Anda di halaman 1dari 2

Sistem Persekolahan Yang Ketat

Sistem persekolahan yang ketat merupakan salah satu punca kemenjadian pelajar dalam gejala sosial yang semakin serius berlaku dalam kalangan pelajar. Terdapat beberapa aspek yang menyebabkan berlakunya gejala social di bawah system persekolahan yang ketat. Faktor yang dapat lihat disini seperti jadual, peraturan, arahan tambahan, system pemarkahan dan denda yang melampau. Hal ini harus dibincangkan agar perkara atau masalah yang berlaku dapat diselesaikan.

Seperti yang kita dapat lihat dari faktor jadual. Di sekolah sekarang, jadual hampir keseluruhannya telah ditetap oleh pihak sekolah seperti jadual kelas, jadual guru, dan jadual murid itu sendiri. Perkara negatif yang berlaku ialah terdapat sesetengah pelajar yang tidak dapat mengikut jadual tersebut. Oleh yang demikian, mereka akan melakukan apa sahaja perkara yang mereka inginkan seperti ponteng, merokok dan sebagainya. Perkara tersebut berlaku berkemungkinan disebabkan pelajar berasa tekanan yang dihadapinya. Sebagai contoh, pihak sekolah menetapkan guru tersebut akan mengajar kelas tersebut sahaja, tetapi guru tersebut telah mendatangkan masalah kepada murid. Oleh itu, pihak atasan perlulah siasat dan mengemukakan cadangan yang sesuai agar perkara tersebut dapat diselesaikan dengan aman dan sempurna. Kita sebagai manusia biasa tidak tahan akan perkara yang mengongkong pergerakan dan percakapan kita. Oleh yang demikian, pihak guru dan pentadbiran harus mengubah dan memberi peluang kepada pelajar untuk bersuara.

Tambahan pula mengenai peraturan sekolah, perkara ini paling serius mendapat liputan tentang peningkatan gejala sosial di sekolah. Setiap sekolah mempunyai peraturan tersendiri yang telah ditetapkan oleh kementerian pendidikan Malaysia. Sebagai guru kita harus memahami mengapa dan kenapa pelajar membuat sesuatu perkara. Selain itu, peraturan pada zaman sekarang kelihatan melebih-lebih dan lebih menyusahakan murid untuk bergerak. Seperti contoh telefon bimbit, telefon bimbit tidak dibenarkan bawa ke sekolah tetapi murid tetap membawanya secara senyap. Hal ini kemungkinan berlaku kecemasan yang berlaku kepada pelajar tersebut. sebelum kelas bermula, pelajar perlu meletakkan telefon bimbit di dalam loker yang disediakan ataupun diberikan kepada guru dan boleh dituntut ketika tiada sesi pembelajaran dijalankan.

Arahan tambahan yang diberikan oleh guru, seperti yang kita lihat, guru mempunyai pelbagai cara untuk memberi arahan. Murid akan berasa malas dan tidak boleh mendengar kata-kata atau arahan dari guru sekirnya guru memberi banyak arahan kepadanya. Seperti contoh, murid tersebut tidak sempat menyelesaikan sesuatu perkara tetapi guru menyuruhnya membuat kerja lain. Hal ini juga berpunca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar seperti melawan guru, lari dari kelas, dan sebagainya. Masalah ini juga berlaku disebabkan keegoan guru yang hanya mementingkan diri sendiri.

Selain itu, sistem pemarkahan yang berlaku di sekolah pada masa kini. Guru telah selaraskan skop pemarkahan yang tinggi bagi srtiap sekolah. Hal ini menyebabkan sekolah yang berda di pendalaman akan mengalami kesukaran untuk belajar kerana setiap

pembelajaran mereka tidak membuahkan hasil. Hal ini dapat dilihat, murid pendalaman tidak gemar belajar dan ini mengikut perkerjaan ibu bapa mereka sahaja. Sistem ini juga dapat membuatkan semangat dalam diri pelajar itu jatuh dan tidak bersemangat untuk belajar. Mulai pada saat itu, murid tersebut akan hilang rasa dan minat untuk belajar.

Yang terakhir yang dapat saya berikan ialah denda yang melampau dari pihak atasan. Denda juga merupakan inisiatif dalam memberi pengajaran dan membentuk sahsiah dan disiplin diri murid itu sendiri. Denda yang dibenarkan juga mempunyai had, tetapi pada masa sekarang guru tidak mengambil berat mengenai had yang dibenarkan. Seperti contoh, sebelum merotan murid, guru harus mengepit guru dicelah ketiak dan merotan murid tanpa buku tersebut jatuh. Ini merupakan had untu merotan murid di sekolah bukan seperti sekarang, guru hanya menghayun rotan sesuka hati sehingga meninggalkan bekas pada anggotan tubuh badan murid.

Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah guru dan pihak atasan tidak boleh memandang perkara yang berlaku ini terlalu remeh. Seperti sampah, sekiranya kita memungut ia akan semaking tinggi begitu juga masalah gejala sosial yang berlaku kini sekiranya tidak dibendung dari awal.

Anda mungkin juga menyukai