Anda di halaman 1dari 45

INTERAKSI 4 BMM3104

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN

Penyediaan aktiviti mendengar dan bertutur adalah berlandaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang terkandung dalam KBSR dan KBSM dan yang terkini KSSR. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kemahiran yang saling lengkap-melengkapi. Kedua-dua kemahiran ini diajarkan kepada murid-murid supaya mereka boleh memahami dan menghayati perkaraperkara yang didengar dalam pelbagai situasi sebelum bertindak balas melalui pengucapan yang gramatis. Matlamat kemahiran mendengar dan bertutur yang diajarkan kepada murid-murid adalah untuk melengkapkan mereka dengan kebolehan memahami dan menghayati perkaraperkara yang didengar dalam pelbagai situasi , di samping mampu berkomunikasi serta memberi maklum balas dengan menggunakan sistem bahasa yang mantap dan berkesan.

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN

Aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur yang boleh dijalankan oleh guru di bilik darjah adalah seperti berikut: Mengecam / mengenal bunyi Mengenal bunyi-bunyi alam seperti bunyi hujan, guruh, ombak, tiupan angin, bunyi-bunyi binatang, kenderaan dan sebagainya. Membuat inferens Menerangkan sebab-musabab kejadian sesuatu perkara. Misalnya, jelaskan sebab-sebab seseorang itu miskin? Menganalisis maklumat Mencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan merujuk kamus. Membuat rumusan Membuat kesimpulan tentang sesuatu perkaras berdasarkan maklumat yang telah dianalisis. Membuat penailaian Memberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara yang didengar atau dibincangkan.

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN

Guru yang menyediakan rancangan pelajaran kemahiran mendengar dan bertutur sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah, perlu menguasai hasil pembelajaran dan huraian sukatan pelajaran untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum sesuatu mata pelajaran bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil pembelajaran ini membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber dan prosedur pengajaran serta memberi petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh muridmurid. Hasil pembelajaran turut membantu guru menjalankan pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Hasil pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum.

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN


Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu memberi tumpuan agar murid-murid dapat menguasai hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran Bahasa Melayu untuk peringkat sekolah rendah hanya dikatogerikan sebagai hasil pembelajaran sahaja, manakala di peringkat sekolah menengah ia terdiri daripada hasil pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus. Hasil pembelajaran utama (fokus utama) ialah pernyataan kecekapan berbahasa yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu. Pernyataan kecekapan berbahasa ini merangkumi bidang interpersonal, maklumat, dan estetik. Hasil pembelajaran khusus (fokus sampingan) pula ialah perincian kecekapan berbahasa untuk hasil pembelajaran utama. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis terangkum dalam pernyataan hasil pembelajaran khusus. Hasil pembelajaran khusus disusun dari peringkat mudah ke peringkat yang lebih sukar dan harus dikuasai oleh murid-murid. Setiap bidang penggunaan bahasa mempunyai sejumlah hasil pembelajaran utama, manakala setiap hasil pembelajaran utama terbina daripada sejumlah hasil pembelajaran khusus yang perlu dikuasai oleh murid-murid.

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN

Huraian hasil pembelajaran pula ialah pernyataan tentang aras kemahiran secara jelas dan perlu dicapai oleh murid-murid mengikut tahap keupayaan dan kemajuan mereka sama ada pada Aras 1, Aras 2, atau Aras 3. Aras 1 ialah aras paling asas yang harus dicapai oleh semua murid. Aras 2 ialah aras bagi murid yang berpencapaian sederhana, manakala Aras 3 ialah aras paling tinggi bagi murid yang berpencapaian cemerlang. Pemeringkatan kemahiran berdasarkan aras ini sejajar dengan konsep pembelajaran masteri yang membolehkan murid yang cemerlang terus maju tanpa mengabaikan murid yang berpencapaian rendah. Apabila murid berupaya mencapai Aras 1, maka mereka boleh meneruskan pembelajaran ke Aras 2 dan seterusnya ke Aras 3. Sekiranya seseorang murid masih tidak berupaya mencapai Aras 1, maka guru hendaklah melatih dan membimbing murid tersebut sehingga mereka menguasai aras tersebut sepenuhnya. Dalam hal ini, penilaian terhadap pencapaian murid bagi setiap

