Anda di halaman 1dari 24

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO.

TELEFON E-MEL

: : : :

<NO MATRIKULASI> <NO. KAD PENGENALAN> <TELEFON> <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PUSAT PEMBELAJARAN>

1.0 PENGENALAN Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di sesuatu kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa pengertian : i. ii. permasalahan tersebut iii. iv. Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh Mengunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal Kecergasan akal fikiran seseorang akan menetukan tajap

pemikiran dalam menangani sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada

semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah : i. ii. membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,

kemanusiaan, spiritual dan mental.

Culture dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan sesuatu. Budaya berkait rapat dengan apa yang dikerjakan sesuatu masyarakat.Budaya juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan boleh diwarisi serta sering berubah mengikut peredaran masa. Kamus Dewan (2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Dictionary of Philosophy (1996), the way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thoughts and activity. Nik Safiah Karim, budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa mengerakkan jiwa. Mohd Taib Osman (1988), budaya adalah satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi , budaya merupakan satu alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat. Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan warisan sosial akan menentukan bentuk tingkah laku mereka. Budaya dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya di sekolah yang manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang

disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarkat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.

Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, budaya meliputi setiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang mengandungi budaya rakyat asal. Budaya adalah lambing dan institusi kebangsaan. Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama. Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua masyarakat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara.

2.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan. Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan Selamat Hari Raya, Gong Xi Fa Cai dan Selamat Deepavali keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan. Salah satu tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya, keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya di Indonesia dan di Negara Thai. Yang unik ialah budaya tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan.

Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri. Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa. Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya ! tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun clan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana tak kenaI maka tak cinta.

Pengaruh kebudayaan amat penting dalam memupuk dan mewujudkan perpaduan negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan sebagai satu langkah untuk mencapai integrasi nasional. Terdapat tiga ciri utama dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu, i. ii. Kebudayaan kebangsaan negara mestilah berasaskan kepada

kebudayaan penduduk asal atau asli atau peribumi negara ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai, wajar dan munusabah diterima dan digabungkan dalam kebudayaan kebangsaan. iii. Islam akan menjadi unsur penting dalam pembentukkan kebudayaan kebangsaan.

Pada awalnya, komponen kebudayaan kebangsaan merujuk kepada aspek-aspek kesenian dan pakaian. Malah kebudayaan kebangsaan tidak hanya penyataanpenyataan artistik dan simbolik (kesenian dan pakaian) tetapi bahasa serta norma dan nilai. Dari segi bahasa, dalam kebudayaan kebangsaan Bahasa Melayu / Malaysia dijadikan bahasa pengantar dan digunakan secara meluas. Norma dan nilai pelbagai etnik seperti Cina dan India diterapkan ke dalam kebudayaan kebangsaan dan ini telah menjadi nilai sejagat yang positif yang boleh mewujudkan kesatuan dan kesetiaan kepada negara. Penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain telah membolehkan wujudnya perpaduan serta integrasi nasional.

3.0 CIRI-CIRI KEPELBAGAIAN BUDAYA Budaya adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Fungsi budaya dalam kehidupan masyarakat bertamadun amatlah penting. Di antara fungsi budaya ialah untuk memenuhi keperluan hidup masyarakat, sebagai panduan kepada masyarakat untuk bertingkah laku, sebagai pengaturcara dalam hubungan manusia, galakan kepada manusia untuk mencipta dan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Sebagai contoh, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai

pelbagai kaum yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Dengan contoh yang diberikan di atas, kita telah dapat mengetahui bahawa betapa pentingnya budaya dalam kehidupan bermasyarakat yang aman damai. 3.1 Kepelbagaian Budaya Merujuk kepada Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas, Melville J.

