Anda di halaman 1dari 29

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL Definisi kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Pengajaran Setiap orang guru mesti tahu apakah kaedah hendak digunakan semasa mengajar dalam bilik darjah. Kaedah merupakan prosedur-prosedur mengajar yang terbentuk melalui pendekatan pengajaran yang tertentu .Kaedah lebih menekankan penyusunan langkah-langkah untuk mengajar secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Langkah-langkah pengajaran disusun rapi dan kesinambungan diikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah untuk menimbulkan proses pembelajaran. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Teknik-teknik pengajaran Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran, pelbagai teknik boleh digunakan. Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat

memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti , memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Pengajaran Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Ciri-ciri Pengajaran Ciri-ciri pengajaran terdiri daripada guru sebagai pengajar dan murid sebagai pengajar. Pengajaran akan menjadi bermakna hanya jika ada pembelajaran. Pengajaran akan melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman serta menggunakan proses pemikiran dan penggunaan bahasa dan simbol dan mempunyai aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan. guru-murid serta berpusatkan sumber, meliputi rancangan mengajar (KOPI), proses yang melibatkan interaksi dua hala, ada unsur sains dan seni.

Pembelajaran Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu

pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers , pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah dan Teknik Mengajar Terdapat pelbagai kadeah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru uutk menyampaikan pelajaran. Walaubagaimanapun, guru perlu memilih kaedah yang tepat dan sesuai gar penyampaiannya lebih berkesan dan menarik. tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakan sebagai kaedah terbaik. Beberapa factor yang perlu diberikan pertimbangan dan diubahsuaikan agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya dan berkesan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) terdapat lima faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar. I. II. III. IV. V. Objektif pengajaran yang hendak dicapai. Jangka masa pengajaran. Bahan-bahan pengajaran yang ada. Latar belakang pelajar. Jumlah dan susunan pelajar.

Objektif pengajaran Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan.setelah memastikan objektif-objektif, barulah guru menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut. Penyediaan objektif semestilah berdasarkan isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran mata pelajaran tersebut. Jumlah objektif tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang agar baik pencapaian pelajarnya, bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah pencapaian pelajarnya.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Jangka Masa pengajaran Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 minit hingga 40 minit atao 60 minit hingga 80 minit sekiranya pelajarn tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Dengan jangka masa yang telah ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam masa tersebut. Beberapa kaedah perlu diubahsuai agar pelajar tidak melebihi masa. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan yang bercorak perbahasan, sebaik-baiknya menggunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang terlibat dan masa menyampaikan hujah-hujah perlu diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam jangka masa yang sepatutnya.

Bahan Pengajaran Selain isi pelajaran, alat-alat bantu mengajar juga termasuk di dalam bahan pengajaran. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sekiranya isi pelajarn itu berbentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur di dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut. Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendakalah sesuai digunakan dengan kaedah atau teknik yang dipilih. Biasanya alat bantu mengajar boleh disesuaikan dengan kaedah. Penggunaan papan tulis atau carta misalnya, boleh digunakan dengan pelbagai kaedah. Cuma masa menggunakan alat-alat tersebut mungkin perlu diubah suai, sama ada di peringkat awal, pertengahan atau akhir pengajaran.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Guru juga perlu meninjau kelengkapan yang ada di sekolah supaya boleh menggunakannya dan memastikan kelengkapan tersebut dalam keadaan yang baik. Alat-alat seperti carta, sebaik-baiknya dibuat sendiri agar sesuai dengan objektif dan kaedah yang dipilih.

Latar Belakang Pelajar Kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Kaedah yang agak rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian sesuatu masalah, tentulah tidak sesuai bagi murid-murid di peringkat rendah. Guru boleh mengetahui latar belakang pelajar dengan bertanya kepada guru kelas atau guru mata pelajaran. Cara lain ialah dengan menjalankan ujian pada hari pertama untuk mengetahui tahap pencapaian kelas tersebut.

Jumlah dan susunan pelajar Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah ang hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajarnya, biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau bagaiamanapun, guru boleh mengubah suai kaedah yang digunakan supaya jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah permainan, pelajar boleh dipecah-pecahkan menjadi kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan ini menjalankan permainan masing-masing. Tempat duduk pelajar yang mudah alih boleh membantu kaedah pengajaran dan selain bilik darjah guru juga boleh menggunakan tempat lain

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

yang sesuai sepeti di dalam dewan, Pusat Sumber atau di persekitaran sekolah.

Lima kaedah pengajaran dan pembelajaran pengajian sosial

Kaedah Pengajaran Theory of Contraints (TOC) Theory of Contraints(TOC) adalah satu teori yang biasa digunakan oleh guru-guru ketika mengajar. TOC ini adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid.Kaedah ini dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini. Proses TOC ini menggunakan pemikiran kritis dan kreatif yang mudah dan berdasarkan pemikiran rasional. TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Ini bermaksud penglibatan murid lebih diutamakan bagi menjadikan suasana kelas lebih menyeronokkan. Di dalam teknik ini, terutamanya di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, terdapat tiga teknik yang boleh diaplikasikan iaitu teknik awan yang bermaksud memikirkan sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak berasaskan pemikiran rasional untuk memenuhi keperluan serta bagi menyelesaikan konflik. Manakala yang kedua adalah teknik sebab dan akibat yang menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

mengakibatkan kesan-kesan berikutnya dan keberkesanan murid-murid dalam membuat keputusan selepas membuat pertimbangan tentang akibatnya dari sesuatu peristiwa dan tingkah laku. Terakhir bagi pengaplikasian TOC ini adalah teknik penyelesaian masalah yanng merupakan satu kaedah pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka dalam keadaan sistematik dan kolaboratif. Malah pada bahagian ini juga ianya melatih murid-murid dalam memikir secara logik dalam menyelesaikan sesuatu.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Kaedah Lawatan

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Kaedah koperatif

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Kaedah Pemudahcaraan

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Kaedah Kajian Masa Depan

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Lima tenik pengajaran dan pembelajaran pengajian sosial Teknik pengajaran yang baik mampu dilaksanakan oleh guru yang berkemahiran . Namun teknik yang dilakukan seharuslah sejajar dengan kemampuan para pelajar dalam mendalami ilmu bagi mendapatkan pembelajaran berkesan. Antara teknik yang biasa digunakan adalah bercerita, perbincangan, latih tubi, simulasi, temu bual, sumbangsaran dan perbahasan. Teknik Perbicangan Teknik perbincangan merupakan salah satu teknik yang paling mudah guru aplikasikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun guru harus memastikan tajuk yang dibincangkan menepati dengan kehendak soalan. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Perbicangan merupakan aktiviti di mana individu secara berpasangan atau dalam kumpulan dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Serta berkongsi maklumat tentang sesuatu isu atau masalah untuk mencari sesuatu Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Ia melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.Ini juga dapat memantapkan penglibatan muid supaya murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dan lebih mampu menimbulkan keseronokan dalam pembelajaran. Aktiviti perbincangan merupakan satu aktiviti yang sangat mudah ubah dan dapat dilaksanakan dalam semua matapelajaran , semua tajuk pengajran dan sebarang situasi bilik darjah. Perancangan yang rapi merupakan tunggak kepada kejayaan pengendalian sesuatu perbincangan. Walaupun begitu, guru berkenaan yang menjalankan teknik pengajaran sebegini perlulah bersedia dalam menghadapi suasana dan keadaan yang mungkin berlaku di luar jangkaan. Suasana perbicangan selalu akan terdedah kepada pelbagai perubahan dan ketidakpastian. Maka, amat penting bagi seorang guru dalam mempunyai kemahirna dalam mengawal dan menentukan aliran perbincangan tersebut.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Jenis Teknik Perbincangan Kaedah yang menarik terutamanya dari segi penyertaan atau penglibatan pelajar. Kaedah ini terbahagi kepada dua jenis iaiti perbincangan formal dan perbincangan tidak formal. Perbincangan formal Dijalankan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dan sebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti seorang guru itu perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang kan mengambil bahagian. Misalnya, jika guru ingin mengadakan perbahasan, terlebih dahulu ditentukan pelajar akan mewakili pihak pencadang dan pelajar yang akan mewakili pihak pembangkang. Pelajar diberi masa yang mencukupi untuk mencari bahan-bahan yang akan disampaikan. Bahan-bahan boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti daripada majalah, buku rujukan dan akhbar. Guru juga perlu memastikan agar ramai pelajar yag terlibat. Dalam aktivti perbahasan misalnya, pelajar yang menjadi penonton juga perlu diberi peluang unutk menyampaikan pendapat mereka. Aktiviti perbincangan perlu disusuli dengan kegiatan lain. Setelah tamat sesuatu perbincangan, guru perlu menambahkan atau membuat ulasan tentang perkara yang menjadi topik perbincangan. Perbincangan Tidak Formal

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah seperti guru

akan menjadi

pengerusi dan perbincangan dibuka kepada semua pelajar. Guru perlu memberi peluang kepada seberapa ramai pelajar unutk menyampaikan pandangan mereka. Guru juga perlu menggalakkan pelajar yang pasif supaya turut mengambil bahagian. Kawalan kelas adalah penting untuk mengelakkan pelajar supaya tidak berebut-rebut untuk bercakap. Ketegasan guru dapat menjadikan perbincangan lebih sempurna. Pelajar boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Mereka diberi masa yang mencukupi untuk membincangkan tajuk-tajuk yang telah ditentukan. Teknik perbincangan ini merupakan satu kaedah yang menarik kerana pelajar-pelajar diberi peluang untuk berbincang sesama mereka. Mereka dilatih untuk mendengar pandangan orang lain dan turut sama merancang sesuatu tugas baru atau mencari sesuatu keputusan.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Prinsip-prinsip Perbincangan Tunggak perbicangan yang berkesan dan berjaya bergantung pada persediaan yang rapi yang dilakukan sebelum sesuatu perbincangan dijalankan. Suasana kemahiran serta pengetahuan yang khusus dalam menjalankan perbincangan perlulah tersedia sebagai asas perbincangan yang brkesan. Oleh itu guru dan murid perlu dalam keadaan bersedia sebelum menjalankan perbicangan. Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Guru harus memilih topik yang berasaskan kepada pengalaman, kebolehan dan minat murid-murid. Tujuannya ialah untuk membolehkan seberapa ramai murid menyertai aktiviti perbincangan. Sebolehnya seorang guru yang bijak dalam mengawal keadaan dan peka akan mengelakkan topik yang mengandungi isu sensitif, seperti isu perkauman dan agama. Pilih topik perbincangan yang boleh mendatangkan faedah kepada semua orang. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir. Tujuan perbincangan harus jelas dan diberitahu kepada murid sebelum perbincangan dimulakan. Cara ini akan

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

membolehkan murid membuat persediaan dan seterusnya mencapai matlamat perbincangan pada sesi akhir. Murid harus diberitahu cara dan peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini untuk memastikan aktiviti berjalan lancar dan tidak terpesong daripada tujuannya. Semasa aktiviti perbincangan, guru harus menggalakkan dan membimbing semua murid agar melibatkan diri secara aktif dalam sesi perbincangan. Peranan guru terhad sebagai fasilitator sahaja. Semasa sesi perbincangan, murid-murid digalakkan mencatat idea-idea yang disarankan dari semasa ke semasa. Tetapi guru tidak perlu bercakap pada setiap kali soalan atau pandangan dikemukan oleh murid. Percakapan guru tidak semestinya berbentuk soalan pada setiap masa ini kerana sebahagian besar perbicangan merupakan interaksi antara murid ke murid. Pada akhir perbincangan, idea-idea yang dicatatkan haruslah

dirumuskan. Rumusan ini akan menjadi pertimbangan asas bagi pengerusi membuat ulasan. Sedikit masa harus diperuntukkan bagi guru atau pengerusi untuk membuat ulasan dan kesimpulan daripada hasil perbincangan. Ia penting bagi murid menyedari pencapaian tujuan perbincangan mereka. Sebelum akhir pelajaran, pujian guru haruslah diberikan kepada murid tersebut supaya mereka dapat merasakan idea dan pandangan mereka mendapat perhatian serta dihargai.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Kebaikan Teknik Perbincangan Melatih keupayaan Membuat Perhubungan idea Dalam aktiviti perbicangan, murid akan bercakap tentang sesuatu yang mereka ketahui. Ini bermakna perkara-perkara seperti pemahaman konsep dan fakta sudah punmereka ketahui. Perbicangan yang dijalankan akan meneroka dengan lebih mendalam aspek-aspek dalam sesuatu topik. Hal ini memerlukan murid mengumpul, memilih serat menyusun fakta dan pengetahuan. Dengan cara ini maka kefahaman murid akan meluas, yakni mereka berupaya menggunakan tahap pemikiran mereka yang konkrit dan abstrak. Membina Keyakinan Diri Aktiviti Perbincangan dikendalikan oleh murid-murid snediri. Oleh itu, peranan guru akan berubah-ubah. Dengan pengendalian rapi, murid akan mendapat peluang untuk bercakap tentang perkara yang mereka sudah maklum. Mereka akan menyampaikan pendapat mereka secara terbuka kerana tiada jawapan yang benar-benar sahih. Peluang bercakap ini mempunyai pengertian yang sangat besar dalam membina keyakinan diri dan pembinaan konsep kendiri murid. Melalui aktiviti ini.murid akan lebih berani dan ini memberi kesan yang positif bagi perkembangan diri merreka. Meluaskan Ilmu Pengetahuan

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Peluang dan ruang untuk bercackap perlulah disi dengan percakapan yang bernas dan munasabah. Aktiviti perbincangan akan melibatkanpembacaan dan rujukan yang lebih luas. Dengan pengetahuan yang mantap, perbicangan yang dijalankan pasti akan berkembang baik serta berupaya mengaitkan pengetahuan dan kehidupan mereka sehari-hari. Memgembangkan kemahiran diri Aktiviti perbincangan memerlukan murid bercakap, bertanya soalan, memberikan hujah, mengeluarkan pendapat, memberi komen, kemungkinankemungkinan jawapan serta penyelesaian masalah. Semua perlakuan sudah apsti dapat mebantu perkembangan kemahiran diri mereka dalam menghadapi situasi akademik dan sosial Membantu Perkembangan Peribadi Murid Melalui aktiviti perbincangan pelbagai bentuk perhubungan sosial akan dapat dipelajari. Unsur-unsur bekerjasama, menghormati dan mendengar pendapat orang dan bersabar dengan karenahorang akan membantu mengembangkan kemahiran murid berhujah dengan tenang semasa perbicangan. Hal ini mebantu murid mempelajari kemahiran sosial di samping memahami serta mempratikkan nilai murni dalam kehidupan mereka.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Teknik inkuiri Tabiat semula jaid inidvidu adalah perasaaan ingin tahu terhaap sesuatu perkara, benda atau fenomena. Untuk memebuhi keinginan ini maka seseorang individu berkenaan perlu sentiasa ingin meneroka sesuatu yang baru. Kaedah inkuiri ini dapat mengemabangkan sifat ini mellaui proses pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan penyelesaian masalah. Inkuiri merupakan satu teknik pengajaran yang sesuai yang sesuai bagi pelajar yang berada di tahap rendah. Merupakan satu teknik pengajaran yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan Poses Teknik Inkuiri Aktiviti inkuiri ini memerlukan pelajar untuk mengenal pasti soalan masalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam proses menegenali masalah , guru perlu mngenal pasti soalan-soalan yang membawa kepada kewujudann sesuatu fenomena atau masalah berkenaan. Kemudian, tentukan fakta-fakta yang perlu difahami istilah serta laras bahasa yang digunakan. Dalam proses ini, kaedah dan teknik, rujukan dan sumber yang sesuai diperlukan.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Bagi proses kedua dalam menjalankan aktiviti inkuiri, iaitu mengkaji ramalan. Guru hendalkah menyediakan aktiviti ynag menarik bagi mengalakkan murid-murid mengkaji masalah berdasarkan data-data yang diberi. Guru perlu memandu murid mendapatkan sumber maklumat yang paling mudah. Seterusnya guru memnadu murid membuat ramalan tantang apakah yang mungkin terjadi seterusnya terhadap permsalahan yang dihadapi dan bagaimanakah masalah tersebut boelh diselesaikan serta apakah langkahlangkah lanjutan yang berlaku seterusnya. Proses ketiga ialah mengumpul maklumat iaitu apabila semua maklumat atau data telah dikumpul, guru perlu memandu bagaimana cara menyusun data dan maklumat mengikut urutan. Steresunya murid digalakkan membuat ramalan serta memeriksa maklumat dan menentukan kebenarannya. Kemudian, murid merangka prosedur dan urutan untuk menyelesaikan msalaha uji kaji berkenaan. Proses inkuiri ini diteruskan oula dengan membuat analisis dan ujian tentang kebenaran ramalan yang telah dibuat. Setersunya, murid perlu cuba menyelesaikan masalah dan membuat penilaian krisis untuk pengesahan. Peringkat akhir teknik inkuiri ini adalah dengan mengalakkan murid membuat rumusan atau kesimpulan sendiri terhadap masalah yang dikaji. Dalam aktiviti pengajaran sbeegini terdapat dua jenis teknik iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar dalam menjalankan proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendag dan menengah. Dlama inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu ianya sesuai dialksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Prinsip-Prinsip Model Inkuiri Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh guru sebelum melaksanakan model inkuiri di dalam pengajaran . Ini sangat penting untuk memastikan kaedah yang digunakan . Ini benar-benar mampu menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Prinsip pertama yang perlu diberi tumpuan oleh guru ialah mereka perlu memlih topik kajian yang terdapat dalam sukatan dan mengikut objektif pelajaran . Ini penting agar proses pengajaran itu nanti sesuai dengan tahap kemampuan mereka . Objektif pengajaran guru akan mempunyai matlamat yang perlu dicapai oleh pelajar. Prinsip kedua ialah penyediaan alatan . Guru perlu menyediakan alatan yang sesuai dan mencukupi sebelum memulakan sesuatu kajian. Alatan yang tidak sesuai serta tidak berfungsi akan menggangu kelancaran proses pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian para guru perlu memastikan alatan sentiasa dalam keadaan baik, berfungsi, sesuai dan mencukupi. Prinsip ketiga ialah peranan yang dimainkan oleh guru. Guru perlu berbincang dengan pelajar mengenai tujuan kajian dibuat. ini akan dapat memberikan pengetahuan awal kapada pelajar apa yang perlu mereka lakukan. Guru perlu juga memastikan murid-murid memahami langkah-langkah untuk menjalankan kajian.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Prinsip yang keempat ialah guru perlu mengelak daripada memberi jawapan atau memberitahu murid jawapan dan kesimpulan yang diharapkan. Dalam peringkat ini , guru perlu memberi kebebasan kepada murid dalam setiap jawapan atau kesimpulan yang mereka berikan. Guru juga perlu memastikan agar aktiviti dibuat oleh pelajar sendiri. Kegagalan guru memastikan kajian dibuat oleh pelajar akan memberikan impak yang besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga perlu mengawal pelajar agar mereka tidak menyeleweng dari kaedah kajian. Guru harus sentiasa peka dan mudah mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar serta membuat peneguran kepada pelajar. Ini penting supaya pelajar tidak terpesong daripada matlamat dan objektif kajian. Sebaik sahaja kajian selesai dijalankan , guru perlu mengadakan perbincangan dengan pelajar. Dalam perbincangan ini , guru boleh mendengar keputusan dan kajian pelajar di samping bertukar-tukar pendapat, pandangan dan pengalaman. Setiap pandangan daripada murid hendaklah diterima dan diberi perhatian . Guru boleh membuat kesimpulan atau keputusan di akhir perbincangan tersebut

