Anda di halaman 1dari 16

PAJSK

2|MODUL PENDIDIKAN JASMANI

Modul Pelaksanaan PAJSK.

1. Pendahuluan. 1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan serta kelab sukan/permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan badan beruniform, kelab/persatuan dan kelab sukan/permainan. Setiap murid diwajibkan menganggotai sekurangkurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut. Rujuk subperaturan 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS) 8591/Jld. 11 (29) bertarikh 2 Januari 1985.

1.2 Berdasarkan kepada tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh muridmurid. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.

1.3 Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf. Ianya penting agar keesahan dan kebolehpercayaannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan murid ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

3|MODUL PENDIDIKAN JASMANI

1.4 Semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan perlu menggunakan panduan penilaian ini. Penilaian ini juga boleh digunakan oleh sekolah-sekolah lain dengan syarat mematuhi prosedur pelaksanaan aktiviti yang ditetapkan dalam Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan serta Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan, Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Rasional.

2.1

Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan murid di sekolah untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi telah dilaksanakan mulai tahun 2006. Setelah dilaksanakan, sistem penilaian perlu dibuat penambahbaikan bagi memudahkan lagi pemahaman guru tentang penilaian murid dalam kegiatan kokurikulum dan penggalakkan aktiviti sukan. Selaras dengan pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Dasar 1Murid 1Sukan, penilaian bagi kegiatan kokurikulum dan sukan dikaji semula. Dengan mengambil kira kepentingan

kegiatan kokurikulum dan sukan, penilaian kegiatan ini wajib dinilai dan pemarkahan bagi ketiga-tiga bidang iaitu Sukan dan Permainan, Pasukan Badan Beruniform serta Persatuan dan Kelab wajib diambil kira dalam penilaian kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan yang setara.

2.2 Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan boleh merangsang murid-murid untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di sekolah. Semua

murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum dan sukan boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.

4|MODUL PENDIDIKAN JASMANI

3. Objektif.

3.1

Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum dan sukan yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah

3.2

Membantu Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi tersebut.

3.3

Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan murid dalam aktiviti kokurikulum dan sukan

4. Garis Panduan Semasa melaksanakan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan

Sekolah. 4.1 Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan berikut: 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 Perancangan yang jelas Tempat penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian. Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan. Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum. dan

5.1.5 Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluarkan oleh KPM agensi luar.

5.2 Gambar murid mesti dilekatkan pada Buku Rekod Penilaian Kokurikulum dan Sukan murid/pelajar. 5.3 Semua murid mesti mempunyai Buku Rekod Penilaian Kokurikulum dan Sukan Sekolah Menengah. 5.4 Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan menyerahkan data pencapaian murid/pelajar. 5.5 Mengadakan taklimat kepada guru penasihat/pemimpin dan guru kelas.

5.6 Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.


4

5|MODUL PENDIDIKAN JASMANI

5.7 Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Persatuan/Kelab dan Kelab Sukan/Permainan. 5.8 Melantik guru sebagai guru penasihat/pemimpin bagi kelab Sukan/Permainan, Kelab dan Persatuan serta Pasukan Badan Beruniform. 5.9 Memberi peluang kepada guru yang berkemahiran menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut. dalam sesuatu bidang

5.10 Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi. 5.11 PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala. 5.12 Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Dan Sukan Sekolah boleh disediakan dalam dua bentuk seperti berikut : 5.12.1 Dalam tempoh 3 tahun (bermula dari Tahun Empat hingga Tahun Enam); dan 5.12.2 Dalam tempoh 8 tahun (bermula Tingkatan Enam Atas); atau dari kelas Peralihan hingga ke

5.12.3 Dua buah buku bagi tempoh 4 tahun : 5.12.3.1 Bermula dari kelas Peralihan hingga Tingkatan Tiga 5.12.3.2 Bermula dari Tingkatan Empat hingga Tingkatan Enam Atas

6.

Apa yang akan ditaksir ?

Kehadiran dalam latihan, pada hari acara atau aktiviti Jawatan dipegang seperti ahli jawatankuasa di peringkat sekolah, daerah atau negeri Penglibatan dalam peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah Mewakili pasukan, rumah sukan, sekolah, daerah, negeri atau negara Nilai-nilai murni yang ditunjukan sebelum, semasa dan selepas acara atau aktiviti Pencapaian dalam sukan, permainan, dan pertandingan Sumbangan murid daripada aspek teknikal, pengurusan, dan sokongan

6|MODUL PENDIDIKAN JASMANI

7.

Kaedah pemberian nilai skor sukan dan kokurikulum

Hanya MARKAH YANG TERTINGGI sahaja dari setiap aktiviti sukan dan kokurikulum diambil kira untuk tujuan pentaksiran. Walau bagaimana pun semua aktiviti yang disertai murid akan direkodkan bagi:

Menggalakkan insentif kepada semua murid mendapat imbuhan yang setimpal dengan penglibatan dalam aktiviti berkenaan. Mendorong semua murid terlibat dalam aktiviti bagi mendapat tahap pencapaian yang tertinggi dalam aktiviti yang dirancang pihak sekolah dan pertubuhan yang berkaitan.

8.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti jasmani, sukan,

kokurikulum dan ekstra kurikulum.

PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep 1 Murid 1 Sukan, pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

7|MODUL PENDIDIKAN JASMANI

9.

Komponen PAJSK

PAJSK merangkumi lima komponen; SEGAK, BMI, sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum seperti dalam Rajah 9.1.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)

SEGAK

SUKAN

KOKURIKULUM EKSTRA

BMI KOKURIKULUM

Body Mass Index (BMI) Merekodkan tentang ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Mengukur tahap kecergasan

Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam aktiviti sukan: -Sekolah -Daerah -Negeri -Kebangsaan -Antarabangsa

Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam: -Kelab -Persatuan -Unit Beruniform

Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam aktiviti ekstrakurikulum : -Sekolah -Daerah -Negeri -Kebangsaan -Antarabangsa

Rajah 9.1 Komponen PAJSK

9.1.1 Pentaksiran SEGAK

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard

Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan yang telah diperakui di menggunakan indeks skor standard

peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada

empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan melunjur".

a.

Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid
7

8|MODUL PENDIDIKAN JASMANI

b.

Konstruk yang diukur i. Perkembangan fizikal murid ii. Kecergasan iii. Senaman

c.

Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK

i. SEGAK dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa.

ii. Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat.

iii. Guru

merekod

skor

murid

semasa

melaksanakan

aktiviti

SEGAK dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

iv. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK.

9.1.1.1 Pentaksiran BMI

BMI dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index (BMI).

a.

Objektif Pentaksiran BMI

i. ii.

Mengukur BMI murid Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid.

b.

Konstruk yang diukur i. ii. iii. Tinggi Berat Tafsiran BMI


8

9|MODUL PENDIDIKAN JASMANI

Pelaksanaan Pentaksiran BMI

i.

Pentaksiran BMI dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa

ii.

Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat

iii.

Guru merekod berat badan dan ketinggian murid serta merekod dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh LPM.

iv.

Guru mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan.

9.1.3 Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan memupuk nilai, sahsiah membangun modal insan dalam usaha

serta pembangunan diri seseorang murid.

Pentaksiran Sukan dan Pentaksiran Kokurikulum dalam PAJSK mengandungi konstruk dan pelaksanaan yang hampir serupa.

Aktiviti

sukan

merangkumi aktiviti

permainan dan

pertandingan yang

mempertingkatkan kemahiran yang melibatkan aktiviti fizikal dan ketahanan mental.

Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab dan pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. (Jadual 9.1 menunjukkan Aspek Pentaksiran Aktiviti

Jasmani, Sukan dan Kokurikulum)


9

10 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

a.

Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada aktiviti sukan dan kokurikulum murid

b.

Konstruk yang diukur

i. ii. iii.

Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan d an kokurikulum

c.

Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum

i.

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang aktiviti dijalankan mengikut kesesuaian guru atau berkala mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah, PPD atau JPN

ii.

Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat

iii.

Guru merekod aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan Borang Rumusan Aktiviti Sukan/Kokurikulum (Lampiran C) dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan

iv.

Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan

v.

Pemberatan wajaran

aktiviti sukan dan kokurikulum

adalah berdasarkan tiga aspek seperti dalam Jadual 9.2

10

11 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

Jadual 9.2 Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum

Aspek (110 Markah) Penglibatan (50 Markah) Elemen Jawatan Peringkat Komitmen Khidmat Sumbangan Nilai Skor Penyertaan (40 Markah) Elemen Kehadiran Nilai Skor Prestasi (20 Markah) Elemen Pencapaian Nilai Skor

10

20

10

10

40

10

11

1|MODUL PENDIDIKAN JASMANI

9.1.3.1 Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat di luar dan di dalam waktu persekolahan yang tidak dikendalikan oleh pihak sekolah. Aktiviti ekstra kurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal

untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum. a. Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum adalah mengumpul maklumat dan member kurikulum murid.

b. Konstruk yang diukur

I. Perkhidmatan II. Anugerah daripada badan-badan lain. III. Khidmat masyarakat. IV. Program NILAM

c. Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum

i.

Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun semasa dan pada bila -bila masa di luar waktu persekolahan selepas aktiviti ekstra kurikulum dijalankan

ii.

Semua murid peringkat menengah

rendah terlibat

secara sukarela. Penyertaan dan keselamatan murid dalam aktiviti ekstra kurikulum adalah menjadi

tanggungjawab ibu bapa, waris atau penjaIkhtga. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000, bertarikh 30 Mac 2000 dan 10 Mei 2000)
1

2|MODUL PENDIDIKAN JASMANI

iii.

Pengesahan aktiviti ekstra kurikulum murid hendaklah dibuat melalui tandatangan dan cap penganjur

iv.

Guru merekod aktiviti ekstra kurikulum menggunakan Borang Pelaporan Ekstra kurikulum (BPE; Lampiran

D)

dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan

v.

Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan

vi.

Pemberatan wajaran aktiviti ekstra kurikulum adalah berdasarkan empat aspek iaitu perkhidmatan, khidmat

anugerah daripada

badan -badan lain,

masyarakat dan program NILAM

Aspek penglibatan murid merangkumi empat elemen seperti dalam Jadual 9.3
Jadual 9.3 : Jadual Elemen Berdasarkan Aspek Ekstra Kurikulum

Aspek Perkhidmatan Anugerah Khidmat Masyarakat NILAM Jawatan

Element

Skor 10 10 10 10

Rujuk dokumen anugerah Komitmen Rujuk dokumen NILAM

3|MODUL PENDIDIKAN JASMANI

10.

CARTA ALIRAN PENGISIAN BORANG KEHADIRAN DAN PEREKODAN DALAM APLIKASI PAJSK

10.1

Peraturan mengisi borang rumusan aktiviti sukan dan kokurikulum

Borang rumusan aktiviti sukan/ kokurikulum (Lampiran C) menggunakan format borang yang sama Satu borang hanya untuk satu aktiviti sahaja Setiap butiran tentang keterlibatan murid dalam aktiviti sukan / kokurikulum hendaklah diisi oleh Ketua Guru Penasihat Sukan/Kokurikulum di akhir program aktiviti/perjumpaan dalam Borang Rumusan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum (Lampiran C)

Setelah borang rumusan diisi dengan lengkap hendaklah ditandatangani oleh murid dan disahkan oleh Ketua Guru Penasihat Sukan/ Kokurikulum dan menyerahkan kepada Guru Kelas

Borang rumusan tersebut yang telah dilengkapkan hendaklah dikey-in oleh Guru Kelas dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tujuan penskoran, perekodan dan pelaporan

4|MODUL PENDIDIKAN JASMANI

10.2

Carta alir peraturan mengisi borang rekod aktiviti sukan

0.3

Carta alir peraturan mengisi borang rekod aktiviti kokurikulum

10.4

Peraturan Mengisi Borang Rumusan Aktiviti Ekstra Kurikulum

5|MODUL PENDIDIKAN JASMANI

Ketua Guru Penasihat hendaklah mengira penyertaan berdasarkan kepada BORANG REKOD KEHADIRAN (LAMPIRAN B) dan merekodkan ke dalam BORANG RUMUSAN AKTIVITI EKSTRA KURIKULUM (LAMPIRAN D

Satu borang hanya untuk satu aktiviti sahaja Setelah borang rumusan diisi dengan lengkap hendaklah ditandatangani oleh murid dan disahkan oleh Ketua Guru Penasihat dan Penganjur / pihak yang berkenaan

Borang rumusan tersebut yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada guru kelas untuk tujuan key-in dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tujuan penskoran.

Anda mungkin juga menyukai