Anda di halaman 1dari 1

BULETIN RAMADHAN ( 4/2012 )

RAHSIA KUSYUK SEMBAHYANG 1. Memastikan sumber pendapatan dan pemakanan yang halal tanpa sebarang syubhah. 2. Pastikan tahap kebersihan diri dan pemakaian yang terbaik agar tidak ada sebarang busuk yang boleh mengganggu para jemaah lain. 3. Anggaplah bahawa inilah solat aku yang terakhir. 4. Mendirikan solat pada awal waktu dan dilaksanakan secara berjemaah. 5. Membaca setiap ayat dan tasbih yang terdapat di dalam sembahyang dengan baik,cuba memahami erti dan tuntutan. 6. Berusaha untuk memberikan sepenuh perhatian dan menyedari bahawa Allah swt sedang memerhatikan solat yang sedang dikerjakan. 7. Mengosongkan hati daripada sebarang kesibukan dunia dan cuba memenuhinya dengan keagungan dari keindahan bersama Allah swt. 8. Berusaha agar timbul perasaan bahawa kita sekarang sedang menghadap raja segala raja dan bayangkanlah azab pedih yang disediakan untuk mereka kufur dan ingkar. 9. Menggunakan sejadah yang tidak keterlaluan coraknya dan ditegah sama sekali menggunakan pakaian yang bergambar,bertulis,berwarna-warni kerana boleh mengganggu kekhusyukan jemaah lain. 10. Memastikan wudhuk dan segala syarat serta rukun dipatuhi dengan baik. 11. Ketika sembahyang cuba bayankan seolah-olah syurga berada disebelah kanan anda,neraka pula berada disebelah kiri anda,malaikat maut berada di belakang dan bayangkanlah bahawa anda sedang berdiri di atas titian Siratul Mustaqim. 12. Rukuk dan sujudlah dengan penuh rasa rendah diri,bertasyahhudlah dengan penuh pengharapan dan akhir sekali berilah salam dengan penuh keikhlasan. 13. Yakinlah bahawa Allah akan menerima solat yang telah dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai