Anda di halaman 1dari 5

DADAH

Maksud Dadah 1. Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. 2. Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya dan ini boleh menyebabkan ketagihan dan membawa maut. 3. Penyalahgunaan bahan, yang merangkumi : a. alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. 4. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam). Punca Penyalahan Penggunaan Dadah 1. Pengaruh rakan. 2. Sikap ingin mencuba dalam diri masing-masing. 3. Kurang mempunyai pegangan agama yang longgar, mudah tunduk kepada sikap ingin mencuba yang wujud di dalam dirinya

Kesan Penyalahgunaan Dadah a) Kepada Individu Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah. Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja. Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan. Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase ketagihan berlebihan. Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut

b) Kepada Keluarga Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Rumah tangga menjadi porak peranda. berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.

c) Kepada Masyarakat mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

d) Kepada Negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah : Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi. Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan. Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya. Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Langkah mengatasi Penyalahan Penggunaan Dadah 1. Penguatkuasaan Undang-undang Akta Dadah Berbahaya 1952 Akta Racun 1952

Akta Rawatan/Pemulihan 1983 Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988

2. Mengadakan pameran dan ceramah bagi: i) ii) iii) iv) v) vi) Menimbulkan ketakutan Pendekatan kemahiran hidup Meningkatkan Kemahiran ketahanan social Kesedaran tentang pengaruh sosial dadah Pengetahuan tentang pencegahan dadah Kemahiran untuk menolak penawaran terhadap dadah

3. Mengadakan program berasaskan maklumat: a. Kemahiran pengurusan-diri b. Kemahiran sosial umum 4. Program pemulihan bagi penagih

5. Memerlukan bantuan dari pihak Kumpulan Sokongan: Pusat pemulihan i) Agensi Anti Dadah Kebangsaan ii) PEMADAM iii) PENGASIH Pakar sakit jiwa : i) Pakar kaunseling penagihan dadah ii) Pakar psikologi

Lain-lain : i) Ibu bapa ii) Guru

LAMPIRAN GAMBAR

KANABIS

DEPRESSEN

PSIKOTRAPIK

HALUSONOGEN

INHALANT