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN

Hasil pembelajaran dan huraian hasil pembelajaran menjadi dua daripada tiga komponen dalam huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Kedua-dua komponen ini menjadi panduan kepada guru untuk menentukan kemahiran serta aras yang ingin dicapai untuk murid-murid mereka. Komponen lain dalam huraian sukatan pelajran, iaitu cadangan aktiviti juga menjadi panduan tentang aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadual A menunjukkan paparan huraian hasil pembelajaran dalam contoh huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2, manakala Jadual B menunjukkan paparan huraian hasil pembelajaran dalam contoh huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu:

JADUAL A
Hasil Pembelajaran
1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra 1.1 Berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri, keluarga, rakan, dan masyarakat dengan menggunakan kata, intonasi, dan nada yang sesuai. 1.2 Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain.

Huraian Hasil Pembelajaran


Aras 1 i. Berbual tentang pengalaman diri dan kegiatan harian dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang sesuai. ii. Membenarkan pendapat rakan untuk meneruskan perbualan.

Cadangan Aktiviti / Nota


Berbual tentang pengalaman diri dalam kegiatan kokurikulum. Contoh: Peraduan mengarang dan perkhemahan. Nota: Sebagai pilihan, sampel rakaman perbualan yang relevan diperdengarkan kepada murid untuk meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur. Berbual dalam kumpulan kecil berpandukan ungkapanungkapan yang membenarkan pendapat rakan. Contoh ungkapan: Ya, saya amat bersetuju. , Ya, kita bersependapat nampaknya.

JADUAL B
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1. 1. Berbual dengan keluarga, rakan i.Menyatakan butiran maklumat asas diri. sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal ii.Melafazkan ucapan dan tidak formal bertatasusila dalam perbualan. 1.1 Berbual tentang Aras 2 sesuatu perkara yang berkaitan dengan i. Menggunakan kata kehidupan seharian panggilan dan kata menggunakan kata, ganti nama diri ungkapan, ayat, yang sesuai sebutan, intonasi dan mengikut situasi nada yang sesuai. dalam perbualan.

Menceritakan latar belakang diri sendiri. Contoh: Saya ada empat orang adik beradik. Mengucapkan kata yang sesuai dalam perbualan. Contoh: Maafkan saya. Terima kasih.

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN KBSR

Mata Pelajaran
Tarikh Masa Tahun Tajuk

:
: : : :

Bahasa Melayu
21/01/08 8.40 9.40 pagi Satu Hambali Bunga-bungaan

Fokus Utama 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata,frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan Jelas Aras 1 : i) menamakan dan menyatakan ciri benda maujud dengan menggunakan perkataan dan ayat yang betul Fokus Sampingan 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan,intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN KBSR


Aras 1 ii) Membaca ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 8.1 Membina dan menulis perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk Aras 1 ii) membina ayat tunggal dan majmuk dengan lengkap dan betul daripada perkataan yang diberikan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir P&P murid-murid dapat : i) menamakan sekurang-kurangnya lima benda maujud yang terdapat di taman dengan menggunakan perkataan yang betul. ii) membaca petikan tentang taman bunga yang mengandungi ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul. iii) Menyusun perkataan menjadi ayat tunggal yang gramatis

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN KBSR


Pengetahuan Sedia Ada Murid-murid pernah pergi ke taman bunga Sistem bahasa i. Sebutan dan intonasi ii. Tatabahasa Sintaksis : Ayat Tunggal Pengisian Kurikulum Ilmu : Pendidikan Alam Sekitar Nilai : Kasih sayang, bersyukur, bekerjasama, berani Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kajian Masa Depan : mengekal dan memulihara alam sekitar Kemahiran Pelbagai : verbal linguistik, muzik, interpersonal Kemahiran berfikir : Banding beza, memadankan Kontekstual ICT Bahan Bantu Mengajar LCD Laptop Borang pengurusan grafik Kad perkataan Lembaran kerja

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN KBSR


Langkah/ Isi Pelajaran Masa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi Bunga-bunga hiasan 1.Murid menonton LCD (5 minit) Bunga raya pemandangan di taman bunga Bunga Melur 2. Murid bercerita tentang bunga Bunga Mawar yang terdapat di rumah mereka Bunga Orkid 3. Murid memilih bunga yang Bunga Kertas paling disukai dan menyatakan sebabnya

KBT ICT KP interpersonal Kontekstual

Nilai Kasih sayang Benda-benda 1. Bayangan minda murid KBT Langkah 1 maujud di taman diminta membayangkan mereka Kontekstual (15 minit) bunga sedang berada di taman bunga KP - muzik Pokok sambil mendengar muzik Air pancut 2. Murid diminta menyatakan apa Batu bata yang mereka lihat di taman Rama-rama bunga dan menyebutnya Kumbang 3. Guru mencatat dan murid Burung membaca perkataan tersebut

Langkah/ Isi Pelajaran Masa

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN KBSR


1. Murid meneliti gambar bunga 2. Murid menyebut nama bunga dan memadankan dengan kad perkataan 3. Murid mengeja nama bunga dengan kuat 4. Murid membanding beza sifatsifat bunga yang ditentukan oleh guru menggunakan lembaran pengurusan grafik. KBT ICT KP - verbal ling. KB : memadankan banding beza

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Langkah 2 Bunga-bunga yang (15 minit) terdapat di taman Bunga raya Bunga Melur Bunga Mawar Bunga Orkid Bunga Matahari

Langkah 3 Petikan : (10minit) Bunga (disertakan)

Taman 1. Murid mendengar bacaan petikan melalui rakaman 2.Murid dipilih secara rawak membaca teks dengan sebutan yang betul 3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang di baca Nilai 3. Rumusan oleh guru Kasih sayang bekerjasama

Nilai Kasih sayang bersyukur KBT ICT KP - verbal ling. KB : menjana idea

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN KBSR


Langkah/ Isi Pelajaran Masa
Langkah 4 Ayat Tunggal (10 minit) Bunga mawar berbau harum Bunga matahari berwarna kuning. Bunga raya bunga kebangsaan. Bunga orkid sangat cantik Penutup (5 minit) Lagu Bunga (senikata)

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


1.Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan 2.Ahli dalam kumpulan menyusun perkataan menjadi ayat tunggal 3. Menampal ayat pada kertas sebak 4.Murid membentang hasil kerja kumpulan 5. Guru menilai dan merumus 1. Murid menyanyikan lagu bunga 2. Guru merumuskan isi pelajaran

Catatan
KBT KP ling.

- verbal

Nilai bekerjasama Berani

KBT KP muzik kinestatik

Cadangan Pengayaan : mencari perkataan tersembunyi nama bunga Cadangan Pemulihan : mencari huruf yang sesuai untuk melengkapkan ejaan nama bunga Refleksi :

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN KSSR

Penyediaan rancangan pelajaran untuk aktiviti mendengar dan bertutur melalui KSSR menitikberatkan guru menguasai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk kemahiran mendengar dan bertutur. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran kemahiran mendengar menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta memberi maklum balas. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul dan mengungkapnya secara bertatasusila. Guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur.

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN KSSR


Hari Masa Kelas Bilangan Murid Mata Pelajaran TEMA TAJUK FOKUS UTAMA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN : : : : : Ahad 11.15 12.15 (60 minit) 1 Sejahtera 25 Orang Bahasa Melayu ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU Rama-ramaku 4.1. Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. 4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur. 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 1.5.2. Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan ayat tunggal.

FOKUS SAMPINGAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN KSSR


OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; i. Menyebut dan dan memahami keseluruhan seni kata lagu dan gerak laku dengan jelas . ii. Menceritakan cerita yang terdapat dalam lagu dengan ayat tunggal yang betul. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu : Sains & Muzik ii. KBT : Kecerdasan Pelbagai; Verbal linguistik, Kinestetik dan Visual ruang Kemahiran Berfikir ; Menjana idea iii. Nilai Murni : Keberanian, yakin diri dan bekerjasama. SISTEM BAHASA Kosa kata : Kelongsong dan kepompong MEDIA Petikan dalam bentuk ICT. LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN Set Induksi -Apakah aksi yang guru -Guru membuat simulasi (5 minit) lakukan? pergerakan rama-rama Kecerdasan (Rama-rama) daripada kepompong dan Pelbagai; -Sebutkan warna yang beberapa pelajar diminta Kinestetik dan Visual ruang biasa terdapat pada seekor meniru pergerakan guru. rama-rama? -bersoal jawab dengan (merah, kuning, hijau, biru) murid

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN KSSR


Langkah 1 (20 minit) -Rama-rama cantik. -Rama-rama berasal daripada ulat. -Rama-rama hisap madu. -Rama-rama terbang meratarata. -Rama-rama hidup tidak lama. -Siapa pernah lihat ulat? -Sebutkan jenis-jenis ulat. -Berdasarkan seni kata lagu apakah akan terjadi kepada ulat tersebut? -Kepompong tinggal di mana? (kelongsong) -Kelongsong biasa ditemui di mana? (Daun) Kelongsong Tempat kepompong berehat. Kepompong -Guru menayangkan seni kata lagu Rama-rama. -Pelajar diminta membaca seni kata lagu tersebut dengan sebutan yang jelas. -Guru tunjuk cara menyanyi lagu tersebut .Murid diminta mendengar dengan teliti nyanyian tersebut. -Guru menunjuk gaya dan aksi yang sesuai dengan ayat yang dibaca . -Guru meminta murid membuat gaya dan aksi berdasarkan ayat tunggal yang dibaca. -Guru bersoal jawab tentang seni kata lagu. -Guru menjelaskan makna kelongsong dan kepompong ICT Nilai: Keberania n, Yakin Diri Kemahiran Berfikir; Menjana idea Penerapan kosa kata

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN KSSR


Langkah 2 (10 minit) Seni kata Lagu (Rujuk Lampiran A) -Guru menayangkan seni kata lagu dan nyanyian lagu Ramarama dan meminta semua murid mendengar dan seterusnya bernyanyi bersamasama mengikut melodi. Guru meminta kumpulan murid bercerita menggunakan teknik bercerita tentang kisah hidup seekor rama-rama dengan aksi dan gaya yang sesuai.(Kumpulan telah ditentukan oleh guru) -Murid diminta mewarna gambar seekor rama-rama. Murid-murid dan guru menyanyikan lagu `Gelang Si Paku Gelang bersama-sama .. sambil mengibarkan gambar rama-rama yang diwarnakan. ICT Ilmu : Muzik Nilai: Berkerjasama

Langkah 3 (20 minit)

-Ulat menjadi kepompong -Kepompong tinggal dalam kelongsong -Apabila kepompong matang, kelongsong akan pecah menjadi rama-rama yang cantik. Lagu Gelang Si Paku Gelang

Ilmu : Sains Kecedasan Pelbagai; Verbal Linguistik Kinestetik dan Visual ruang

Penutup (5 minit)

ICT

Refleksi

OBJEKTIF,LANGKAH-LANGKAH SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI

Kemahiran mendengar dan bertutur mempunyai objektif dan langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas aktiviti yang perlu dipatuhi oleh guru yang mengajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam Sukatan Pelajaran Bahasa melayu KBSR adalah untuk membolehkan muridmurid:

(i) Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah; (ii)Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakanrakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, 1983:3)

Objektif pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM adalah untuk membolehkan muridmurid:

(i) Mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam siaran am dan media massa;

OBJEKTIF,LANGKAH-LANGKAH SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI

Berdasarkan KSSR, objektif standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh muridmurid tahun 1 mulai tahun 2011 (Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010) adalah seperti berikut: (i) Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul; (ii) Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul; (iii) Mendengar, memahami , menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong,vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat; (iv) Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat; (v) Mendengar , memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan,pesanan, dan pertanyaan dengan betul; (vi) Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidakformal secara bertatasusila;

OBJEKTIF,LANGKAH-LANGKAH SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI


(vii)Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan (viii)Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

Penyediaan langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Sehubungan itu, perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ketiga-tiga langkah tersebut ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur.

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI MENDENGAR

Ketika melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mempastikan kelicinan dan keberkesanannya. Perancangan boleh dijalankan berdasarkan tiga peringkat, iaitu: Peringkat pramendengar (sebelum) Peringkat semasa mendengar (semasa) Peringkat selepas mendengar (selepas) Pada peringkat pramendengar, guru memberi tugasan atau soalan kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar. Seterusnya, guru memberi gambaran yang menyeluruh tentang apa yang hendak diperdengarkan. Guru turut memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan mempastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi. Akhirnya, guru mempastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikut aktiviti.

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI MENDENGAR

Pada peringkat semasa mendengar, guru mempastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan. Guru juga perlu mengatasi sebarang gangguan yang mungkin timbul ketika aktiviti mendengar dijalankan. Pada peringkat selepas mendengar pula, guru menghuraikan tentang apa yang ditimbulkan oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka. Guru turut memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu. Guru juga mempastikan murid menyempurnakan tugasan dan melakukan pengukuhan. Setelah itu, guru menjalankan aktiviti tindakan susulan. Pengajaran kemahiran mendengar hendaklah digabungjalin dengan satu atau lebih kemahiran bahasa yang lain misalnya, kemahiran mendengar digabungjalinkan dengan kemahiran bertutur atau digabungjalinkan dengan kemahiran membaca dan menulis. Pelbagai teknik yang menarik minat murid-murid boleh dijalankan

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI BERTUTUR

Seperti juga aktiviti mendengar, aktiviti bertutur juga turut dilaksanakan dalam tiga peringkat yang berbeza, iaitu: Peringkat persediaan (sebelum) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa) Peringkat susulan dan penilaian (selepas) Pada peringkat persediaan, terdapat tiga perkara yang boleh dilakukan oleh guru, iaitu (i) guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau melakukan tunjuk cara serta memberi contoh, (ii) guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti contohnya, kad kiu, kertas edaran dan peralatan lain yang mungkin diperlukan dan (iii) guru mempastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI BERTUTUR

