Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran Tahun Bil. Murid Tarikh Masa Tajuk Utama Tajuk Kecil

: Kemahiran Hidup : 5 Cemerlang : 42 orang : 1 April 2013 : 11.30 pagi -12.30 tengah hari (60 minit) : Baik Pulih Dan Penyenggaraan : Penyenggaraan Bahagian Bangunan

Hasil Pembelajaran : Aras 1 i. ii. Memilih bahan pembersih. Membersih dan meminyak bahagian bergerak pada pintu dan tingkap.

Objektif Am / Khas : Pada akhir pembelajaran, 1. 3 daripada 4 murid dapat menyatakan bahan dan alatan membersih dan meminyak bahagian bergerak pada pintu dan tingkap dengan betul. 2. 4 daripada 7 kumpulan murid dapat menghuraikan langkah-langkah membersih dan meminyak bahagian bergerak pada pintu dan tingkap dengan betul. Strategi Pengajaran: Pendekatan berasaskan murid. Unsur KBKK : Membuat inferens, menjana idea, membuat gambaran, mengimbas kembali, membuat gambaran mental, membuat rumusan. Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid telah mengetahui perlunya membersihkan bahagian bangunan dengan menggunakan bahan dan alatan pembersih. Bahan Bantu Mengajar (BBM): Bahan-bahan maujud, peralatan dan bahan pembersih. Nilai Murni: Kebersihan fizikal dan mental, prihatin, berjimat-cermat.

Aktiviti P&P Langkah Set Induksi (5 minit) Isi Pelajaran Gambar kecantikan bahagian rumah yang diurus dan dijaga dengan baik. Bahagian rumah: Ruang tamu. Cara penjagaan: 1. Membersihkan bahagian rumah yang kotor. 2. Membaik pulih dan menyenggara bahagian rumah yang rosak. Guru 1. Menunjukkan sebuah gambar foto kepada murid. 2. Bertanyakan soalan tentang cara penjagaan kecantikan bahagian rumah tersebut. 2. Murid 1. Meneliti gambar yang ditunjukkan oleh guru. Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. 3. Memahami bahawa penjagaan kecantikan bangunan bergantung kepada pemilihan alatan dan bahan pembersih serta langkah-langkah yang betul dalam membersihkan bahagian bangunan. Langkah 1 (15 minit) Pengenalan kepada membersih dan meminyak bahagian bergerak pada pintu dan tingkap. Bahan dan alatan pembersih: 1. Minyak pelincir. 2. Botol minyak pelincir. 3. Kain reja. 4. Surat khabar. Langkah-langkah: 1. Kenal pasti bahagian yang perlu diminyakkan. 1. Menunjukkan 4 bahan dan alatan pembersih yang digunakan untuk membersih dan meminyak bahagian bergerak pada pintu dan tingkap. 2. Menerangkan 6 langkah membersih dan meminyak bahagian bangunan berpandukan kepada kad manila yang ditampalkan di papan putih.
2

Catatan Strategi: Soal jawab, induktif. Unsur KBKK: Menjana Idea, meneliti. BBM: Bahan maujud

Nilai Murni: Rasional.

1. Menyebut nama 4 bahan dan alatan pembersih tersebut. 2. Mendengar penerangan guru sambil memerhatikan kad manila. 3. Menyatakan semula semua 6 langkah yang diterangkan oleh guru. 4. Jawapan murid yang betul menerima pujian manakala jawapan murid yang salah menerima teguran

Unsur KBKK: Pembelajaran masteri. BBM: Bahan maujud. Nilai Murni: Berhati-hati, kerjasama, berjimat-cermat.

Refleksi: