Anda di halaman 1dari 3

Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara

aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui.

Amalan pengajaran konstruktivisme


Penggunaan data mentah & sumber primer, beserta bahan

manipulatif, interaktif & fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta membina pengalaman & kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau menstruktur semula konsep alternatif mereka.
Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif

seperti mengelas & meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu murid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.

Pengetahuan

sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna kepada mereka. Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam sekeliling. Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang lalu & sedia ada. Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan melalui proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam struktur mental yang sedia ada. Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai