Anda di halaman 1dari 9

SAYANG IBU BAPA

(Lompat Si Katak Lompat) Aku punya ibu Aku punya bapa Ibu aku baik Bapaku rajin sekali Aku sayang ibu Aku sayang bapa Aku sayang aku sayang Aku sayang mereka.
Ciptaan : M.Nizam,Loloq Ki,.Said

MARI BELAJAR ( katak si katak lompat )


Marilah kawan-kawan, Mari kita belajar, Kenallah A, B, C, Bilang 1, 2,dan 3, Bila guru mengajar, Jangan main-main, Guru tunjuk ajar, Jangan kita ingat lain. Sebutlah A., Sebutlah B.., Sebutlah A,.. B.. Dan C.., Janganlah leka lagi ( 2 x ) Nanti kita rugi. ( Ulang 2 kali ) Lirik : ksu, k. ani, romi, yati,k .roh

kursus muzik 12/04/06 )

MARI BACA BUKU ( melodi : Tanya Sama Pokok )


Petik buah rambai Panjat pokok duku Mari ramai-ramai Bacalah buku Jadikanlah buku Teman hidup kita Bacalah selalu Dimana-mana

Rajin baca buku Jadi orang pandai Kalau ada ilmu Dipandang mulia
Ciptaan : ( Masri, Wan, Nor, Tai, Sara, Ma, Zun )

Biar orang kata Kita ulat buku Jangan jadi sampai Macam ulat bulu

BUNGA (Clementine)
Bunga Raya 2x Bunga Raya namanya Merah kuning putih oren Kelopak ada lima

Bunga Raya 2x Ada di mana mana Tak berbau cantik rupa Lambang negara kita
Ciptaan : ( Masri, Wan, Nor, Tai, Sara, Ma, Zun )

Tajuk : Bentuk ( Melodi : Are You Sleeping )


Mana bulat ( 2x) Sini saya ( 2x) Apa khabar kamu Khabar baik saja Sembunyi ( 2x) Mana segitiga ( 2x) Sini saya ( 2x) Apa khabar kamu Khabar baik saja Sembunyi (2x) Mana segiempat ( 2x) Sini saya ( 2x) Apa khabar kamu Khabar baik saja Sembunyi ( 2x) Nukilan : Nor, Dah, Ika, Ani, Na & Sara PSPN PK 06

HAIWAN ( MELODI : ANAK TUPAI


Ada seekor anak lembu Ditengah padang Kaki empat ekor panjang Jalan pagi petang ( 2x ) Kejadian Tuhan Dinamakan ayam Kakinya ada dua Untuk cari makan Ayam makan padi Tiap-tiap hari Kalau hendak pandai Belajar hari-hari ( 2x ) Ciptaan : Masri, Wan, Nor, Tai, Sara, Ma, Zun )

TAJUK : KELUARGA SAYA ( MELODI YOU ARE MY SUNSHINE)


Saya ada ibu dan ayah Abang dan kakak juga adik Saya sayangi keluarga saya Sayang-sayang semuanya

Ayah saya baik hatinya Ibuku sangatlah penyayang Kami amatlah rasa bersyukur Hidup aman bahagia
Nukilan : (Nor, Dah, Ika, Ani, Na & Sara PSPN PK 06)

BURUNG RAJA UDANG (Buai Laju-Laju)


Burung Raja Udang Singgah atas pokok Keluar cari makan Pagi sampai petang Hari sudah senja Rasa ingin pulang Perut sudah kenyang Hati jadi riang

MAKANAN LAUT (Tanya Sama Pokok)


Mari kawan-kawan Kita kenal haiwan Udang, ketam, ikan Perlu dimakan Banyak khasiatnya Badan jadi sihat Adik jadi kuat Boleh angkat berat