Herskovits menyebutkan kebudayaan memiliki 4 unsur pokok, iaitu alat-alat teknologi, sistem ekonomi, keluarga dan kekuasaan politik. Manakala, Bronislaw Malinowski mengatakan ada 4 unsur pokok yang meliputi sistem norma sosial yang memungkinkan kerja sama antara para anggota masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya, organisasi ekonomi, alat-alat dan lembaga-lembaga atau petugaspetugas untuk pendidikan (keluarga adalah lembaga pendidikan utama) dan organisasi kekuatan (politik). Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit. Manakala, budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
8

Masyarakat yang yakin kepada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan larangan yang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dan kekuatan unsur-unsur yang terdapat di dalam budaya. Kepelbagaian budaya juga boleh dilihat dari segi bangsa, struktur masyarakat,

kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina. Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Kamus Pelajar (1993) pula memberi takrifan bangsa sebagai kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifatnya. Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identity bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membetuk identiti Malaysia yang ada kini. Kepelbagaian budaya yang kedua ialah struktur masyarakat atau kelas sosial. Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Struktur masyarakat atau kelas social berperanan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. masyarakat. Contohnya, Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam satu masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan murid golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa mengira budaya dan masyarakat lain. Hubungan yang baik juga dapat memupuk nilai persahabatan, kerjasama dan toleransi dalam bilik darjah yang menjamin kesejahteraan dan keharmonian murid. Secara langsung, satu suasana pembelajaran yang kondusif akan terbentuk. Kepercayaan adalah merupakan kepelbagaian budaya yang ketiga. Menurut Kamus Dewan (1994), kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan akan berasa pasti terhadap sesuatu perkara yang berkenaan. Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima dalam kehidupan masyarakat.

Sebagai contoh,

masyarakat Melayu banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan

yang mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan harian. Kepercayaan dan pantang larang tersebut bertujuan untuk mendidik tetapi disampaikan seara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka yang ditegur malah dapat memperkayakan adat dalam masyarakat. Antara contoh kepercayaan masyarakat Melayu adalah seperti kepercayaan kepada pawang, dukun dan bomoh. Manakala, contoh pantang larang masyarakat Melayu adalah melarang anak duduk di atas bantal, menjahit di waktu senja, tidak boleh bersiul atau menyanyi di dapur dan banyak lagi. Masyarakat Cina juga turut mempercayai alam semesta dikuasai oleh semangat yang kekuatannya adalah luar biasa. Semangat yang berada dan hidup di dalam fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuhan, gunung dan fenomena lain. Begitu juga dengan masyarakat India yang mengaitkan dewa dewi, unsur alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan negatif. Nilai dan kepercayaan adalah saling berkaitan. manusia tentang kehidupan. Manakala, Kepercayaan memberi halatuju yang Nilai

nilai merupakan prinsip-prinsip

menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut. beberapa nilai masyarakat, relativisme masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.

Terdapat Kedua,

antaranya adalah etnosnetrik iaitu menilai budaya

iaitu sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitari dengan

menggunakan nilai, kepercayaan dan norma sendiri. Dan ketiga, xonsentrisme iaitu anggapan bahawa budaya masyarakat lain adalah lebih baik daripada masyarakat sendiri. Kepelbagaian budaya juga boleh dilihat dari aspek bahasa. Cole (1998) berpendapat bahasa adalah satu set simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna dengan sistem komunikasi yang kompleks. Melalui bahasa kita dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Bahasa dikatakan menjadi alat komunikasi untuk manusia bekerjasama, melestarikan kebudayaan dan penerusan pemikiran.
10

Bahasa juga berfungsi untuk memenuhi pelbagai tujuan bagi menggambarkan suasana atau menyampaikan maklumat penutur dengan pendengar (fungsi komunikatif) supaya pendengar menyambut (fungsi apelatif), untuk menyatakan perasaan (fungsi ekspresif) atau menaakul kebijaksanaan (fungsi kognitif). Dalam kumpulan yang menggunakan bahasa sebagai alat komunikas, terdapat pula unsur dialek yang mempengaruhi Orang India bertutur bahasa yang digunakan. Sebagai contoh di Malaysia, orang Melayu bertutur dalam bahasa Melayu tetapi dialek antara negeri membezakannya. dalam bahasa Tamil yang diambil dari negeri Tamil Naidu. Orang Cina Pulau Pinang dan Melaka menggunakan Hokkein, sementara orang Cina Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban berbahasa Hakka. Aspek adat resam juga boleh dilihat sebagai kepelbagaian budaya. Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah piawai iaitu adapat atau kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat, turu mempunyai kesan (isbat) kepada pelaku sama ada positif atau negatif. Di Malaysia, setiap masyarakat Melayu, Cina dan India adat mempunyai adat resam masing-masing. Contohnya bagi masyarakat Melayu,

dapat dilihat pada tiga aspek iaitu adat resam kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam kelahiran seperti melenggang perut diamalkan ketika wanita hamil tujuh bulan. Bagi adat perkahwinan, meminang dan bertunang bertujuan untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam sebelum dinikahkan. Manakala, adat kematian adakah kenduri arwah yang diadakan dan diurus oleh waris atau saudara untuk disedekahkan kepada arwah. Bagi adat resam Cina pula, beberapa adat resam yang diamalkan adalah mementingkan anak lelaki, nama terdiri daripada tiga perkataan dengan dimulai dengan nama keluarga. Masyarakat India pula mempunyai adat resam yang mengamalkan adat Valaikaapu iaitu adat ketika wanita India mengandung sulung menjangkau usia tujuh hingga sembila bulan, dipakaikan sebentuk gelang tangan yang dinamakan Suulkaappu. Tujuannya juga untuk memberi nama kepada bayi yang beru dilahirkan.

11

Kepelbagaian budaya juga boleh dilihat dari aspek jantina (gender). Menurut Butler dan Manning (1998), the term gender describes masculinity and feminity the thoughts, feelings and behavior that identify one as either male or female. Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, masih terdapat perbezaan ketara di antara mereka. Lelaki secara fitrahnya bersikap keras dan agresif berbanding perempuan yang lebih bersopan santun dan berhemah. Perempuan lebih cepat matang tetapi pada satu tahap umur tahap kematangan adalah sama. Campuran jantina di dalam bilik darjah memberi peluang murid-murid dari segi jantina serta meluaskan lagi ruang persefahaman dan toleransi.

12

4.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA SEBAGAI PENYATUAN NEGARA Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah. Kebudayaan dikatakan komponen terpenting dalam diri seseorang itu dan negaranya. Negara kita memiliki pelbagai kebudayaan yang unik. Pada pandangan anda, apakah kepentingan kebudayaan dalam kehidupan manusia. Semua negara mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri dan berasa bangga akan kebudayaan itu. Begitu juga dengan negara kita yang memiliki pelbagai etnik dan sudah pasti kebudayaan yang berwarna-warni untuk dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Masyarakat luar melihat kebudayaan negara ini begitu unik kerana tidak banyak negara dunia yang memiliki komposisi kaum yang serupa seperti Malaysia.Oleh itu, ada banyak kepentingan kebudayaan dalam sesebuah negara itu.

13

Kebudayaan berupaya menjadikan sesebuah masyarakat itu unik kerana setiap masyarakat memiliki amalan budaya yang tersendiri. Pengekalan sesuatu kebudayaan itu menjadi bukti bahawa masyarakat tersebut memandang tinggi akan budayanya lalu berusaha mengekalkannya dengan bersungguh-sungguh. Dalam masa yang sama, pengekalan ini menjadikan masyarakat itu terus unik kerana hanya mereka sahaja yang masih mengamalkan sesuatu amalan tersebut. Pada masa yang sama, kebudayaan memberikan satu perasaan bangga akan kaum sendiri. Sikap bangga ini mampu memberikan satu semangat kepada sesuatu kaum itu untuk terus mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran globalisasi ini. Kehidupan moden yang penuh dengan kekeliruan identiti boleh menyebabkan manamana individu begitu mudah melupakan kebudayaannya. Jadi, kebudayaan boleh menjadi satu benteng yang menghalang berlakunya proses kehilangan kebudayaan dalam diri seseorang itu. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Malahan, kebudayaan yang diamalkan oleh seseorang mampu memberikan pandangan positif masyarakat luar akan individu tersebut. Pemakaian pakaian tradisional yang semakin dilupakan mampu memberikan tafsiran positif kepada orang luar apabila melihat seseorang itu masih memakai pakaian tradisinya. Orang luar melihat betapa kebudayaan negara ini diutamakan oleh ahli masyarakatnya menerusi amalan seharian yang mengutamakan kebudayaan pula. Jelaslah, kebudayaan mampu memberikan imej positif kepada masyarakat daripada kaca mata orang luar. Kebudayaan juga boleh menjadi satu alat perpaduan yang mampu merapatkan hubungan antara kaum. Pengamalan sesuatu amalan budaya itu sudah pasti akan
14

menimbulkan rasa akrab dan kesatuan yang mendalam dalam setiap jiwa manusia. Makanan tradisi, pakaian tradisi, budaya lama dan perayaan tradisi semuanya memberikan satu perasaan kekitaan yang mendalam dalam jiwa individu tertentu. Jelaslah, kebudayaan mampu mengukuhkan semangat perpaduan antara masyarakat terutama dalam negara yang berbilang kaum ini.

Pemilikan kebudayaan yang mendalam turut memberikan impak positif kepada tahap nasionalisme dalam diri masyarakat. Kebudayaan biasanya dikaitkan dengan perasaan cinta akan negara yang mendalam dan kebudayaan juga boleh menjadi alat yang mampu memupuk semangat nasionalisme ini. Masyarakat semakin sanggup mempertahankan negaranya kerana mereka sedar merekalah pelindung kepada keseinambungan kebudayaan yang sejati. Maka, kebudayaan boleh meningkatkan tahap cinta akan negara seseorang itu dengan begitu mudah. Menghargai kepelbagaian budaya dan hormat-menghormati perbezaan agama merupakan dua mesej yang jelas daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang disampaikan dalam perutusan sambutan Thaipusam tahun ini. Ternyata, kedua-dua pemimpin utama negara ini begitu menitikberatkan dua elemen ini yang dilihat sebagai kunci utama ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu dalam menuju Wawasan 2020 bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Persoalannya, mengapakah kedua-dua pemimpin utama ini menyuarakan hasrat yang sama? Jika diteliti beberapa insiden yang telah berlaku di dalam negara kita mutakhir ini, ternyata kerisauan mereka berasas. Kepelbagaian budaya dan agama masyarakat Malaysia telah menobatkan negara kita sebagai sebuah negara yang sangat unik. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat diberi kebebasan mutlak untuk mengamalkan sebarang ajaran agama atau kepercayaan tanpa kekangan, batasan mahupun halangan, walaupun agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi Malaysia.

15

Buktinya, bilangan rumah ibadat orang bukan Islam tumbuh bagaikan cendawan tanpa sebarang halangan daripada kerajaan. Perayaan setiap agama dibenarkan disambut secara besar-besaran, seperti Thaipusam dan Wesak. Ada negeri yang memberikan cuti umum untuk beberapa upacara keagamaan, seperti Thaipusam, sebagai hadiah dan kemudahan kepada penganut agama Hindu di negara ini. Begitu juga halnya dengan penganut agama Kristian dan Buddha yang turut disediakan ruang dan peluang yang secukupnya untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing. Selama ini, kita hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni serta memegang kuat sifat toleransi. Orang Melayu menghormati agama dan kepercayaan orang Cina dan India, dan begitu juga sebaliknya. Sifat terpuji sebeginilah yang menjadi tunjang dan tulang belakang kemajuan kita sebagai bangsa yang berjaya. Situasi ini tidak wujud dan terbentuk dengan sendiri. Kebijaksanaan pemimpin kita selama ini dalam melihat persamaan dalam perbezaan yang wujud telah memupuk budaya hormat-menghormati. Hal ini membolehkan kita hidup aman dan harmoni seterusnya menjadi model negara membangun yang disegani semua pihak. Buktinya pemimpin luar mengakui dan mengiktiraf kehebatan dan keunikan Malaysia. Yang terbaharu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton semasa pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri di Jabatan Negara Amerika Syarikat, kagum dengan pencapaian Malaysia sehingga melabel negara ini sebagai model negara membangun. Pengiktirafan ini berdasarkan penilaian Amerika Syarikat terhadap tiga perkara asas dan utama yang dimiliki Malaysia, iaitu kesuburan sistem demokrasi, kerajaan yang efektif dan pembangunan ekonomi yang baik. Mufti Syria, Sheikh Ahmad Badr al-Deen, menyifatkan Malaysia sebagai model masyarakat majmuk dengan kiasan bunga-bunga yang berkembang di taman. Hal ini membuktikan bahawa pemimpin dunia luar mengakui dan mengiktiraf kehebatan Malaysia dalam pelbagai aspek, baik politik, sosial mahupun ekonomi. Masyarakat dunia melihat kemajmukan kita sebagai sesuatu yang pelik dan mustahil, tetapi selama ini kita berjaya membuktikan bahawa kita boleh maju dan membangun sebagai satu bangsa dan satu suara.

16

5.0 KESIMPULAN Keunikan kita hari ini ialah hasil muafakat pemimpin terdahulu yang mewakili semua kaum, berpaksikan kontrak sosial dan perlembagaan yang menjadi asas kejayaan kita selama ini. Bukan mudah untuk mempertahankan warisan turun-temurun ini. Dewasa ini, terlalu banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa kita tempuh dalam mempertahankan perpaduan dan keharmonian kaum. Memang menjadi tanggungjawab kita untuk terus mempertahankan keunikan tersebut dengan terus menyuburkan rasa hormat-menghormati dan saling memahami budaya dan kepercayaan semua kaum di Malaysia. Untuk itu, kita perlu menepis segala prasangka dengan melihat persamaan dalam perbezaan yang ada, agar kita terus kekal harmoni. Kita perlu mengelakkan insiden yang boleh melebarkan tembok prasangka yang akan menjejaskan perpaduan kita. Semua pihak perlu menghormati kepercayaan dan budaya agama lain. Insiden seperti membakar novel Interlok, mencemarkan Masjid dan mempersoalkan laungan azan serta hasutan berbentuk perkauman sewajarnya dielakkan kerana hal ini hanya boleh menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pihak lain. Hal ini sekali gus akan menjejaskan jambatan perpaduan yang telah dibina selama ini. Kita sebagai rakyat Malaysia wajar bersyukur dengan nikmat keamanan yang kita peroleh sekarang berbanding dengan negara luar yang sering tegang dan dilanda konflik. Pergolakan di negara luar bukan setakat sesama etnik, malah berlaku pelbagai perbalahan antara kaum imigran lain di negara masing-masing. Kita wajar mengambil iktibar daripada peristiwa yang sedang berlaku di Libya, Mesir, Tunisia dan beberapa buah negara lain yang sedang melalui konflik dalaman yang sangat runcing dan serius. Wawasan 2020 dan impian untuk menjadi negara maju dan negara berpendapatan tinggi adalah cita-cita murni kerajaan untuk manfaat generasi masa hadapan. Kerajaan yang ada pada hari ini memerlukan sokongan, kepercayaan dan keyakinan daripada segenap lapisan masyarakat yang perlu bersatu padu, bermuafakat dan bertolak ansur dalam konteks 1Malaysia agar impian dan cita-cita murni tersebut dapat direalisasikan.

17

Kesimpulannya, kebudayaan itu merupakan satu komponen penting dalam sesuatu kaum atau masyarakat. Kegagalan mengangkat martabat kebudayaan ini boleh membawa impak negatif kepada pembangunan kaum itu secara keseluruhannya. Kebudayaan juga boleh menjadi satu-satunya pengenalan diri yang amat bermakna buat seseorang itu

18

Rujukan

Azhar Hj Mad Aros (2000). Titas Kertas 2. Petaling Jaya : Fajar Bakti.

Arbaiyah Mohd Noor (2002). Ilmu sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur: DBP

Budaya

dan

Tamadun

(n.d.).

Diperolehi

daripada

laman

web

http://www.slideshare.net/keronuex/nota-lengkap-modul-titasnew, pada Okt 10, 2011.

Haji Ishak Saat. (2007). Kajian Sosial Akademik. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ismail Hussein, A. Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi (1993). Tamadun Melayu jilid Satu. Kuala Lumpur : DBP.

Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : DBP.

Konsep

Budaya.

(n.d.).

Diperolehi

daripada

http://www.docstoc.com/docs/6370651/Arnold J_Toynbee, pada Okt 10, 2011.

Lucy Mair (1989). Antropologi Sosial Permulaan. Terjemahan Azemi Salim. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

19

Syed Ismail Mustapa, Ahmad Subki Miskon (2010). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tamadun dan Kaitannya dengan Kebudayaan dan Kesenian. (n.d.). Diperolehi daripada laman web http://www.scribd.com/doc/12919304/Tamadun-Dan-Kaitannya-DenganKebudayaan-Dan-Kesenian, pada Okt 10, 2011.

Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah, Munif Zarirruddin Fikri Nordin & Solahuddin Ismail (2002). Tamadun Islam: Suatu Sorotan. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Wikipedia Bahasa Indonesia. (n.d.). Budaya. Diperoleh daripada laman web http://ms.wikipedia.org.wiki/Budaya, pada Okt 10, 2011.

Wikipedia

(2009).

Tamadun.

Diperoleh

daripada

laman

web

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun, pada Okt 18, 2011.

20

REFLEKSI Saya melihat kepelbagaian budaya ini seolah menafsirkan kembali kepada isu

perkauman dan kedamaian hidup antara pelbagai kaum serta keturunan di tanah air yang kita sayangi ini, saya berasa terpanggil meneruskan pembicaraan selepas membuat esei kepelbagaian budaya . Saya tak mahu menyebut istilah "perpaduan" yang saya anggap sudah menjadi basi, retorik politik yang klise, dan impian muluk semata-mata. Saya lebih cenderung menyebut kedamaian, harmoni dan kerjasama (collaboration) antara penduduk. Ingat kita tidak hanya berbicara tentang Melayu, Cina, India sahaja sehingga kita terlupa ada ratusan ribu peribumi Iban, Dayak, Melanau, Kadazan, Dusun, Bajau dan lain-lain lagi di Sarawak dan Sabah yang masing-masing mempunyai tradisi, budaya dan malah agamanya yang berbeza dengan Melayu, Banjar, Arab, Jawa, Minangkabau, Mandahiling, Kampar, Aceh, Patani dan . sebagainya

Dalam masyarakat keturunan Cina itu juga ada suku-suku Hakka, Hailam, Kantonis,etc, dan dalam masyarakat India ada pula Tamil, Jaffna, dan jangan lupa ramai keturunan Pakistan, Sikh, Bangladesh. pendek kata Malaysia ini merumahkan aneka warna kelompok dan keturunan manusia. Setiap kelompok memiliki dialek, adat kebiasaan, nilai-nilai dan kepercayaan agama yang tersendiri( ada Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Sikhism, dan animisme ).

Kita telah hidup sebelah menyebelah , berjauhan atau bersentuhan, dan pada umunya dalam aman dan harmoni baik di daerah-derah kediaman, mahupun dalam institusiinstitusi awam dan swasta (sekolah, pejabat, syarikat, dan persatuan ). Kedamaian dan keharmonian ini yang harus dikekalkan, dan dari waktu ke waktu dimantap dan dieratkan. Ini yang realistik , praktikal dan boleh dicapai.