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Kebaikan Model Inkuiri Terdapat beberapa kebaikan bagi model ini yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar. Di antaranya ialah model ini berasaskan strategi pemusatan pelajar . Pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya dan menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau generalisasi yang dibuat. Teknik pengajaran sebegini juga menimbulkan minat pelajar serta naluri ingin tahu pelajar terhadap aktiviti pembelajaran yang dilakukan di samping memberi peluang kepada pelajarpelajar menjalankan aktiviti pembelajaran secara bebas. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi leh murid-murid akan kekal lama. Hasil aktiviti mebuat soalan yang dapat meneroka pengetahuan dalam bentuk pertanyaan dan kajian maka hal ini mengalakkan pelajar berfikir secara saintifik dan rasional.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Teknik kuiz

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Teknik projek Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan mruid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan setersunya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dibuat dalam bentuk laporan, artifak atau lain-laian yang perlu dibentangkan di hadapan guru dan pelajar lain. Melalui teknik ini, murid-murid akan menjadi lebih kreatif dan memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Teknik ini juga sesuai bagi semua mata pelajaran lebih-lebih lagi dalam matapelajaran pengajian sosial. Teknik pengajaran projek sesuai dijalankan sebaik-baiknya apabila murid-murid sudah pun berjaya menguasai sesuatu kemahiran pelajaran yang diajar.

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Teknik simulasi

PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial Semester 4/2011

Bibliografi Shahabudin Hashim, Dr. Rohazani Yaakob, Mohd Zohir Ahmad ( Sdn Bhd. ) Pedagogi,

Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan , Kuala Lumpur, PTS Publishing

Anda mungkin juga menyukai