Anda di halaman 1dari 13

Demografi: Melayu adalah majoriti, Cina dan India minoriti. Politik: Etnik Melayu membentuk majoriti.

Tetapi majoriti dalam demografi dan politik bukan bermakna majoriti juga dalam ekonomi.

Mengikut Kamus Dewan, Edisi Ketiga. 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (m/s 287). Demografi bermaksud kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian dsb) dalam tempoh waktu tertentu.

Menurut Kamus Dewan, politik diertikan sebagai segala urusan dan tindakan (kebijaksanaan, siasah dan sebagainya) mengenai pemerintahan negara atau terhadap negara lain.

Termasuk juga dalam arti ini iaitu Kebijaksanaan, cara bertindak dalam menghadapi atau menangani satu masalah.

satu kajian sains sosial tentang bagaimana sesebuah masyarakat memperutukkan faktor-faktor pengeluaran yang terhad berbanding kehendak manusia yang tidak terhad.

Ekonomi: Etnik Cina adalah majoriti dalam ekonomi. Ia menjadi isu dalam pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan kumpulan etnik. Ini berlaku akibat dasar pecah & perintah British, yang hampir tidak memungkinkan setiap kaum bertemu/bergaul.

Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia tidak hanya dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi juga aspek demografi kerana secara umum jmlah suatu kelompok etnik menentukan secara langsung jumlah undi yang akan diperoleh dalam pilihanraya.

Atas dasar itulah terdapat kebimbangan dalam kalangan etnik Cina tentang kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk Cina mengalami kemerosotan. Kebimbangan tersebut cukup berasas keranan mereka ingin memastikan etnik Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik.

Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang menjadi majoriti bukan ditentuan oleh aspek demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan. Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti ketana mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding dengan etnik yang lain.

Orang melayu dan penduduk orang Asli lain menguasai ekonomi yang mundur, iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah. Pulangan dan gajinya juga rendah. Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi tinggi. Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain.

Perkara ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.
Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam tahun 1969.

Oleh itu, integrasi ekonomi amatlah penting. Kesan daripada isu tersebut, kerajaan mengambilkira keseimbangan kepentingan setiap etnik dalam setiap dasar yang dilaksanakan. Ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi baru, dll.

Dasar-dasar ini penting bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan. Dasar-dasar ekonomi juga boleh memastikan pengagihan ekonomi yg tidak seimbang selama ini sehingga mewujudkan perasaan cemburu antara satu sama lain, dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.