Pada peringkat pelaksanaan aktiviti, terdapat dua perkara yang dilaksanakan, iaitu (i) murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan dan (ii) guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang menjalankan aktiviti. Pada peringkat susulan dan penilaian, guru menjalankan aktiviti susulan dan penilaian untuk mendapatkan maklum balas untuk aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid. Penilaian yang dijalankan adalah penilaian berterusan contohnya, mengadakan perbincangan dan guru memberi maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid. Sebagai pengukuhan pula, guru digalakkan memberi kerja rumah yang berkaitan dengan aktiviti bertutur yang dijalankan. Ketika mengajar kemahiran bertutur, guru digalakkan membentuk kumpulan kecil agar sebahagian besar murid-murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam masa yang terhad. Seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur juga perlu digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa yang lain untuk mengukuhkan pemahaman murid-murid.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pembinaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Pengajaran dan pembelajaran yang hanya berpusatkan guru tanpa Bahan Bantu Mengajar (BBM), akan menyebabkan murid-murid berasa bosan. Secara tidak langsung, kedua-dua kemahiran tersebut akan menjadi sukar dikuasai oleh murid-murid. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada dua jenis, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen, projektor, komputer, lap top serta LCD. Bahan pembelajaran pula digunakan oleh murid untuk aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat-alat ujikaji dan komputer.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan pelajaran berperanan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur kerana guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan, manakala murid boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur pastinya menjadi lebih bermakna dengan penggunaan teknologi terkini. Bahan elektronik boleh digunakan oleh guru- guru dan murid-murid ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur kerana penggunaan bahan elektronik menepati teknologi terkini dan perkembangan semasa. Bahan elektronik adalah bahan bantu mengajar yang terdiri daripada media elektronik seperti radio, televisyen, alat perakam video (VCD), alat perakam cakera video (DVD), komputer, disket dan internet. Bahan elektronik seperti radio dan televisyen telah digunakan sejak lama dahulu, iaitu sekitar tahun 1970an dalam bidang pendidikan, manakala bahan elektronik yang lain seperti cakera padat (compact disk), alat perakam video (VCD), alat perakam cakera video (DVD), komputer dan disket telah mula digunakan sejak tahun 1980an. Penggunaan bahan elektronik berupa alat multimedia, iaitu internet

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Radio Radio merupakan bahan bantu mengajar yang berkesan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang penguasaan kemahiran bahasa. Program pendidikan melalui radio dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program pendidikan ini disediakan mengikut Sukatan Pelajaran KBSR dan KBSM. Siaran Radio Pendidikan ini memberi pendedahan tentang perkataan sinonim Bahasa Melayu, penggunaan ayat yang tepat dan sebutan baku agar murid-murid dapat menguasai kemahiran mendengar dengan baik. Selain kemahiran mendengar, murid-murid juga dapat menguasai kemahiran bertutur ketika menyebut dalam sebutan baku di samping memperoleh ilmu pengetahuan yang lain.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Televisyen Televisyen merupakan bahan bantu mengajar yang lebih berkesan dalam penyampaian ilmu. Selain melatih murid-murid mendengar, murid-murid juga boleh menggunakan deria penglihatan mereka untuk mengikuti pelajaran secara khusus. Seperti Radio Pendidikan, siaran Televisyen Pendidikan turut disediakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut Sukatan Pelajaran KBSR dan KBSM. Selain Televisyen Pendidikan, kini turut terdapat pendidikan televisyen melalui Satelit contohya, melalui siaran televisyen Astro yang bercorak akademik misalnya, Discovery Channel dan National Geographic yang sesuai digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar kemahiran mendengar dan bertutur di peringkat sekolah rendah dan menengah.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Komputer Penggunaan komputer telah banyak membawa perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan ini boleh dibahagikan kepada empat bidang seperti berikut: (a) Komputer Membantu Pendidikan Merujuk kepada penggunaan komputer untuk melaksanakan tugas mengajar dan belajar misalnya, melalui aplikasi microsoft word, excel dan power point, hot potato dan sebagainya. Penggunaan computer membantu pendidikan ini memudahkan pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur misalnya, melalui program power point yang disediakan oleh guru, muridmurid boleh berlatih mendengar dan bertutur dengan baik.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(b) Komputer Membantu Pengajaran Merujuk kepada penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam proses pengajaran. Penggunaan teknologi ini membolehkan murid-murid mengikuti pelajaran terancang secara sendiri tanpa kehadiran guru. Tugas utama guru adalah melakukan rekabentuk program perisian, manakala murid-murid menggunakan program tersebut untuk belajar. Modul-modul dalam program perisian yang disediakan oleh guru berbentuk pelajaran formal, latihan terkawal, pengajaran secara individu, permainan dan penyelesaian masalah. Sebagai contohnya, guru menyediakan perisian untuk aktiviti mendengar lagu dan menyanyikannya semula tanpa lirik. Setiap kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid dinyatakan setelah aktiviti selesai dijalankan

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Cakera Padat (compact disk)


Cakera padat atau compact disk (cd) yang berperanan untuk menyimpan data-data daripada computer, amat sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Cakera padat berbentuk cd-rom berupa modul pengajaran dan pembelajaran interaktif atau maklumat seperti isu semasa serta filem amat sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Selain cdrom terdapat juga penggunaan cakera padat berbentuk audio, iaitu yang hanya mengandungi lagu serta muzik sahaja. Cakera padat ini juga sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Cakera padat berbentuk cd-rom dan audio ini boleh digunakan di komputer dan alat perakam video VCD dan alat perakam cakera video DVD.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Alat Perakam Video (Video Compact Decoder)

Alat perakam video atau Video Compact Decoder (VCD) ini digunakan untuk menayangkan bahanbahan yang terdapat dalam cakera padat (cd), cdrom dan cakera padat berbentuk audio. Alat ini biasanya terdapat di bilik pandang dengar atau di Pusat Sumber sekolah. Melalui alat ini guru dapat menayangkan aktiviti tertentu seperti forum, perbahasan atau filem tertentu kepada murid-murid.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Alat Perakam Cakera Video (Disk Video Decoder) Berbanding VCD, penggunaan alat perakam cakera video atau Disk Video Decoder (DVD) ini turut menayangkan bahan-bahan yang terdapat dalam cakera padat (cd), cd-rom dan cakera padat berbentuk audio. Akan tetapi tidak seperti VCD, alat perakam cakera video ini juga boleh menayangkan bahan-bahan daripada cakera video (DVD). Selepas tayangan DVD dilakukan, guru boleh menggalakkan murid-murid terlibat dalam aktiviti bertutur sama ada secara perbincangan berpasangan, sumbang saran, projek, main peranan dan simulasi.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Internet


Internet adalah singkatan internetwork dalam bahasa Inggeris yang berfungsi sebagai jaringan perantaraan, iaitu sejenis sistem komunikasi yang membolehkan pengguna computer berkomunikasi secara global dengan pengguna-pengguna lain, membekal dan saling bertukar maklumat, gambar atau filem dan sebagainya. Melalui Perkhidmatan Pembekal Internet (Internet Service Provider, ISP), pengguna internet dapat berkomunikasi secara global (tanpa had) misalnya melalui e-mail di antara satu sama lain ataupun memperoleh maklumat yang dikehendaki melalui www (World Wide Web). Maklumat daripada internet, khususnya laman web berkaitan aktiviti mendengar dan bertutur, boleh digunakan oleh guru ketika mengajar kedua-dua kemahiran tersebut.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti menggunakan komputer khususnya internet ini, sudah pasti menarik minat murid-murid untuk mempelajari kemahiran mendengar dan bertutur dan seterusnya menguasai kedua-dua kemahiran tersebut. Guru juga boleh mengajar murid-murid kaedah untuk menyertai forum atas talian yang disediakan di beberapa laman web di internet. Selain itu, persidangan video atau video conferencing juga dapat dilakukan oleh murid-murid dengan muridmurid yang berada di negara lain untuk membincangkan sesuatu topik. Kemahiran mendengar dan bertutur dapat diterapkan apabila murid-murid melakukan teknik sumbang saran melalui forum atas talian atau persidangan video.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pembinaan dan pemilihan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur, terikat dengan prinsip tertentu, iaitu (i) jantina, (ii) peringkat umur, (iii) bidang, (iv) pencapaian dan budaya.
Jantina

Guru perlu menggunakan bahan-bahan yang sesuai dengan jantina murid-murid. Perkara ini disebabkan oleh, ada antara sekolah yang mempunyai murid-murid daripada satu jantina sahaja. Misalnya, jika murid-murid sebuah sekolah itu semuanya perempuan, adalah tidak sesuai jika guru meminta murid-murid menyanyi lagu-lagu penyanyi lelaki. Begitu juga dengan penggunaan bahan elektronik, tentulah tidak sesuai jika guru menayangkan filem perang yang rata-rata tidak digemari oleh murid-murid perempuan.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Peringkat Umur Dalam pemilihan dan pembinaan bahan-bahan pengajaran, guru perlu mengambil kira secara serius tentang peringkat umur murid-muridnya. Murid-murid di sekolah rendah misalnya, mempunyai minat yang tinggi terhadap bahan-bahan rangsangan yang berbentuk animasi (kartun). Walau bagaimanapun, murid-murid di sekolah menengah pula lebih gemar kepada sesuatu yang mencabar minda misalnya filem aksi dan maklumat yang lebih serius melalui internet. Murid-murid di sekolah menengah juga sudah boleh diharapkan untuk menyertai forum atas talian dan persidangan video di internet. Akan tetapi, murid-murid tahap dua di sekolah rendah ramai yang sudah mahir dengan penggunaan e-mail, disket, VCD dan DVD.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bidang Bidang atau topik yang ditampilkan oleh bahan-bahan sama ada yang terdapat di Pusat Sumber atau perpustakaan sekolah dan bahan-bahan elektronik perlu diambil kira oleh guru. Misalnya, bidang yang diperkatakan dalam bahan ADD/NIE (Akhbar Dalam Darjah/Newspaper In Education), buku rujukan, majalah, kamus, bahan sastera dan bukan sastera yang terdapat di Pusat Sumber mestilah sesuai dengan tahap pemikiran murid-murid di sekolah rendah dan menengah. Begitu juga dengan bahan-bahan elektronik, iaitu radio, televisyen, alat perakam video (VCD), alat perakam cakera video (DVD), komputer, disket dan internet.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid-murid di sekolah rendah memerlukan bahanbahan yang lebih mudah difahami dan yang kreatif, manakala murid-murid di sekolah menengah pula memerlukan bahan-bahan yang memperkatakan bidang yang lebih mencabar, serius tetapi menarik. Bidang berbeza yang turut diambil kira ialah sekolah asal murid-murid, iaitu sama mereka dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Teknik atau Sekolah Jenis Kebangsaan. Perkara ini disebabkan oleh, sekolah berlainan mempunyai mata pelajaran berlainan yang tentunya memerlukan bahan-bahan dalam bidang yang bersesuaian.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pencapaian

Faktor pencapaian murid-murid perlu diambil kira oleh guru ketika memilih dan membina bahanbahan yang sesuai untuk murid-murid. Pemilihan bahan-bahan perlulah sesuai dengan murid-murid yang lemah, sederhana dan yang cemerlang. Jika murid-murid yang lemah dan sederhana diberi bahan-bahan yang sukar tentulah proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan. Begitu juga jika murid-murid yang cemerlang diberi bahan-bahan yang terlalu mudah sudah tentu murid-murid tersebut tidak dapat memanfaatkan topik yang dipelajari kerana ia terlalu mudah untuk mereka.

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Budaya Budaya dan keturunan murid-murid turut mempengaruhi pemilihan dan pembinaan bahan-bahan oleh guru. Perkara ini disebabkan oleh, setiap kaum di negara ini mempunyai budaya dan pegangan agama yang berlainan. Oleh itu, ketika membina dan memilih bahan-bahan yang sesuai, guru perlu mempastikan bahawa sesuatu bahan itu sesuai dengan sesuatu kaum. Misalnya, bahan elektronik melalui rancangan televisyen dan radio untuk murid-murid berbangsa Cina mestilah tidak memperkatakan hal-hal berkaitan agama islam. Begitu juga dengan pembinaan bahan audio melalui radio atau cakera padat untuk murid-murid Melayu tentulah tidak sesuai jika guru memperdengarkan murid-murid bahan tentang budaya dan agama masyarakat India yang tidak diketahui oleh mereka. Bahan-bahan yang dibina itu juga mestilah tidak menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. Dengan perkataan lain, bahan-bahan yang dibina atau dipilih itu tidak menghina kaum atau budaya sesuatu kaum.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai