian-Malaysia Government. Ahli-ahli UMNO memandang serius usaha PAP untuk menjatuhkan perikatan dan menghapuskan hak keistimewaan orangorang Melayu dan bumiputra.

Perpisahan dengan Singapura


Keteguhan politik dan kerjasama di antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Singapura telah berada di ambang perpecahan. Lee Kuan Yew telah memohon untuk berjumpa dengan Tun Razak bagi membincangkan masalah yang timbul. Kegagala perjumpaan Razak Lew Kuan Yew telah membawa kepada pemisahan Singapura dari Malaysia. Akhirnya 7 Ogos 1965, Lee Kwan Yew dan Tunku tandatangani persetujuan berpisah. 9 Ogos 1965, Parlimen luluskan rang undang-undang perpisahan. Singapura secara rasmi telah keluar dari Malaysia