Anda di halaman 1dari 8

PENDEKATAN INDUKTIF Mengikut pendapat Ee Ah Meng (Pedagogi ii, Pelaksanaan Pengajaran) mengemukakan pengertian iaitu cara mendekati sesuatu.

Dalam konteks bilik darjah,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu mata pelajaran.Biasanya berasaskan teori. Model pengajaran ini juga melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak diajar tentang sesuatu bahan pengajaran secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut. Seterusnya mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri serta mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian-kajian yang telah dilakukan. Model pengajaran ini juga berkonsepkan memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman kepada pelajarnya. Kemudian murid juga akan membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu. Murid juga mencuba untuk mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan ataupun susunan pemikiran. Andaian yang munasabah juga dibuat daripada spesifik khusus kepada umum. Ciri ciri model pengajaran ini juga bermatlamat untuk membentuk kebiasaan. Murid juga perlu menggunakan pengantaraan deria untuk dapatkan pengetahuan. Pengulangan juga perlu dilakukan dengan kerap dalam pelbagai konteks untuk menguasai sesuatu kemahiran. Model ini turut menekankan pengajaran berbentuk konkrit. Peluang kepada murid belajar di bawah bimbingan guru juga diberikan. Penglibatan murid secara aktif juga ditekankan. Suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan juga turut diwujudkan. Bimbingan dan bantuan guru diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

PENDEKATAN DEDUKTIF Pengajaran deduktif merupakan suatu pengajaran yang dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan akan diaplikasikan menjadi suatu fakta. Dalam pembelajaran di bilik darjah, murid akan dihadapkan dengan suatu masalah. Kemudian mereka akan memilih prinsip, peraturan, kesimpulan atau generalisasi yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah. Setiap jalan penyelesaian masalah yang dibuat oleh murid mestilah betul kerana ia akan dirujuk kepada guru pada akhir sesi pembelajaran. Konsep model ini adalah mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Selain itu, satu penghasilan fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum. Menganalisis fakta yang membentuk generalisasi dan membuat satu penghuraian daripada umum kepada yang khusus. Prinsip model ini menggunakan strategi penyoalan. Penyoalan hendaklah diadakan supaya guru dapat menolong murid-murid membentuk konsep dan seterusnya membuat generalisasi yang dikehendaki. Mencuba dan menguji kemahiran intelektual murid juga perlu dicuba dan diuji. Pengajaran yang terancang dan kepelbagaian aktiviti yang digunakan juga dapat menarik minat murid. Tugas guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai. Bimbingan dan bantuan diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri- ciri model ini ialah pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh murid. Pendekatan ini juga menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu. Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks dan selalunya pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan.

MODEL LIMA FASA NEEDHAM Model Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Lima Fasa Needham ini dicadangkan dalam "Children's Learning in Science Project " (Needham, 1987). Terdapat lima fasa/komponen dalam model ini. Fasa pertama dimulakan dengan pencetusan idea, sama seperti set induksi, fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian murid supaya bersedia mengikuti sesi pemelajaran. Fasa kedua, iaitu dalam pencetusan idea, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran. Fasa ini dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Seterusnya menerusi fasa ketiga, iaitu penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberikan peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai bahawa idea baru yang dibina oleh murid itu sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka sekiranya idea tersebut mudah difahami dan berguna. Dalam fasa keempat, iaitu penggunaan (aplikasi) idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali (refleksi) merupakan fasa yang terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah menyebabkan perubahan terhadap idea mereka. Fasa ini juga dapat mengembangkan kemahiran meta kognitif. Fasa-fasa berasaskan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham adalah seperti berikut: 1. Orientasi: Fasa ini bertujuan untuk menimbulkan minat murid dan menyediakan mereka dengan suasana pemelajaran. Kaedah/teknik yang digunakan seperti amali penyelesaian masalah sebenar, tunjuk cara oleh guru, penggunaan perisian atau permainan komputer, tayangan video dan keratan akhbar.

2. Pencetusan Idea: Fasa ini bertujuan supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu. Kaedah/teknik yang digunakan seperti soal jawab, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan. 3. Penstrukturan Semula Idea: Tujuan fasa ini ialah untuk mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik, menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubah suai, dikembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik, mengenal pasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri, menguji kesahan ideaidea sedia ada, melakukan pengubahsuaian, pengembangan/pertukaran idea. Kaedah/teknik yang digunakan biasanya ialah perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan, pembacaan, input guru, amali, kerja projek, eksperimen dan tunjuk cara oleh guru. 4. Penggunaan Idea (Aplikasi Idea) : Fasa ini pula bertujuan untuk mengukuhkan atau mengaplikasikan idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa. Kedah/teknik biasanya dengan cara penyelesaian masalah yang baharu seperti penulisan kerja projek dan reka cipta. 5. Renungan Kembali (Refleksi): Fasa terakhir ini untuk menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Biasanya fasa ini menggunakan kaedah/teknik seperti penyoalan reflektif, penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain.

MODEL LIMA FASA NEEDHAM 5 FASA/ KOMPONEN: 1) ORIENTASI TUJUAN: Menimbulkan minat murid dan menyediakan mereka dengan suasana pembelajaran. KAEDAH/TEKNIK: Amali penyelesaian masalah sebenar, tunjuk cara oleh guru, penggunaan perisian atau permainan komputer, tayangan video dan keratan akhbar. MASA PENGAJARAN: 5 7 minit

2) PENCETUSAN IDEA TUJUAN: Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu. KAEDAH/TEKNIK: Soal jawab, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan. MASA PENGAJARAN: 7 minit.

3) PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA TUJUAN: Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik, menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubah suai, dikembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik, mengenal pasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri, menguji kesahan idea-idea sedia ada, melakukan pengubahsuaian, pengembangan/pertukaran idea. KAEDAH/TEKNIK: Perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan, pembacaan, input guru, amali, kerja projek, eksperimen dan tunjuk cara oleh guru. MASA PENGAJARAN: 20 minit

4) PENGGUNAAN IDEA (APLIKASI IDEA): TUJUAN: Mengukuhkan atau mengaplikasikan idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa. KEDAH/TEKNIK: Biasanya dengan cara penyelesaian masalah yang baharu seperti penulisan kerja projek dan reka cipta. MASA PENGAJARAN: 20 minit

5) REFLEKSI TUJUAN: Fasa terakhir ini untuk menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh mana idea asal mereka telah berubah. KAEDAH/TEKNIK: Penyoalan reflektif, penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain. MASA PENGAJARAN: 8 minit

Pendekatan penyelidikan induktif adalah lebih digunakan secara meluas daripada deduktif oleh masyarakat saintifik, tetapi kedua-duanya telah ada kekuatan dan kelemahan. Kaedah induktif: -Kekuatan: kaedah induktif menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang konkrit mengenai sifat yang disokong oleh pelbagai bukti pemerhatian. Apabila salah satu sebuah premis hujah induktif dianggap sebagai palsu, bukti pemerhatian lain boleh ditambah kepada premis untuk menyelamatkan hujah, ini bukan kes dengan penaakulan deduktif. -Kelemahan: kaedah induktif menghasilkan kesimpulan yang melampaui apa yang terdapat waran premis. Dalam erti kata lain, hujah-hujah induktif mengambil jumlah yang terhad daripada pemerhatian untuk memberikan kesimpulan yang universal, yang masih boleh palsu. Sebagai contoh, seseorang yang diperhatikan 10.000 anjing dan mendapati bahawa mereka semua telah melarikan diri, maka induktif menyimpulkan bahawa semua anjing telah melarikan diri. Ini adalah keadaan di mana bukti-bukti yang kukuh pemerhatian (10000 anjing telah melarikan diri) mata kepada 1 induktif alasan kesimpulan palsu (Semua anjing yang telah melarikan diri). Kaedah deduktif: -Kekuatan: penaakulan deduktif dosent memerlukan cermat dan teliti memerhatikan pelbagai bukti pemerhatian untuk mencapai kesimpulan. Seseorang itu boleh bermula dengan aksiom yang diterima umum, atau pernyataan, dan simpulkan kesimpulan berdasarkan aksiom bahawa. Kelemahan: penaakulan deduktif boleh membuat kekal kesilapan logik kita ada hari ini. Dalam erti kata lain, jika anda menggunakan aksiom menyimpulkan pelbagai kesimpulan, dan aksiom yang ternyata adalah palsu, semua kesimpulan berikut aksiom yang palsu hasil. Read more:

Rujukan: 1) http://www.scribd.com/doc/55632188/56/Komponen-Utama-PengajaranMengikut-Model-Lima-Fasa-Needham 10/09/2011. 10.44 a.m

Anda mungkin juga menyukai