21

Kepelbagaian yang kaya raya ini sebenarnya mengandungi potensi hebat bagi memperkaya kreativiti, ciptaan, ilmu dan teknologi, penghasilan ekonomi dan kebudayaan negara andainya tenaga-tenaga kreatif insan di dalam sekalian kaum itu dapat bersinergi dan digembeleng secara inovatif. Sebenarnya pada hari ini pun kerjasama dan perhubungan antara kaum itu sudah berlangsung demikian banyaknya dalam kehidupan ekonomi dan sosial yang memakmurkan negara ini. Tetapi apabila ada cakap-cakap politik daripada pemimpin yang hendak menunjukkan dia juara kaumnya bagi kepentingan kekuasan politik diri serta suku sakatnya maka terasalah jurang negatif antara kaum itu sedang membebankan perasaan bangsa kita. Apabila perasaan perkauman dan syak wasangka ini diulang-ulang dan diperbesarkan, janganlah terkejut kalau berlaku lagi pergaduhan sengit dan pembunuhan sesama penduduk. Awaslah! Pemimpin-pemimpin politik dan persatuan yang bermulut besar dan celupar bertanggungjawab: selalu mengungkit dan malah seperti mencabar peruntukan-peruntukan Perlembagaan negara yang selama ini menjadi payung pelindung bagi pelbagai kumpulan rakyat . Walau apapun masalah yang berbangkit adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merancang secara berkesan, dalam jangka segera dan panjang, membina sikap membina yang kukuh untuk setiap kaum berusaha hidup aman dengan orang lain. Tidaklah memadai dengan membuat seruan-seruan sahaja. Ini adalah tugas kebudayaan yang rumit, memerlukan penyelidikan sosial-budaya yang saintifik, dan usaha pembangunan yang berpanjangan dalam rangka pembangunan modal insan dan kehidupan bernegara. Ia mengaitkan semua kementerian, tetapi Kementerian yang bertanggungjawab membangunkan langsung satu tentang kebudayaan bagi dan tujuan perpaduan nasional harus ini. institut khas

Institut ini perlu menjalankan penyelidikan ilmiah yang berorientasikan keperluan membina kerjasama dan perhubungan bangsa, dan mencadangkan dasar-dasar dan program tindakan bagi kementerian-kementerian lain

22

Sesuatu kaum patut mengetahui sensitiviti, pantang larang, dan kepercayaan kaum yang lain supaya berhati-hati dan tidak menyinggung perasaan orang. Masyarakat bukan Islam wajib mengetahui apa-apa yang dikatakan haram dan halal bagi umat Islam. Bukan sahaja babi dan arak itu haram, makanan lain pun menjadi tidak halal kalau proses penyediaannya tidak bersih , seperti misalnya kilang membuat bihun bersebelahan kandang babi. Orang Islam juga patut faham bahawa orang India penganut Hindu dilarang memakan daging lembu. Hal-hal yang seperti ini patut menjadi sebahagian daripada pendidikan sosial dan budaya bangsa kita, iaitu kefahaman dan pengertian tentang nilai-nilai dan norma yang diamalkan oleh pelbagai kaum dan budaya. Pihak mana dan bagaimanakah ia patut dilaksanakan? Ini memerlukan usaha yang serius, bukan lip service, dan retorik . Ia memerlukan pemikiran yang besar, strategi yang boleh dicapai, dan dana yang bukan sedikit. Kita harus dapat menikmati dan memanfaatkan bersama kecemerlangan pencapaian daripada setiap kaum dan budaya sebagaimana masyarakat Melayu, Cina dan India sama-sama berasa bangga dan megah melihat Nicol David, Chong Wei, dan Sheikh Muzaffar mencetak nama masing-masing untuk negaranya di luar sempadan, lautan, dan angkasa . Perlu diingat pencapaian peribadi itu tidak mungkin tanpa sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada kemudahan kebangsaan, dan bangsa kita tak mungkin berbangga tanpa komitmen tinggi daripada peribadi individu yang berkenaan. Kerjasama, persefahaman dan komitmen seperti inil;ah yang harus kita wujudkan antara kaum setiap waktu. Jadi marilah kita berfikiran positif dan berusaha membina perasaan hormat pada sejarah masing-masing, membina impian perdamaian dalam kepelbagaian . Engkau dengan agama engkau; aku dengan agama aku, dan aku tidak menyembah apa yang engkau sembah; aku akan memelihara kesucian agama aku, dan berlaku adil terhadap orang lain. Semua kita boleh menuju ke kemuncak impian kita dalam kedaulatan perlembagaan negara yang ada.

23

Sangat luas serta lapang ruang yang berada di sekitar ; dan jangan disempitkan dengan tindakan yang tergesa-gesa dan tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab dalam erti kata: kita tahu apa kesan, akibat atau konsekwensi daripada perbuatan kita.

24

Anda mungkin juga menyukai

  • Perancangan Bola Sepak
    Perancangan Bola Sepak
    Dokumen30 halaman
    Perancangan Bola Sepak
    zulbakar
    67% (3)
  • Bismillah Hirrahman Nirrahim
    Bismillah Hirrahman Nirrahim
    Dokumen2 halaman
    Bismillah Hirrahman Nirrahim
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • EEM513
    EEM513
    Dokumen17 halaman
    EEM513
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Maklumat Am
    Maklumat Am
    Dokumen2 halaman
    Maklumat Am
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • TUGASAN Sejarah
    TUGASAN Sejarah
    Dokumen19 halaman
    TUGASAN Sejarah
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Instrument B2d2e1
    Instrument B2d2e1
    Dokumen3 halaman
    Instrument B2d2e1
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • EEM421
    EEM421
    Dokumen20 halaman
    EEM421
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • EEM513
    EEM513
    Dokumen17 halaman
    EEM513
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • 25028
    25028
    Dokumen1 halaman
    25028
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Kuda Kepang
    Kuda Kepang
    Dokumen1 halaman
    Kuda Kepang
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Aku Suka Dia
    Aku Suka Dia
    Dokumen1 halaman
    Aku Suka Dia
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • SG Ku
    SG Ku
    Dokumen1 halaman
    SG Ku
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Ruqyah
    Ruqyah
    Dokumen15 halaman
    Ruqyah
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Suka Aku
    Suka Aku
    Dokumen2 halaman
    Suka Aku
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Kuda Kepang
    Kuda Kepang
    Dokumen1 halaman
    Kuda Kepang
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Aku Punya Suka
    Aku Punya Suka
    Dokumen1 halaman
    Aku Punya Suka
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Doa Sempena Hari Sukan
    Doa Sempena Hari Sukan
    Dokumen2 halaman
    Doa Sempena Hari Sukan
    Haslina Bahadari
    100% (1)
  • Aku Punya Suka
    Aku Punya Suka
    Dokumen1 halaman
    Aku Punya Suka
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Ruqyah
    Ruqyah
    Dokumen15 halaman
    Ruqyah
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Gaya Hidup Sihat
    Gaya Hidup Sihat
    Dokumen11 halaman
    Gaya Hidup Sihat
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • 5S Untuk Produktiviti
    5S Untuk Produktiviti
    Dokumen16 halaman
    5S Untuk Produktiviti
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Ambik Kau Lagi
    Ambik Kau Lagi
    Dokumen1 halaman
    Ambik Kau Lagi
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Format Kosong BM
    Format Kosong BM
    Dokumen2 halaman
    Format Kosong BM
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Ambik Kau
    Ambik Kau
    Dokumen1 halaman
    Ambik Kau
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Format Kosong BM
    Format Kosong BM
    Dokumen13 halaman
    Format Kosong BM
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Artikel
    Artikel
    Dokumen25 halaman
    Artikel
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Bahasa Melayu
    Bahasa Melayu
    Dokumen12 halaman
    Bahasa Melayu
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Tugasan KKP PGSR 2012
    Tugasan KKP PGSR 2012
    Dokumen3 halaman
    Tugasan KKP PGSR 2012
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Kesihatan Diri Dan Keluarga
    Kesihatan Diri Dan Keluarga
    Dokumen16 halaman
    Kesihatan Diri Dan Keluarga
    amirulamir
    Belum ada peringkat
  • Bahasa Melayu
    Bahasa Melayu
    Dokumen12 halaman
    Bahasa Melayu
    amirulamir
    Belum ada peringkat